You are on page 1of 3

R32

Kemunculan gas ini telah lama dan telah pun digunakan zaman dahulu lagi utk sesetengah unit
penyamanan dan penyejukan tapi ianya tidak dikomersilkan kerana terdapat perjanjian kontrak
jualan dgn syarikat di Eropah untuk menjual gas jenis R22 untuk aircond rumah. Kemudian
selepas habis kontrak R22 disambung dgn R410a pula selama beberapa tahun. Kini kontrak
R410a sudah tamat dan sudah diperkenalkan semula gas R32 untuk kegunaan rumah dan
kilang.

Walau bagaimanapun R22 dan R410a masih dijual tapi dihadkan utk setiap keluaran dlm masa
tertentu. sedikit demi sedikit akan dikurangkan sehingga tahun 2030 akan ditamatkan terus
dari dijual. Bagi yg masih guna aircon lama anda digalakkan tukarlah ke aircon gas R410a atau
R32.

Beberapa jenama yg dikenalpasti telah mngeluarkan model jenis R32 iaitu Panasonic dan
Daikin.

The new R32 panasonic non inverter.

Daikin Smile model R32 inverter


Dikatakan kontrak gas R32 ini dari 2017 hingga 2030 oleh European Regulation CE517/2014.

Kebaikan R32

 ODP Sifar ( Ozone Depletion Percentage)


 Satu pertiga daripada komposisi R-410A.
 Tidak perlu kuantiti yg banyak dalam unit aircon kerana ia mempunyai keupayaan
volumetrik 20% lebih tinggi (memenuhi ruang) dan ketumpatan yg rendah
 Tekanan tepu yang sama, dan proses penghasilan gas ini lebih mudah.
 Suhu kritikal yang lebih tinggi dengan itu lebih cepat haba dlm bilik diserap dan cepat
lagi sejuk berbanding gas2 lain.

Kelemahan R32

 Tahap toksik sedikit lebih tinggi dan lebih berhati-hati diperlukan untuk
menggunakannya berbanding gas2 lain.
 Suhu pelepasan yang lebih tinggi akan menyebabkan minyak dalam compressor yang
boleh merosakkan beberapa komponen di dalamnya. Mestilah dikawal suhu
pelepasannya terhad kepada tahap yang boleh diterima.
Antara gas R410a, R134a (kenderaan), R32 lebih kurang pencemaran dari segi pemanasan
global (rumah hijau) berbanding gas2 tersebut. R22 pula menghakiskan ozone.
Perlu diingatkan pda tuan puan bahawa gas ini sangatlah mahal dan technician terpaksa caj
mahal jika gas kurang atau terdapat kebocoran. Dari segi installation sama harga dgn inverter
kerana guna piping yg tebal seperti model R410a. Tak silap saya tong kecik R32 berjisim 3kg
berharga RM150 dibandingkan dgn gas2 lain RM330 setong untuk 14kg.
R32 ada yg jenis mudah terbakar dan ada yg tidak mudah terbakar dan itu semua bergantung
pada kualiti gas yg technician anda beli. jadi hati2lah bila kendalikan aircon ye..

You might also like