You are on page 1of 3

TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN KEJOHANAN BOLA SEPAK MSSM KAWASAN JASIN UNTUK

TAHUN 2012.
Pembukaan/Aluan Assalam mualaikum warahmatullah hibarakatuh, Salam sejahtera dan salam 1Malaysia
Yang berusaha, Encik Abu Bakar bin Alim; Pegawai Pelajaran Daerah Jasin
Yang berusaha, Encik Brad Pit; Pengetua Cemerlang SMK Pening Lalat merangkap Pengerusi Ahli
Jawatankuasa Kejohanan.
Yang Berusaha, Puan Anjelina Jolie, Guru Penolong Kanan Kokurikulum SMK Pening Lalat.
Ahli-ahli jawatankuasa Kejohanan,
Pengetua-pengetua Sekolah yang bertanding,
wakil-wakil pengetua
Pegawai-pegawai Kejohanan,
Para guru dan Guru-guru pengiring
pasukan-pasukan yang bertanding
Para pelajar.
serta hadirin dan hadirat sekalian

Lenggang bertapak seni memandang


Silat sendeng menyusun jari
Salam Sembah selamat datang
Sudi Tuan ke majlis kami.

Alhamdulillah. Dipanjatkan kesyukuran, kerana dengan izin serta limpah rahmat Nya kita diberikan
kekuatan untuk berhimpun dalam Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Bola Sepak MSSM Kawasan
Jasin untuk tahun 2012. Semoga majlis ini menjadi bertambah meriah, penuh cemerlang dan membawa
seribu makna kepada kita semua.

Majlis mengalu-alukan kehadiran Yang Berusaha,

………………………………………………………………………………………………………………………….
Pegawai Pelajaran Daerah Jasin ke Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Bola Sepak MSSM
Kawasan Jasin untuk tahun 2012 kelolaan SMK Pening Lalat. Sesungguhnya, kehadiran Yang berusaha
Tuan PPD ialah lambang keprihatinan terhadap sumbangan sekolah-sekolah di Daerah Jasin dalam
mencapai kecemerlangan.

Hadirin hadirat sekalian,

Kejohanan Bola Sepak MSSM Kawasan Jasin pada tahun ini telah bermula dari 24hb April.

Untuk makluman, objektif kejohanan ini dijalankan adalah antara lain untuk
-mempopularkan permainan bola sepak kepada para pelajar sekolah menengah
-mengeratkan perasaan muhibah antara pemain yang berbilang kaum.
mencungkil bakat-bakat baru dan memilih pemain yang berpotensi dan berdisiplin tinggi bagi mewakili
MSS Melaka ke peringkat yang lebih tinggi.

Ucapan Pengerusi Anak muda mengalun qasidah


Tiada kekok tampil ke depan
Pembuka kata berlalu sudah
Mari kita mendengar ucapan

Majlis menjemput Yang Berusaha, Encik Brad Pit Pengetua Cemerlang SMK Pening Lalat selaku
pengerusi jawatankuasa pengelola Kejohanan Bola Sepak MSSM Kawasan Jasin tahun
2012 menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Ucapan Perasmi Terima kasih diucapkan kepada Encik Brad Pit, Pengetua Cemerlang SMK Pening Lalat di atas ucapan
tadi . Kini, tibalah masa yang dinanti-nantikan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Encik Abu Bakar bin Alim, Pegawai
Pelajaran Daerah Jasin menyampaikan ucapan dan seterusnya menutup dengan rasminya. Kejohanan
Bola Sepak MSSM Kawasan Jasin tahun 2012. Dipersilakan.

Penyampaian Majlis merakamkan terima kasih atas ucapan penutup oleh Yang Berusaha Encik Abu Bakar bin Alim,
Hadiah Pegawai Pelajaran Daerah Jasin sebentar tadi.
Jalan lengkok redup berkalis
Damba pedoman menyongsong arah
Ucapan Tuan merasmi majlis
Tanda kejohanan berlangsung meriah

Majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah kepada para pemenang.


Secara keseluruhannya, Kejohanan pada tahun ini telah mempertemukan 9 buah sekolah bagi kategori
Bawah 15 Tahun manakala 11 buah sekolah beraksi untuk kategori bawah 18 tahun.

Sekolah-sekolah yang mengambil bahagian ialah


_________________________________________________

Penyampaian hadiah dimulakan dengan pemenang-pemenang bagi kategori bawah 15 Tahun.

Semua anggota kontinjen pasukan bola sepak kategori bawah 15 tahun yang berjaya mendapat pingat
dipersilakan bersedia {diatas pentas penerimaaan hadiah}
Menjemput
Penyampai
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Encik Brad Piti diiringi Puan Anjelina Jolie, menjemput
Hadiah
dan mengiringi Yang berusaha Encik Abu Bakar bin Alim bergerak ke tempat penyampaian hadiah.
Penyampaian Bagi kategori 15 tahun kebawah
Hadiah Tempat keempat jatuh kepada SMK ____________
Tempat ketiga di menangi oleh SMK ________ yang mengatasi SMK _______ __ berbalas __
Naib johan jatuh kepada pasukan SMK ____________
Dan JOHAN Kejohanan Bola Sepak MSSM Kawasan Jasin tahun 2012 bagi kategori bawah 15 tahun di
sandang oleh SMK ___________ yang menewaskan SMK _________ dengan jumlah gol ____ berbalas
_____
Penyampaian Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah bagi kategori bawah 18 tahun.
Hadiah
Tempat keempat jatuh kepada SMK
Tempat ketiga di menangi oleh SMK ________ yang mengatasi SMK _______ __ berbalas __
Naib johan jatuh kepada pasukan SMK ____________
Dan JOHAN Kejohanan Bola Sepak MSSM Kawasan Jasin tahun 2012 bagi kategori bawah 18 tahun di
sandang oleh SMK ___________ yang menewaskan SMK _________ dengan jumlah gol ____ berbalas
_____

Tahniah diucapkan kepada para pemenang.


Penyampaian Sebagai tanda terima kasih, majlis mempersilakan Yang Berusaha Encik Brad Pit, Pengetua Cemerlang
Cenderamata SMK Pening Lalat menyampaikan cenderamata kepada Yang berusaha Encik Abu Bakar bin Alim,
Pegawai Pelajaran Daerah Jasin.
Ucapan Terima Terima kasih di ucapkan kepada Yang berusaha Encik Abu Bakar bin Alim, Pegawai Pelajaran Daerah
Kasih Jasin yang sudi menyempurnakan upacara penyampaian hadiah sebentar tadi.

Bacaan Doa Sebagai tanda syukur bahawa majlis pada hari ini berjalan dengan jayanya, dengan hormatnya
dipersilakan al-Fadil Ustaz __________ untuk memimpin bacaan doa. Tafaddhal ya ustaz.

Undangan Terima kasih al-Fadil Ustaz ________________


Jamuan

Seterusnya majlis mempersilakan sekali lagi Encik Brad Pit menjemput dan mengiringi Encik Abu Bakar
bin Alim ke bilik jamuan makan tengah hari. Semua tetamu jemputan juga dipersilakan bergerak ke bilik
jamuan untuk menikmati juadah yang telah disediakan.

Penutup Banyak keluk ke penarik,


Keluk tumbuh pohon kuini;
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini

Dari Rokan ke Indragiri,


Membawa tinta ke Kuala Linggi;
Baliklah tuan rehatkan diri,
Esok lusa bersua lagi.

Majlis berakhir di sini. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada para pemenang.

(Pengumuman kepada semua wakil semua kontinjen dan para petugas. Di jemput ke ____________ bagi
mendapatkan pek makanan tengah tengah hari. )

Sekian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

You might also like