You are on page 1of 4

LAPORAN TAKLIMAT PERSEDIAAN AWAL PERSEKOLAHAN BAGI SESI 2020 BERSAMA GURU

BESAR SEKOLAH RENDAH NEGERI PERAK

SLOT 3 - UCAPAN KHAS PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK


(DR. MOHAMAD SHUHAIMI BIN MOHD ALI)

3.1 Memulakan ucapan dengan minta semua Guru Besar membuat refleksi diri apa yang
telah dilaksanakan sepanjang tahun 2019. Adakah berada di dalam:

1. Comfort zone.

2. Fear zone.

3. Learning zone.

4. Growth zone.

Hasrat beliau agar semua Guru Besar berada dalam Learning Zone iaitu sentiasa
mahu belajar dan menambah ilmu pengetahuan.

3.2 Sentiasa merancang dengan melaksanakan perancangan strategik untuk tempoh 5


tahun (2020-2015). Beliau juga menyatakan kebimbangan prestasi PAJSK 2019
sekolah rendah agak menurun dan meminta PPD mencari punca yang berlaku.

3.3 Setiap sekolah mempunyai perancangan dan kejayaan yang boleh dibanggakan dan
dapat dikongsikan kepada sesiapa sahaja seperti pelawat iaitu:

1. Perancangan strategik.

2. Data pencapaian akademik.

3. Perjalanan PAK 21.

4. Persekitaran sekolah yang menarik.

5. PDPC yang berkesan dan menarik.

3.4. Little Napoleon - Ada segelintir Guru Besar yang tidak memberi kerjasama dengan
memberi pelepasan kepada guru dan murid untuk melakukan aktiviti atau
menjalankan tugas yang diarahkan oleh PPD dan JPN. Beliau menegaskan Guru Besar
perlu akur dan mengharapkan perkara ini tidak lagi berulang.

3.5 CIDS – Beliau menegaskan program ini diberi percuma dan digalakkan untuk
menggunakan perkhidmatan ini. Namun demikian ada kalangan guru yang telah
membuat laporan kepada pihak SPRM berkaitan isu ini. Ini menunjukkan wujudnya
di kalangan guru yang tidak mahu menerima perubahan.
3.6 Communication Skill – Banyak aduan yang diterima di pihak JPN berkaitan Guru
Besar dan sekolah seperti menggunakan duit sekolah sewenang-wenangnya dan
sebagainya. Sehubungan dengan itu semua Guru Besar mesti merefleksi diri dan
mengenal pasti kelemahan untuk diperbaiki seterusnya berusaha untuk
menyampaikan maklumat dengan lebih jelas dan membina hubungan yang baik
dengan semua pihak terutamanya warga sekolah dan ibu bapa. Elakkan konflik
dengan sesiapa sahaja.

3.7 Mesyuarat – Semua mesyuarat di sekolah untuk sesi persekolahan 2020 perlu
dilaksanakan selepas 26 Disember 2019. Mesyuarat tidak perlu panjang dan
merangkumi semua aspek dan mempunyai keputusan.

3.8 Mesyuarat Kurikulum – Sangat penting dalam menentukan hala tuju sekolah. Perlu
dilaksanakan 4 kali setahun. Perincian dalam PBD, PAJsK, Segak, Psikometrik dan
penguasaan prestasi murid perlu difahami oleh setiap warga sekolah dan ibu bapa.

3.9 Program Menyemai Kesetiaan Kepada Raja dan Negara – Akan bermula pada bulan
April hingga Ogos secara berterusan. Program yang akan dijalankan oleh JPN ialah:

1. Pidato Diraja.

2. Bicara Berirama.

3. Menulis Esei.

4. Melukis Poster.

5. Coral Speaking.

Hasrat Pengarah agar semua sekolah mengambil bahagian terutamanya dalam


penulisan esei dan dimasukkan di dalam takwim sekolah.

4.0 Peraturan Terkini – Larangan menjemput ahli politik ke sekolah untuk melaksanakan
sesuatu program terutamanya ahli politik pembangkang. Patuhi peraturan
membawa murid untuk mengikuti program di luar sekolah seperti SOP guru
membawa murid dengan menggunakan kenderaan sendiri.

4.1 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

4.1.1 Ulasan yang ditulis oleh guru tidak berkualiti dan tidak menuruti standard
yang telah diberi.
4.1.2 Guru mesti merujuk kepada garis panduan yang diberi untuk penulisan ulasan
rekod PBD. Guru Besar mesti menyemak sebelum menurunkan tanda tangan.
4.1.3 Guru mesti menulis refleksi selepas selesai proses PDPC.
4.1.4 Ada sekolah yang melaksanakan graduasi bagi murid Pra Sekolah dan tahap
satu yang tidak dipersetujui oleh pengarah sehinggakan menjadi beban
kepada ibu bapa untuk mengeluarkan wang bagi menjayakan majlis
tersebut.

4.2 Analisis UPSR 2019

4.2.1 Mengucapkan tahniah kepada semua Guru besar kerana telah mencapai
target iaitu 70.13% melebihi target asal iaitu 68.01%. Hanya kurang sedikit
sahaja daripada target kebangsaan sebanyak 70.33%.

4.2.2 Mata pelajaran yang yang menurun adalah:

- Sekolah Kebangsaan : Bahasa Inggeris Penulisan dan


Matematik.

- Sekolah Jenis Kebangsaan Cina: Bahasa Inggeris Penulisan.

- Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil: Bahasa Inggeris Penuisan.

- Terdapat juga murid yang tidak hadir di dalam peperiksaan UPSR dan mesti
dibuat siasatan kenapa perkara ini berlaku. 18 orang dariapada sekolah TS25
yang mendapat semua E.

4.3 Sinking School

4.3.1 Perkara ini berlaku kerana pengurusan tidak berkesan dan menyebabkan
prestasi merosot. Setiap staf tidak mengambil kisah dan tidak mahu
meningkatkan prestasi. Sikap ibu bapa yang mengambil mudah hal urusan
anak-anak dan terdapat juga sekolah sentiasa menyalahkan diri murid.

4.3.2 Sekolah yang merosot prestasinya selama dua tahun berturut-turut akan
terus diberi bimbingan secara berterusan.

4.3.3 PDPC di dalam kelas yang berkesan akan melahirkan kejayaan di masa
hadapan. Kenal pasti murid secara individu bagi merancang program khas
bagi membantu meningkatkan tahap pengusaan Menguasa Tahap
Minimum(MTM) dan meneruskan kecemerlangan bagi murid yang cemerlang
dan potensi cemerlang. Sekiranya PDPC dalam kelas berjaya tidak perlu
diwujudkan kelas tambahan dan tuisyen.

4.3.4 Buat rumusan pencapaian murid mengikut tahun dan diserahkan kepada
guru baru yang akan menyambung tugasan pada tahun hadapan bagi
memastikan semua murid dapat dibimbing dengan lebih tersusun seterusnya
sifar BMTM.

4.4 PLC - Buku PLC perlu diwujudkan dengan menaik turun di internet sebagai rujukan
dan panduan dalam menjalankan PLC di sekolah. Semua sekolah mesti
melaksanakan PLC dengan menggunakan salah satu daripada 13 alat PLC yang
dibekalkan.

4.5 Mulai 2020 KPI Guru Besar ialah membuat rumusan PBD setiap murid dihujung
tahun pencapaian penguasaan murid dalam PBD.

4.6 Tahun 2020 diadakan KL jalankan program DEKAT MEMBACA. Cari buku dan amalkan
budaya membaca.

4.7 Penutup

Besok di mana juga anda berada, lakukan perubahan kecil di kelas anda;

1. Ajaklah kelas berdiskusi, bukan mendengar.


2. Berikan kesempatan kepada murid untuk mengajar di kelas.
3. Cetuskan projek bakti sosial yang melibatkan seluruh kelas.
4. Temukan satu bakat dalam diri murid yang kurang percaya diri.
5. Tawarkan bantuan kepada guru yang sedang mengalami kesulitan.

SEKIAN…

TERIMA KASIH.

You might also like