You are on page 1of 2

Topik-topik penting dalam Pentafsiran Peta Topografi

1. Arah
Arah Sungai Mengalir

Untuk Melihat sungai mengalir :


1. Sungai mengalir dari kawasan tanah tinggi (lihat kontur) ke kawasan tanah
rendah
2. Sungai mengalir ke laut
3. Sungai mengalir memasuki sesebuah tasik
4. Sungai mengalir melalui kawasan sawah padi ( kawasan sawah padi merupakan kawasan yang
rendah)

2. Bearing
Bearing Sudutan / Bearing Sukuan ( 360 )

 Lihat perkataan DARI

3. Soalan berkaitan pola petempatan


Pola Petempatan Berselerak:
• Sawah padi
• Kebun kecil getah (tanah milik sendiri)
• Kawasan kampung

Pola Petempatan Berpusat:


• kawasan pekan (bandar)
• kawasan FELDA

Pola Petempatan Berjajar:


• sepanjang sungai
• petempatan nelayan – sepanjang pantai
• sepanjang permatang sawah padi
• Sepanjang jalan keretapi

Pola Petempatan berkelompok:


• Kawasan ladang
• Kawasan Estet
4 Ciri-ciri Budaya
• Manusia yang buat
• kawasan pertanian – getah, kelapa sawit, padi , kelapa
• Kawasan petempatan
• Kawasan perlombongan ( cari petunjuk KUARI)
• Kawasan bandar
• Jambatan, sekolah, balai polis, pejabat daerah.

5 Ciri-ciri Fizikal
• Tuhan yang buat
• Hutan
• Sungai – tasik ladam, likuan sungai, tetambak, delta
• Bukit (lihat kontur)
• Hutan paya bakau
• Pantai – anak tanjung, teluk, tanjung, beting pasir, tombolo, pulau, lagun, permatang pasir
6 Faktor-faktor yang mempengaruhi tanaman di sesuatu kawasan
Jika untuk kelapa sawit, getah, :
• Kawasan beralun
• Kesesuaian bentuk muka bumi
• Kawasan bersaliran baik (Tidak menakung air)

• Kemudahan pengangkutan – jalan raya, jalan keretapi


Jika untuk padi, :
• Kawasan yang subur
• Kawasan delta

• Kawasan bersaliran buruk.


• Jika ada tali air – padi ditanam dua kali setahun
• Kemudahan pengangkutan – jalan raya, jalan keretapi
• Jika ada benteng di tepi kawasan sawah padi – tujuannya adalah untuk menghalang kemasukan air yang berlebihan
ke kawasan sawah padi

7 Peranan atau fungsi sesuatu petempatan


Jika pekan berhampiran kawasan pertanian :
• Pusat pengumpulan hasil pertanian
• Pusat perkhidmatan
• Pusat pentadbiran daerah (jika ada simbol PD- pejabat daerah)
• Pusat Pengangkutan
• Pusat Perindustrian (jika ada simbol kilang)
• Pusat pendidikan (jika ada sekolah)

Jika pekan berhampiran kawasan pantai terdapat tambahan fungsi iaitu sebagai:
• Pusat perikanan
• Pusat pelancongan
• Jeti perikanan

Jika soalan berkaitan aktiviti pembalakan:


Jika ada tulis - HUTAN SIMPAN/ HUTAN RIZAB/TAMAN NEGARA
 tidak boleh dibalak
 kawasan tadahan air
Jika tidak ditulis HUTAN SIMPAN – maka ADA AKTIVITI PEMBALAKAN dijalankan

8 Potensi kawasan dalam peta topo


KAWASAN POTENSI

Kawasan pantai  Kawasan pelancongan


 Kawasan pelabuhan

Kawasan paya air bakau  Kawasan ekopelancongan


 Kawasan hidupan akuatik – ikan, udang
 Mengelak hakisan pantai – penampan ombak – akar jangkan
 Bahan binaan – cerucuk kayu untuk membuat rumah
 Kayu arang
Kawasan tasik  Kawasan ekopelancongan
 Kawasan penternakan ikan dalam sangkar
 Kawasan rekreasi
 Sumber protein – ikan air tawar

You might also like