You are on page 1of 10

KERTAS KERJA SAMBUTAN KEMERDEKAAN

PERINGKAT SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN SKAROK


SEMPENA HARI KEMERDEKAAN KE - 59
TAHUN 2016

#sehatisejiwa

ANJURAN:

KELAB RUKUN NEGARA DAN KELAB BAHASA MALAYSIA

DENGAN KERJASAMA

PANITIA BAHASA MALAYSIA, PANITIA SEJARAH DAN PANITIA


DUNIA MUZIK
1.0 PENDAHULUAN

Kelab Rukun Negara dan Kelab Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan Skarok
dengan kerjasama Panitia Bahasa Malaysia, Panitia Sejarah dan Panitia Dunia
Muzik akan mengadakan Sambutan Kemerdekaan Peringkat Sekolah bagi mengisi
takwim Sekolah Kebangsaan Skarok bagi tahun 2016. Justeru, inisiatif diambil
diambil bagi mengadakan aktiviti sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke – 59
yang bertemakan ‘#sehatisejiwa’. Sambutan kemerdekaan ini melibatkan aktiviti –
aktiviti yang melibatkan semua murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6 serta Pra
Sekolah.

2.0 MATLAMAT

Matlamat utama penganjuran aktiviti bersempena sambutan kemerdekaan ini


adalah bagi memupuk semangat cintakan tanah air, mengasah dan menonjolkan
bakat dan juga diharap dapat mengeratkan silaturahim di kalangan murid dan juga
guru-guru. Malah, program ini bertujuan meningkatkan kesedaran warga sekolah
tentang konsep dan rentetan sejarah kemerdekaan negara dan perjuangan
pelbahagi pihak yang berusaha meraih kemerdekaan. Selain itu, pertandingan
dianjurakan dalam peringkat sekolah supaya dapat mencungkil bakat terpendam
murid – murid SK Skarok secara menyeluruh.

3.1 OBJEKTIF

i. Menyemai semangat 1 MALAYSIA.

ii. Menerapkan nilai-nilai murni seperti cintakan tanahair, berdisiplin dan


bekerjasama dan mempunyai semangat patriotik dan cintakan negara.

iii. Melahirkan murid kreatif dan inovatif.

iv. Mewujudkan persekitaran sekolah dalam suasana ceria di Bulan Kemerdekaan.


v. Mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan.

vi. Menghargai dan mengenang jasa pejuang kemerdekaan negara.

vii. Murid – murid mengetahui tarikh kemerdekaan Malaysia dan bersyukur atas
nikmat kemerdekaan yang kita kecapi.

viii. Mencungkil bakat murid.

ix. Menguji pengetahuan am murid.

x. Mewujudkan komitmen dan daya saing murid.

xi. Membantu murid meningkatkan keyakinan diri ketika berhadapan dengan


audien.

4.0 PENGANJURAN

Kelab Rukun Negara, Kelab Bahasa Malaysia, dengan kerjasama Panitia Bahasa
Malaysia, Panitia Sejarah dan Panitia Dunia Muzik bersama guru – guru Sekolah
Kebangsaan Skarok.

5.1 KUMPULAN SASARAN

i guru-guru sekolah

ii ahli Kumpulan Pelaksana

iii murid-murid SK Skarok

6.0 TARIKH

Sempena Bulan Kemerdekaan dari 29 Ogos 2016 hingga Majlis Sambutan


Kemerdekaan pada 1 September 2016.
7.0 PENYERTAAN

Semua murid dan guru Sekolah Kebangsaan Skarok. (Termasuk guru dan murid
Pra Sekolah)

8.0 STRATEGI

Aktiviti bersempena sambutan kemerdekaan ini akan melibatkan penyertaan murid


dan guru secara menyeluruh. Justeru, satu jadual pelaksana akan dirangka
melibatkan semua kelas bagi memastikan pelaksanaan program tidak menjejaskan
proses pengajaran dan pembelajaran. Pertandingan dijalankan dengan bantuan
dan kerjasama guru – guru Kelab Rukun Negara, Kelab Bahasa Malaysia, Panitia
Bahasa Malaysia, Panitia Sejarah dan Panitia Dunia Muzik

9.0 AHLI JAWATANKUASA

9.1 JawatankuasaInduk

Penasihat Cikgu Ajan Anak Embang


(Guru Besar)
Pengerusi Cikgu Suai Anak Isau
(Penolong Kanan Kokurikulum)
Naib Pengerusi 1 Cikgu John Kedebo
(Penolong Kanan Kurikulum)
Naib Pengerusi 2 Cikgu Sylvia Tugan
(Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
Setiausaha Cikgu Stephanie Unsil Anak Rakey
Penyelaras Program Cikgu Jennifer Anak Sungong
Cikgu Taini Ak Atin
Cikgu Siti Fairuz Binti Bahman
Cikgu Mohd. Nazir Bin Ramli
Cikgu Stephanie Unsil Anak Rakey
9.2 JawatankuasaKerja

Juru Acara Majlis Cikgu Mohd. Nazir Bin Ramli


Buku Program Cikgu Jamal Bin Abu
Cikgu Jennifer Anak Sungong
Hiasan Pentas Cikgu Julia Ak Bada
Puan Pressica Ak Jonathan
Puan Bibee Ak Kiden
Puan Pungu ak Makum
Hadiah dan Sijil Puan Rahmah Binti Drahman
Puan Cordellia Ak Aing
Puan Ngayun Anak Tilla
Siaraya Encik Faizal
Protokol Dewan Cikgu Gilbert Anak Mawan
Jurugambar Cikgu Stephanie Unsil Anak Rakey
Protokol Acara Cikgu Taini Ak Atin
Cikgu Senorita@Suma Ipang
Peralatan Cikgu Lofez Robyn Julin
Encik Mohd. Noor Rahmad Bin Sarkawi
Encik Suhaimi
Dokumentasi / Laporan Cikgu Siti Fairuz Binti Bahman
10.1 JADUAL PELAKSANA

10.2 CADANGAN AKTIVITI SEMPENA BULAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN

Bil Aktiviti Panitia/Tempat Perincian Cadangan


Tarikh

1. “Sehati Sejiwa” Sejarah & Semua guru dan Sepanjang bulan


DMZ / Dewan murid kemerdekaan
-Nyanyian Lagu patriotik
(pada waktu perhimpunan)

2. Pelancaran mengibar Jalur Kelab Rukun Semua murid, guru Sepanjang bulan
Gemilang : Negara dan staf sekolah Ogos

 Menghias
persekitaran
sekolah dengan
Jalur Gemilang
3. Pertandingan Hias Kelas Kelab Rukun
Negara

3. Tarik Tali Kemerdekaan Padang Semua guru 29 Ogos 2016


sekolah

4. Pertandingan nyanyian Dunia Muzik/ Semua kelas (Tahun 29 Ogos 2016


lagu merdeka (solo) Dewan Sekolah 3 – 6)

5. Pertandingan Deklamasi Kelab Bahasa Tahap II ( 2 orang 29 Ogos 2016


Sajak Malaysia/ wakil dari setiap
Dewan Sekolah kelas)

5. Pertandingan Koir Dunia Muzik/ Kelas Tahap II 30 Ogos 2016


Dewan Sekolah

6. Pertandingan Fesyen Sejarah/Dewan Semua Murid Sekolah 30 Ogos 2016


Merdeka Sekolah
Persembahan pakaian
rakyat Malaysia berbilang
kaum

7. Pelancaran mengibar Jalur Kelab Rukun Semua murid, guru Sepanjang bulan
Gemilang : Negara dan staf sekolah Ogos

 Menghias
persekitaran
sekolah dengan
Jalur Gemilang

8. Sambutan Hari Dewan Sekolah Semua murid dan 1 September


Kemerdekaan Ke-59 guru

 Majlis Sambutan

 Perarakan

 Deklamasi Sajak
Patriotik

 Nyanyian Lagu Solo

9. Silang Kata dan Mencari BM / Dewan Semua murid 1 September


Gambar Tersembunyi

10. Mewarna dan Melukis Kelab Rukun Semua murid 1 September


Poster Negara/ Dewan
11 Membuat Beg Merdeka Kelab Bahasa Semua murid 1 September
Malaysia

11.0 ATUR CARA MAJLIS SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN

Masa Aturcara Majlis


7.30 pagi - Perarakan Merdeka
- Paluan kompang (Semua mengambil tempat masing-masing)
- Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Ibu Pertiwiku
- Ucapan Guru Besar dan Perasmian Majls Sambutan Hari
- Kemerdekaan Ke – 59
- Laungan Merdeka
- Gimik
- Persembahan Multimedia
- Deklamasi sajak
- Nyanyian Pemenang Lagu Patriotik (Solo)
- Nyanyian “Sehati Sejiwa” dan “Tanggal 31”
- Sesi bergambar
09.00 pagi Silang Kata dan Mencari Gambar Tersembunyi
10.00 pagi Pertandingan Mewarna (Tahap I) dan Melukis Poster (Tahap II)
Membuat Beg Merdeka

12.0 PENUTUP

Penganjuran Sambutan Bulan Kemerdekaan Sekolah Kebangsaan Skarok ini


memerlukan kerjasama dan komitmen daripada semua pihak bagi meningkatkan
pencapaian murid secara menyeluruh dalam usaha membentuk imej sekolah
yang positif. Program ini diharapkan dapat mempertingkatkan lagi semangat
patriotisme dan cinta akan Malaysia.

Disediakan oleh,

(STEPHANIE UNSIL ANAK RAKEY)

Setiausaha Pengelola Sambutan Kemerdekaan,

Sekolah Kebangsaan Skarok.


Disemak oleh,

(JOHN KEDEBO)

Guru Penolong Kanan Pentadbiran,

Sekolah Kebangsaan Skarok.

Diluluskan oleh,

(AJAN ANAK EMBANG)

Guru Besar,

Sekolah Kebangsaan Skarok.


Disemak oleh,

(JOHN KEDEBO)

Guru Penolong Kanan Pentadbiran,

Sekolah Kebangsaan Skarok.

Diluluskan oleh,

(AJAN ANAK EMBANG)

Guru Besar,

Sekolah Kebangsaan Skarok.

You might also like