You are on page 1of 9

ISI KANDUNGAN

BIL KANDUNGAN MUKA


SURAT
1 1.0 PENGENALAN 2
2.0 ISU DAN CABARAN BAHASA MELAYU DI MALAYSIA
1. Cabaran Bahasa Melayu Dalam Menghadapi Abad Ke-21
2. Cabaran Pemerkasaan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Rasmi
2 3. Cabaran Bahasa Melayu Dalam Kemajuan Teknologi Maklumat 3-6
4. Cabaran Bahasa Melayu Terhadap Sikap Penuturnya
5. Cabaran Bahasa Melayu Dalam Penggunaan Bahasa Melayu
6. Cabaran Bahasa Melayu Dipandang Rendah Oleh Masyarakat
7. Cabaran Masyarakat Lebih Mementingkan Bahasa Ibunda

3 RUMUSAN 7

4 RUJUKAN 8

1
1.0 PENGENALAN

Bahasa Melayu merujuk kepada bahasa kebangsaan di Malaysia sejak negara ini mencapai
kemerdekaan. Pada masa ini, Bahasa Melayu menghadapi cabaran yang sengit terutamanya
dalam abad ke-21. Namun begitu, pada masa ini, kebanggaan terhadap bahasa Melayu
semakin tenggelam dek pelbagai isu dan cabaran yang terpaksa dihadapi hari demi hari.

Menurut Prof. Dato’ Awang Had Salleh (1981), dalam Laporan Jawatankuasa Mengkaji
Penggunaan Bahasa Malaysia menegaskan bahawa bahasa Melayu ialah bahasa ibunda
kepada orang-orang kuturunan Melayu. Oleh itu, Perkara 152 Perlembagaan Malaysia telah
memperuntukkan bahasa Melayu menjadi bahasa Kebangsaan dan haruslah digunakan di
dalam urusan rasmi dalam semua bidang. Sungguhpun terdapat pelbagai larangan,
penggunaan Bahasa Kebangsaan terus berjalan dengan lancar. Untuk memenuhi kehendak
tersebut, Bahasa Melayu telah diperkenalkan sebagai mata pelajaran di sekolah rendah dan
menengah pada peringkat awal, terutama sekolah yang bahasa pengantarnya bukan bahasa
Melayu. Pada peringkat yang seterusnya, ketika kedudukan Bahasa Kebangsaan sudah
kukuh dan matang, barulah wujud keperluan untuk memantapkan persatuan rakyat serta
membina keperibadian Malaysia, dan istilah Bahasa Malaysia telah digunakan.

2
2.0 ISU DAN CABARAN BAHASA MELAYU DI MALAYSIA

1. Cabaran Bahasa Melayu Dalam Menghadapi Abad Ke-21

Antaranya adalah cabaran bahasa Melayu dalam menghadapi abad ke-21. Untuk
menerima kesinambungan kewujudannya dan kegemilangannya di persada dunia dalam
abad ke-21, bahasa Melayu terdorong menghadapi pelbagai cabaran. Pada abad ke-7 Masihi
sehingga abad ke-19 Masihi, bahasa Melayu dalam sejarahnya telah membuktikan bahawa
bahasa Mealyu telah menjadi bahasa antarabangsa. Bahasa Melayu telah menjadi bahasa
perniagaan dan bahasa perhubungan anatarabangsa. Pada masa itu, kegemilangan bahasa
Melayu telah menjadi kenyataan semasa bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi dan bahasa
persuratan untuk pusat-pusat pemerintahan seluruh rantau berkenaan.

Bahasa Melayu telah menghadapi cabarab apabila keadaan sedemikian. Cabaran tersebut
ialah bermula kemunduran kedudukan bahasa Melayu sebagai lingua franca di rantau ini.
Pihak penjajah telah mewajibkan menggunakan bahasa mereka sebagai bahasa rasmi dan
bahasa pengantar pendidikan terhadap jajahan takluk mereka dalam konteks tersebut.
Bahasa Melayu telah dikembalikan statusnya sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan
lingua franca di rantau ini apabila Malaysia mencapai kemerdekaan.

2. Cabaran Pemerkasaan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Rasmi

Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4 (2005), pemerkasaan bermaksud menjadikan sesuatu
itu berwibawa, dominan, kuat, hebat, terkenal, berdaulat dan sebagainya. Pemerkasaan
bermaksud hebat dari segi kandungan ilmunya, keintelektualannya, keluasan
penggunaannya, nilai ekonominya dan keterbacaannya. Pada masa ini, sistem pendidikan
negara berpengantarkan bahasa Melayu seperti yang tercatat dalam Perkara 152
Perlembagaan negara iaitu bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. Bahasa Melayu telah
menghadapi cabaran dalam abab ke-21. Cabarannya ialah Sains dan Matematik dalam
semua peringkat diajar dalam bahasa Inggeris pada tahun 2003. Pejuang-pejuang telah
bersatu hati untuk mendaulatkan bahasa Melayu. Cara mereka mendaulatkan adalah melalui
seminar-seminar, pembentangan kertas kerja dan sebagainya di dalam negara dan juga luar
negara. Badan NGO dan bukan NGO juga bersama-sama untuk memastikan Sains dan
Matematik dikembalikan mengajar dalam bahasa Melayu. Senario ini telah memberi impak
kepada kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di negara ini.

Masyarakat sudah mula mengutamakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa
kebangsaan. Hal ini dapat menbuktikan bahawa masyarakat telah memberi kesedaran
terhadap pentingnya bahasa Melayu dan juga wujud generasi muda yang mahu mempelajari

3
bahasa Melayu. Menurut Dr. Nik Safiah Karim (1993), Dasar Bahasa Kebangsaan di
pentadbiran, dalam sistem pendidikan, dan dalam beberapa domain utama kehidupan sehari-
hari masyarakat Malaysia. Kita boleh berbangga dengan kejayaan tersebut. Tetapi cabaran
yang lain timbul pula, iaitu dalam bentuk penggemblengan usaha daripada pelbagai pihak
yang masih diperlukan untuk mempertingkatkan dan mengekalkan taraf bahasa yang
digunakan. Oleh itu, semua pihak harus bekerjasama untuk memastikan bahasa Melayu terus
diperkasakan supaya cabaran abab ke-21 tidak memingkirkan bahasa Melayu sama ada
dalam sistem pendidikan atau pentadbiran.

3. Cabaran Bahasa Melayu Dalam Kemajuan Teknologi Maklumat

Bidang teknologi maklumat sangat penting pada masa ini. Oleh itu, Malaysia telah
mendapat tarikan yang besar khususnya dari segi penggunaan bahasa teknologi maklumat.
Sedia maklum, bahasa Inggeris merupakan bahasa teknologi yang paling berpengaruh di
dunia. Keadaan ini sudah tentu memberi kesan kepada penggunaan bahasa Melayu dalam
teknologi maklumat. Jadi, kita akan mempelajari bahasa Inggeris apabila kebanyakan bahasa
yang digunakan dalam teknologi maklumat ialah bahasa Inggeris. Menurut Kamal Shukri
Abdullah Sani (2007) bahawa Jepun tidak berganjak daripada menggunakan bahasanya dari
peringkat tadika sehinggalah ke peringkat pengajian tinggi dalam semua bidang mata
pelajaran. Oleh itu, bahasa Inggeris hanya perlu dipelajari mulai di peringkat menegah dan
bukan di peringkat rendah.

4. Cabaran Bahasa Melayu Terhadap Sikap Penuturnya

Dalam abad ke-21, sikap penutur atau masyarakat amat penting dalam penggunaan bahasa
ibunda. Apabila sikap penutur mempunyai rasa malu terhadap penggunaan bahasa
kebangsaan, malah bahasa kebangsaan akan terkubur. Oleh itu, cabaran sebenarnya terletak
pada sikap penutur. Pada masa ini, kebanyakan remaja tidak mengambil berat terhadap
penggunaan bahasa kebangsaan. Hal ini demikian kerana mereka dididik bahasa Inggeris
sejak kecil dan mereka berasa selesa apabila menggunakan bahasa Inggeris untuk bertutur.
Mereka akan lebih suka bertutur dalam bahasa Inggeris apabila disuruh memberi pendapat
atau idea. Mereka lebih suka bertutur dalam bahasa Inggeris apabila mempunyai seorang
bukan rakyat Malaysia. Cabaran ini perlu ditangani dengan segera supaya bahasa Melayu
tidak akan dipandang rendah oleh masyarakat sendiri. Oleh itu, tidak dapat dinafikan bahawa
bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa.

4
5. Cabaran Bahasa Melayu Dalam Penggunaan Bahasa Melayu

Pada abad ke-21, terdapat beberapa gejala yang sangat merisaukan penggunaan bahasa
Melayu. Pengaruh media elektronik telah mempengaruhi penggunaan bahasa Melayu dari
segi pertuturan, istilah, ayat, bahasa rojak dan sebagainya. Masalah ini terutamanya berlaku
dalam kalangan remaja. Hal ini demikian kerana masalah ini sudah menjadi satu ikutan
kepada golongan remaja dalam penggunaan bahasa Melayu pada abad ke-21. Masalah ini
amat membimbangkan dan perlulah ditangani dengan segera supaya keindahan bahasa
Melayu tidak akan dirosakkan.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa rakyat di negara kita mahir dalam dua bahasa iaitu
bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Oleh itu, mereka akan mempunyai cara mereka sendiri
untuk bertutur. Mengikut Nik Safiah Karim (2004), ada kalanya dua bahasa ini berselang-seli,
iaitu satu ayat dalam satu bahasa diikuti oleh ayat dalam bahasa kedua. Contoh pertuturan
adalah seperti “How are you today. Harap oklah.” Keadaan ini sudah menjadi kebiasaan
kerana kita boleh dengar pertuturan seperti ini di mana-mana terutama dalam rancangan
televisyen pada hari ini. Masalah ini akan memberi cabaran yang besar terhadap kedudukan
bahasa Melayu di negara ini sekirannya masalah ini tidak ditangani dengan segera.
Sementara itu, amalan-amalan di peringkat pimpinan, kepegawaian dan urusan-urusan rasmi
juga dilihat orang sebagai unsur-unsur yang mempengaruhi penggunaan bahasa Melayu
yang baik. Hal ini lebih teruk apabila terdapat juga penutur mesyuarat menggunakan bahasa
yang rojak.

Bahasa yang digunakan oleh remaja lebih membahayakan kerana boleh merosakkan nilai
bahasa Melayu. Remaja hari ini akan menggunakan bahasa rojak apabila hendak menghantar
mesej kepada rakan-rakan. Contoh bahasa rojak yang digunakan oleh remaja seperti
perkataan dowang yang bermaksud mereka, tipon yang bermaksud telefon, persal yang
bermaksud mengapa dan sebagainya. Hal ini akan merosakkan kedudukan bahasa Melayu
dan akan menjatuhkan maruah bahasa Melayu.

Kita juga sering melihat bahasa yang digunakan pada papan iklan atau papan tanda jalan
mempunyai banyak kesalahan. Kita sering melihat kata-kata seperti Selekoh Merbahaya,
Kedai Jahit Wanita, Minah Restoran, Pusat Membeli-belah, dan sebagainya. Jadi, pihak
berkuasa mestilah mengambil tindakan dalam menguatkuasakan kesalahan ini iaitu DBP
seharusnya menggunakan kuasa yang diperuntukkan kepada mereka untuk memantau
kesalahan bahasa dan mengambil tindakan yang sepatutnya.

5
6. Cabaran Bahasa Melayu Dipandang Rendah Oleh Masyarakat

Masyarakat memandang rendah terhadap bahasa Melayu kerana mereka lebih penting
terhadap bahasa Inggeris. Hal ini demikian kerana bahasa Inggeris bukan sahaja
membolehkan mereka bertutur dengan orang asing malah juga boleh dilihat sebagai lambang
ketinggian taraf mereka. Oleh itu, masyarakat lebih suka belajar bahasa Inggeris yang boleh
digunakan di mana sahaja berbanding bahasa Melayu.

7. Cabaran Masyarakat Lebih Mementingkan Bahasa Ibunda

Masyarakat yang bukan Melayu lebih mementingkan bahasa ibunda mereka berbanding
dengan bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana negara kita merupakan negara yang
mempunyai pelbagai kaum serta mempunyai penggunaan bahasa masing-masing, tetapi
bahasa kebangsaan negara ini ialah bahasa Melayu.

6
RUMUSAN

Penggunaan Bahasa Melayu adalah penggerak pembangunan negara. Menurut Asmah


Omar (2008) menyatakan bahawa bahasa Melayu telah dipilih sebagai bahasa kebangsaan
atas peranan bahasa Melayu itu sendiri sebagai bahasa pemersatu. Untuk memajukan
tamadun manusia, bahasa sememangnya merupakan elemen atau alat yang penting.
Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Mahatir pernah berkata bahawa “maju bangsa Melayu
majulah Bahasa Melayu”. Oleh itu, semua pihak haruslah bekerjasama dengan kerajaan
untuk memberi kesedaran kepada rakyat tentang kepentingan bahasa Melayu. Pihak kerajaan
boleh mengadakan aktiviti berkaitan dengan bahasa seperti kempen bahasa, bulan bahasa,
dan pertandingan bahasa supaya dapat meningkatkan kesedaran rakyat tentang kepentingan
bahasa Melayu. Jadi, dengan usaha semua pihak, bahasa Melayu akan menjadi lebih baik
pada masa yang akan dating.

7
RUJUKAN

Admin. (2016, Oktober 9). Masa Depan Dan Cabaran Bahasa Melayu Dalam. Dicapai pad 2
Februari 2019 daripada http://pidato.net/3373_docx-masa-depan-dan-cabaran-
bahasa-melayu-dalam.

Asmah Haji Omar. (2008). Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Awang Had Salleh. (1981). Laporan Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa Malaysia.
Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2005). Kamus Dewan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Elysiana Jemaslin. (n.d.). Cabaran Bahasa Melayu. Dicapai pada 2 Februari 2019 daripada
http://www.academia.edu/12021766/CABARAN_BAHASA_MELAYU.

Jillian Weber. (2014, November 10). Isu Dan Cabaran Bahasa Melayu Masa Kini. Dicapai
pada 2 Februari 2019 daripada https://www.scribd.com/doc/246113389/Isu-dan-Cabaran-
Bahasa-Melayu-Masa-Kini-docx.

Kamal Shukri Abdullah Sani. (2007). Bahasa Melayu, Apa Sudah Jadi? Kuala Lumpur: PTS
Professional Publishing.

Kamaltomon. (2014). Cabaran Bahasa Melayu Dalam Menghadapi Abad Ke. Dicapai pada 3
Februari 2019 daripada https://zh.scribd.com/doc/247478805/Cabaran-Bahasa-Melayu-
Dalam-Menghadapi-Abad-Ke.

Nik Safiah Karim. (2004). Bahasa Melayu Sedekad Lalu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Siti Nor Azhani Mohd Tohar, Adlina Ab Halim. (2013, Mac). Cabaran Dan Peranan Bahasa
Kebangsaan Dalam Pembinaan Peradaban Malaysia. Dicapai pada 3 Februari 2019
daripada
https://www.researchgate.net/publication/306060538_Cabaran_dan_Peranan_Bahas
a_Kebangsaan_dalam_Pembinaan_Peradaban_Malaysia.

8
9

You might also like