You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG AIR

21060 KUALA NERUS, TERENGGANU

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL BIL 1 / TAHUN 2020

Tarikh : 13 Januari 2020 ( Isnin )

Masa : 1.30 petang

Tempat : Bilik Seni SK Padang Air

Pengerusi : Cg. Rohanita binti Sembok

Kehadiran : 1. Cg. Mohd Aidil bin Abdul Razak(Penolong Kanan Pentadbiran)


2. Cg. Rohanita binti Sembok (Ketua Panitia )
3. Cg. Osmiwati binti Omar (Setiausaha Panitia )
4. Cg. Faridah binti Husain
5. Cg. Rusnah binti Sulong

Hadir Bersama (Jika ada) : TIADA

Tidak Hadir : TIADA

1 PERUTUSAN PENGERUSI
Pengerusi mengalu-alukan kehadiran ahli mesyuarat Panitia Pendidikan Seni Visual
kali pertama untuk sesi 2020.
Tindakan: Pengerusi

2 UCAPAN PENASIHAT (PK. Pentadbiran)

2.1 Cg. Mohd Aidil bin Abdul Razak mengucapkan terima kasih kerana menjemput
beliau untuk hadir bersama dalam mesyuarat kali pertama.
2.2 Beliau memesan kepada semua guru supaya tidak menganggap matapelajaran
Pendidikan Seni sebagai matapelajaran sampingan tetapi ia merupakan salah
satu matapelajaran yang penting dalam pembentukan kognitif murid.
2.3 Beliau juga mengingatkan agar semua guru berbincang untuk mengemukakan
pendapat tentang keperluan barangan Pendidikan Seni yang perlu dibeli pada
tahun 2020.
Tindakan: Semua ahli
3 PERKARA BERBANGKIT:

Post Mortem PAT

Terdapat kekuatan dan kelemahan dalam Post Mortem PAT. Dari segi
kekuatan, murid diberi soalan peperiksaan seminggu sebelum ujian bagi
memeastikan murid dapat membuat persediaan sebelum peperiksaan
berlangsung, soalan yang diajukan adalah berdasarkan silibus Rancangan
Pengajaran Tahunan dan penilaian yang diberi oleh guru adalah berdasarkan
aspek seni bahasa. Namun, terdapat kelemahan iaitu murid malas berusaha
mendapatkan idea sendiri dan tidak membawa bahan seperti mana yang diminta
dalam soalan peperiksaan serta bersikap sambil lewa semasa menjawab soalan
terutamanya murid tahap 2.

Segala kelemahan akan cuba ditangani oleh guru-guru PSV dan Kesenian.

Tindakan: Semua ahli

5 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA/LAPORAN

5.1 Kurikulum
5.1.1 Rancangan Pengajaran Tahunan
Semua guru PSV perlu menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan dan
perlu mengajar mengikut silibus yang terdapat dalam Rancangan Pengajaran
Tahunan tersebut.
Tindakan: Semua ahli

5.1.2 Kualiti PKSR PSV dan Kesenian


Semua guru PSV dan Kesenian perlu berganding bahu untuk meningkatkan
kualiti karya bagi mata pelajaran PSV dan Kesenian dengan mengadakan aktiviti
melukis dan mewarna poster. Selain itu, murid perlu diberi pendedahan secara
berterusan dalam aktiviti mengolah, melukis dan mewarna setiap kali kelas PSV
berlangsung.

Tindakan: Semua ahli

6 HAL-HAL LAIN

6.1 Alat dan bahan untuk PdP


Setiap guru diminta menyenaraikan alat dan bahan yang diperlukan untuk
PdP bagi memudahkan Ketua Panitia untuk membeli barangan tersebut
melalui duit yang disediakan.
Tindakan: Makluman
6.2 Minggu Panitia PSV peringkat akan diadakan pada bulan Ogos bersama Bulan
Kemerdekaan. Antara aktiviti yang bakal dijalankan sepanjang tahun ialah

6.2.1 Mewarna poster kemerdekaan


6.3.1 Melukis poster kemerdekaan
6.3.2 Mewarna poster sempena Minggu Pencegahan Dadah
6.3.4 Melukis poster sempena Minggu Pencegahan Dadah

Tindakan: Makluman
7 PENUTUP

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang.

Disediakan oleh,

…………………....................................................
ROHANITA BINTI SEMBOK
Ketua Panitia
Panitia Kesenian SK Padang Air.

Disahkan oleh,

…………………....................................................
NIZAM BIN ABDLLAH
Guru Besar

You might also like