You are on page 1of 5

/

SEKOLAH KEBANGSAAN PANGGAU


JALAN TEBING TINGGI
01000 KANGAR, PERLIS
TEL : 04-976 3867

____________________________________________________________________

Minit Mesyuarat Kurikulum


Kali Ke Tiga 2019

Tarikh : 24 Jun 2019


Masa : 1.40 Ptg.
Tempat : Bilik Mesyuarat Sek. Keb. Panggau

Kehadiran :

1. En. Che Aziz B. Ismail (Guru Besar).


2. Pn. Jannyah @ Ida Bt. Jaafar ( Penolong Kanan Pentadbiran ).
3. En. Yusrizal B. Yahaya ( Penolong Kanan HEM ).
4. Pn. Fatimah Nazerah Bt. Juhari ( Penolong Kanan Ko Kurikulum ).
5. Pn. Maziati Bt. Marzuki ( Setiausaha )
6. En. Sham Effendi B. Mustafa.
7. En. Mohamad Rizal B. Mohamad
8. Pn. Siti Nor Bt. Yaacob
9. En. Ahmizun B. Ahmad
10. Cik Syamira Bt. Md. Dahin
11. En. Anuar B. Mokhtar
12. En. Mohd. Adnin B. Yahya
13. Pn. Zunuraini Bt. Mohd. Bahari.
14. Pn. Hizma Funira Bt. Mohd. Radzi

1
15. En. Nordelizan B. Abd. Rahim
16. Pn. Sohanah Bt. Yusoff
17. Pn. Anita Bt. Ibrahim.

1.0 Ucapan Pengerusi ( En. Che Aziz B. Ismail )

1.1 Tuan Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana dapat hadir ke
mesyuarat kurikulum kali ke tiga untuk
sesi 2019.

1.2 Beliau merakamkan ucapan terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan pada pemantauan
JPNPs pada bulan Februari yang lepas. Maklumbalas yang diterima sangat positif.

Tindakan : Makluman.

2.0 Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Yang Lalu.

2.1 Pn. Maziati membentangkan minit mesyuarat kurikulum kedua sesi 2019 untuk disahkan oleh
ahli jawatankuasa.

2.2 Minit disahkan oleh En. Nordelizan dan disokong oleh En. Adnin.

Tindakan : Makluman.

3.0 Perkara Berbangkit.

3.1 Tiada
Tindakan : Makluman.

2
4.0 Dasar KPM .

4.1 Pembelajaran abad ke-21 ( PAK 21 ) merupakan elemen penting dalam PPPM, iaitu
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Pembelajaran Abad 21 kini menjadi isu
pendidikan paling trending di Malaysia untuk tahun 2015 hingga tahun 2017 ini.
Pelaksanaan berperingkat bermula daripada penyediaan bilik kelas, susunatur dan
keperluan fizikal dalam bilik darjah abad 21, kemudian diteruskan dengan penyediaan
rancangan mengajardan pelaksanaan P&P Abad 21.

4.2 PDP berteraskan VLE – Frog perlu ditingkatkan kerana dipantau oleh pihak PKG dan BTPN
Perlis.

4.3 Program Intervensi menggantikan LINUS perlu dijalankan. Guru – guru diminta
mengenalpasti murid – murid yang lemah dalam mata pelajaran BM, BI dan Matematik untuk
tindakan susulan.

5.0 PBPPP.

5.1 Pengerusi meminta semua guru mengisi borang keberhasilan. Pencerapan sebanyak 2 kali akan
diadakan. Guru – guru diminta mengemaskini Buku Rekod Persediaan Mengajar. Impak /
Refleksi perlu dicatat selepas setiap PDP.

5.2 Setiap panitia perlu mengadakan mesyuarat panitia sekurang – kurangnya 4 kali.

Tindakan : Makluman.

6.0 Subject-Based Classroom ( Bilik Darjah Berasaskan Mata pelajaran.

3
6.1 Sek. Keb. Panggau telah dipilih oleh JPNPs untuk menjalankan program Subject-Based
Classroom. Dalam program ini, murid-murid akan belajar dalam bilik-bilik khas mengikut
mata pelajaran dalam jadual waktu.
6.2 Sehubungan dengan itu, satu taklimat khas berkaitan akan diberikan kepada semua guru.

7.0 Hal-Hal Lain

7.1 Pengawasan disiplin pelajar perlu ditingkatkan terutamanya selepas waktu rehat.

7.2 Kursus Kepimpinan pengawas perlu diadakan dengan seberapa segera.

7.3 Program Ko Akademik bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan
dimulakan pada bulan April. Guru – guru mata pelajaran tersebut diminta mengenalpasti murid
– murid yang berpotensi untuk mewakili sekolah.

Tindakan : Guru – Guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

7.4 Guru – guru diminta melengkapkan borang senarai asset yang terdapat dalam kelas dan bilik –
bilik khas masing – masing.
Tindakan : Guru – Guru Kelas dan Bilik – Bilik Khas.

7.5 Program Kebudayaan yang dikenalikan oleh Jabatan Kebudayaan akan diadakan mulai April.
Sehubungan dengan itu, murid – murid yang berminat akan dikenalpasti. Pn. Syamira dilantik
untuk menguruskan program tersebut.

Tindakan : Cik Syamira

8.0 UCAPAN PENANGGUHAN.

6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.23 petang dengan ucapan terima kasih dan salam.

4
Disediakan Oleh, Disemak Oleh, Disahkan oleh,

…………………………. ………………………. ………..………………


( Pn. Maziati Bt. Marzuki ) ( Pn. Jannyah @ Ida Bt. Jaafar ) ( En. Che Aziz B. Ismail )
S/U Kurikulum GPK Pentadbiran, Guru Besar
Sek. Keb. Panggau. Sek. Keb. Panggau. Sek. Keb. Panggau.

You might also like