You are on page 1of 2

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3
MINIT MESYUARAT
MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN BIL 2 / 2019
SEKOLAH KEBANGSAAN SENGKANG

Tarikh : 10 April 2019


Masa : 1.30 pm
Tempat : Makmal Komputer, Sk Sengkang
Pengerusi : En Abdullah Wafi Bin Ariffin (KP PJPK)
Kehadiran(Bilangan) :
i. En Shamsul Kamar B Md Yassin
ii. Pn Salmizan Bt Salam
iii. Tn Hj Mohd Kamal Bin Mohd Miswan
iv. En Ahmad Ubaidillah Bin Sheikh Salleh
v. Pn Noorazniza Bt Zainal
vi. Pn Masriyah Bt Muhammed Senin
vii. Pn Hamidah Bt Jabar
viii. Cik Nur Fatin Atikah Bt Faizal Adib
ix. Pn Ruzita Bt Ali

Turut Hadir (Jika ada) : PN AIZAH BT GHAZALI (GPK KURIKULUM)

1 Kata aluan PENGERUSI


Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudiaan ahli mesyuarat kerana
hadir dalam mesyuarat. Pengerusi jugaberharap guru-guru dapat menjalankan tugas
dengan cemerlang dan dapat berkongsi maklumat atau idea dalam memartabatkan
mata pelajaran Pendidikan Jasmani & Kesihatan.

2 Perutusan pentadbir
GPK kurikulum mengucapkan tahniah atas mesyuarat yang dijalankan dan berharap
panitia PJPK berusaha dengan cemerlang bagi memantapkan lagi kemenjadian
murid di sekolah.

3 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT kali ke 1 2019.


Dicadang untuk disahkan oleh En Ahmad Ubaidillah Bin Sheikh Salleh.
Disokong untuk pengesahan oleh Pn Hamidah Bt Jabar.

4 4.1 SEGAK
 Pengerusi memohon agar guru-guru PJK untuk memasukan data SEGAK
dalam kadar yang segera bagi mengelakkan gangguan talian pada akhir
waktu.
4.2 Stor Sukan
 Pn Azniza minta agar semua guru tidak lupa mengisi buku penggunaan alatan
sukan yang dipinjam sewaktu PDPC mahupun sewaktu latihan sukan.

Tindakan:Semua Guru Panitia PJPK

5 PEMBENTANGAN KERTAS-KERTAS KERJA (JIKA ADA) / FOKUS MESYUARAT


5.1. Sukan Tahunan Sekolah
 Pembentangan kertas kerja Sukan Tahunan oleh Setiausaha Sukan
dan mendapatkan maklum balas dari semua guru.
 Pn Masriyah mencadangkan agar sukan pada tahun ini ditunda 3 hari

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

lewat pada tarikh yang dijadualkan kerana sekolah menjadi tuan rumah
acara kompang selawat.
 Kertas kerja yang telah dipersetujui akan dibawa ke mesyuarat
pengurusan pentadbiran bagi pengesahan.
Tindakan:Semua Guru

4 HAL-HAL LAIN
5.1. Pengerusi mencadangkan agar semua ahli panitia menambahkan pengetahuan
tentang ilmu sukan dengan membaca artikel-artikel berkaitan atau memohon
kursus-kursus anjuran MSN dan ISN.
5.2 Pn Azniza mengingatkan ahli-ahli tentang bulan kecergasan yang akan
berlangsung pada bulan Julai. Semua ahli diminta bersedia dengan bahan-
bahan yang diperlukan.
Tindakan: SU LDP, Semua Guru

PENUTUP
a. Ucapan penangguhan oleh En Abdullah Wafi dan mesyuarat seterusnya dicadangkan
pada bulan April.
b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang

Disediakan oleh: Disemak Oleh:

..........................................……… ……...............................……….
Pn Noorazniza Bt Zainal En Abdullah wafi Bin Ariffin
Setiausaha Ketua Panitia
Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
Tarikh : Tarikh :

Disahkan Oleh:

..........................................................

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

You might also like