You are on page 1of 4

BAHASA MELAYU MODEN

 Sebelum merdeka, Bahasa Inggeris diutamakan.


 Muncul pergerakan secara perseorangan dan pertubuhan memperjuangkan Bahasa
Melayu.
 Pergerakan individu oleh Ishak Hj Muhammad (Pak Sako), Samsudin Saleh dan Abdul
Rahim Kajai.
 Perjuangan secara pertubuhan seperti Pakatan Belajar Mengajar, Pengetahuan
Bhaasa Pena, Angkatan Sasterawan (Asas 50)

TAHAP PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU MODEN

-ZAMAN PRAMERDEKA

-ZAMAN PASCAMERDEKA

 Bahasa Melayu menjadi bahasa penghantar sebelum British.


 Pada zaman British, Bahasa Melayu digunakan secara rasmi di lima buah negeri
Melayu tidak bersekutu (Johor, Terengganu, Kelantan, Kedah, Perlis) dan negeri
Melayu bersekutu (Perak, Pahang, Selangor, dan Negeri Sembilan)

ABDULLAH MUNSYI (1974)

“Adalah satu hairan, lagi tercengang aku sebab melihatkan dan memikirkan hal orang-orang
Melayu ini. Ia tinggal dalam kebodahannya itu, oleh sebab ia tiada mahu menaruh tempat
belajar bahasanya itu, maka mustahil pada akal, adakah orang-orang yang tiada belajar itu
boleh menjadi pandai sendirinya? Bukanlah segala bangsa-bangsa yang lain dalam dunia ini
masing-masing ada belajar bahasanya, melainkan orang Melayu?”

KONSEP BAHASA MELAYU MODEN

 Bahasa Melayu moden bermula pada abab ke-19 dan perkembangan ditandai hasil
tulisan Munsyi Abdullah.
 Bahasa Melayu moden dapat dilihat menerusi usaha-usaha yang dilaksanakan oleh
individu serta badan-badan dan pertubuhan lain.
BAHASA MELAYU MODEN PRAMERDEKA

 Sebelum mencapai kemerdekaan iaitu pada zaman penjajahan Inggeris, bahasa


Melayu telah digunakan dalam urusan rasmi di negeri-negeri Melayu Bersekutu dan
di negeri-negeri Melayu tidak bersekutu.
 Pegawai-pegawai Inggeris yang bertugas di negeri-negeri Melayu dikehendaki untuk
mempelajari bahasa Melayu.
 Anataranya ialah :
a) R.O. Winstedt
b) R.J.Wilkinson
c) O.T Dussek
d) W. Marsden
 Bahasa Melayu turut dilaksanakan oleh beberapa orang tokoh tempatan.
 Anataranya ialah :
a) Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi
b) Raja Ali Haji
c) Mejar Dato’Haji Mohd Said
d) Zainal Abidin Ahmad

TOKOH-TOKOH BAHASA MELAYU MODEN ZAMAN PRAMERDEKA

ABDULLAH BIN ABDUL KADIR MUNSYI

 Buku-buku tulisan beliau, Syair Singapura Terbakar, Hikayat Kaliah, dan Daminah
Kisah Perlayaran Abdullah, Hikayat Abdullah, Kisah Pelayaran Abdullah ke Jeddah.

RAJA ALI HAJI

 Buku-buku tulisan beliau, Kitab Bustanul Katibin, Kitab Pengetahuan Bahasa, Kitab
Salasilah Melayu dan Bugis, Tuhfat al-Nafis.

SUMBANGAN TOKOH ASINGTERHADAP PERKEMBANGAN BAHASAMELAYU MODEN ERA


PRAMERDEKAR.O WINSTEDT( 1878–1966 )

 Nama penuh R.O Winstedt ialah RichardOlaf Winstedt.


 Beliau dilahirkan pada 2 Ogos 1878 di Oxford dan meninggal dunia pada 2 Jun 1966
di London .
 Mendapat pendidikan di Magdalen CollegeSchool and New College, Oxford dan
memperoleh Master of Arts.
 Kemudian beliau menerima Doctor of Letters pada tahun 1920.
BERKHIDMAT DI TANAH MELAYU

 Beliau datang ke Tanah Melayu untuk menjadi nazir sekolah-sekolah di Perak pada
tahun 1902.
 Semasa berkhidmat , beliau mendalamipengetahuan tentang bahasa dan
budayaMelayu .
 Beliau dinaikkan pangkat sebagai Penolong Pengarah Pelajaran pada tahun 1916 di
Negeri-negeri Selat danNegeri-negeri Melayu Bersekutu .
 Pada tahun 1935, beliau bersara daripada perkhidmatan kerajaan di Tanah Melayu
dan pulang ke London .

SETELAH PULANG KE LONDON

 Setelah menetap di London , R.OWinstedt berkhidmat sebagai pensyarah di


Universiti London.
 Beliau dilantik sebagai reader dan akhirnya sebagai Honorary Fellow dalam bidang
Melayu di School of Oriental and African Studies.
 Bersara daripada perkhidmatan pendidikan aktif pada tahun 1946.

SUMBANGAN DALAM BIDANG BAHASA

 R.O Winstedt merupakan pegawai Inggeris yang berusaha melakukan penyelidikan


tentang bahasa dan kesusasteraan Melayu.
 Menghasilkan dua buah kamus yang dianggap lengkap oleh beberapa orang sarjana .
 Kamus tersebut ialah A Practical Modern Malay-English Dictionary (1952) dan An
Unabridged English Dictionary (1958).
 Selain dari dua buah kamus itu , beliaumenghasilkan kamus yang berjudul
 Dictionary of Colloquial Malay .
 Selain bidang perkamusan , R.OWinstedt menyusun tatabahasa Melayu berdasarkan
dua buah buku , iaitu Sejarah Melayu dan Hikayat Abdullah.
 Dengan berdasarkan buku tersebut ,beliau menghasilkan karya tatabahasa yang
berjudul Malay Grammar yang diterbitkan pada 1914.

SUMBANGAN DALAM BIDANG KESUSASTERAAN

 R.O Winstedt menghasilkan A History of Classical Malay Literature.


 Beliau juga menyunting Hikayat BayanBudiman , Misa Melayu , dan Hikayat Anggun
Cik Tunggal.

KARYA-KARYA POPULAR

 Karya popular beliau yang lain termasuklah The Malay Magician , ASimple Malay
Reader , Malay Proverbs , dan The Malays : A Cultural History.
 Selain itu , karya yang berkaitan dengan sejarah seperti History of Malaya ,History of
Riau and Johore , History of Perak , dan lain-lain lagi .
SUMBANGAN DALAM BIDANG PENDIDIKAN

 Semasa menjadi Penolong Pengarah Pelajaran, beliau ditugaskan meneliti dan


membuat kaji selidik tentang pendidikan vernakular.
 Beliau juga membuat laporan yang mengemukakan cadangan tentang bidang
pelajaran .
 Akhirnya, Maktab Perguruan Sultan Idris ,Tanjung Malim ditubuhkan pada 1922.
 Selepas beliau terlibat dalam soal-soal pendidikan , beliau kemudianny
amenghasilkan dua buah buku tentang pendidikan.
 Buku tersebut ialah Education in Malay (1923) dan The Educational System in Malaya
(1931) .

KRONOLODI PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU MODEN

 Pkatan belajar mengajar pengetahuan bahasa. (PBmPB)


 Persaudaraan sahabat pena Melaysia (PASPAM)
 Pejabat karang mengarang.
 Asas 50 dan kongres bahasa dan persuratan Melayu.
 Penubuhan dewan bahasa dan pustaka.

REALITI MELAYU HARI IN..

 Sikap orang Melayu menunjukkan mereka masih belum bersedia menghampiri


wawasan 2020.
 Persoalannya apakah jalan penelesaian terhadap permasalahan tersebut. Isu-isu
seperti pengangguran siswazah Melayu iaitu jumlah graduan Melayu membentuk
70% daripada jumlah siswazah menganggur, kualiti modal insan yang
mendukacitakan, kegagalan menguasai bahasa Inggeris serta tidak menepati
kehendak pasaran kerja seolah-olah tidak mempunyai jalan penyelesaian.
 Lambakan siswazah ini bukanlah suatu isu yang luar biasa lagi buat masa sekarang.
 Hal ini merujuk kepada sikap siswazah itu sendiri yang rata-ratanya inginkan
pekerjaan yang hebat tanpa melalui jalan kehidupan sebagai pekerja bawahan.

You might also like