You are on page 1of 4

SK GUNONG SENYUM,

28050 KUALA KRAU,


TEMERLOH,PAHANG.

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN


KESIHATAN BIL 1/2020

Bilangan : Kali Pertama


Tarikh : 7 Januari 2020
Masa : 2.30 – 3.30 petang
Tempat : Makmal Komputer

Kehadiran:
1. Pn.Jamaiah Bt Shamsuddin
2. En.Adanan Bin Kamaludin
3. En. Noraznizam Bin Aziz
4. En. Azmi Bin Haji Mat Nor
5. En. Mohd Faizal Bin Kamarudin
6. En. Ahmad B. Samad
7. En. Sazali B. Mat

I PERUTUSAN PENGERUSI (En.Mohd Faizal Bin Kamarudin)

1. Kata Alu-aluan

1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan ucapkan terima kasih atas


kehadiran hadir semua Pentadbir dan AJK Panitia Pendidikan Jasmani pada
mesyuarat panitia kali pertama.
1.2 AJK dimaklumkan agar meningkatkan lebih usaha dalam meningkatkan
kualiti proses pengajaran dan pembelajaran
2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT PEND.JASMANI BIL 4/2019

2.1 Minit Mesyuarat Panitia Pendidikan Jasmani Bilangan 4 Tahun 2019


disahkan tanpa pindaan.
Cadangan : En Ahmad Bin Samad
Sokongan : En. Mohd Faizal Bin Kamarudin

3. ISU-ISU YANG DI BINCANGKAN

3.1 Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran (DSKP) dan kurikulum


Standard Sekolah Rendah (KSSR).

3.1.1 Semua guru tahun 1 hingga 5 diminta muat turun DSKP sendiri di
laman web BPK.

3.2 Rancangan Mengajar Harian Pendidikan Jasmani

3.2.1 RPH mestilah berdasarkan DSKP. Aktiviti yang dirancang


hendaklah berfokuskan murid dan mesti ada penilaian daripada guru

3.3 Rancangan Mengajar Harian Pendidikan Kesihatan

3.3.1 Semua guru diminta merujuk atau memuat turun RPH di laman web BPK

3.4 Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah


Malaysia (SEGAK)

3.4.1 Program SEGAK berfokuskan kepada murid tahap 2 terutama


yang mengalami obesiti.
3.4.2 Program SEGAK akan dilaksanakan pada bulan Mac dan Ogos dan
dilaksanakan secara karnival.

3.5 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

3.5.1 Semua guru diminta untuk membuat dan mengisi PBD bagi mata
pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan untuk semua tahun.
3.6 Penilaian (Peperiksaan)

3.6.1 Bagi tahun yang terlibat dengan peperiksaan, pengubal soalan di


minta menghantar satu salinan beserta skema jawapan kepada KP
dan GPK 1.

3.7 Stor, Peralatan dan keceriaan

3.7.1 Semua peralatan yang akan digunakan akan direkod didalam


buku peralatan keluar masuk
3.7.2 Semua guru mestilah mengutamakan keselamatan semasa mengambil
peralatan di dalam stor sukan. Pastikan guru mengiring murid semasa
mengambil dan menghantar peralatan di stor sukan. Guru bertanggung
jawab terhadap peralatan untuk disusun atur mengikut keadaan asal.
3.7.3 Semua guru hendaklah memastikanperalatan sukan disimpan dengan
baik ditempat asal

3.8 Pakaian semasa Pendidikan Jasmani

3.8.1 Semua guru dan murid diminta memakai pakaian sukan yang
lengkap semasa proses PDPC Pendidikan Jasmani di padang

4. HAL-HAL LAIN

4.1 Semua guru boleh memohon untuk membali barang atau peralatan
PJK. Jumlah peruntukan belum dimaklumkan

5. PENANGGUHAN MESYUARAT

5.1 Pengerusi menanguhkan mesyuarat pada pukul 3.30 petang dengan


ucapan terima kasih kepada semua yang hadir.
Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………………….. ………………………………
(EN. AHMAD BIN SAMAD) (EN. MOHD FAIZAL BIN
Setiausaha, KAMARUDIN)
Panitia Pendidikan Jasmani dan Ketua Panitia,
Kesihatan SK Gunong Senyum Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan SK Gunong
Senyum

Di sahkan oleh,

.........................................................

You might also like