Kertas Kerja Pekhemahan 2018

You might also like

You are on page 1of 13

SEKOLAH KEBANGSAAN LADAG HARVARD

08100 BEDONG KEDAH

PERKHEMAHAN

TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH

2018

TARIKH :

NOVEMBER 2018

TEMPAT:

DATARAN KEBANGSAAN LADANG HARVARD,

08100 BEDONG,KEDAH.

ANJURAN :

TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN LADANG HARVARD 08100,BEDONG KEDAH

0
PERKHEMAHAN TUNAS KADET REMAJA
SEKOLAH

1. RASIONAL

Perkhemahan Unit Beruniform (Tunas Kadet Remaja Sekolah) merupakan aktiviti


pasukan badan beruniform yang disertai oleh ahli semua pasukan unit beruniform
SK Ladang Harvard. Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada
murid sekolah dalam aktiviti perkhemahan di samping menyemai sikap dan nilai
kerjasama dan berdikari dalam diri murid-murid sekolah rendah. Selain itru,
aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan
Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan dalam bidang kokurikulum.

2. OBJEKTIF

Di akhir perkhemahan ini, murid-murid akan dapat:

3.1 Memberi peluang kepada murid-murid merasai pengalaman dalam


menyertai perkhemahan.

3.2 Membentuk murid-murid yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan


diri dalam setiap situasi.

3.3 Melatih murid-murid untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab


dan menghargai alam sekitar.

3.4 Melahirkan murid-murid yang berupaya untuk mengeluarkan idea-idea


yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.

1
3.5 Memupuk semangat bekerjasama antara ahli kumpulan.

3.6 Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, intelek,

rohani, emosi dan sosial.

3. MASA DAN TARIKH

Tarikh : November 2017 ( )

4. TEMPAT

Dataran Sekolah Kebangsaan Ladang Harvard,08100 Bedong,Kedah.

5. PESERTA

43 orang murid Tunas Kadet Remaja Sekolah Kebangsaan


Ladang

Harvard.

6. GURU PENASIHAT DAN AJK

Guru Penasihat TKRS Sekolah Kebangsaan Ladang Harvard


seramai 2

orang.

7. SUMBER KEWANGAN

Kutipan daripada murid.

8. ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Kuanti Harga Kos Jumlah


. ti

2
(RM) Perbelanjaan
1. Makan bagi 43 43 RM 43 x RM 8.00 x 2 RM 688.00
orang murid 8.00 hari
2. Hadiah RM 150.00
3. Sijil Penyertaan 43 Sumbangan Sekolah
JUMLAH RM 838.00

9. JAWATANKUASA PELAKSANA

Penaung : Hamiza Bt Hashim (Guru Besar SK Ladang Harvard)

Ketua Perkhemahan: Guru Penolong Kanan (Kokurikulum)

Guru Penasihat : 1. Pn Siti Diyana Bt Mustafa Kamal ( Ketua)

2. Tn Hj Mohd Afrizal Bin Zakaria

3.

4.

Pengerusi : En Mohd Lizam Bin Tubi

Naib pengerusi : Pn Siti Diyana Bt Mustafa Kamal

Setiausaha : Tn Hj Mohd Afrizal Bin Zakaria

Bendahari : Pn Fatimah Bt Che Man

3
AHLI JAWATANKUASA

AJK Makanan : _______________________________ (Ketua)

AJK Kerohanian : 1._____________________________ ( Ketua)

2._____________________________

AJK Hadiah dan Sijil : 1.______________________________

2.______________________________

AJK Disiplin : 1._____________________________ (Ketua)

2._____________________________

AJK Peralatan : 1._____________________________ (Ketua )

2. _____________________________

AJK Kebajikan : _______________________________ (Ketua)

AJK Aktiviti : 1.Tn Hj Mohd Afrizal Bin Zakaria (Ketua)

2. En Mohd Lizam Bin Tubi

4
3. Pn Siti Diyana Bt Mustafa Kamal

10. ATUR CARA PEKHEMAHAN

HARI PERTAMA ( Rabu ______November 2017)

Bil Masa Aktiviti Catatan


1 7.45 – 9.00 Pendaftaran, Taklimat dan Kem Komandan
pg membina Khemah
Tn Hj Mohd Afrizal
Aktiviti 1

- Kawad-
2 10.00 –10.30 Rehat
pg
3 10.30 pg – Radio Komunikasi Tn Hj Mohd Afrizal
12.00 tgh
hari
4 12.00–1.30 Pertolongan cemas Pn Zuliza
ptg
5 2.00 – 5.30 Jejak Bertapak Hj Mohd Afrizal
ptg ( ketua )

Semua Guru
6 5.30 ptg-7.00 Solat/makan/pengurusan diri
mlm
7 7.30– 8.30 Kerohanian Pn Shahirah ( ketua )

5
mlm “Menuju Impian Dunia dan
Akhirat ”
8 8.45 malam Minum malam dan tidur

HARI KEDUA ( Khamis_________November 2017)

Bil Masa Aktiviti catatan


1 5.00 –7.00 pg Qiamullail Solat subuh/ Ustaz Jasmee ( ketua )
tazkirah
2 7.00 –7.30 pg Senaman / riadah / En Ramli ( ketua )
3 7.30 – 8.00 pg Minum pagi dan pengurusan Ajk makanan
diri
4 8.00 – 11.00 Ikhtiar Hidup – Pertandingan En Mohd Lizam/Pn
pg Masakan Ala Rimba Diyana
5 12.00 penutup

11. TUGAS JAWATANKUASA PERKHEMAHAN

TUGAS AHLI JAWATANKUASA MAKANAN

1 Memastikan para peserta perkhemahan mendapat makanan yang


disediakan pihak pengurusan.

2 Memastikan pinggan dan cawan yang digunakan disusun di tempat


yang betul setelah digunakan.

6
TUGAS JAWATANKUASA KEROHANIAN

1. Memantau dan memastikan semua peseta perkhemahan menunaikan


sembahyang berjemaah (kecuali uzur) dan mengikuti tazkirah.

TUGAS JAWATANKUASA HADIAH DAN SIJIL

1. Menyediakan tempat untuk menyusun cenderamata

2. Menyediakan dulang, alas meja, bunga dan sebagainya untuk hiasan.

3. Membantu dan menyelaraskan tugas dan tanggung jawab di atas


pentas dengan pengerusi, pengacara majlis penutupan rasmi dan
jawatan kuasa pertandingan

TUGAS JAWATANKUASA DISIPLIN

1. Membantu guru memantau peserta perkhemahan.

2. Sentiasa mengingatkan, memberi teguran kepada peserta perkhemahan


sepanjang perkhemahan.

4. Melaporkan kepada guru penasihat yang bertugas jika perlu.

7
TUGAS JAWATANKUASA PERALATAN

1. Membantu guru menyediakan peralatan dan bahan yang diperlukan


sepanjang perkhemahan.

2.Menyediakan peralatan yang diperlukan untuk aktiviti dan


pertandingan yang dijalankan semasa perkhemahan.

3. Menyemak peralatan sebelum pergi dan semasa memulangkan.

4. Membantu guru penasihat mengemas, menyusun peralatan ke dalam


bas/coaster semasa pergi dan balik.

5. Membantu guru penasihat memastikan semua peralatan


bersih/dibersihkan sebelum disimpan semula dalam stor.

TUGAS JAWATANKUASA KEBAJIKAN

1. Menolong guru penasihat menjaga kebajikan peserta perkhemahan.

2. Membantu peserta perkhemahan yang menghadapi masalah dan


melaporkan kepada guru penasihat yang bertugas jika perlu.

TUGAS JAWATANKUASA PERTANDINGAN

1. Membantu guru penasihat memantau persediaan menjalankan


pertandingan.

8
2. Memastikan setiap kumpulan yang menyertai pertandingan membuat
persediaan dengan sebaiknya.

3. Memantau perjalanan pertandingan.

12. BARANG-BARANG YANG PERLU DIBAWA OLEH SETIAP


PESERTA

Pakaian seragam TKRS beserta kasut hitam bertutup 1½”

1. Seluar panjang/track bottom

2.T-shirt TKRS/T-shirt PJ

3.Baju kerja secukupnya

4.Stokin 3 pasang

5. Kasut sukan dan selipar

6. Perkakas mandi

7. Peralatan sembahyang dan sejadah

8. Alat tulis dan buku catatan

9. Pisau

10. Lampu picit

11. Selimut

9
12. Tikar/surat khabar

PERHATIAN

Sila berjumpa dengan guru penasihat untuk keterangan yang lebih


lanjut.

13. PERATURAN PERKHEMAHAN

1. Peserta perkhemahan perlu tahu cara-cara mendirikan khemah,


menggunakan dan menjaga khemah pada waktu siang, malam dan semasa
cuaca buruk.

2. Khemah mesti dijaga dengan baik sebelum dan selepas digunakan,


jangan menyidai pakaian diatas khemah atau tali khemah.

3. Khemah mesti dibuka atau dilipat dengan betul. Jangan sesekali


menggunakan lilin atau pelita dalam khemah.

4. Kawasan khemah mestilah dalam keadaan yang bersih dan


makanan mestilah ditutup.

5. Setiap kumpulan haruslah menyiapkan alat-alat yang perlu dibuat


dan mengetahui cara menggunakan dan menjaga dengan baik.
Alatan mestilah dibasuh dan dijaga dengan rapi.

6. Peserta perkhemahan perlu makan dan mandi mengikut masa


yang ditetapkan.

7. Peserta perkhemahan harus berpakaian seragam bagi tatacara


perjumpaan, perasmian dan penutup.

10
8. Peserta perkhemahan berada dalam kumpulan masing-masing
semasa bekerja, menjalankan aktiviti dan sebagainya.

9. Kawasan kantin hendaklah dibersihkan dan sisa-sisa makanan


hendaklah dikumpulkan terlebih sebelum dibuang.

10. Peserta perkhemahan hendaklah menunjukkan sikap dan


tingkahlaku yang baik dan sopan.

11. Peserta perlu memakai pakaian yang bersih dan sesuai bagi
setiap aktiviti.

12. Peserta perkhemahan tidak membuat bising semasa waktu tidur.

13. Peserta perkhemahan tidak dibenarkan meninggalkan kawasan


perkhemahan tanpa kebenaran kem komanden.

14. Peserta perkhemahan tidak dibenarkan membawa barang-


barang kemas/berharga.

14. PENUTUP

Adalah amat diharapkan agar Perkhemahan Unit Beruniform ini


dapat dijalankan dengan lebih cemerlang ke arah kegemilangan yang
paling tinggi. Kerjasama daripada para pegawai dan semua pihak yang
terlibat begitu diperlukan untuk menjayakan hasrat murni
Kementerian Pelajaran Malaysia dan pihak sekolah. Semoga tema
segala matlamat dan objektif perkhemahandapat direalisasikan semasa
perkhemahan tersebut.

11
Disediakan oleh , Disahkan oleh ,

............................... ............................................

(Hj Mohd Afrizal Bin Zakaria ) (Pn Hamiza Bt Hashim)

Setiausaha Kokurikulum, Guru Besar,

08100,Bedong,Kedah. SK Ladang Harvard,

SK Ladang Harvard

08100,Bedong, Kedah.

12

You might also like