You are on page 1of 19

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SARJANA MUDA PENGAJARAN (SMP)

( SEMESTER SEPTEMBER 2015 )

HBEF1403
SENI DALAM PENDIDIKAN

NAMA :
NO. MATRIKULASI :

NO. KAD PENGENALAN : - -

NO. TELEFON : -

E-MEL :

PUSAT PEMBELAJARAN : SEAMEO RECSAM PULAU PINANG

1
SEKAPUR SIREH

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinya dapat saya menyiapkan
tugasan yang diberi mengikut tempoh yang ditetapkan.

Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga
kepada pensyarah-pensyarah HBEF 1403 SENI DALAM PENDIDIKAN terutamanya tutor
bersemuka SUBATHIRA D/O MUNIANDY dan e-tutor RASHIMAH BINTI
NORDINyang telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan sepanjang menyiapkan
tugasan ini.

Bukanlah perkara mudah untuk menghasilkan tugasan ini. Kematangan, ketajaman fikiran
dan kemahiran menyusun idea dalam membentuk kata-kata yang sempurna dan kerjasama
padu daripada semua pihak.

Tidak lupa juga jutaan terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan di
Universiti Terbuka Malaysia ini yang turut sama member pandangan serta buah fikiran yang
bernas dalam usaha menyiapkan tugasan ini.

Akhir kata, setiap yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu
datangnya daripada kelemahan diri saya sendiri.

Sekian, Terima Kasih,

2
ISI KANDUNGAN
BIL. MUKA SURAT
SEKAPUR SIREH
1. 1.0 Pengenalan 4
2. 2.0 Pengalaman 10

3. 3.0 Ekspresi 12
4. 4.0 Maklumat Sokongan 15
5 5.0 Penutup 18

Rujukan 19

3
1.0 PENGENALAN

Sistem pendidikan mada masa kini sangat menekankan pembentukan insan yang bersifat
holistik atau menyeluruh, bukan sahaja memberi penekanan terhadap perkembangan intelek
semata-mata. Ini kerana, seni dalam pendidikan terdiri daripada mata pelajaran Pendidikan
Seni Visual, Seni Muzik dan Seni Pergerakan. Seni memainkan peranan penting ke arah
perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativitinya. Ini
kerana matlamatnya ialah untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan
pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang
tinggi.

Pada masa kini, terdapat pelbagai strategi, kaedah dan teknik pembelajaran seni visual yang
boleh digunakan oleh guru seni. Penggunaan ICT dalam pembelajaran seni merupakan
contoh paling baik dalam membantu pelajar mengembangkan nilai estetika dan kreativiti
mereka melalui akitiviti berbentuk projek misalnya membina poster. Ini kerana penggunaan
ICT dalam seni visual berasaskan pembelajaran inkuiri penemuan, resos, mencari, menilai
dan menggunakan maklumat. Selain itu, pembelajaran berasaskan projek juga dapat
meningkatkan kreativiti murid dan memberi peluang mereka menyampaikan perasaan
melalui hasil kerja dan melakukan tugasan mengikut keupayaan mereka dalam pelbagai cara.
Pembelajaran secara aktif seperti ini akan dapat merangsang minda murid menjadi lebih
kreatif dan inovatif. Bagi merealisasikan hasrat tersebut di peringkat sekolah, satu program
sempena bulan seni di sekolah, telah dirancang bagi mencungkil serta menarik minat murid
untuk memahami serta menghayati dan menyedari seni adalah suatu yang menyeronokkan
dan memberi faedah kepada mereka. Aktiviti ini akan memberi pangalaman sebenar kepada
murid.

1.1 Tajuk Program

‘Bulan Seni Visual’

1.2 Matlamat

Matlamat program adalah seperti berikut:

i) Melahirkan generasi yang kritis, kreatif dan berkemahiran dalam menghasilkan


karya seni.

4
ii) Mewujudkan persaingan yang sihat dalam kalangan murid di samping
menambah pengetahuan tentang seni visual.
iii) Memberi kesedaran kepada murid dan guru pendidikan seni visual berkait rapat
dengan kehidupan seharian.
iv) Menarik minat murid terhadap pendidikan seni visual.

1.2 Objektif Program:

Program ini diharap dapat:


i) Mempertingkatkan pengetahuan murid tentang pelbagai jenis karya seni dalam
empat bidang mengikut sukatan pelajaran.
ii) Mencungkil serta mengembangkan bakat seni murid melalui aktiviti dan
pertandingan yang dijalankan.
iii) Memberi peluang murid meneroka pengalaman baru melalui aktiviti seni yang
dijalankan.
iv) Memberi murid peluang berkarya dan berimaginasi mengikut kreativiti sendiri.

1.3 Anjuran : Panitia Pendidikan Seni Visual


1.4 Tarikh Perlaksanaan : Bulan Oktober
1.5 Tempat dan lokasi : SK Kampung Gudang (Dewan Ibnu Sina)
1.6 Kumpulan Sasaran : Murid tahap 2 ( Tahun 4, 5 dan 6)
1.7 Ahli Jawatankuasa Pelaksana :

Penaung : Encik Hisyam bin Ismail (GURU BESAR)


Penasihat : En. Khairul Rajudin bin Masod ( GPK 1 )
En. Rohaizat bin Md Kheir ( GPK HEM )
En. Mohd Fadhil bin Ismail ( GPK KOKURIKULUM)
Pengerusi : Pn. Robiah binti Majid
Setiausaha : Pn. Dahlia binti Mohd Yusof
Bendahari : Pn. Supiah binti Shahar
AJK : Semua Guru Pendidikan Seni

5
1.8 Tentatif Program:
Minggu Catatan
Minggu 1 ( Bidang Menggambar) - Slide show
Tarikh : 7 Oktober 2015 digunakan
Masa : 2.00 – 4.30 petang untuk
Tempat : Dewan Ibnu Sina SK kg Gudang menerangkan
Topik : Menggambar definisi dan
Tema : Alam Semulajadi teknik
Sasaran : Murid Tahap 2 ( 60 orang murid) bidang
Aktiviti : Melukis Menggambar
Bahan/Media : Pensel, pensel warna, krayon atau pen
Nilai Tambah : Sains

Objektif Pembelajaran:
Selepas pembelajaran diharap murid dapat:
a) Melukis objek yang terdapat disekeliling yang bertema alam semulajadi
b) Memilih media yang sesuai untuk karya

Aktiviti yang dijalankan :


i) Definisi menggambar – guru menerangkan apakah maksud menggambar
ii) Teknik-teknik menggambar – guru tunjuk contoh hasil kerja dan cara
penghasilan
iii) Alat dan media – murid diperkenalkan dengan alat dan bahan
menggambar mengikut teknik
iv) Murid menghasilkan karya menggunakan teknik menggambar yang
dipilih
v) Mempamerkan hasil kerja.

Minggu 2 ( Bidang Membuat Corak dan Rekaan) -‘Power point’


Tarikh : 14 Oktober 2015 digunakan
Masa : 2.00 – 4.30 petang semasa
Tempat : Dewan Ibnu Sina SK kg Gudang perkenalkan
Topik : Membuat corak dan rekaan topik dan

6
Sasaran : Murid Tahap 2 ( 60 orang murid) teknik
Aktiviti : Cetakan/capan cetakan/capan
Bahan/Media : Media basah ( warna air)
Nilai Tambah : sains dan matematik

Objektif Pembelajaran:
Selepas aktiviti pembelajaran diharap murid dapat:
a) Memahami perbezaan antara cetakan dan capan
b) Memilih bahan yang sesuai untuk aktiviti capan/cetakan
c) Menghasilkan karya menggunakan teknik capan/cetakan

Aktiviti yang dijalankan :


i) Definisi bidang corak dan rekaan – guru menerangkan apakah maksud
corak dan rekaan
ii) Teknik-teknik menggambar – guru tunjuk contoh hasil kerja dan cara
penghasilan karya melalui pelbagai teknik membuat corak dan rekaan
iii) Alat dan media – murid diperkenalkan dengan alat dan bahan
membuat corak dan rekaan mengikut teknik
iv) Murid menghasilkan karya menggunakan teknik membuat corak dan
rekaan yang dipilih
v) Mempamerkan hasil kerja.

Minggu 3 ( Membentuk Dan Membuat Binaan) - Guru tunjuk


Tarikh : 21 Oktober 2015 cara hasilkan
Masa : 2.00 – 4.30 petang ‘papier
Tempat : Dewan Ibnu Sina SK kg Gudang mache’
Topik : Membentuk dan membuat binaan -Tunjuk
Sasaran : Murid Tahap 2 ( 60 orang murid) beberapa
Aktiviti : Membuat topeng bentuk
Tema : Alam semulajadi topeng
Bahan/alatan/media: gam cair, kertas, warna air
Nilai tambah : Kajian Tempatan

7
Objektif Pembelajaran :
Selepas aktiviti pembelajaran murid diharap dapat:
a) Memahami proses menyediakan ‘papier mache’
b) Memilih acuan topeng yang sesuai
c) Memilih dan membina rupa bentuk topeng mengikut kreativiti sendiri
d) Menghias topeng

Aktiviti yang dijalankan :


i) Definisi bidang membentuk dan membuat binaan – guru menerangkan
apakah maksud membentuk dan membuat binaan
ii) Jenis-jenis membentuk dan membuat binaan – guru tunjuk contoh hasil
kerja dan cara penghasilan karya melalui pelbagai teknik membentuk dan
membuat binaan
iii) Alat dan media – murid diperkenalkan dengan alat dan bahan
membentuk dan membuat binaan ( Papier mache)
iv) Murid menghasilkan karya menggunakan teknik yang dipilih
v) Mempamerkan hasil kerja.

Minggu 4 ( Kraf Tradisional ) - Pelbagai


Tarikh : 28 Oktober 2015 jenis wau
Masa : 2.00 – 4.30 petang dipamerkan
Tempat : Dewan Ibnu Sina SK kg Gudang
Topik : Kraf Tradisional
Tema : Alat permainan (Wau)
Sasaran : Murid Tahap 2 ( 60 orang murid)
Media/bahan/alatan: Buluh yang telah diraut, benang, gam, kertas, tali
Nilai Tambah : Kajian Tempatan/Sejarah, Prinsip sains

Objektif Pembelajaran:
Selepas aktiviti pembelajaran, murid diharap dapat:
a) Mengenali tokoh-tokoh seni kraf tangan
b) Mengenali jenis-jenis kraf tradisional
c)Mengenal jenis wau

8
d) Menghasilkan wau

Aktiviti :
Aktiviti yang dijalankan :
i) Definisi bidang kraf tradisional – guru memperkenalkan tokoh-tokoh
dalam kraf tradisional dan hasil kerja mereka
ii) Jenis-jenis kraf tradisional – guru tunjuk contoh hasil kerja dan cara
penghasilan kraf tradisional
iii) Alat dan media – murid diperkenalkan dengan alat dan bahan
membuat kraf tradisional seperti wau
iv) Murid menghasilkan jenis kraf tradisional yang dipilih.
v) Mempamerkan hasil kerja.

1.9 Kewangan

ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM PAMERAN INSPIRASI SENI

HARGA HARGA
BIL PERKARA KUANTITI SEUNIT ( UNIT X RM ) JUMLAH
( RM )
2. Kertas lukisan 1 bungkus 20 1 x20 RM 20.00
3. Pensel 5 kotak 6 5x6 RM 30.00
4. Warna Air 10 kotak 5.50 10 x 5.50 RM 55.50
5. Kertas warna 60 keping 0.50 60 x 0.50 RM 30.00
6. Benang bulu kambing 5 gulung 2.50 5 x 2.50 RM 12.50
7. Tepung Ubi ( untuk gam) 1 paket 2.00 1x 2.00 RM 2.00
8. Berus 10 set 4.50 4.50 x 10 RM 45.00
JUMLAH RM 195.00

* Sumber kewangan adalah daripada Panitia Seni

9
2.0 PENGALAMAN

Pengalaman adalah sesuatu hal yang telah kita alami. Manakala pengalaman seni ialah apa
yang telah kita pelajari atau kita alami dalam hal seni. Pendidikan seni visual merupakan satu
mata pelajaran yang bukan hanya melibatkan fizikal malah turut merangsang pemikiran
pelajar. Oleh itu, pengalaman pelajar semasa aktiviti seni visual sangat penting untuk
membina keyakinan diri dan meningkatkan kemahiran berfikir serta meningkatkan daya
kreativiti mereka.

Menurut Helbert Read, kita tidak hanya mengajar kanak-kanak mengetahui, tetapi juga pada
masa yang sama, mengajar mereka mencipta. Oleh itu, pengalaman dalam pendidikan seni
visual dapat meningkatkan daya kreativiti murid, di mana menurut Kajian Fryer (1996),
kreativiti adalah sesuatu yang asli, satu proses separa sedar, sesiapa sahaja boleh menjadi
kreatif tetapi tidak semua orang kreatif. Kreativiti melibatkan pemikiran dan khayalan dan
kreativiti adalah kebolehan untuk melihat sesuatu dalam cara yang berbeza untuk mencari
kepuasan dalam membuat atau menghasilkan sesuatu dan memerlukan ketekunan sehingga
terhasilnya suatu produk.

Dalam konteks, aktiviti yang telah dirancang, para pelajar akan melalui pengalaman yang
merangsang kemahiran berfikir bermula pada peringkat awal aktiviti lagi. Berikut merupakan
bagaimana pengalaman melakukan aktiviti seni visual berkait rapat dengan perkembanagan
kemahiran berfikir pelajar:

i) Pengalaman Semasa Perkembangan Idea

Semasa aktiviti mendefinisikan serta memperkenalkan teknik yang terdapat dalam bidang
menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan serta kraf
tradisional pelajar mendapat gambaran serta idea untuk menghasilkan sebuah hasil seni.
Semasa proses penjanaan idea atau perkembangan idea ini, pelajar perlu menetapkan objektif,
haluan dan tujuan penghasilan karya. Mereka juga perlu membuat perancangan, pemilihan
dan membuat keputusan apakah karya yang ingin dihasilkan serta apakah teknik, media dan
bahan yang akan digunakan. Contohnya untuk membuat corak melalui teknik capan, pelajar
perlu memahami apakah media dan bahan alam semulajadi yang akan digunakan. Begitu juga
untuk menghasilkan lukisan, mereka perlu menetapkan apakah objek yang akan dilukis dan

10
apakah media yang sesuai digunakan. Oleh itu secara tidak langsung, pengalaman seni
meningkatkan kemahiran berfikir pelajar.

ii) Pengalaman Semasa Proses Pengolahan dan Pemurnian

Pada peringkat ini, pelajar akan berusaha untuk mengolah dan memurnikan idea mereka bagi
mendapatkan kajian visual yang lebih sistematik dan tersusun bagi memastikan imej atau
visual yang hendak dihasilkan atau dipilih bertepatan dengan tema dan objektif penghasilan.
Contohnya untuk melukis sehelai daun kering, pelajar perlu bijak membuat keputusan untuk
memilih daun yang unik dan mempunyai ciri-ciri yang menarik. Begitu juga susunan dalam
bentuk corak dan rekaan, mereka perlu menetapkan apakah pola atau susunan corak yang
hendak digunakan. Proses ini juga turut digunakan semasa merancang untuk membina topeng
dan juga wau dalam kraf tradisional di mana mereka perlu memilih motif apakah yang sesuai
digunakan dan bagaimana gubahannya. Oleh itu, aktiviti ini memberi pengalaman serta
merangsang pemikiran mereka serta membantu mereka membuat keputusan.

iii) Pengalaman Menggunakan Media dan Bahan

Semasa proses penghasilan, pelajar akan diberi bimbingan menggunakan bahan dan teknik
yang perlu digunakan melalui demonstrasi. Ia bertujuan menunjukkan cara, agar pemilihan
bahan mempunyai makna dan nilai tersendiri kepada pelajar. Pengalaman pada peringkat ini
merupakan yang paling penting di mana para pelajar akan berinteraksi secara langsung
dengan bahan dan media yang dipilih. Proses ini juga menguji bagaimana pelajar
mengaplikasikan kemahiran yang telah dipelajari untuk menghasilkan karya seni mengikut
perancangan yang telah dibuat. Pemilihan serta kebijaksanaan menggunakan bahan dan
media juga turut diuji semasa proses ini. Jadi, aktiviti seni yang tersusun dan mempunyai
perancangan yang baik akan melahirkan pelajar yang berupaya menyelesaikan masalah serta
mampu membuat penilaian bijak. Secara tidak langsung aktiviti seni akan menggalakkan
daya imaginasi kanak-kanak untuk berfikir bagi menghasilkan karya seni yang baik dan
cantik.

Selain kemahiran, aktiviti seni juga menyumbang kepada perkembangan kognitif pelajar,
sebagai contoh, semasa proses melukis sesuatu bentuk mereka akan berfikir dari segi bentuk
lukisan, aplikasi ruang, bahan dan warna yang diperlukan, bilangan garisan dan sebagainya.

11
Selain itu, aktiviti seni juga meningkatkan kemahiran sosial di kalangan pelajar melalui
komunikasi dan pergaulan semasa aktiviti dijalankan. Sebenarnya, pelbagai kemahiran turut
diterap semasa aktiviti seni dilaksanakan, contohnya dalam kemahiran melukis, pelajar dapat
mengenali objek dan membantu meningkatkan daya sensitiviti mereka terhadap alam
sekeliling. Proses seni juga banyak menjurus ke arah pengamatan terhadap objek dan dapat
melatih deria pelajar supaya menjadi lebih peka dan meningkatkan daya persepsi mereka.
Seni juga dapat meningkatkan daya imaginatif pelajar. Oleh itu, Penglibatan aktif pelajar
dalam aktiviti seni berupaya mengalakkan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor
kanak-kanak, disamping memupuk nilai estetika.

3.0 EKSPRESI

Seni merupakan ekspresi perasaan dan fikiran. Di dalam Kamus Dewan Edisi ke-3, ekspresi
bermaksud pelahiran maksud (perasaan dsb) dengan kata-kata (gerak-geri, dll). Manakala
menurut Jamilah Omar di dalam bukunya Kreativiti dan Ekspresi Seni Visual, menyatakan
ekspresi adalah ‘sesuatu yang dikeluarkan’ seperti cairan gula yang dikeluarkan tatkala tebu
diperah. Seterusnya, Ekspresi menurut Taylor (1976), membawa maksud pengucapan,
pencurahan perasaan, rasa hati yang dilahirkan melalui tutur kata, reaksi muka, imej visual
dan reaksi fizikal seperti pergerakan tangan, kaki dan badan atau keseluruhan anggota. Selain
itu, ekspresi dalam seni visual akan memantapkan pengucapan idea melalui gambaran imej
menerusi pemikiran perasaan dan emosi seseorang individu itu.

Berdasarkan aktiviti yang dirancang, ekspresi murid dapat dilihat dengan jelas melalui idea
dan reaksi mereka semasa menjalankan aktiviti. Selain itu, mereka boleh meluahkan perasaan
dan emosi mereka seperti perasaan seronok, marah, keliru dan sebagainya melalui aktiviti
seni. Dalam seni, perasaan dijadikan objek, diatur, dikelola dan diwujudkan atau
diekspresikan dalam karya seni. Ia jelas dilihat melalui interaksi dengan rakan atau orang
sekelilingnya dan juga bahan atau media yang digunakan dan juga hasil karya yang
dihasilkan. Ekspresi pelajar juga dapat ditafsir melalui hasil karya mereka berdasarkan
beberapa faktor, antaranya adalah seperti berikut:

I) Ekspresi Lahir Dari Warna


Melalui warna yang digunakan oleh pelajar, dapat memberi gambaran tentang perasaan
mereka semasa menghasilkan karya tersebut. Secara psikologi setiap warna memberikan

12
pengaruh terhadap rasa, perilaku, dan sebagainya. Warna sejuk banyak diinspirasi dari
dinginnya air, sejuknya awan dan pemandangan serta segarnya daun. Penggunaan warna
sejuk seperti warna hijau memberikan kesan emosi yang segar dan nyaman. Ia juga
mengambarkan emosi sedih dan sayu. Warna sejuk adalah terdiri dari empat warna iaitu
hijau, biru, ungu, dan merah jambu. Manakala warna panas terdiri dari tiga warna iaitu
merah, kuning dan jingga. Ketiga-tiga warna tersebut ada pada api sehingga kesan yang
dimunculkan adalah panas atau hangat. Warna-warna panas cenderung panas dan
memberikan gambaran perasaan yang bersemangat berani, keceriaan
perasaan marah atau perasaan yang kurang selesa ataupun menunjukkan pelajar tersebut
mempunyai konflik dalam diri. Menerusi karya yang di hasilkan, kita dapat lihat bahawa
ekspresi dalam diri seorang itu yang berada dalm keadaan baik atau sebaliknya.

Contoh hasil karya murid – minggu 3 (topeng)

Berdasarkan contoh hasil kerja murid, ekspresinya digambarkan secara realiti bahawa warna
hijau menggambarkan alam contohnya buah-buahan. Hijau mampu membangkitkan perasaan
kehidupan, sesuatu yang subur, sejuk,toleran, harmonis, stabil, tenang, damai, ringan dan
sejahtera. Manakala merah melambangkan semangat atau berani.

Ii) Ekspresi Lahir Dari Garisan

Garisan merupakan cantuman satu siri titik ke titik yang lain dalam jarak yang tertentu.
Garisan merupakan elemen terpenting dalam aktiviti melukis, menggambar dan menulis.
Aplikasi pelbagai jenis garisan dapat mencipta rupa, jalinan, ton, corak serta menimbulkan

13
gambaran bentuk, ruang dan gerakan dalam seni visual. Terdapat banyak jenis garisan
antaranya garisan tebal, garisan nipis, garisan berlingkar, garisan berpancar, garisan
bengkang bengkok, garisan beralun, garisan melintang dan garisan tegak. Garisan dapat
dibentuk menggunakan pelbagai media dan membawa maksud yang tersendiri dan berkait
rapat dengan perasaan penghasil karya khususnya pelajar.

(Sumber : http://liaekingee.blogspot.my/2012/05/psv.html)

Contoh hasil karya murid – Minggu 1 (lukisan)

Gambar di atas menunjukkan contoh hasil kerja murid dalam bidang menggambar. Garisan
tegak memberi gambaran perasaan yang teguh, garisan yang tebal menunjukkan ketegasan,
perasaan marah dan mungkin juga perasaan seram. Garisan beralun menggambarkan
perasaan cemas dan garisan berpancar pula menggambarkan tenaga.

Iii) Ekspresi Lahir Dari Motif

Selain itu, pemilihan motif dalam karya pelajar juga membawa maksud tertentu, antara motif
yang menjadi pilihan para pelajar adalah motif alam semulajadi seperti pucuk rebung, bunga,
daun dan juga bahagian tumbuhan yang lain. Oleh kerana sekolah tempat aktiviti ini
dijalankan adalah terdiri daripada kaum melayu sepenuhnya dan terletak dipinggir bukit dan
kehidupan mereka sangat berkait rapat dengan alam, maka motif pilihan mereka adalah yang
berkait dengan alam.

14
Contohnya dalam aktiviti lukisan, mereka menjadikan daun kering sebagai motif yang boleh
membawa maksud pandai menyesuaikan diri dengan keadaan, manakala dalam corak dan
rekaan serta kraf tradisional seperti wau mereka lebih gemar memilih motif bunga dan rama-
rama yang menggambarkan sesuatu yang indah, manakala pucuk rebung yang membawa
maksud kasih sayang, lemah lembut dan hati yang bersih.

4.0 MAKLUMAT SOKONGAN

Seni dalam pendidikan merupakan integrasi kecergasan pelbagai iaitu Teori Kecerdasan
Pelbagai yang diperkenalkan oleh Howard Gardner yang berkaitan dengan sembilan
kecerdasan manusia iaitu kecerdasan logikal matematik, spatial ruang, linguistik,
intrapersonal, interpersonal, kinestetik, muzik, naturalis dan eksistensialisme. Definisi
kecerdasan pelbagai yang diberikan oleh Gardner (1983) adalah kepakaran kecerdasan
manusia seharusnya mempunyai kemahiran untuk menyelesaikan masalah, menangani
masalah sesuai dengan masa dan tempat dan menghasilkan output yang efektif. Menurut
Howard Gardner, kecerdasan tidak boleh diwarisi semata-mata dan kecerdasan boleh
dipengaruhi oleh budaya, persekitaran, peluang pendidikan, makanan, suasana pembelajaran
dan lain-lain.

Berdasarkan teori kecerdasan pelbagai tersebut, aktiviti yang telah dirancang mempunyai
integrasi kecergasan pelbagai. Berikut merupakan bahan visual yang menunjukkan aktiviti
kreatif yang dijalankan oleh pelajar dan hasil karya mereka.

15
Minggu 1 ( Bidang Menggambar)
Teknik : Lukisan

(Sumber : http://liaekingee.blogspot.my/2012/05/psv.html)

Minggu 2 : Membuat Corak dan Binaan

Teknik : Capan/cetakan

Gambar di atas menunjukkan aktiviti yang dijalankan pada minggu pertama dan juga minggu
kedua iaitu yang melibatkan bidang menggambar dan membuat corak dan rekaan.
Berdasarkann aktiviti ini, pelajar banyak menggunakan kecerdasan spartial/ visual ruang.
Aktiviti seni ini meningkatkan keupayaan pelajar menggambarkan dengan mata minda.
16
Pelajar juga berkebolehan menceritakan dan menggambarkan pengalaman yang pernah
dilalui serta bijak menghubungkaitkan antara objek-objek dalam ruang. Kecerdasan ruang
visual membolehkan individu mempersembahkan idea-idea visual dan ruang
berkecenderungan dalam aspek imaginatif dan kreatif yang memenuhi ciri-ciri kecergasan
spatial/visual dan ruang. Pelajar cerdas ruang juga mampu menggunakan warna secara
sempurna serta mempunyai daya imaginasi yang kuat.

Minggu 3 : Membentuk dan membuat binaan

Tajuk : Topeng menggunakan papier mache

Minggu 4 : Kraf Tradisional (Wau)

Sumber : http://wareyzseni.blogspot.my/2011/08/proses-pembuatan-wau-tradisional.html

17
Aktiviti minggu ketiga merupakan bidang seni membentuk dan membuat binaan iaitu topeng
dan minggu keempat merupakan bidang seni kraf tradisional iaitu membuat wau. Aktiviti
minggu ketiga dan keempat ini lebih banyak melibatkan pergerakan dan penggunaan otot
semasa menyiapkan projek. Contohnya, untuk membuat topeng, pelajar perlu menyediakan
papier mache yang memerlukan banyak tenaga dan otot tangan terutamanya semasa proses
menghaluskan kertas yang telah direndam dengan menumbuk kertas menggunakan lesung
batu. Manakala untuk membuat wau, pelajar banyak menggunakan pergerakan tangan
semasa aktiviti meraut, mengikat, melakat dan sebagainya. Oleh itu, semasa aktiviti minggu
ketiga dan keempat banyak menggunakankan kecergasan pelbagai kinestetik. Melalui teori
kinestetik, pelajar boleh memanipulasi alat, bahan untuk menyelesaikan masalah.

5.0 PENUTUP

Seni dalam pendidikan memainkan peranan penting dalam melahirkan individu yang holistik
dan seimbang dari aspek kognitif, emosi, sosial dan rohani. Pengalaman seni yang dialami
oleh pelajar mampu memberikan keyakinan yang tinggi kepada para pelajar. Jika aktiviti seni
diatur dan dirancang dengan baik ia akan menjadi sangat menarik dan memberi impak positif
terhadap pelajar. Oleh itu, adalah sangat penting guru-guru memainkan peranan yang
sewajarnya dengan menyediakan program seni yang menarik agar seni tidak lagi dipandang
sebagai mata pelajaran yang tidak penting. Harus diingat, seni dapat membantu pelajar
menajamkan fikiran, lebih kreatif dan berfikiran lebih kritis di samping dapat meluahkan apa
juga perasaan mereka dalam bentuk hasil karya berbanding hanya melalui verbal sahaja. Seni
juga sebenarnya mempunyai integrasi dengan kecerdasan pelbagai yang perlu dicungkil
dalam diri pelajar di samping boleh di gabungjalinkan dengan mata pelajaran lain seperti
matematik, sains bahasa, kemahiran hidup, sejarah dan sebagainya. Kesimpulannya, tidak
dapat dinafikan lagi seni amat bermanfaat kepada pelajar dalam mengasah minda, sahsiah,
emosi dan juga keyakinan diri mereka.

18
RUJUKAN

Fryer, M. (1996). Creative teaching and learning. London: Paul Chapman Publishing Ltd.

Gardner, H. 2006. Multiple Intelligences: New Horizons. London: Basic Books.


Jamilah Omar,Kreativiti dan Ekspresi Seni Visual, UPSI, 2013.

Kamus Dewan Edisi 3(1994). Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lowenfeld, V.& Brittain,W.L.(1987). Creative and mental growth, (8th.ed.). USA :


MacMillan Pub.

Mohd Johari Ab Hamid (Ed).(2004) Pendidikan Seni Visual dan Muzik, Universiti
Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim:Malindo Printers Sdn.Bhd.

Multiple Intelligence Theory. Diperoleh Okt 16,2015 daripada


http://www.ed.psu.edu/insys/ESD/gardner/Mitheory.html

Pengertian nilai seni dan ekspresi. Diperoleh 0kt 16 2015


http://www.plengdut.com/2012/12/pengertian-nilai-seni-dan-ekspresi.html

Seni, Modifikasi Ekspresi. Diperoleh 20 Okt 2015

http://www.bandungmagazine.com/analysis/seni-modifikasi-ekspresi

Teori Kreatif Taylor. Diperoleh 20 Okt 2015

http://akuseni.blogspot.my/2012/01/teori-kreativiti-calvin-wtaylor.html

Gambar pembuatan wau. Diperoleh pada 20 Okt 2015

http://wareyzseni.blogspot.my/2011/08/proses-pembuatan-wau-tradisional.html

Gambar aktiviti lukisan. Diperoleh pada 20 Okt 2015

http://liaekingee.blogspot.my/2012/05/psv.html)

19

You might also like