You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN DESA AMAN

TAMAN DESA COALFIELD FASA 3


47000 SUNGAI BULOH
SELANGOR DARUL EHSAN

UNIT KOKURIKULUM 2020


 VISI
Menjana kokurikulum secara kolektif sebagai pemangkin kecemerlangan
 MISI
Merangka dan melaksanakan aktiviti kokurikulum bagi menyediakan peluang dan galakkan kepada
individu yang kreatif dan berinovatif ke arah kecemerlangan potensi dan bakat.

 MATLAMAT
1. Melaksanakan ketetapan setiap murid mengambil bahagian secara aktif dalam ketiga-tiga jenis
kegiatan kokurikulum iaitu Pasukan Badan Beruniform, kelab dan persatuan dan kelab sukan dan
permainan.
2. Merangka Pelan Aktiviti yang dapat memberi peluang seluasnya kepada semua murid pengalaman
baru serta dapat memupuk minat serta keseronokkan dalam usaha untuk mencapai
kecemerlangan potensi
3. Merancang dan melaksanakan ketetapan perbelanjaan bagi setiap peruntukkan subsidiary
kokurikulum dan sukan diguna dengan lebih efisyen serta dapat memberi impak kepada semua.
4. Menanam sifat kepimpinan melalui pengurusan persatuan secara bimbingan dan terpimpin
5. Memastikan semua murid terlibat dan mengambil bahagian dalam aktiviti sukan sejajar dengan
pelaksanaan dasar 1Murid1Sukan.
6. Menilai keupayaan dan potensi kokurikulum setiap individu secara berterusan lagi terancang.
7. Membiasakan yang betul dan membetulkan yang biasa dalam pelaksanaan aktiviti kokurikulum
berteraskan kebolehpercayaan eviden dan pendokumentasian.

 KPI KOKURIULUM
1. 30% Murid mencapai gred A dan 40% murid mencapai gred B dalam penilaian kokurikulum
tahunan sekolah.
2. Pencapaian minima kokurikulum murid pada gred C
3. Membudayakan eviden dan pendokumentasian dalam pelaksaan aktiviti kokurikulum
4. 100% program dan aktiviti kokurkulum yang dirancang berjaya dilaksanakan
5. 10% murid terlibat dalam aktiviti peringkat daerah dalam ketiga-tiga jenis kegiatan kokurikulum
6. 100% peruntukan subsidiary kokurikulum dan sukan dibelanjakan dengan perancangan yang
berhemah dan impaknya sampai kepada setiap murid.
7. Mendapat Johan dalam pertandingan bercerita di peringkat daerah.
8. Meningkatkan pencapaian sukan ragbi di peringkat daerah.
9. Pencapaian 4 orang ke peringkat negeri dalam aktiviti kokurikulum
10. 100% kehadiran murid dan 100% kehadiran guru dalam kegiatan kokurikulum
11. Menjayakan pelaksanaan dasar 1Murid1Sukan.
12. Pengurusan program dan aktiviti adalah terancang berpandukan kertas kerja dan ketetapan
mesyuarat, mengutamakan penyertaan dan pencapaian murid serta dinilai dan ada pelaporan.

You might also like