You are on page 1of 1

04 MAC 2020

REFLEKSI

KEBAIKAN

Kebaikan yang saya dapati melalui PdP hari ini ialah set induksi yang menarik.
Murid dapat menyediakan diri untuk pengajaran hari ini. Jadi, saya rasa saya telah
berjaya menarik minat belajar murid-murid pemulihan untuk pengajaran hari ini. Hal ini
merupakan satu peningkatan yang ada pada saya.

KELEMAHAN

Melalui PdP ini, saya mendapati kelemahan saya ialah semasa aktiviti
pengukuhan dijalankan, saya gagal untuk mengawal disiplin murid sehingga mereka
mengacau kawan lain yang sedang melaksanakan interaksi pengajaran dan latih tubi.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Saya akan menggunakan sistem demerit dengan menarik balik bintang yang
diberi kepada murid-murid supaya mereka menjaga disiplin sendiri semasa PdP
dilaksanakan.

You might also like