You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM (BIL 1/2020 )

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SIPUT


78100 LUBOK CHINA, MELAKA

Tarikh : 27.12. 2019 / Jumaat


Masa : 8.45 pagi
Tempat : Makmal Sains S.K Sg Siput
Kehadiran(Bilangan) : 13 Orang

1. En. Hazri bin Ayob


2. En. Azwan Nizam bin Abdul Aziz
3. En. Shahidan bin Abu Hasan
4. En. Zolkarnain bin Hj. Napiah
5. En. Mohd Nawawi bin Palal
6. En. Khairul Nizam bin Abd Samad
7. En. Mohd Ismail bin Hj Bujang
8. Pn. Anisfarhani binti Mohamed Ariff
9. Pn. Badarirriah bt Baharum
10. Pn. Yasmin bt. Ahmad Jana
11. Turut Hadir (Jika ada) : Pn Martini bt Md Jali
: Pn Asmah bt Mohamed Ali
: Pn Renarahayuwaty bt Ag Ismail
12. Tidak Hadir : Puan X – Guru Prasekolah baru

1 UCAPAN GURU BESAR


1.1 En. Hazri memberi salam dan memanjatkan kesyukuran serta berterima kasih
kepada semua guru atas kehadiran dan ketetapan masa dalam mesyuarat
pengurusan kali pertama bagi sesi tahun 2020.
1.2 Mesyuarat di mulakan dengan bacaan ummul kitab oleh ustaz Mohd Nawawi bin
Palal.
1.3 Guru Besar mengharapkan semoga tahun 2020 akan lebih baik dari tahun tahun
sebelumnya
1.4 Beliau juga memaklumkan bahawa untuk tahun 2020, tiada guru yang akan bertukar
dalam negeri, hanya Puan Norshiedah bt Ismail sahaja yang dapat bertukar balik
ke Kedah.
2 PERKARA BERBANGKIT:

-TIADA -

3 PERKARA DIBINCANGKAN

3.1. Kegiatan kokurikulum akan dijalankan pada setiap hari Selasa dan Rabu bermula
jam 1.35 hingga 2.35. Dijangkakan kegiatan kokurikulum pada tahun ini bermula pada
21.1.2020 dan berakhir pada 22.7.2020.Tarikh untuk sukan tahunan adalah pada
28.3.2020.
Perincian untuk aktiviti kokurikulum adalah seperti berikut :
 Peruntukan untuk setiap aktiviti koku adalah 12 jam ( minimum )
 Untuk aktiviti persatuan dan kelab, guru boleh memakai baju korporat iaitu berbaju
putih,berseluar atau berkain labuh biru gelap atau hitam.
 Untuk badan beruniform,guru boleh memakai pakaian seragam sekali dalam
sebulan semasa perhimpunan rasmi bulanan.Guru yang tiada pakaian seragam
dibenarkan memakai tshirt TKRS.
 GPK Kokurikulum diminta menyenaraikan tarikh untuk setiap perhimpunan
bulanan koku.
 Pihak pentadbir dan penyelaras kokurikulum mesti memakai pakaian seragam
yang lengkap semasa hari tersebut.
 Pada hari aktiviti kokurikulum dijalankan,murid akan ke surau untuk solat pada
jam 1.15 petang supaya aktiviti kokurikulum akan dapat dijalankan tepat pada jam
1.35 petang.
 Segala aktiviti atau program penyampaian hadiah untuk program kokurikulum
akan dijalankan semasa perhimpunan bulanan kokurikulum.
 Pada 2020,fokus untuk sukan yang akan dibawa ke peringkat pertandingan
adalah sukan bola jaring dan sepak takraw.Pasukan bola jaring akan dipimpin
oleh Puan Anis Farhani manakala pasukan sepaktakraw akan dipimpin oleh Encik
Azwan Nizam.
 Aktiviti kokurikulum akan ditangguhkan sepanjang bulan Ramadhan
 Aktiviti merentas desa dijangka dijalankan pada 4.3.2020
 Aktiviti perkhemahan dijangka dijalankan pada 10.8.2020

3.2 Pada waktu pertama setiap hari Jumaat, akan dijalankan kelas Tasmik.Selepas
selesai bacaan yasin,semua murid akan berada dikantin untuk subjek Tasmik sehingga
tamat waktu pertama iaitu pada jam 8.15 pagi.Guru – guru agama boleh membimbing
murid – murid lelaki untuk memimpin bacaan doa selepas bacaan yasin.

3.3 Guru Besar memaklumkan bahawa setiap guru mesti ada 2 fail untuk Pdp. 1 fail
untuk RPH( Rancangan Pengajaran Harian ) manakala 1 fail lagi adalah untuk
RPT( Rancangan Pengajaran Tahunan ) dan maklumat guru. Fail fail tersebut perlu
dilengkapkan dengan maklumat terkini dan tarikh penghantaran ditetapkan pada 17
Januari 2020

3.4 Pekeliling pemakaian seragam korporat:


 Boleh dipakai semasa ada aktiviti rasmi sekolah
 Untuk penjawat awam lelaki ,boleh dipakai bersama seluar slack atau khakis yang
berwarna gelap manakala untuk penjawat awam wanita, boleh dipakai bersama
seluar A-line atau kain labuh , bertudung warna hitam atau biru gelap.
 Untuk pemakaian semasa waktu Pendidikan Jasmani,guru dan murid boleh
memakai baju sukan yang lengkap.Guru mesti memakai kemeja t berkolar ,
berkasut sukan dan berstokin putih.Sekiranya waktu Pendidikan Jasmani adalah
pada hari Isnin,guru dan murid boleh berpakaian sukan.

3.5 Guru Besar meminta guru tanggungjawab setiap unit dalam Kurikulum, HEM dan
Kokurikulum menyediakan pelan taktikal dan pelan operasi untuk unit masing. Tarikh
akhir penghantaran adalah pada 30.1.2020

Tindakan: semua guru

4 HAL-HAL LAIN

4.1.1 Puan Badarirriah menyatakan bahawa Nur Eisya Sofieya dan NorSuzila Suzana bt
Zakari masih belum menjelaskan bayaran yuran PIBG dan bayaran buku
sekolah.Guru Besar menjelaskan ini adalah sikap sesetengah ibubapa yang tidak
endah dan bersikap sambil lewa dalam hal ini.
4.1.2 Pn Anis bertanya sekiranya beliau menghantar anaknya untuk pendaftaran sekolah
sewaktu hari bekerja,perlu atau tidak beliau mengambil cuti. Guru Besar menyatakan
bahawa CRK boleh diambil pada hari pertama persekolahan atau hari pertama guru
tersebut bertugas.Permohonan cuti boleh di mohon secara atas talian menggunakan
aplikasi HRMIS.
4.1.3 Guru Besar meminta semua guru supaya hadir sebelum atau pada 7.35 pagi mulai
tahun hadapan. Sekiranya guru tersebut lewat, sila maklumkan pada guru besar atau
GPK 1.
4.1.4 Guru Besar juga mengingatkan agar semua guru tidak bermain telefon bimbit
semasa Pdpc berlangsung didalam kelas.Guru mesti fokus mengajar dan
menjalankan tugas dengan penuh rasa tanggungjawab.

Tindakan: semua guru

PENUTUP

Guru Besar mengucapkan terima kasih kerana kesudian semua guru menghadiri
mesyuarat ini sehingga ke akhirnya. Beliau seterusnya berharap semoga apa yang telah
dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya dengan kerjasama yang jitu daripada
semua pihak. Mesyuarat diakhiri dengan tasbih kifarah.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.20 tengahari.

Disediakan oleh,

ENCIK ISMAIL BIN BUJANG


Setiausaha Kokurikulum
2020

You might also like