You are on page 1of 15

1

UNDANG-UNDANG & KESUSILAAN

Istilah undang-undang mempunyai analogi “the


elephant and the judicial problem”, (kisah 6 orang
buta dengan gajah): ada kata macam: (1) pokok, (2)
tali, (3) lembing, (4) kipas, (5) dinding, dan (6) ular.

Mengikut Glanville Williams sebaik-baik definasi


undang-undang boleh diberikan oleh sesiapa saja
mengikut aliran dan kefahaman mereka.

Pada saya undang-undang ialah satu peraturan yang


dapat menjamin kesejahteraan dan keselamatan
kehidupan sosial sesabuah masyarakat.

TUJUAN UNDANG-UNDANG

Pada zaman primitif, mereka suka berperang kerana


hendak menguasai wilayah atau pengaruh. Setiap
individu adalah tuan atau raja. Perasaan takut, tamak,
gagah-perkasa, perkosa, tindas-menindas sentiasa
berada dalam kehidupan. Untuk tujuan itu mereka
rela melepaskan hak individu dan tunduk kepada satu
kuasa yang berdaulat dinamakan undang-undang.
2

KATEGORI UNDANG-UNDANG

1. Undang-undang imperatif
Merujuk kepada undang-undang yang dikenakan
ke atas anggota masyarakat, eg: Rukun Negara.

2. Undang-undang fizikal
Merujuk kepada hukum-hukum alam semula jadi
yang disimpul dari pemerhatian, eg: hukum
gravity, hukum sains, hukum matematik, dll.

3. Undang-undang semulajadi (natural law)


Merujuk kepada undang-undang yang
berkonsepkan akal universal (universal reason),
ketuhanan, eg: undang-undang dari tuhan,
undang moral, unwrriten law, universal law. Ia
sesuai untuk semua orang dan dimana-mana.

4. Undang-undang Konvensyen
Merujuk kepada undang-undang yang
dipersetujui oleh semua ahli, eg: undang-undang
kelab atau persatuan.
3

5. Undang-undang Adat
Merujuk kepada undang-undang yang diikuti atau
dipatuhi oleh anggota masyarakat, eg:
perkahwinan, perayaan.

6. Undang-undang Teknikal
Merujuk kepada undang-undang atau peraturan
untuk mencapai sesuatu tujuan,: eg: peguam,
doktor, tukang masak ada peraturan atau
undang-undang sendiri.

7. Undang-undang Sivil
Merujuk kepada undang-undang sesabuah
negeri atau sebuah negara.

8. Undang-undang Antara-bangsa
Merujuk kepada undang-undang dunia untuk
kesejahteraan manusia sejagat, eg: undang-
undang hak asasi manusia yang digariskan oleh
PBB.
4

SUMBER UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA

1. Written Law
Undang-undang Inggeris (English Law)
Common Law and Equity.

Undang-undang Persekutuan (Federal


constitution) digubal di Dewan Rakyat &
Parlimen (Dewan Negara).
 Undang-undang Negeri (State
Constitution) digubal di Mesyuarat
Kerajaan Negeri.

2. Unwritten Law
i. Principles of English Law
ii. Keputusan kes di mahkamah, Agong,
Persekutuan, Tinggi, Rendah (Session &
Majistrate), Penghulu, Mahkamah khas
(syariah, buruh dll).
iii. Undang-undang Adat (Customs of the local
ihhabitants), eg: Adat Pepatih dan Adat
Temenggung, Chinese and Indian Hindu
Customary Laws (pernikahan, perceraian
dan harta-pusaka.

iv. Undang-undang Islam (Muslim Laws)


5

HIERARCHY MAHKAMAH DI MALAYSIA

MAHKAMAH AGONG (Privy Council)



MAHKAMAH PERSEKUTUAN (FEDERAL COURT)

MAHKAMAH TINGGI (HIGH COURT)

MAHKAMAH SESYEN (SESSION COURT)

MAHKAMAH MAJISTRATE (MAGISTRADE COURT)

MAHKAMAH PENGHULU (PENGHULU COURT)

MAHKAMAH KHAS

MAHKAMAH MAHKAMAH MAHKAMAH


SYARIAH JUVENILE BURUH
6

Mahkamah Juvenile
Pesalah bawah 18 tahun
Tertutup, untuk keluarga, penjaga, peguam, saksi &
lain yang diberi kuasa.
Bersalah dihantar ke sekolah pemulihan akhlak
(corrective education)

Mahkamah Penghulu
Menyelesaikan permasalahan di mana subjek kes
jenayah tidak lebih daripada RM50
Hukuman: denda tidak lebih daripada RM25
Rayuan ke Mahkamah Majistrate.

Mahkamah Majistrate
Kelas 2
Menyelesaikan kes sivil & jenayah kecil
Maksima denda tidak lebih daripada 12 bulan penjara
atau 3 bulan penjara atau denda tidak lebih RM250
atau kedua dua sekali.

Kelas 1
Menyelesaikan kes sivil & jenayah kecil.
Hukuman maksima tidak lebih 2 tahun penjara atau
RM5,000 atau 6 kali rotan atau mana-mana
kombinasi.
Rayuan dibuat ke Mahkamah Tinggi
7

Mahkamah Sesyen
Perkara kes tidak lebih RM10,000.
Kesalahan jenayah: denda tidak lebih 10 tahun
penjara atau RM10,000 dan rotan 12 kali atau mana-
mana kombinasi.
Kesalahan Civil: denda tidak lebih RM5,000

Mahkamah Tinggi
Mana-mana kes yang tak boleh diselesaikan di mana-
mana mahkamah di bawah.
Rayuan ke Mahkamah Persekutuan

Mahkamah Persekutuan
Percanggahan keputusan mahkamah sebelumnya
Hukuman penjara seumur hidup atau mati
sebagai budak jahat.

Mahkamah Agong
Mendengar rayuan daripada Mahkamah Federal.
8

UNDANG-UNDANG KONTRAK

Mengikut undang-undang Kontrak sesuatu perjanjian


dikatakan sah apabila ada syarat-syarat berikut:-

1. Ada Tawaran (Offer)


Tawaran mungkin berbentuk janji untuk berbuat
sesuatu atau perbuatan yang ditujukan kepada
seseorang, eg: pekerjaan, barang, dll.

2. Ada Penerimaan (Acceptance)


Penerimaan ialah kesanggupan seseorang
mematuhi syarat yang ditentukan oleh orang
yang membuat tawaran, eg: terima kerana syarat
seperti jawatan tetap, tempoh percubaan, dll.

3. Balasan yang Sah


Balasan tidak menyalahai undang-undang, eg:
dapat gaji.

4. Ada Niat kedua-dua pihak untuk mengikat


perjanjian.

Penawar terikat dengan tawarannya dan


penerima terikat dengan penerimaannya, tidak
ada niat tersirat.
9

5. Ada Kerelaan Sebenar oleh kedua-dua pihak


Bersetuju dengan tidak ada tekanan atau
paksaan oleh mana-mana pihak.

6. Persetujuan dicapai tidak menyalahi undang-


undang.

7. Ada kemampuan Kedua-dua Pihak berkontrak.


10

ETIKA, MORAL, DAN UNDANG-UNDANG

Etika ialah sains mengkaji akhlak, moral dan


tingkahlaku manusia.

Moral membawa maksud keupayaan mengenali


mana benar atau salah. Ia berkait rapat dengan
kesedaran (conscience).

Moral sesebuah masyarakat merujuk kepada


perlakuan masyarakat tersebut dalam konteks
mendukung nilai-nilai peradaban diterima umum.

Jurisprudents ialah undang-undang atau tatatertib


dicipta untuk mengawasi dan mengatur tingkahlaku
satu-satu masyarakat atau kumpulan.

Pertalian Undang-Undang dan Etika/Moral

Undang-Undang
Moral

Etika/Kesusilaan
11

Ch; Mencuri, menipu salah di sisi undang-undang dan


moral, tetapi tidak semua mencuri dan penipuan
salah untuk keselamatan atau servival.

Memandu laju lebih hadlaju salah pada undang-


undang, tetapi tidak salah untuk keselamatan atau
terpaksa membawa pesakit bersalin ke klinik.

Mengikut undang-undang Inggeris seorang suami


tidak salah disabitkan kesalahan mencuri daripada
isteri dalam tempuh perkahwinan, tetapi salah di sisi
moral. Dengan itu tidak semestinya terdapat
persamaan antara maksud mencuri di sisi undang-
undang dan moral.
12

PEREBEZAAN ANTARA UNDANG-UNDANG


DAN ETIKA/MORAL

Undang-undang dan moral tidak sama. Kedua-dua


boleh dihubungkait sahaja.

Dalam buku “Criminal law” ada kes seorang dewasa


yang berada di tepi sungai membiarkan seorang
kanak-kanak mati lemas dalam air cetek kerana tidak
memberi bantuan apa-apa.

Orang dewasa itu tidak dituduh membunuh, kerana


dia tidak membuat apa-apa jenayah, tetapi dari segi
moral, tindakan itu patut dikutuk kerana ia tidak
bermoral, kerana ia boleh melakukanya.

Mengapa penggubal undang-undang tidak


menguatkuasakan undang-undang berdasarkan
“enforcemant of morals”. Ada 3 sebab;

1. Tidak semua nilai moral yang diamal masyarakat


menjadi nilai-nilai tersebut sebagai undang-undang,
kerana penggubal memikirkan kesederhanaan
undang-undang, jika nilai moral yang tinggi sahaja
menjadi undang-undang, tentu ramai yang
menentang dan menganggap kebebasan individu
13

telah dicemar, eg: cakap yang elok sahaja dalam


ceramah politik, telah menyekat kebebasan
bersuara.

2. Sesetengah nilai moral kabur, jadi ia tidak boleh


dijadikan undang-undang, eg: mengikut moral
orang kristian adalah berdosa jika gelojoh. Sangat
sukar untuk mentakrif gelojoh itu sendiri, kerana
kadar metabolisma seseorang individu berbeza dan
kadar pemakanan seorang bergantung kepda
tahap metobolisma badan seseorang.

3. Penggubal undang-undang tidak sesuai campur


tangan dalam soal moral. Lebih banyak masalah
yang timbul dari manfaatnya, eg: perbuatan
homosek tidak lagi dianggap jenayah di barat,
kerana kebaikan lebih baik daripada larangan
melakukanya.

John Stuart Mill memberi hujah: soal moral


sepatutnya jadi soal peribadi seseorang. Biarlah
individu itu sendiri menghiasi moralnya, undang-
undang hanya masuk campur apabila perlu
melindungi kesejahteraan masyarakat.

 Faedahnya - tidak semua


14

4. KETAATAN KEPADA UNDANG-UNDANG

Manusia patuh dan taat kepada undang-undang


kerana mereka takut musibah yang akan menimpa
jika undang-undang dilanggar.

Pada realistinya Lord Derlin kata jika ada polis yang


memerhati kita kita tidak melanggar undang-undang
tetapi jika mereka tidak melihat kita, peluang untuk
melanggar unda-undang ada, kerana tidak dpat
dikesan atau diikuti oleh undang-undang, eg: kelajuan
di lebuh raya.

Tahap ketaatan kepada undang-undang bergantung


kepada individu, walaupun begitu kita boleh gariskan
2 sebab mengapa manusia patuh dan taat kepada
undang-undang;
1. Ketakutan & kebimbangan terhadap
masyarakat

2. Tidak ada niat untuk melanggarnya dengan


sengaja, eg: membunuh orang, melanggar
orang, pukul orang. Orang yang setiap masa
melanggar undang-undang adalah orang tidak
normal.
15

3. Manusia mempunyai moral. Kita boleh berfikir


yang buruk itu salah. Kesedaran batin
(conscience) membuat kita sedar tentang
moral.

Kesedaran batin

“Good & Evil” atau konflik antara bisikan nafsu


jahat dan baik. Kesedaran batin melahirkan
tingkahlaku yang baik dan menentang nafsu
jahat.

Undang-undang yang selari dengan nilai-nilai


moral memberi keadaan yang harmonis dan
menggalakkan manusia berkelakuan baik.

Apabila undang-undang itu bercanggah dengan


moral ujudlah dilemma adakah patut memathui
undang-undang atau kesedaran batin?

You might also like