You are on page 1of 1

Di samping itu, terdapat beberapa kajian yang dibuat di dalam dan di luar negara mengenai

peranan dan sumbangan golongan wanita dalam menjayakan aktiviti keusahawanan. Hal ini
dapat disokong oleh kajian Watson & New (2005) di Australia yang mana jumlah penglibatan
dalam sektor perkhidmatan majoritinya di monopoli oleh kaum wanita. Antara sektor
perkhidmatan yang dilihat aktif dalam kalangan kaum wanita seperti peruncitan, restoran
dan banyak lagi. Oleh itu, kajian ini didapati bahawa kaum wanita juga boleh setanding dan
berada sama tinggi dengan kaum lelaki dalam bidang keusahawanan. Situasi yang sama
turut berlaku di Malaysia yang mana kajian mendapati bahawa kaum wanita lebih cenderung
dalam perniagaan berskala kecil-kecilan dan berorientasikan perkhidmatan (Thuaibah,
et.al.,2007).

Tambahan pula, dalam dunia perniagaan ini setiap insan yang menceburinya perlu
mengharungi segala cabaran dan dugaan yang bakal dihadapi terutama golongan wanita
Melayu dalam usaha untuk memperkembangkan perusahaan yang diusahakan.
Kebiasaannya, cabaran yang sering dihadapi oleh kaum wanita apabila mereka mempunyai
keluarga yang ramai. Oleh itu, dalam artikel yang berjudul ‘Perkembangan Usahawan
Wanita Di Malaysia Dapat Mewujudkan Lebih Ramai Masyarakat Perdagangan Dan
Perindustrian Bumiputera (MPPB)’ ada menyatakan beberapa masalah dan keperluan yang
dihadapi oleh peniagaan Wanita Melayu Kelantan. Justeru itu, terdapat beberapa agensi
yang membantu peniaga di PBSK untuk memajukan lagi peniagaannya kerana peniaga di
PBSK majoritinya mempunyai tahap pendidikan yang rendah dan majoritinya berusia
lingkungan 40an.

Antara buku yang dijumpai ialah “ Peniaga Dan Perniagaan Melayu”, “Keusahawanan Sosial
Islam : Gagasan dan Perspektif “ dan banyak lagi.

You might also like