You are on page 1of 6

1.

0 aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaPENDAHULUAN
Al-Qur’an merupakan kitab Allah yang yang bebas daripada sebarang
penyelewengan dan sebagai panduan kepada umat sepanjang zaman. Namun
demikian, unsur-unsur israiliyyat dalam kitab-kitab tafsir telah menimbulkan
kekeliruan dengan tafsiran sebenar ayat Al-Qur’an. Walaubagaimanapun,
terdapat juga tafsir yang mengandungi unsur-unsur Israiliyyat diletakkan dengan
tujuan-tujuan tertentu. Justeru, umat Islam sewajarnya menyelidiki dahulu kisah-
kisah tersebut sebelum menerimanya. Ini kerana terdapat kisah-kisah israiliyyat
yang bertentangan dengan nas yang boleh memberi kesan kepada pegangan
aqidah umat Islam.

2.0 PENGERTIAN ISRAILIYYAT

2.1 Bahasa

Israiliyyat merupakan jama’ bagi perkataan israiliyyah ( ‫ ) اسرائيلية‬yang merujuk


kepada cucu nabi ishaq dan nabi Ya’kub.

Menurut Rosmawati (2013), israiliyyat dinisbahkan kepada dua perkataan


dari bahasa Ibrani iaitu Isra’ dan ‘il. Isra’ bererti hamba atau kesucian
manakala ‘il pula bermaksud Allah. Justeru, israiliyyat boleh dimaksudkan
sebagai hamba Allah atau kesucian Allah daripada ciptaan-Nya.

2.2 Istilah

Israiliyyat menurut ulama’ tafsir dan hadis mendefinisikannya sebagai segala


kisah-kisah lama yang dibawa masuk ke dalam kitab tafsir dan hadis yang
bersumberkan daripada golongan Yahudi atau Nasrani atau selain dari
keduanya (Muhammad Hussain, 1988).

3.0 KISAH-KISAH ISRAILIYYAT DALAM KITAB TAFSIR AL-QUR’AN

3.1 Kisah Nabi Musa a.s

Nabi Musa diutus oleh Allah SWT untuk membimbing kaumnya Bani Israel
dan Allah SWT telah menurunkan Kitab Taurat Nabi Musa setelah nabi
bermunajat selama 40 malam di Bukit Tur Sina. Pada ketika itu, kaumnya
telah berpaling tadah dengan menyembah patung seekor lembu lalau
menyembahnya. Perkara ini telah mendatangkan kemarahan nabi musa dan
terjadilah peristiwa di mana Nabi Musa a.s berkata-kata dengan Allah Swt
sebagaimana dalam surah Al-‘araf ayat 143;

‫ال لَن‬ َ ۚ ‫ب أَرِيِن ٓي أَنظُ ۡرإِلَ ۡي‬


َ َ‫كق‬B َ َ‫وس ٰى لِ ِمي َٰقتِنَ ا َو َكلَّ َمهُۥ َربُّهُۥ ق‬
ِّ ‫ال َر‬ َ ‫َولَ َّما َج ٓاءَ ُم‬
‫ف َت َرىٰيِن ۚي َفلَ َّما‬ ‫َت َرىٰيِن َوٰلَ ِك ِن ٱنظُ ۡرإِىَل ٱ ۡل َجبَ ِل فَ ِإ ِن ٱ َۡت َق‬
َ ‫َّر َم َك انَهُۥ فَ َس ۡو‬B‫س‬

َ َ‫ص عِ ٗق ۚا َفلَ َّمٓا أَف‬ ِۡ


َ َ‫ال ُۡسب َٰحن‬
‫ك‬ َ َ‫اق ق‬ َ ‫جَتَلَّ ٰى َربُّهُۥ ل ل َجبَ ِل َج َعلَهُۥ َد ّكٗا َو َخ َّر ُم‬
َ ‫وس ٰى‬
ِِ ۡ ۠ َ ‫تُ ۡبت إِلَ ۡي‬
َ ‫ك َوأَنَ ا أ ََّو ُل ٱ ل ُم ۡمؤن‬
١٤٣ ‫ني‬ ُ

Maksudnya: “Dan tatkala Musa datang untuk (munajat dengan Kami)


pada waktu yang telah kami tentukan dan Tuhan berfirman
(langsung) kepadanya, berkatalah Musa, “Ya Tuhanku, tampakkanlah
(diri Engkau) kepadaku agar aku dapat melihat Engkau. “ Tuhan
berfirman, “Kamu sekali-kali tidak sanggup melihat-Ku, tetapi
melihatlah ke bukit itu, maka jika ia tetap di tempatnya (sebagai
sediakala), nescaya kamu dapat melihat-Ku. “tatkala Tuhannya
menampakkan diri pada gunung itu, kejadian itu menjadikan gunung
itu hancur luluh, dan Musa sedar kembali, dia berkata, “Mahasuci
Engkau, aku bertaubat kepada Engkau, dan aku orang yang pertama-
tam beriman.”

Berdasarkan ayat ini, terdapat beberapa cerita yang mengandungi unsur


Israiliyyat antaranya ialah Allah telah memerintahkan malaikat dari setiap
langit untuk menimpa nabi dalam pelbagai rupa sehingga menyebabkan
Nabi Musa merasa takut dan menangis. Selain itu, berlaku kejadian petir,
guruh, kilat serta keadaan gelap-gelita di sekeliling Bukit Tursina.

Kisah ini dibawa oleh al-Tha’labi dalam tafsirnya Al-Jawahir Al-Ihsan daripada
riwayat Wahab ibn Munabbih dan Ibn Ishaq. Namun begitu, cerita-cerita ini
ditolak kerana bukan tafsiran sebenar kepada ayat Al-Qur’an tersebut bahkan
bertentangan dengan nas. Hal ini demikian kerana, kisah sebegini
mengambarkan seolah-olah Allah menakut-nakutkan utusannya manakala
malaikat-malaikat tidak menghormati nabi Musa sebagai rasul Allah. Justeru,
umat Islam perlulah menolak unsur-unsur Israiliyyat yang menyimpang
daripada maksud sebenar kerana dapat merosakkan aqidah umat Islam.
3.2 Kisah Bani Israel

‫ك َف َٰقتِٓاَل إِنَّا‬ ۡ ِ
َ ‫وس ٰىإِنَّا لَن نَّ ۡدُخلَ َهٓا أَبَ ٗدا َّما َد ُامواْ ف َيها فَ ٱ ذَه ۡبأ‬
َ ُّ‫َنت َو َرب‬ ٓ ُ ‫قَالُواْ مَٰي‬
َ
ِ ‫ك إِاَّل نَ ۡف ِسي وأ‬
‫َخ ۖيفَٱ ُۡرف ۡقبَ َۡيننَا َوبَ ۡي َن‬ ِ ِّ ‫ قَ َال َر‬٢٤ ‫َٰه ُهنَا ٰقَعِ ُدو َن‬
َ ُ ‫ب إِيِّن ٓاَل أ َۡلم‬
‫ني َس نَةٗۛ يَتِ ُيه و َن يِف‬ِ ِ ‫ٱ ۡلَق ِۡمو ٱ ۡلَٰف ِس‬
َ ‫ قَ َال فَِإن ََّه ا حُمََّر َم ةٌ َعلَ ۡيِه ۛۡمأَ ۡبَرع‬٢٥ ‫ني‬
َ‫ق‬
ِِ ۡ ۡ ۡ‫ت‬ ۚ ِ ‫ٱ ۡلأَ ۡر‬
٢٦ ‫ني‬ َ ‫س َعلَى ٱ لَق ِۡمو ٱ لَٰفسق‬ ‫أ‬
َ َ ‫ضفَاَل‬
Maksudnya: Mereka (menolak dengan) berkata: wahai masa!
Sesungguhnya kami tidak akan memasuki negeri itu selama-lamanya
selagi kaum itu masih berada di dalamnya, oleh itu pergilah engkau
Bersama Tuhanmu dan perangilah mereka. Sebenarnya kami di
sinilah duduk menunggu. “ Nabi Musa (merayu kepada Allah)
katanya: wahai tuhan! Sesungguhnya aku tdak dapat menguasai
selain diriku sendiri dan sedarauku (Harun), oleh itu pisahkanlah
antara kami dengan kaum yang fasik itu. “Allah berfirman:
Sesungguhnya negeri itu adalah diharamkan kepada memasukkunya-
selama 40 tahun, mereka akan merayau-rayau dengan bingungnya
(di sepanjang masa yang tersebut) di padang pasir (Sinai); amka
janganlah engkau berdukacita terhadap kaum yang fasik itu.
( Al-ma’idah : 22-26)

Berdasarkan ayat di atas, terdapat beberapa tafsiran dan kisah-kisah yang


diceritakan antaranya daripada Israiliyyat yang bersifat mungkar dan
dongeng. Contohnya, ada cerita yang menyatakan sebahagian Jordan, Syam
ataun Ariha yang terletak di sebelah gua di tengah Palestin merupakan
tempat nabi Musa a.s dan bani Israel masuk dengan perintah Allah SWT.

Selain itu, golongan Yahudi mengatakan bahawa 12 orang utusan Nabi Musa
a.s yang ditugaskan untuk mengintip telah melarikan diri kerana mereka takut
apabila melihat tubuh kaum Jabbarin yang sangat besar berbanding mereka.
Diceritakan juga apabila seorang lelaki Jabbarin telah meletakkan utusan-
utusan ini di dalam poketnya lalu dihantar ke istana raja. Raja juga telah
menghidangkan setangkai anggur yang mana sebiji anggur dapat
mengenyangkan seorang manusia. Terdapat juga yang mengisahkan ‘Uj ibn
‘Unuq seorang lelaki kaum jabbarin yang berbadan tinggi mampu untuk
menyelamatkan dirinya daripada banjir yang menimpa kaum Nuh kerana
banjir tersebit hanya pada paras bulu lalinya.

Kisah ini bukan sahaja tidak selari dengan nas malah jauh daripada
pemikiran akal yang waras. Ibnu kathir menolak kisah ini dengan
mengemukakan hadis Rasulullah s.a.w iaitu;

“Sesungguhnya Allah menciptakan Adam dengan enam puluh


hasta. Dan tinggi itu berkurang sehingga sampai sekarang ini.”

(Hadis Riwayat Al-Bukhari 3327)

3.3 Penciptaan bumi

Allah SWT telah menerangkan bahawa bumi dijadikan dalam masa enam hari
dan Rasulullah s.a.w telah menyatakan bahawa bumi terdiri daripada 7
lapisan tanpa menerangkan dengan lebih lanjut berkenaan kedudukannya.
Namun demikian, terdapat beberapa riwayat yang dibawa oleh perawi-perawi
bagi menceritakan lagi berkenaan penciptaan bumi antaranya ialah riwayat
yang menyatakan bahawa Rasulullah menyatakan bumi ini diletakkan di atas
air yang berada di atas batu batu besar. Batu itu pula berada di atas belakang
ikan paus yang mana ikan paus itu terletak di atas tengkuk malaikat dan
kakinya tergantung di udara.

Ibnu Kathir menyatakan kisah ini diambil dariada sumber-sumber


Israiliyyat. Beliau memetik riwayat ini daripada Suddi al-Kabir daripada Abu
Malik daripada Abu Salleh daripada sekumpulan sahabat Rasulullah.

4.0 KESAN KISAH ISRAILIYYAT KEPADA UMAT ISLAM

Kemasukan unsur-unsur Israiliyyat dalam tafsir Al-Qur’an dapat merosakkan aqidah


umat Islam. Ini kerana terdapat kisah-kisah Israiliyyat yang bertentangan dengan Al-
Qur’an yang telah ditolak secara terang-terangan oleh Rasulullah. lebih
membimbangkan apabila terdapat isi kandungannya yang menjisimkan Allah dan
mentasybihkan Allah SWT dengan makhluk dan menggambarkan nabi-nabi tidak
bersifat maksum. Contohnya, kisah nabi Daud a.s yang sanggup menggunakan
helah dengan melantik suami wanita yang baginda tertarik sebagai pembawa Tabut
di mana pemegangnya akan berdepan dua kemungkinan sama terus berjuang di
medan peperangan jika menang dan akan terkorban jika kalah. Kisah ini seharusnya
ditolak kerana perbuatan tersebut adalah terkutuk dan mustahil bagi seorang nabi
melakukannya. Oleh itu, umat Islam hendaklah memeriksa kesahihan sesuatu
tafsiran Al-Qur’an sebelum menerimanya.

Kisah israiliyyat juga mengakibatkan umat Islam khususnya yang tidak


mengetahui wujudnya unsur Israiliyyat hilang kepercayaan akan ulama’-ulama’ salaf.
Hal ini demikian kerana kebanyakan cerita-cerita Israiliyyat disandarkan kepada
ulama’-ulama’. Perbuatan ini akan mengelirukan umat Islam yang mengenali salafu
soleh ini sebagai tempat rujukan utama dan ada yang terkenal dalam bidang tafsir
dan hadith seperti Abu Hurairah, Abdullah Bin Salam dan Wahab Bin Munabbih.
Contohnya, kisah yang disandarkan kepada Wahab Bin Munabbih tentang penyakit
yang menimpa nabi Ayub a.s mengandungi unsur rekaan cerita yang menjatuhkan
‘Ismah nabi.. Justeru, pentingnya bagi umat Islam untuk merujuk kepada mereka
yang alim dalam bidang ini bagi mengetahui kebenarannya.

Unsur Israiliyyat yang terdapat dalam tafsir boleh melalaikan dan mendatangkan
kerugian kepada umat Islam. Ini kerana umat Islam akan sibuk untuk mengetahui
kisah-kisah yang sia-sia yang tidak ada pertimbangan dan penghuraiannya dalam
kitab-kitab tafsir muktabar. Contohnya, perihal tentang warna anjing Ashabul Kahfi,
tongkat Nabi Musa a.s, nama budak yang dibunuh oleh nabi Khidir dan sebagainya.
Sikap ini secara tidak langsung akan memalingkan manusia daripada tujuan asal
penurunan Al-Qur’an iaitu supaya manusia mentadabbur dan mengambil ibrah
daripada ayat-ayat Al-Qur’an. Oleh yang demikian, umat Islam haruslah tidak terlalu
ghairah dalam mengetahui kisah-kisah yang tiada manfaatnya, sebaliknya
menumpukan kepada perkara-perkara penting yang terkandung dalam Al-Qur’an.

5.0 RUMUSAN

Kesimpulannya, terdapat kisah israiliyyat yang boleh diterima, ditolak dan ada yang
tidak diterima bahkan tidak ditolak. Namun demikian, umat Islam perlulah sentiasa
berwaspada terhadap kisah-kisah yang dibawa dalam penafsiran Al-Qur’an
khususnya yang bertentangan dengan nas agar tidak menyimpang dari ajaran
agama. Apatah lagi, terdapat golongan yang berusaha untuk memesongkan aqidah
umat Islam melalui penyerapan unsur-unsur Israiliiyat dalam tafsir. Justeru, setiap
umat Islam mestilah berpegang kepada Al-Qur’an dan hadith nabi sebagai pegangan
utama di samping para ulama’ dan kitab-kitab tafsir yang muktabar sebagi rujukan
dalam memahami sesuatu ayat Al-Qur’an.
‫ي أَنظ ُ ۡر‬ ‫َ‬
‫ب أرِن ِ ٓ‬ ‫ل َر ِّ‬ ‫هۥ قَ ا َ‬ ‫هۥ َرب ُّ ُ‬ ‫م ُ‬‫مي َقٰتِن َ ا وَكَل َّ َ‬ ‫ى لِ ِ‬ ‫وس ٰ‬ ‫م َ‬ ‫جٓاءَ ُ‬ ‫ما َ‬ ‫وَل َ َّ‬
‫مكَان َ ُ‬
‫هۥ‬ ‫ٱستَق ََّر َ‬‫ن ۡ‬ ‫ل فَإ ِ ِ‬ ‫جب َ ِ‬ ‫ن ٱنظ ُ ۡر إِلَى ۡٱل َ‬ ‫َٰ‬
‫ل لن ت َ َرىٰنِي َولك ِ ِ‬
‫ك قَا َ َ‬ ‫إِل َ ۡي ۚ َ‬
‫ى‬‫س ٰ‬ ‫مو َ‬ ‫هۥ دَكّٗا َوخ ََّر ُ‬ ‫جعَل َ ُ‬ ‫ل َ‬ ‫جب َ ِ‬‫هۥ ل ِ ۡل َ‬‫ى َرب ُّ ُ‬‫جل ٰ‬
‫ما ت َ َ َّ‬‫ف ت َ َرىٰن ِ ۚي فَل َ َّ‬
‫سو َ‬ ‫فَ َۡ‬
‫ين‬‫من ِ َ‬ ‫م ۡؤ ِ‬ ‫ك وَأَن َ ۠ا أَوَّ ُ‬
‫ل ۡٱل ُ‬ ‫ت إِل َ ۡي َ‬ ‫ك ت ُ ۡب ُ‬ ‫حن َ َ‬ ‫س ۡب َٰ‬
‫ل ُ‬ ‫مٓا أَفَ اقَ قَ ا َ‬ ‫صعِ ٗق ۚا فَل َ َّ‬ ‫َ‬
‫‪١٤٣‬‬

‫ج وا ْ‬ ‫ى ي َ ۡخ ُر ُ‬ ‫ين وَإِنَّا لَن ن َّ ۡدخُلَهَا َ‬


‫حت َّ ٰ‬ ‫جبَّارِ َ‬ ‫ما َ‬ ‫ن فِيهَ ا قَ ۡو ٗ‬ ‫ى إ ِ َّ‬ ‫وس ٰٓ‬ ‫م َ‬ ‫قَ الُوا ْ ي َٰ ُ‬
‫ين‬‫ن ٱ لَّذ ِ َ‬ ‫م َ‬ ‫ن ِ‬ ‫جاَل ِ‬ ‫ل َر ُ‬‫ن ‪ ٢٢‬قَ ا َ‬ ‫خل ُ و َ‬ ‫م ۡنهَ ا فَإِنَّا د َٰ ِ‬ ‫ج وا ْ ِ‬ ‫م ۡنهَ ا فَ إِن ي َ ۡخ ُر ُ‬ ‫ِ‬
‫يخَافُو َ‬
‫م وه ُ فَ إِنَّك ُ مۡ‬ ‫اب فَ إِذ َا دَخ ۡلَت ُ ُ‬
‫م ۡٱلب َ َ‬ ‫ما ۡٱدخُلُوا ْ ع َل َ ۡيهِ ُ‬ ‫ه ع َل َ ۡيهِ َ‬ ‫ن أ ۡنعَ َ‬
‫م ٱلل َّ ُ‬ ‫َ‬ ‫َ‬
‫ى إِنَّا لَن‬ ‫س ٰٓ‬‫مو َ‬ ‫ين ‪ ٢٣‬قَالُوا ْ ي َٰ ُ‬ ‫من ِ َ‬ ‫م ۡؤ ِ‬ ‫غَٰلِبُو ۚ َن وَع َلَى ٱللَّهِ فَتَوَكَّلُوٓا ْ إِن كُنتُم ُّ‬
‫َ‬ ‫ۡ‬ ‫َ‬
‫ن‬ ‫ك فَقَٰتِٓاَل إِنَّا هَٰهُن َ ا قَٰعِ دُو َ‬ ‫نت وَ َرب ُّ َ‬ ‫م وا ْ فِيهَ ا فَ ٱذهَ ۡب أ َ‬ ‫ما دَا ُ‬ ‫ن َّ ۡدخُلَهَٓا أبَدٗا َّ‬
‫خ ۖي فَ ۡٱفر ۡقب َ ۡينَن َ ا وب َ ۡي ۡ‬
‫ن ٱلقَ ۡوم ِ‬ ‫َ َ‬ ‫ُ‬ ‫س ي وَأ َ ِ‬ ‫ك إِاَّل ن َۡف ِ‬ ‫ب إِنِّي ٓاَل أ َ ۡمل ِ ُ‬ ‫ل َر ِّ‬ ‫‪ ٢٤‬قَ ا َ‬
‫ن فِي ۡٱلأ َ ۡر ِ ۚ‬ ‫ۛ‬ ‫َ‬
‫ض‬ ‫سن َ ٗة يَتِيهُو َ‬ ‫ين َ‬‫ة ع َل َ ۡيهِ ۛۡمأ ۡبرَعِ َ‬ ‫م ٌ‬ ‫ح َّر َ‬‫م َ‬‫ل فَإِنَّهَا ُ‬ ‫ين ‪ ٢٥‬قَا َ‬ ‫سقِ َ‬ ‫ۡٱلفَٰ ِ‬
‫س ع َلَى ۡٱلقَ ۡوم ِ ۡٱلفَٰ ِ‬ ‫ۡ‬
‫ين ‪٢٦‬‬ ‫سقِ َ‬ ‫فَاَل ت َ أ َ‬

You might also like