You are on page 1of 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TOKAI

06660 ALOR SETAR


KEDAH DARUL AMAN

MINIT MESYUARAT KURIKULUM


KALI KEDUA TAHUN 2019

Tarikh : 9 April 2019


Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat
Pengerusi : En Haridan bin Yob ( PK Pentadbiran)
Kehadiran :

I. Perutusan pengerusi
1) Penolong kanan pentadbiran selaku wakil Pengerusi mengucapkan terima kasih
atas kehadiran semua ahli Jawatankuasa Kurikulum dalm mesyuarat kali kedua
dan mengalu-alukan kehadiran semua.
2) Beliau turut mengingatkan semua tentang tugas hakiki setiap guru adalah
mengajar. Pastikan semua guru amanah dalam menjalankan tanggungjawab
masing-masing terutamanya dalam pdpc.
Makluman

II. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu


3) Pn Nor Fadzila binti Abdul Rahaman selaku wakil setiausaha kurikulum membentangkan
minit mesyuarat kali pertama tahun 2019.
4) Cik Lee Choon Boey mencadangkan supaya minit mesyuarat kali ketiga disahkan dan
disokong oleh Pn Normahani Mohamad

Makluman
III. Perkara berbangkit
5) Perkara 23 – Sehingga bulan April, kelas stay on hanya bagi Tingkatan 3 dan 5
sahaja.
6) Perkara 26 – En Jamal memohon untuk menggunakan bilik pengawas bagi
melaksanakan/ menyelesaikan kes-kes didiplin.
7) Perkara 29 – Pn Suriani memaklumkan bahawa semua pelajar Tingkatan 2S tiada
buku teks komsas Antologi dan novel.
Tindakan : mencetak nota-nota berkaitan kepada pelajar.
8) Perkara 36 – Program mentor mentee belum dilaksanakan untuk tahun 2019.
Makluman

IV. Analisis Peperiksaan Pertengahan Penggal 1


9) Analisis keputusan Tingkatan 1 telah selesai dibuat dan digunakan untuk
pemilihan penerima anugerah untuk Majlis anugerah cemerlang.
10) Pengerusi mengingatkan tarikh akhir memasukkan markah bagi Tingkatan 2, 3, 4
dan 5 ialah pada 12 April 2019.
Tindakan : semua guru

V. Pengurusan Kurikulum Berasaskan Headcount


11) Pengerusi memaklumkan bahawa semua perancangan program peningkatan
prestasi mestilah berasaskan headcount yang telah dibuat bagi setiap tingkatan.
12) Pn Siti Asma memberitahu bahawa Headcount Tingkatan 3 dan 5 telahpun
diedarkan kepada setiap ketua panitia untuk diperbanyakkan kepada guru mata
pelajaran
13) Pengerusi meminta guru tingkatan 3 dan 5 menyediakan Pelan intervensi lima
langkah (PILL) bagi Ujian 1 dan menyerahkan kepada guru kanan unit masing-
masing. Guru-guru berbincang bagi merancang bagaimana untuk meningkatkan
prestasi bagi peperiksaan pertengahan tahun 2019.
Tindakan : guru mata pelajaran Tingkatan 3 dan 5 dan Guru Kanan

VI. Penilaian Program Kecemerlangan Akademik


14) Guru-guru diminta berbincang semasa mesyuarat panitia untuk melihat
keberkesanan perancangan program yang telah dibuat berdasarkan OPPM.
Tindakan : Ketua Panitia dan Guru Kanan

VII. Analisis SKPMG2 (standard 4) pdpc


15) Fasa 1, Jan – Mac telah selesai. Pengerusi meminta guru melihat semula bahagian
yang boleh diperbaiki dan berusaha untuk mencapai standard 4.
Tindakan : semua guru

VIII. Kewangan Panitia


16) Guru-guru diingatkan tentang prosedur pembelian. Berbincang dahulu dengan
ketua panitia bagi sebarang pembelian. Seterusnya Ketua panitia perlu berbincang
dengan Guru Kanan untuk kelulusan.
Tindakan : Ketua Panitia dan Guru Kanan

IX. PBD / ULBS / PSIKOMETRIK / PAJSK


17) PBD – tiada makluman ( guru PBD tidak hadir bersebab)
18) ULBS – Guru-guru hendaklah memastikan setiap sijil ada nombor siri.
19) Lisan BM ialah pada 29 April, guru Tingkatan 5 yang terlibat perlu siapkan laporan
sebelum bulan Julai. Bagi Tingkatan 4, Fasa 1 ialah April – Jun.
20) PAJSK – Pengisian aktiviti kokurikulum pelajar dalam laman sesawang PAJSK
bermula 1 Mac
Tindakan : setiausaha Kokurikulum

21) SEGAK – Guru Pendidikan Jasmani perlu laksanakan dan memasukkan maklumat
dalam laman sesawang PAJSK untuk bulan Mac. SEGAK dilaksanakan 2 kali setahun
iaitu Mac dan Ogos
Tindakan : guru PJK

X. VLE
22) Pn Siti Hajar memaklumkan bahawa Pusingan pertama bagi Frog Championship
telah pun ditutup. Smk Tokai mendapat tempat pertama di peringkat daerah.
Pusingan kedua baru bermula.
23) Pn Siti Hajar juga dicalonkan untuk anugerah Frog Teacher Award.

XI. PLC
24) Borang PLC akan diedarkan kepada Guru Kanan untuk diberi kepada ahli-ahli panitia
untuk tujuan dokumentasi. Pembudayaan PLC adalah perlu sebagai satu
mekanisma untuk guru-guru meningkatkan tahap professionalism masing-masing.
25) Pelaksanaan PLC boleh dikira sebagai merit dalam esplkm.
Tindakan : setiausaha PLC, Guru Kanan dan Ketua Panitia

XII. Program Khas (NILAM / Pemulihan dan yang berkaitan)


26) Program Nilam dijalankan setiap hari Selasa 7.20 – 7.45 pagi. Guru Kelas hendaklah
memastikan pelajar membawa buku bacaan untuk direkod.
27) Kelas pemulihan
Ahad 9.05 – 10.25 Che Rosnah
Isnin 7.45 – 8.25 Salina
Selasa 7.45 – 8.25 Pengetua

Pelajar 1M, 1T & 2S ( bil 12 orang) bertempat di Bilik Bahasa

XIII. LADAP – tiada makluman ( Kaunselor tidak hadir bersebab)

XIV. Disiplin Murid


28) Pengerusi meminta guru mengisi amalan baik di dalam aplikasi ssdm.
https://ssdm.moe.gov.my, id : KEAA091, kata laluan : dispkeaa091.

XV. Pengurusan keselamatan murid

XVI. Pengurusan kesihatan murid


29) 9 Jun 2019 – Rawatan gigi untuk pelajar

XVII. Hal-hal lain


30) Makluman daripada Penolong Kanan Kokurikulum :
a) Rabu 10 April aktiviti mingguan Kokurikulum, persatuan, mesyuarat agung
koperasi. Guru persatuan diminta ambil kehadiran.
b) Ahad 14 April perhimpunan bulanan Kokurikulum dipimpin oleh BSMM.
Diminta guru memakai uniform masing-masing.
c) Ahad 21 April Perlawanan bola sepak kategori bawah 18 tahun di SMOKBJ.
d) 22 dan 23 April Karnival Stem daerah Pendang yang akan berlangsung di SMK
Tobiar.
e) Pertandingan Sahibba dibawah kelolaan En Saiful. Tarikh pertandingan masih
belum ditetapkan lagi.

Mesyuarat diakhiri dengan bacaan Surah Al-Asr dan tasbih kifarah.


Mesyuarat ditangguhkan jam 4.15 petang.

Dicatat dan disediakan oleh Disemak oleh

NOR FADZILA BINTI ABDUL RAHAMAN HARIDAN B. YOB


Guru Kanan Sains dan Matematik Penolong Kanan Pentadbiran
Sekolah Menengah Kebangsaan Tokai Sekolah Menengah Kebangsaan Tokai

You might also like