You are on page 1of 9

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/311105655

Penggunaan Peneguhan Positif: Pujian dan Token Ekonomi untuk Modifikasi


Tingkahlaku Murid Pendidikan Khas 'Slow Learner'

Article · August 2016

CITATION READS

1 11,999

3 authors, including:

Mohd Hanafi Mohd Yasin Mohd Mokhtar Tahar


Universiti Kebangsaan Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia
111 PUBLICATIONS   128 CITATIONS    74 PUBLICATIONS   172 CITATIONS   

SEE PROFILE SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Pengurusan tingkah laku dalam pendidikan khas View project

Multimedia Visual module View project

All content following this page was uploaded by Mohd Hanafi Mohd Yasin on 30 November 2016.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


Penggunaan Peneguhan Positif: Pujian dan Token Ekonomi untuk Modifikasi
Tingkahlaku Murid Pendidikan Khas ‘Slow Learner’

Oleh:
Zalina Katmana, Mohd Hanafi Mohd Yasinb, Mohd Mokhtar Taharc

Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, Bangi, Selangor, Malaysia


a
National University of Malaysia,43600 Bangi, Selangor, Malaysia.

Abstrak
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui keberkesanan menggunakan teknik peneguhan iaitu
dengan memberi pujian dan token ekonomi. Teknik ini digunakan bertujuan untuk mengubah tingkah laku
negatif kepada peningkatan positif. Murid tersebut gemar tidur ketika murid lain sedang menjalani
aktiviti lembaran kerja di dalam kelas. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif
untuk mengumpul data-data. Data dikumpulkan dengan menggunakan instrumen borang pemerhatian
dan menggunakan rekabentuk A-B. Kajian dianalisa dengan menggunakan skor kekerapan untuk
mendapatkan perbandingan dan menganalisis data yang di kumpul. Peserta kajian ini terdiri daripada
seorang murid bermasalah pembelajaran di sebuah sekolah rendah Daerah Muar. Hasil analisis
menunjukkan perubahan tingkah laku daripada bertingkah laku negatif kepada positif dalam tempoh
empat minggu setelah kajian dijalankan. Keputusan kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa sistem
penggunaan pujian dan ganjaran ekonomi seperti hadiah adalah berkesan.

Abstrack
The aim of this study was to determine the effectiveness of using reinforcement techniques, by giving
praise and token economy. The technique used is to change negative behavior to positive improvements.
The students love to sleep when other students are going through the worksheets in class. This study used
a qualitative and quantitative approach to collecting data. The data was collected using observation
forms and instrument design using A B. Survey responses were analyzed by using frequency scores for
comparison and analyzing the collected data. A student from the classroom for special education in Muar
primary school was selected as the study participants. The analysis showed positive result for student
behavior in the last four weeks of the study. The results of the study showed that the system of economic
rewards are effective.
Kata kunci: Peneguhan positif dan Token Ekonomi, murid slow learner, sekolah rendah
Keywords: Positive reinforcement and Token Economy, slow learner students, primary school
1. Pendahuluan

Tingkah laku merupakan suatu aksi atau tindakan yang digunakan oleh pelajar untuk
bergerak balas dan meneroka objek yang berada di persekitarannya. Lazimnya tingkah laku
adalah tindakan manusia yang boleh diperhatikan, dinilai dan juga diukur. Sesetengah
tingkah laku akan dijadikan sasaran untuk diubah dan diperbaiki menjadi lebih baik. Menurut
Lewis M. Beaker (2001), mentafsirkan tingkahlaku sebagai perbuatan yang dilakukan secara
terus atau tidak dan dalam keadaan sedar mahupun separa sedar. Ia menjadi matlamat dan
objektif utama dalam program pendidikan dan direka sebagai tingkah laku sasaran. Mengikut
Teori Behaviorisme, semua tingkah laku adalah dipelajari.

Menurut Hackenberg, (2009) program token ekonomi ini dikenali sebagai sistem
ekonomi kerana ia berasaskan system kewangan yang mempunyai nilai jika ditukarkan
kepada benda atau aktiviti yang lain sebagai pengukuhan kepada murid. Hal ini merupakan
suatu simbol bagi token untuk ditukarkan menjadi sesuatu yang bernilai dan disukai pelajar
seperti wang, pensil, buku warna dan sebagainya. Realitinya kaedah ini dapat memotivasikan
murid bertingkah laku yang diingini dengan mengurangkan atau menghentikan tingkah laku
negatif secara terus.

Justeru itu, kajian ini menfokuskan kepada kaedah modifikasi tingkah laku murid yang
gemar tidur didalam kelas kerana menarik diri untuk menyelesaikan lembaran kerja dengan
menggunakan pujian dan token ekonomi. Kesan negatif yang paling ketara adalah sekiranya
subjek mengekalkan tingkah laku tidur didalam kelas, menyebabkan subjek akan tercicir
dalam pembelajaran.

1.1. Pernyataan Masalah dan Objektif Kajian/ Persoalan Kajian

Murid pendidikan khas lazimnya sering menunjukkan tingkahlaku yang bermasalah.


Antaranya tingkah laku suka tidur di dalam kelas, tidak fokus dalam pembelajaran,
bertingkah laku sosial negatif dan bermasalah emosi yang sukar dijangka. Menurut
Saayah Abu, (2008) mengatakan bahawa persekitaran sekolah yang padat, panas dan
bising membuatkan permasalahan tingkah laku sering berlaku. Sehubungan itu, guru
perlu mencari kaedah yang sesuai dan menarik seperti memberikan pujian sekiranya
dapat menyelesaikan lembaran kerja dengan baik dan memberikan token ekonomi
sekiranya dapat bertingkah laku baik.

Menurut Noor Hayati (2000), menyatakan bahawa kajiannya ini yang


menggunakan sistem token dapat mempengaruhi matapelajaran matematik bagi murid
pendidikan khas. Oleh yang demikian, guru pendidikan khas perlu menggalakkan
memberi ganjaran secara berterusan kepada murid dalam jangka masa tertentu untuk
membantu murid mengubah tingkah laku yang tidak diingini. Melalui penggunaan sistem
pujian dan token ekonomi ini amat sesuai dan berkesan dalam membentuk tingkah laku
positif. Hal ini selari dengan kajian yang telah dijalankan oleh Anna Klimas & T.F Mc Lauhglin,
(2007) yang menyatakan bahawa penggunaan kaedah ganjaran ekonomi amat berkesan bagi
meningkatkan tingkah laku positif dalam bilik darjah.

Murid yang bertingkah laku negatif seperti tidur di dalam kelas serta tiada
motivasi perlulah diberi peneguhan. Hal ini selari dengan kajian yang dijalankan oleh
Jeson, Sloane & Young, (1998) yang mengatakan bahawa token merupakan peneguhan
positif terhadap kejayaan mencapai sasaran. Oleh itu, token merupakan cara yang sesuai
menarik minat untuk murid menghentikan tingkahlaku negatif agar pencapaian akademik
meningkat dengan suntikan semangat pujian dan token hadiah. Hal ini selari dengan
kajian Ngu Mee Kok, (2009) yang menyatakan bahawa token ekonomi dan pujian
meningkatkan kawalan murid di dalam kelas di samping dapat meningkatkan mutu
prestasi akademik murid.

Objektif kajian yang dijalankan adalah:

1) Mengenal pasti tingkah laku negatif murid Slow learner ketika membuat lembaran kerja di
dalam bilik darjah.
2) Membuang tabiat suka tidur di dalam kelas ketika membuat lembaran kerja di dalam
bilik darjah.

Persoalan kajian adalah:


1) Bagaimana tindakan negatif murid Slow Learner dinyatakan sebagai mengganggu
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah?
2) Adakah penggunaan sistem pujian dan token ekonomi dapat membuang tabiat murid
suka tidur ketika membuat lembaran kerja di dalam bilik darjah?

2. Metodologi Kajian

Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif. Pengkaji menggunakan single
subject dengan menggunakan A-B iaitu A adalah baseline dan B adalah intervensi. Beberapa
kaedah telah digunakan bagi mendapatkan data dan maklumat yang berkaitan dengan kajian.
Antara kaedah yang digunakan oleh pengkaji adalah pemerhatian berstruktur dan juga
temubual. Pemerhatian yang berstruktur ini dijalankan semasa sesi pembelajaran berlaku di
dalam kelas dengan merekod tingkah laku tidur dalam borang pemerhatian mengikut sela
masa. Malah pemerhatian juga dilakukan menggunakan rakaman visual. Kaedah temubual
berstruktur bersama rakan guru dan pembantu pengurusan murid dijalankan pada minggu
pertama untuk mendapatkan maklumat.

Menurut Kitwood (1997), kaedah temubual merupakan cara yang berupaya untuk
mengubah maklumat yang tulen. Sekiranya penemubual berjaya membina hubungan
interpersonal dengan berkesan maka data yang diperoleh adalah tepat dan boleh dipercayai.
Subjek kajian adalah terdiri daripada seorang murid lelaki pendidikan khas yang di
kategorikan sebagai “Slow Learner” yang berusia 9 tahun di dalam kelas Delima. Tempoh
penyelidikan dijalankan selama 3 minggu. Menurut Rohselina Mohd (2012), telah
menyatakan bahawa Program Token Ekonomi ini merupakan suatu sistem yang simbolik.

3. Analisis Data
Murid perlu menandatangani satu kontrak ”pujian dan token ekonomi” sebelum sesi
pemerhatian dijalankan. Pengkaji telah melaksanakan sistem pujian dan token ekonomi
terhadap murid yang suka tidur didalam kelas. Kata pujian yang digunakan kepada murid
seperti bagus, baik, tingkatkan usaha, pandai dan sebagainya. Pemberian token ekonomi pula
seperti memberi hadiah yang bermakna kepada murid.
Bagi menjawab persoalan kajian yang pertama, hasil dapatan daripada temu bual
bersama rakan-rakan guru wanita dan pembantu pengurusan murid telah membuktikan
bahawa murid ini sering tidur di dalam kelas ketika membuat lembaran kerja. Ini adalah
diantara soalan yang dipersoalkan di dalam temu bual tersebut:-

“ Apakah tindakan murid tersebut sehingga di katakan mengganggu prestasi akademik di


dalam kelas cikgu?.” “ Semasa saya mengajar dia sering tidur di dalam kelas terutamanya
ketika membuat lembaran kerja ”.

Pembantu Pengurusan Murid dalam kenyataannya:

“ Murid ini akan tidur di dalam kelas sewaktu aktiviti membuat lembaran kerja dijalankan
tidak kira sama ada sesi matapelajaran Matematik, Bahasa Melayu, Sains, Pendidikan Islam
dan sebagainya ”.

Daripada 2 orang guru wanita dan 1 pembantu pengurusan murid memberikan kenyataan
yang sama dan telah membuktikan bahawa tindakan murid itu benar-benar mengganggu
prestasi akademik pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Data telah diambil dan dicatatkan sebelum dan selepas intervensi dijalankan terhadap murid
tersebut. Setiap data sebelum dan data intervensi dapat dibandingkan seperti dalam jadual 1
dan rajah dibawah:-
Rajah 1: Data Baseline dan Intervensi menggunakan kata pujian dan token ekonomi

Data baseline pada rajah 1 menunjukkan peserta kajian melakukan tingkah laku negatif
tersebut pada kekerapan yang sangat tinggi pada hari pertama dan hari keempat pemerhatian
pengkaji iaitu 9 kali manakala kekerapan 7 kali pada hari kedua. Pada hari kelima kekerapan
adalah 6 kali dilakukan dan meningkat lagi kekerapan 8 kali pada hari keenam. Namun
bacaan kekerapan hari ketujuh adalah sama dengan hari kelapan iaitu 6. Seterusnya
kekerapan terus menurun iaitu sama menjadi 1, 1 dan 1 pada hari tujuh belas, lapan belas dan
sembilan belas yang merupakan catatan terendah tingkah laku negatif. Hari keempat belas
dan kelima belas mencatat kekerapan yang juga sama iaitu 3 kali sepanjang hari. Pada hari
akhir intervensi dijalankan iaitu hari ke dua puluh, tingkah laku negatif ini telah berlaku
perubahan yang sangat baik iaitu tidak melakukan tingkah laku negatif tersebut dan
kekerapannya adalah sifar.

4. Perbincangan, Cadangan dan Implikasi


Berdasarkan hasil kajian ini, dapat di rumuskan bahawa pendekatan yang digunakan sangat
berhasil mengubah sikap yang negatif kepada lebih positif. Ini membuktikan bahawa
ganjaran seperti pujian dan token ekonomi merupakan salah satu teknik yang mampu
memberikan kesan dan memberi motivasi kepada murid sekiranya ia dilaksanakan sesuai
dengan masalah yang hendak diselesaikan. Hal ini selari dengan pendapat Shapiro &
Goldberg (1986) dan Anna McLauhglin, (2007) yang menyatakan bahawa penggunaan
kaedah token ekonomi berkesan untuk meningkatkan tingkah laku positif murid.

Jesteru itu, sekiranya guru telah mengetahui perkara yang diminati oleh seseorang
murid, maka ia mudah memberikan idea sebagai satu peneguhan positif untuk memperbaiki
kelemahan tingkah lakunya dan meninimbulkan keiinginan yang tinggi dalam diri murid
untuk mendapatkan token ekonomi iaitu hadiah sebagai peransang bertingkah laku positif.

Maka, tidak menjadi kesalahan kepada seorang guru untuk menggunakan cara tersebut
sebagai jalan penyelesaian kepada sikap yang negatif. Menurut Abikoff dan Hecttman
(Davison 2006: 685) telah menyatakan bahawa untuk mengubah tingkah laku perlu mengikut
prinsip-prinsip Model Pelaziman Operan. Dalam prinsip tingkah laku tersebut menunjukkan
hasil jangka pendek untuk memperbaiki tingkah laku sosial dan akademik. Allah S.W.T telah
berfirman dalam surah Ali Imran: 145, 148, dan An- Nisa: 134 bermaksud dalam pendidikan
Islam, pemberian ganjaran yang baik terhadap tingkah laku baik dari anak didik merupakan
sesuatu nilai yang murni.

Sehubungan dengan itu, ganjaran yang berbeza boleh diberikan bergantung kepada
seseorang individu itu. Pada masa akan datang kajian ini boleh diperhalusi dengan
memanjangkan tempoh masa pelaksanan sistem token ekonomi ini agar dapat mengekalkan
tingkah laku positif menjadi perkara rutin yang berkekalan secara konsisten. Selain itu,
sistem token ekonomi ini boleh diaplikasikan juga terhadap murid kelas aliran perdana dalam
mengawal tingkah laku dan meningkatkan penguasaan serta prestasi akademik di sekolah.
Kesimpulan
Kajian ini adalah salah satu amalan positif dan sebagai penambahbaikkan guru terhadap
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Kekuatan dan kelemahan perlu diambil kira
dalam setiap tindakan yang dijalankan. Guru-guru perlu mengambil dan mencari jalan
penyelesaian dalam menyelesaikan masalah tingkah laku murid agar ia tidak berulang. Ia juga
sekali gus memastikan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah tidak terganggu
dengan tingkah laku yang di lakukan oleh murid.
Kaedah token ekonomi dan pujian ini telah berjaya mencapai objektifnya iaitu
meningkatkan keberkesanan kawalan kelas dan meningkatkan minat murid terhadap pengajaran
dan pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas malah memberikan impak yang positif. Hal ini
terbukti bahawa hasil dari kajian tersebut mendapati perubahan tingkah laku suka tidur di dalam
kelas dapat dihentikan. Ini menunjukkan kanak-kanak ‘Slow Learner’ juga suka kepada ganjaran.
Ganjaran yang diberikan ini menjadi satu motivasi yang boleh mengawal tindakan murid untuk
berkelakuan lebih baik dan positif serta konsisten secara berterusan.

Rujukan

Abdul Rahman Abdul Majid Khan, (2009). Guru sebagai penyelidik . Pts Professional, KualaLumpur.

Cherry, Kendra. 2013. “Education: Theories of emotion.”


http://psychology.about.com/od/psychologytopics/a/theories-of-emotion.htm diakses pada 7
Februari 2013.

Free wikipedia, (2001). What isTtrademark. Dicapai pada 15 April 2010 dari
http://www.wikipedia.com

Fyson, R. (2009). Sexually inappropriate or abusive behavior among pupils in special


schools.British Journal of Special Education. 36(2): 86-94.

Hackenberg T. (2009). Token Reinforcement: A Review and Analysis. Journal of the


Experimental Analysis Of Behaviour91 : 257-286.

Jenson, W.R. Sloane, H & Young, R. (1998). Token Economies. Applied Behavior Analysisin
Education.: A Structured Teaching Approach. New York: Prentice Hall.

Lee Soon Guan, (2007). Tuntas 3: Koleksi Laporan Kajian Tindakan 2007.Yusran Publishing House,
Kedah Darul Aman.
Noor Hayati Mustaffa (2000). Menguji Keberkesanan Token Dalam Mempengaruhi Pencapaian
Mata Pelajaran Matematik Bagi Pelajar Pemulihan Di SK Padang Besar Utara Perlis.
Bangi: Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia, 24-30.

Ngu Mee Kok, (2009). Meningkatkan Keberkesanan Kawalan Kelas Menggunakan Kelas
Menggunakan Kaedah Ganjaran dan Hukuman Untuk Murid Tahun 3. Koleksi Artikel
Penyelidikan Tindakan PISMP SN amb. Januari 2009, Seminar Penyelidikan Tindakan
IPG KBL Tahun 2012, ms.132-146

McKernan, J. Curriculum action research: A handbook methods and resourcesfor reflective


practitioner 2nd Edition (1991). London.

Mohamad Khairudin Bajuri1 , Rohaida Mohd. Saat2 , M. Y. Zulkifli Mohd. Yusoff3 , Noor
Naemah Abdul. (2012). Konsep Ganjaran Dalam Aktiviti Pembelajaran: Pengamalannya
Di Sebuah Sekolah Menengah Agama Di Terengganu. The 2nd Annual International
Qur’anic Conference

Richard D. Parsons, Kimberlee S. Brown, ( 2002). Teacher as reflective practitioner and action
researcher.West Chester University, United States.

Roslan, Nora Amirah dan Mohd Eddy Abdullah. 2011. Keberkesanan kaedah token semasa
pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani. Prosiding Seminar Penyelidikan
Tindakan PISMP 2: 230-236.

Shapiro & Goldberg, (1986), Anna Klimas & T. F, mAcLaughin, (2007). The effects of A Token
Economy System to Improve Social and Academic Bahevior with A Rural Promary Aged
Child with Disabilities.

Thomas J.Z., Kristine J.M., (2001). Behavior Management Applications for Teachers. Merrill Prentice
Hall. Columbus, Ohio.
Parman, N. Q. M., & Hilaluddin, S. H. 2013. Mengurangkan Tingkah Laku Negatif Dalam
Kalangan Murid Bermasalah Pembelajaran Dengan Penggunaan Kaedah SisToMi.
Penyelidikan Tindakan PISMP 2013, 2(5), 22–30. Retrieved from
http://mylib.cakna.net/index.php/2013/article/view/425

View publication stats

You might also like