You are on page 1of 5

DOKUMENTASI PROGRAM

PERKHEMAHAN PERDANA UNIT BERUNIFORM, KURSUS ASAS DAN TEAM BUILDING 2019

Tarikh : 28 JUN – 30 JUN 2019


Tempat : KUALA SELANGOR CAMBIN CAMP, JERAM, SELANGOR

1.0 PENGENALAN / PRAKATA


Alam persekolahan bukan hanya mendidik pelajar secara formal melalui proses pengajaran
dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah sahaja. Namun pendidikan juga boleh diterapkan
dan disampaikan dengan lebih baik dan berkesan melalui aktiviti-aktiviti luar bilik darjah.
Berteraskan kepada harapan untuk melahirkan generasi pemimpin masa hadapan dari
kalangan pelajar, maka amatlah wajar kursus kepimpinan ini dilaksanakan sebagai inisiatif
untuk mencapai hasrat tersebut. Melalui program seumpama ini, sekurang-kurangnya
sekelompok murid dapat dibimbing dan diasuh untuk menjadi pemimpin di sekolah dan
seterusnya akan menjadi pemimpin pada masa hadapan.

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 TARIKH PELAKSANAAN


Tarikh pelaksanaan : 28 Jun – 30 Jun 2019 (Jumaat – Ahad)
Tempat pelaksanaan : Kuala Selangor Cabin Camp (KSCC), Jeram, Selangor

2.2 JAWATANKUASA PELAKSANA

2.2.1 JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Pn Nafisah bt Hashim (Pengetua)


Naib Pengerusi 1 : Pn Asiah bt. Hassan (PK Kokurikulum)
Naib Pengerusi 2 : Pn Nor Haryati bt. Imam Khatabi (PK Tadbir dan Kurikulum)
Naib Pengerusi 3 : Pn Hanimah bt. Mohamad (PK HEM)
Penyelaras 1 : Pn Zamzahrina bt Zainol Abidin (Setiausaha Kokurikulum)
Penyelaras 2 : En Mohd Fadzli Amri bin Abdul Ghani (Pen Setiausaha
Kokurikulum)
Penyelaras 3 : Pn Norulayu bt Mohamad (Pen Setiausaha Kokurikulum)
Setiausaha : Pn Suszilainy bt Sulaiman (Guru Penasihat)
Naib Setiausaha : Cik Mahaslina bt Mat Yacob (Guru Penasihat)
2.2.2 JAWATANKUASA PELAKSANA

BIL AHLI JAWATAN KUASA PELAKSANA


1 Pendaftaran Cik Mahaslina bt Mat Yacob
2 Pengangkutan En Mohd Fadzli Amri b Abdul Ghani
En Mohd Munir b Sazali
3 Disiplin dan Keselamatan En Wan Mohd Hafizi b Wan Hassan
En Shamsudin b Samad
Pn Harlini Yusniza bt Yeop Mat Selan
4 Penilaian Program/Buku Program Pn Norulayu bt Mohamad
5 Fotografi Pn Suszilainy bt Sulaiman
6 Dokumentasi Pn Zamzahrina bt Zainol Abidin

2.3 OBJEKTIF
2.3.1 Menggembleng tenaga dan kemahiran yang ada bertujuan melahirkan
individu yang berketrampilan, berdisplin, berdikari dan bertanggungjawab
2.3.2 Mempupuk dan melahirkan peserta kursus yang bermotivasi, berpandangan
jauh, kreatif, inovatif, berjiwa positif serta membina ketahanan diri yang
tinggi
2.3.3 Menghakis sifat-sifat diri yang negatif dan yang tidak diingini
2.3.4 Meningkatkan kefahaman dan kemahiran peserta kursus tentang
tanggungjawab dan tatacara pelaksanaan disiplin dan tugas di sekolah
2.3.5 Membina daya kepimpinan yang berkualiti dan progresif
2.4 JADUAL / TENTATIF PROGRAM

28/6/2019 1230 Pelajar berkumpul di sekolah dan membuat pendaftaran.


(JUMAAT) 1300 Bertolak ke KSCC
1430 - 1530 Sambutan peserta
1530 - 1630 Penyerahan peserta
Taklimat kem
1630 – 1700 Minum petang
Solat asar
1700 - 1830 Ice breaking
1830 - 1930 Khidmat diri
Makan malam
1930 - 2100 Solat Maghrib dan bacaan Yassin
Solat Isyak
2100 - 2230 LDK 1 :
Team Building & Presentations
2230 - 2300 Minum malam
2300 Tidur

29/6/2019 0500 - 0600 Tahajjud call


(SABTU) 0600 - 0730 Solat subuh
Kuliah subuh interaktif
0730 - 0830 Senamrobik
0830 - 0900 Khidmat diri
Sarapan pagi
0900 - 1200 Kembara Master Chef SAFC
1200 - 1430 Makan tengah hari
Solat Zohor
1430 - 1630 Station Games :
Twist Activities
1630 - 1700 Minum petang
Solat asar
1700 - 1830 Obstacles
1830 - 1930 Khidmat diri
Makan malam
1930 - 2100 Solat Maghrib
Kuliah Musikal
Solat Isyak
2100 - 2230 Malam Kebudayaan
2230 - 2300 Minum malam
2300 Tidur

30/6/2019 0500 - 0730 Solat Subuh


(AHAD) Kuliah subuh Interaktif
0730 - 0830 Malaysia Cergas
0830 - 0900 Khidmat diri
Sarapan pagi
0900 - 1000 Memanah
1000 - 1030 Minum pagi
1030 - 1430 Refleksi kem
Majlis penutup
Makan tengah hari
1430 Bertolak pulang
1600 Tiba di sekolah
3.0 HURAIAN PENILAIAN TUGASAN / AKTIVITI
Aktiviti semasa perkhemahan dikendalikan oleh fasilitator terlibat dengan pengawasan guru
yang bertugas mengikut jadual yang telah ditetapkan.

4.0 PENCAPAIAN AKTIVITI


Program ini berjaya dijalankan dengan lancar dan mengikut jadual yang telah ditetapkan

5.0 KEMAJUAN / MASALAH


5.1 Kemajuan
5.1.1 Peserta berpeluang melakukan aktiviti fizikal yang tidak tersedia di sekolah
5.1.2 Peserta dapat membina jati diri dan semangat berpasukan melalui aktiviti
yang dilakukan
5.1.3 Peserta dapat memupuk tingkahlaku postif dalam aktiviti seharian
5.1.4 Peserta dapat membina kayakinan diri dan ketahanan fizikal serta mental
melalui aktiviti yang dijalankan

5.2 Masalah
5.2.1 Yuran penyertaan yang agak mahal iaitu RM120
5.2.2 Peserta yang menyertai bukan terdiri daripada AJK tertinggi unit beruniform

6.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN


6.1 Memerlukan komitmen daripada semua pihak
6.2 Mewajibkan AJK tertinggi unit beruniform untuk menyertai
6.3 Menggalakkan pelibatan lebih ramai guru

7.0 PENUTUP
Diharapkan kursus ini akan dapat memberikan pengetahuan dan semangat baru kepada
peserta dalam melaksanakan tugas mereka sebagai pemimpin. Secara tidak langsung perserta
yang mengikuti kursus ini akan dapat membantu dalam proses meningkatkan disiplin dan
seterusnya menaikkan imej sekolah di mata masyarakat.
Disediakan oleh,

...................................... .... Tarikh : 1 Julai 2019


ZAMZAHRINA BINTI ZAINOL ABIDIN
Setiausaha Kokurikulum
SMK Setapak Indah, Kuala Lumpur

Disahkan oleh,

........................................ Tarikh :
PN. NAFISAH BINTI HASHIM
Pengetua,
SMK Setapak Indah, Kuala Lumpur

*LAMPIRAN GAMBAR / SURAT- MENYURAT / KERTAS KERJA DLL

You might also like