You are on page 1of 2

GARIS PANDUAN DAN PIAWAIAN GEOMETRIK SISTEM JARINGAN JALAN RAYA

Latarbelakang

Garis panduan dan piawaian rangkaian jalan raya merupakan satu kawalan yang ditetapkan
bagi setiap pembinaan jalan dengan tujuan untuk mengawal lalu lintas di sesebuah kawasan. Ia
juga merupakan satu keperluan dan digunakan dalam pelaksanaan program kerja bagi
Kementerian Kerja Raya dan Jabatan Kerja Raya.Dengan adanya garis panduan dan piawaian
yang dihasilkan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa ini, diharap mampu berperanan
sebagai landasan ke arah pembangunan yang lebih terancang dan seiring antara perancangan
lalu lintas / pengangkutan dan perancangan guna tanah.

Hierarki Jaringan Jalan Raya

Konsep ini lebih menumpukan kepada bentuk jalan raya dari pusat tumpuan utama sehinggalah
ke pusat tumpuan kecil. Hierarki jaringan jalan raya ini disediakan adalah seperti berikut:

• Bagi mengatasi permasalahan ketidakseimbangan yang nyata dalam pembangunan


sosio
• ekonomi antara pusat wilayah dengan pusat sub-wilayah sesebuah negeri, rangkaian
jalan raya yang baik akan disediakan di kawasan berkenaan dengan tujuan untuk
menghubungkan kedua-dua kawasan agar pembangunan akan menjadi lebih seiring.
• Menyediakan rangkaian jalan raya yang menghubungkan pelabuhan, lapangan terbang,
pusat tumpuan pelancong, kawasan perindustrian, pusat pertumbuhan bandar baru dan
kawasan bandar sedia ada.

Garis Panduan Umum

• Jaringan Jalan Raya di Bandar


Pengurusan jaringan jalan raya di kawasan bandar berdasarkan kepada fungsi yang
telah ditetapkan seperti berikut:

ƒ Bagi bangunan yang mempunyai aktiviti yang dijalankan di hadapan


bangunan, perlu disediakan ruang untuk cadangan pelebaran jalan raya di
masa hadapan.
ƒ Jalan yang terletak di kawasan yang mempunyai kepelbagaian aktiviti dan
menyebabkan kesesakan lalu lintas akan dihadkan penggunaannya.
ƒ Mewujudkan laluan sehala untuk meningkatkan kapasiti jalan.
ƒ Reka bentuk jalan persilangan tidak digalakkan dibina dengan tujuan untuk
mengurangkan risiko berlakunya kemalangan.
ƒ Kesesakan trafik di sesebuah jalan raya boleh dikurangkan dengan
mengarahkan kenderaan agar menggunakan jalan yang kurang sesak.
• Hierarki Rangkaian Jalan Perbandaran
Rangkaian utama jalan perbandaran boleh diterangkan berdasarkan kepada lima
peringkat kategori hierarki jalan seperti berikut:

ƒ Jalan Utama (Primary Distributor Roads)


ƒ Jalan Daerah (District Distributor Roads)
ƒ Jalan Tempatan (Local Distributor Roads)
ƒ Jalan Masuk (Access Roads)
ƒ Lorong Pejalan Kaki (Pedestrian Streets)

• Pembangunan Persekitaran Lebuh Raya


Pembangunan persekitaran lebuh raya boleh memberi kesan jangka pendek dan kepada
lebuh raya, kesan ini boleh diminimumkan dengan mengambil kira perkara seperti di
bawah:

ƒ Struktur dan susunan jajaran jalan harus dikaji dengan teliti di dalam
menjalankan kajian fisibiliti dan kejuruteraan. Ini adalah untuk
mengurangkan kesan kepada alam persekitaran (Environmental Impact
Assessment (EIA)).
ƒ Kaedah pembinaan yang bersesuaian harus digunakan untuk meminimumkan
kesan kepada persekitaran.
ƒ Tindakan yang segera seharusnya diambil selepas lebuh raya disiapkan untuk
melindungi tanah yang tidak ditutup dengan pokok, menutup lereng dan
cerun dengan rumput dan lain-lain kaedah untuk melindungi.
ƒ Pembangunan bagi tanah yang bersempadan dengan lebuh raya harus
bersesuaian.
ƒ Peraturan mengenai takat bunyi bising dan pencemaran asap harus
dikuatkuasakan dengan efektif.

• Pembangunan Persekitaran Lebuh Raya Keperluan asas dalam mengenal pasti


laluan khas motosikal adalah berdasarkan kepada jumlah kapasiti bagi sesebuah jalan.
Apabila jumlahnya telah melebihi 20% dari jumlah kapasiti sesebuah jalan, maka laluan
khas motosikal perlu diwujudkan bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas dan
menjamin keselamatan penunggang motosikal.

• Jalan Perkhidmatan
Kebanyakan jalan perkhidmatan disediakan di kawasan bandar dan mempunyai fungsi
yang pelbagai. Jalan perkhidmatan bukan sahaja disediakan di kawasan perdagangan
dan perumahan tetapi juga dalam memastikan keselamatan dan kadar kapasiti di masa
akan datang.

You might also like