You are on page 1of 7

Kertas Kerja

Gotong Royong Perdana


Peringkat Sekolah

September 2015

Anjuran:

UNIT BERUNIFORM
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT GAMBIR
84800 LEDANG JOHOR
1.0 PENDAHULUAN

Sistem pendidikan masa kini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi matlamat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang berilmu, berketrampilan dan
berkeperibadian yang unggul. Kebersihan persekitaran dan bilik darjah merupakan salah satu faktor
yang dapat membantu memenuhi perlaksanaan matlamat tersebut. Penyediaan persekitaran yang
kondusif adalah merupakan tanggungjawab yang perlu dititikberatkan oleh sesebuah institusi
pendidikan.

Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memberi perhatian terhadap tahap kebersihan


sekolah melalui pettandingan 3K. Persekitaran sekolah yang bersih dan ceria dapat membantu
mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan efektif.
Sehubungan dengan itu, pihak sekolah melalui Jawatankuasa 3K (Keselamatan, Kesihatan
dan Kebersihan) telah merancang untuk menganjurkan satu aktiviti Gotong-royong Perdana
bersama pihak PIBG bagi memenuhi matlamat yang telah diterapkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia.
Aktiviti ini diharapkan dapat memberikan pendedahan dan amalan kepada murid tentang
betapa pentingnya menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah terutamanya bilik darjah. Di samping
itu, aktiviti ini akan membolehkan murid menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka.
Antara aktiviti yang dirangka akan dilaksanakan meliputi aspek pembersihan kawasan
longkang, kawasan pengumpulan sampah, keceriaan kawasan sekitar sekolah serta menghapuskan
kawasan pembiakan nyamuk aedes bersama pihak Jabatan Kesihatan Daerah Tampin yang akan
dijemput hadir untuk memberikan perkhidmatan `fogging` atau menyembur asap di sekitar sekolah.
Adalah menjadi harapan agar para murid, ibu bapa, guru serta warga Sk Bukit Gambir akan
memperoleh manfaat daripada aktiviti ini dan seterusnya memenuhi serta mencapai matlamat 3K.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah sebagai institusi yang bersih, indah,
selamat dan ceria.
2.2 Melaksanakan amalan kebersihan bagi mencapai kepuasan yang maksimum.
2.3 Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu antara murid, ibu bapa,
pendidik dan warga sekolah dalam melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan
penglibatan semua pihak dalam program kebersihan sekolah.
2.4 Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah dan ibu bapa terhadap kebersihan,
keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang telah disediakan.
2.5 Menggembleng tenaga dan idea yang bersepadu dalam merealisasikan keberkesanan
aktiviti.
3.0 TARIKH PROGRAM/AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN

Tarikh cadangan : 05 September 2015 (Sabtu)


Tempat : Kawasan sekitar Sk Bukit Gambir Ledang
Masa : 8.00 pagi – 11.30 pagi
Pakaian : Pakaian sukan
4.0 CADANGAN AKTIVITI & SKOP TUGAS

4.1 Dewan SKBG

 Tugas membersihkan dewan adalah bagi memudahkan menyimpan peralatan dan


kegunaan peperiksaan UPSR bagi murid tahun 6.

4.2 Blok Baiduri

 Kedudukan blok yang menghadap jalanraya menjadi tarikan bagi murid dan pelawat
yang datang ke sekolah ini. Melalui kerja gotong-royong di kawasan blok ini, ibu
bapa, guru-guru dan para murid akan membersihkan blok dan kawasan di sekitarnya.

4.3 Bilik dan peralatan sukan

 Bagi yang membersihkan di kawasan ini, mereka dapat mengemaskinikan untuk


kemudahan penggunaan alatan pendidikan jasmani.

4.4 Blok Zamrud dan gelangan serbaguna

 Bagi membersihkan di hujung blok untuk keselesan murid melakukan aktiviti


permainan

4.5 Surau , PKG dan Blok Delima

 Agihan tugas di sekitar surau ini meliputi longkang, kawasan perhiasan seperti pokok
bunga dan bahagian dalaman surau itu sendiri seperti susunan sejadah dan telekung
(sekiranya ada) serta kawasan di sekitar tempat wuduk (lelaki dan perempuan).

5.0 JAWATANKUASA AKTIVITI DAN KUMPULAN

MENGIKUT AGIHAN KAWASAN


BIL. KAWASAN KETUA DAN KUMPULAN YANG TERLIBAT

1. Dewan SKBG

2. Blok Baiduri

3. Bilik dan peralatan sukan

Blok Zamrud dan gelangan


4.
serbaguna

5. Surau , PKG dan Blok Delima

6.0 TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI
8.00 pagi Ketibaan Ibu bapa/Penjaga ke sekolah
8.15 pagi Taklimat agihan tugas
8.30 pagi Gotong–royong bermula
11.00 pagi Ketibaan tetamu VIP
Jemputan tetamu VIP melawat kawasan sekitar
11.30 pagi
sekolah
Hadirin berkumpul di kantin & majlis ucapan dari
12.00 petang
YDP PIBG & tetamu VIP.
12.30 petang Makan tengahari dan majlis bersurai

8.0 SUMBER KEWANGAN/ANGGARAN PENDAPATAN


Sumbangan diperolehi daripada:
a) PIBG = RM1,000.00
b) Keperluan pembiayaan/sumbangan = RM1,000.00
Jumlah Keseluruhan = RM2,000.00

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


a) Murid = 171 orang
b) Ibu bapa = 80 orang
c) Guru = 22 orang
d) AJK PIBG = 7 orang
__________
Jumlah = 280 orang

9.1 Makan dan minum untuk makan tengahari


a) Makan = Nasi Ayam ( 1 orang = RM3.50)
b) Minum = Sirap ( 1 x RM0.50)
Jumlah = RM3.00
Keseluruhan : 280 x RM4.00 = RM 1,120

JUMLAH BESAR UNTUK MAKANAN = RM1,120

9.2 Anggaran perbelanjaan bagi peralatan

Bil Peralatan Harga Jumlah


(RM)

1. Tin Cat (Batu perhiasan) 3 unit x RM50.00 150.00

Tin Cat (Tiang garaj


2. kereta) 3 unit x RM20.00 60.00

3. Berus Cat 20 unit x RM5.00 100.00

4. Penggarit 50 unit x RM6.00 300.00

5. Plastik Beg Sampah 10 unit x RM2.00 20.00

Berus Sabut
6. 10 unit x RM2.50 25.00

7. Sabun Pencuci 3 unit x RM10.00 30.00

8. Berus Longkang 5 unit x RM6.00 30.00

9. Pencedok longkang 5 unit x RM8.00 40.00


10 Runcit 125.00

Jumlah harga bagi peralatan yang diperlukan = RM880.00

JUMLAH KESELURUHAN PERBELANJAAN

(Makanan + Peralatan)

RM1,120 + RM880.00 = RM2,000.00

10.0 JAWATANKUASA AKTIVITI

Penasihat : En. Adam Bin Hj. Omar, Guru Besar


Pengerusi : En. Dzulkalnian Bin Ayat@Ayom, GPK HEM
Pengerusi Bersama : YDP PIBG
Naib Pengerusi : En. Zahari Bin Hj. Mokhtar, GPK Pentadbiran
En. Mohamad Solihin Bin Abdullah, GPK Kokurikulum
NYDP
Penyelaras : Pn. Aziah Binti Othman, Penyelaras 3K
Bendahari : Bendahari PIBG

Juruacara Majlis : Pn. Samsila Binti Sulaiman

Buku Program : Pn. Noorasmaliza Binti Mat Alias


Pn. Rosniza Binti Rosly

Makanan : Pn. Hanitah Binti Saat


Pn. Azinah Binti Abdul Aziz
Pn. Maziah Binti Malek
Pn. Hjh Rohani Binti Ya
Peralatan : Pn. Sarimah Binti Awang
Cik Hjh Badariah Binti Abdullah
Pn. Intan Delaila Binti Mohd Nor
AJK PIBG

PA System : En. Muhammad Norzikri Bin Ruslan


AJK PIBG

Persiapan Dewan : En. Kamarudin Bin Awang


& Kantin Sekolah Pn. Siti Shallyra Aida Binti Mohd Ali
Pn. Zaini Binti Ramli
Pn. Aziah Binti Othman
Pekerja Swasta

Disiplin dan : Pn. Azalela Binti Salleh


Keselamatan Pn. Rapiza Binti Miswan
Pn. Nurul Huda Binti Abd Ghafar
Disediakan oleh

………………………………..……….
(AZIAH BINTI OTHMAN)
Penyelaras J/K 3K,
SK Jelai 3 (F)
73480 Gemas, Negeri Sembilan.

Disemak oleh

………………………………..………………..
(EN. DZULKALNIAN BIN AYAT@AYOM )
GPK HEM,
SK Jelai 3 (F)
73480 Gemas, Negeri Sembilan.

Disahkan oleh,

………………………………..………………..
(EN. ADAM BIN HJ. OMAR)
Guru Besar
SK Jelai 3 (F)
73480 Gemas, Negeri Sembilan.

You might also like