You are on page 1of 12

E-THINK BOARD: MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGINGAT NAMA DAN FUNGSI

ALATAN MEMASAK BAGI MURID TAHUN 5

BAB 3

OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN

Kajian ini mempunyai objektif sebagai garis panduan yang akan menentukan fokus serta
hala tuju kajian ini sendiri. Objektif kajian terbahagi kepada dua iaitu objektif umum dan
objektif khusus.

3.1 Objektif Umum

Penggunaan E-Think Board dapat meningkatkan kemahiran mengingat murid dalam tajuk
alatan memasak.

3.2 Objektif Khusus

i. Meningkatkan kemahiran mengingat bagi nama alatan memasak dengan


menggunakan E-Think Board dalam kalangan murid Tahun 5
ii. Meningkatkan tahap kefahaman murid bagi fungsi alatan memasak dengan
menggunakan E-Think Board dalam kalangan murid Tahun 5
iii. Meningkatkan minat murid dalam mempelajari alatan memasak dengan
menggunakan E-Think Board dalam kalangan murid Tahun 5

3.3 Soalan Kajian

i. Apakah penggunaan E-Think Board dapat meningkatkan kemahiran mengingat bagi


nama alatan memasak?
ii. Apakah penggunaan E-Think Board dapat meningkatkan tahap kefahaman murid
bagi fungsi alatan memasak?
iii. Apakah penggunaan E-Think Board dapat meningkatkan minat murid dalam
mempelajari alatan memasak?
5.2 Instrumen Kajian
Melalui kajian ini, pelbagai jenis kaedah pengumpulan data dan instrumen kajian yang dapat
digunakan bagi mendapatkan dapatan kajian. Instrumen adalah alat yang digunakan untuk
mengukur dan memperoleh data. Oleh itu, bagi memperoleh maklumat yang diperlukan
dalam kajian ini, dua jenis instrumen digunakan iaitu ujian dan borang soal selidik.

a) Ujian Bertulis

Pengkaji memilih ujian bertulis sebagai instrumen dalam mengumpul atau mendapatkan
maklumat yang dikehendaki. Instrumen ujian bertulis digunakan untuk menilai kemahiran
mengingat bagi nama alatan memasak dan tahap kefahaman murid bagi fungsi alatan
memasak terhadap penggunaan E-Think Board dalam PdPc. Ujian ini terbahagi kepada dua
bahagian iaitu 10 soalan objektif dan 10 soalan subjektif. Ujian ini meliputi skop nama dan
fungsi alatan memasak. Item ujian bertulis ini dibina berdasarkan rujukan buku teks dan
buku latihan yang terdapat di pasaran. Selain itu, pembinaan item soalan masih lagi
berpandukan kepada sukatan subjek Reka Bentuk dan Teknologi. Soalan ujian bertulis ini
saya telah berikan kepada guru pembimbing saya untuk disemak jika mempunyai masalah.
Pelaksanaan ujian dijalankan secara berkumpulan yang dibahagi kepada dua kumpulan
yang terdiri daripada 10 orang setiap kumpulan. Kumpulan A terdiri daripada 10 orang yang
bukan dari peserta kajian namun terdiri daripada murid kelas yang sama. Kumpulan B terdiri
daripada 10 orang iaitu peserta bagi kajian ini. Ujian ini akan diberikan kepada kedua –dua
kumpulan selepas selesai mengajar topik alatan memasak. Kemudian, murid kumpulan A
akan diberi ujian yang sama selepas diajar menggunakan kaedah konvensional. Bagi murid
kumpulan B, murid akan diberi ujian selepas guru mengajar menggunakan E-Think Board.
Kemudian, pengkaji akan membandingkan markah bagi kedua-dua ujian tersebut terhadap
Kumpulan A dan Kumpulan B.

b) Soal Selidik

Dalam pembentukan soal selidik, teknik open-ended, closes-ended dan contingency


question akan digunakan. Soal selidik mengandungi soalan berskala ya dan tidak yang
bertujuan mengetahui tahap kepentingan dan persepsi bagi setiap elemen yang ada. Soal
selidik juga membenarkan pengkaji untuk mendapat lebih informasi dalam masa yang
singkat. Selain itu, hasil penyelidikan juga akan dapat diguna semula atau diulangi di
kawasan lain yang mempunyai ciri-ciri persekitaran yang sama dalam menyelesaikan
sesuatu permasalahan atau untuk mencadangkan sesuatu perubahan.
Item-item dalam borang soal selidik boleh menggunakan ukuran dalam bentuk skala Likert,
skala perbezaan semantik, skala thurstone dan skala Gutman (Gay & Airasian,2000).
Kaedah soal selidik yang digunakan mempunyai 10 item yang berkaitan dengan perkara
yang dikaji. Pengkaji memberikan arahan dan menerangkan cara untuk menjawab setiap
item yang ditanya dan responden akan menandakan ruang yang disediakan pada borang
soal selidik dengan jujur.

Tujuan soal selidik dijalankan adalah untuk menilai tahap minat murid tehadap penggunaan
I-Think Board semasa PdPc dijalankan. Melalui soal selidik yang telah dijalankan ini,
pengkaji dapat mengumpul banyak data yang akan digunakan untuk membantu kajian
tindakan dalam pendidikan. Responden yang menjalani kajian ini diberikan borang soal
selidik sebagai kayu ukur tahap minat mereka terhadap topik yang diajar menggunakan
kaedah ini.

Struktur borang soal selidik terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian
B. Bahagian A terkandung soalan berkaitan maklumat demografi responden. Bahagian B
pula terkandung 10 soalan item yang memerlukan murid menjawab ‘ya’ atau ‘tidak’. Masa
yang diberi selama 20 minit untuk menjawab dan melengkapkan borang kaji selidik tersebut.
LAMPIRAN A

SEKOLAH KEBANGSAAN ALOR PEROI,

22300 KUALA BESUT, BESUT,

TERENGGANU

UJIAN BERTULIS

REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

TAHUN 5

NAMA :

KELAS :

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU

MARKAH:

100
Pilih dan bulatkan jawapan yang paling tepat

Rajah 1

1. Apakah nama bagi alatan memasak ini?


A Mangkuk adunan
B Alat pengisar
C Alat pengadun kek
D Kutleri

Rajah 2
2. Apakah nama bagi alatan memasak ini?
A Kutleri
B Kuali
C Sudip
D Pembakar roti
Rajah 3

3. Apakah nama bagi alatan memasak ini?


A Cerek
B Dapur
C Perebus telur
D Alat penyukat

4. Antara alatan memasak berikut, yang manakah merupakan pembakar roti?

C
A

B D

5. Antara alatan memasak berikut, yang manakah merupakan sudip?

A C

B
D
6. ........................ digunakan untuk menyukat bahan yang berkuantiti sedikit seperti
garam.
A Sudu penyukat
B Jag penyukat
C Alat penimbang
D Mangkuk adunan

7. Apakah alatan digunakan untuk mengadun adunan?


A Mangkuk adunan
B Sudu penyukat
C Alat penimbang
D Alat pengisar

8. Kuali digunakan untuk.......................


A Mengadun adunan
B Membakar dan memanaskan makanan
C Mengisar buah
D Menggoreng makanan

9. Kegunaan oven elektrik adalah untuk?


A Membakar dan memanas makanan
B Menyimpan makanan
C Menyejukkan makanan

10. Alat pengisar digunakan untuk ?


A Mengisar bahan makanan
B Merebus dan mereneh makanan
C Membakar roti
BAHAGIAN B

Nyatakan nama alatan memasak berdasarkan gambar

Alatan Memasak Nama


Nyatakan fungsi alatan memasak berdasarkan gambar

Alatan Memasak Fungsi


LAMPIRAN B

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN,


22200 BESUT, TERENGGANU

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

SOAL SELIDIK MURID

TAJUK : E-THINK BOARD: MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGINGAT NAMA DAN


FUNGSI ALATAN MEMASAK BAGI MURID TAHUN 5

Arahan:

Sila jawab soalan ini dengan penuh kejujuran dan rasa tanggungjawab. Soalan yang
diberikan ini hanyalah satu bentuk kajian ilmiah. Anda tidak perlu menulis nama, oleh
itu anda tidak perlu risau untuk menjawabnya dengan jujur. Identiti anda tidak akan
diketahui oleh sesiapa. Segala maklum balas yang anda beri akan dirahsiakan.
Kerjasama anda melengkapkan soal selidik ini adalah amat dihargai.

BAHAGIAN A: MAKLUMAT PERIBADI

ARAHAN: TANDAKAN ( / ) PADA RUANG YANG BERKENAAN

Sekolah : ________________________________________________

Tahun : ________________________________________________

Jantina :[ ] Lelaki [ ] Perempuan

Umur : ________________________________________________

Bangsa : __________________________________ ________________


BAHAGIAN B: SOAL SELIDIK

Soal selidik tentang minat murid dan penggunaan alat bantu mengajar terhadap
proses pengajaran dan pembelajran dalam topik alatan memasak.

Arahan: Sila tandakan ( / ) pada ruang kosong yang disediakan sama ada YA atau
TIDAK. Anda hanya dibenarkan menanda SATU jawapan sahaja pada setiap soalan
yang diberikan.

Bil Pernyataan YA TIDAK

1 Saya berasa seronok apabila guru menjalankan aktiviti


menulis di atas I-Think Board

2 Saya suka aktiviti menampal gambar alatan memasak di I-


Think Board

3 Saya berasa terhibur semasa menjalankan aktiviti ‘scan’


Kod QR dan HP Reveal di I-Think Board

4 Pembelajaran menggunakan peta I-Think sangat


menyeronokkan

5 Saya lebih bersemangat semasa belajar dengan


menggunakan peta I-Think

6 Saya lebih mudah mengingati nama alatan memasak


dengan menggunakan peta I-Think

7 Penggunaan peta I-Think dapat membantu saya dalam


memahami fungsi alatan memasak dengan lebih mudah

8 Penggunaan I-Think Board semasa belajar lebih


menyeronokkan saya
9 Permainan Quizziz semasa akhir pembelajaran telah
menceriakan sesi pembelajaran saya suka belajar sambil
bermain

10 Saya dapat menjawab soalan yang diberikan oleh guru


dengan betul selepas guru menggunakan I-Think Board

You might also like