You are on page 1of 5

SMK ISKANDAR SHAH ,77000 JASIN MELAKA

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK PSS


BIL 1/2014

Tarikh : 13 Januari 2014


Hari : Isnin
Masa : 3.00 petang
Tempat : Bilik Tayang
Kehadiran :

1. Ong Voon Min (Ketua Panitia B. Inggeris)


2. Noor Hazreena Bt Sohri (Ketua Panitia ICT)
3. En Zainuddin B Ab Majid (GKMP Teknik & Vok)
4. En Abu Kasim Md Jani (Ketua Panitia Fizik)
5. Pn. Nurul Bahiyah Johari (Ketua Panitia Matematik)
6. Pn Roziaili Bt Ismail (Guru Perpustakaan)
7. Pn Noor Anita Bt Rahman (Ketua Panitia EA/PA/PD)
8. Pn Tey Siew Yong (Ketua Panitia Sejarah )
9. Pn Ling Yuk Chi (Ketua Panitia Bahasa Cina)
10. Pn Sanariah Sahak (Ketua Panitia Sains)
11. En Yazid B Abu (Penyelaras PSS)
12. Pn Norul Akmar (Penyelaras Nilam)
13. En M. Theigarajah (Ketua Panitia Bahasa Tamil)
14. Pn. Habibah Bt Abdullah (GKMP Sains dan Matematik)
15. Pn. Nazlin Ruziah Md Said (Ketua Panitia Biologi)
16. Pn. Rozita Bt Lizan (Ketua Panitia Bahasa Melayu)
17. Pn. Junaidah Sulong (Ketua Panitia PAI)
18. En Ahmad Sazaly B Sedek (JK Bestari)
19. Pn Hamidah Bt Jasmani (GPK 1)
20. En Mohd Fazil B Mohd Damin (Ketua Panitia Kemahiran Hidup)
21. Cik Mageswari Nalliah (Ketua Panitia P.Seni)

Urusetia Mesyuarat :

1. Pn. Noradhilla Bt Arif


2. Pn. Roziaili Bt Ismail (Pencatat Minit)

Tidak Hadir Bersebab:

1. Tn. Hj Zolkaply B Yunus (Pengerusi)


2. Pn Haslinah Bt Abdul (PP Kimia)
3. Pn Lim Choon Fah (PP Muzik)
4. Tn Hj Ramli B Samat (PP Sivik)
5. Pn Sri Haryani Bt Md Yunus (PP Geografi)
6. Cik Siti Nur Ba’ayah Bt Ayup (PP PJPK)
7. En. S. Ravisantharan (PP Bahasa Tamil)
8. En. Zakwan B Che Su (Program Nilam)
9. En Abdul Salam B Abdul Jalal (Siaraya)
1. Ucapan Pengerusi

1.1 Mesyuarat dipengerusikan oleh Pn Hamidah Bt Jasmani (GPK Kurikulum).


Mesyuarat dimulakan dengan bacaan al-Fatihah. Pengerusi memaklumkan
Pengetua Tn Hj Zolkaply B Yunus tidak dapat hadir ke Mesyuarat PSS dan ICT kali
1/2014 kerana ada urusan yang tidak dapat dielakkan.Pengerusi juga mengucapkan
terima kasih kepada semua AJK yang dapat hadir pada hari ini. Pengerusi
memberitahu tentang status PSS SMK Iskandar Shah pada tahun ini , PSS telah di
calonkan dalam pertandingan PSS Cemerlang peringkat Negeri Melaka. Makluman
tersebut telah diberitahu oleh pihak BTP kepada Pn Hamidah Bt Jasmani dan Pn
Noradhilla Arif pada tahun lepas. Justeru, dengan keadaan ketiadaan PT Rintis buat
masa ini diharap semua AJK Pusat Sumber pada tahun ini dapat memberikan
sepenuh sokongan kepada Pihak Pusat Sumber untuk merealisasikan kemenangan
untuk pertandingan ini.

Tindakan : AJK Induk PSS

1.2 Pn Noradhilla Bt Arif (Guru Perpustakaan) memaklumkan juga untuk mencapai


semua instrument standard penilaian PSS cemerlang, semua pihak perlu
memainkan peranan. Beliau menyatakan Cik Nurhidayah Bt Yusop masih belum
mendaftar tugas dan mungkin akan menjalankan tugas sebagai PT Rintis pada bulan
Februari .

Tindakan : AJK Induk PSS

2. Pengesahan Minit

2.1. Pn. Ling Yuk Chii (Ketua Panitia Bahasa Cina) mengesahkan minit mesyuarat
yang lalu dan disokong oleh Pn Junaidah Bt Sulong (Ketua Panitia Pend Islam)

3. Bangkitan Minit

3.1 Pn. Noradhilla Arif (Mantan GPM) memaklumkan bahawa kutipan buku untuk
Program 1 keluarga 1 buku hambar. Sehingga bulan Disember 2013 kutipan 1K1B
adalah sebanyak 160 buah buku. Diharap semua guru SMKIS dapat bekerjasanma
mempromosikan 1K 1B di dalam semua kelas yang diajar.

Tindakan : Semua Penyelaras Tingkatan dan Ketua Panitia

3.2 Pn. Noradhilla juga memberitahu bahawa Pameran Berkala di Pusat Sumber
tidak mendapat sambutan yang baik kerana hanya dua panitia sahaja yang membuat
pameran itu iaitu Panitia Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Guru-guru memberi
alasan tiada tempat untuk letak pameran. Oleh itu, pihak Pusat Sumber Sekolah
telah membeli stand untuk pameran berkala. Pada masa akan datang, Pusat Sumber
Sekolah juga akan memberitahu mengenai Jadual Berkala menerusi blog PSS dan
GKMP bidang masing-masing. Diharap semua Ketua Panitia dapat membuat
pameran Berkala mengikut Jadual pada tahun 2014.

Tindakan : Semua Ketua Panitia

3.3 Pn Siti Bt Sam memaklumkan pengurangan kerusi di Pusat sumber .Pn


Hamidah memberitahu mana-mana kerusi yang berlabel PSS hendaklah
dipulangkan ke Pusat Sumber.Sekiranya terdapat kerusi di kantin misalnya ,kerusi
tersebut perlulah diletakkan semula di perpustakaan.

Tindakan: Semua AJK PSS

4. Anggaran Perbelanjaan PSS

4.1 Pn. Noradhilla Bt Arif membentangkan anggaran perbelanjaan PSS pada tahun
2014, sejumlah RM14700 dari PCG dan RM 2232 dari Yuran Khas Sekolah akan
diperuntukkan untuk perbelanjaan PSS pada tahun ini.

4.2 Pn Noradhilla Bt Arif juga telah membentangkan bahawa pada tahun 2014, PSS
akan membeli Sistem Automasi yang baru di mana ianya berharga RM 2000. Ini
telah dipersetujui oleh Tuan Pengetua. Sistem Pustaka yang lama telah mempunyai
banyak kerosakan seperti data dan maklumat pelajar bertindih, kad ahli tidak dapat
dicetak, perekodan buku yang tidak disimpan dan juruteknik Syarikat sistem yang
lama ini berada di Putrajaya ;agak sukar dihubungi sekiranya meminta sebarang
bantuan teknikal.

Tindakan: AJK Induk PSS

5. Hal-hal lain

5.1 Pn Noradhilla Bt Arif juga membentangkan kertas kerja bagi rakan pembaca
dan sistem Pustaka. Menurutnya bagi penilaian instrumen PSS cemerlang data
penggunaan , sirkulasi amat penting dan menyumbang markah yang banyak dalam
penilaian. Oleh itu untuk setahun ini banyak tenaga dan masa perlu diambil untuk
mengemaskinikan sistem dan merekod data-data dari awal.

Tindakan : AJK Induk PSS

5.2 Untuk menggalakkan lagi pelajar membaca, Pn Noradhilla mencadangkan


diberikan hadiah kepada pelajar yang mendapat tahap tertinggi dalam Tahap Jauhari
dan Rakan Pembaca. Beberapa hadiah yang munasabah telah dicadangkan dalam
mesyuarat. Antaranya Kamus Besta, iPad dan telefon bimbit. Kertas kerja akan
dibuat dan menunggu persetujuan Tn Pengetua.
Tindakan : Guru Nilam

5.3 Masalah telivisyen yang rosak masih tidak dibaiki. En Yazid B Abu Penyelaras
PSS memberi cadangan untuk menukarkan TV astro kepada TV biasa. Dicadangkan
dipasangkan booster atau aerial untuk siaran lebih lancar bagi tontonan pelajar.

Tindakan: Penyelaras PSS

5.4 Menurut Pn. Siti bt Sam , terdapat kebocoran di bilik rujukan berpunca dari
kebocoran di bilik ERT di tingkat atas. Pn Hamidah Bt Jasmani memaklumkan akan
diambil tindakan susulan.

Tindakan: Pentadbir

5.5 En. Abu Kassim selaku mantan GPM selama 8 tahun memberitahu antara
instrumen penilaian yang penting bagi PSS Cemerlang adalah rekod penggunaan.
Justeru itu segala penggunaan yang berkaitan dengan PSS hendaklah direkodkan
termasuk di makmal, PSS asrama dan PSS Tingkatan 6. Penggunaan LCD juga perlu
direkodkan.

Tindakan: AJK Induk PSS

Mesyuarat Induk Pusat Sumber Sekolah ditangguhkan tepat jam 4.30 petang .

Disediakan oleh:

(Noradhilla Bt Arif)
Guru Perpustakaan,
Pusat Sumber SMK Iskandar Shah

You might also like