You are on page 1of 3

KAMPUS KENT TUARAN SABAH

SEMESTER SATU
TAHUN 2017

TUGASAN 4 : PENULISAN REFLEKSI

NAMA : WAN NUR ATIKAH BINTI ABDUL MAJID


KAD PENGENALAN : 990705-14-6444
KUMPULAN/UNIT : PPISMP SAINS AMBILAN JUN 2017
KURSUS/KOD : KESIHATAN DAN KECERGASAN ( GKK1043 )
PENSYARAH : PUAN SITI NORASHIKIN BINTI MASTUN
TARIKH SERAHAN : 11 SEPTEMBER 2017
Ujian SEGAK merupakan singkatan daripada Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan
yang digunakan untuk menilai kecergasan seorang pelajar. Kami telah melakukan Ujian
SEGAK serentak dengan pengelolaan ujian amali pada hari Jumaat , 8 September 2017,
jam 2 petang hinggan 5 petang. Ujian SEGAK dimulakan dengan aktiviti pemanasan badan
bermatlamat untuk elakkan kekejangan berlaku

Kami telah membuat persiapan seminggu sebelum aktiviti pengelolaan seperti poster untuk
prosedur dan tempat ujian. Kumpulan pelajar yang diuji dipecahkan dan dibentuk lapan
kumpulan supaya masa dapat dijimatkan. Setiap kumpulan akan menjalani ujian dan sekali
gus mengelola ujian segak mengikut prosedur yang telah ditetapkan bermula dengan Indeks
Jisim Badan, Naik Turun Bangku 3 Minit, Tekan Tubi atau Tekan Tubi Ubah Suai, Ringkuk
Tubi Separa dan Jangkauan melunjur. Kami telah diarahkan untuk mengelola kumpulan
Ainin Sofiya dan Nur Hannani dan seterusya mereka pula akan mengelola kami untuk ujian
amali segak,

Di stesen pertama iaitu, Ujian Indeks Jisim Badan saya Wan Nur Atikah dan rakan Siti
Nuraina telah mengelola ujian kepada pasangan yang telah disebutkan di atas mengikut
prosedur yang betul. Ujian ini dijalankan dengan berjaya hanya pada pengukuran jisim
badan pelajar kerana ia dapat direkod dengan tepat. Namun pada pengukuran tinggi pelajar
kami mendapati bahawa ketinggian berkurang sebnayak 2 cm hingga 3 cm berbanding
ujian segak yang telah dilakukan pada sebelum ini. Ini bermaksud terdapat ralat pada alat
pengukur dan kami terpaksa menukarkannya kepada pita pengukur. Tetapi pada akhirnya
kedua dua jisim dan tinggi berjaya untuk direkodkan.

Seterusnya stesen kedua pula Naik Turun Bangku 3 . Disebabkan kesuntukan waktu kami
hanya menggunakan aplikasi di dalam telefon bimbit untuk menggantikan metronome. Ujian
berjalan dengan lancar akan tetapi pelajar yang kami kelola tidak mengikut prosedur yang
diterangkan atau tidak mengikuti rentak bunyi metronome kemungkinan berpunca daripada
rentak yang kurang kedengaran. Walaubagaimanapun, ujian naik turun bangku boleh
dikatakan berjaya walaupun terdapat kesilapan kecil kerana pasangan yang diuji masih
melakukan ujian tersebut.

Stesen berikutnya pula ialah Tekan Tubi Ubah. Tekan Tubi Ubah Suai untuk wanita
dilaksanakan dengan amat baik sekali. Tekan Tubi Ubah Suai dilaksanakan dengan rakan
saya menunjukkan contoh cara menunjukkan kaedah melakukan Tekan Tubi Ubah Suai dan
saya menerangkan di hadapan pelajar mengenai langkah-langkah yang perlu dituruti.
Ringkuk Tubi Separa untuk perempuan di stesen keempat pula diuruskan dengan jaya oleh
kami. Metronome digunakan sebagai rentak Ringkuk Tubi Separa. Straw dilekatkan
bersama pita pelekat supaya pelajar tidak perlu melihat di mana tanda garisan pita pelekat
berada dengan hanya merasakan atau menyentuh straw sahaja.

Di stesen kelima Jangkauan Melunjur kaki pelajar yang diuji ditekan oleh pelajar lain
supaya kaki tidak membengkok ketika melakukan Jangkauan Melunjur untuk memastikan
bacaan yang tepat. Ujian jangkaun melunjur dilaksanakan dengan baik dalam masa yang
singkat.

Ujian SEGAK diakhiri dengan Ujian Bleep. Jarak larian Ujian Bleep adalah tepat iaitu 20
meter. Jangka masa ditetapkan berdasarkan bunyi bleep dari pembesar suara. Pelajar
dibahagikan kepada tiga kumpulan. Kumpulan pertama menjadi pelari. Kumpulan kedua
menjadi pencatat dan pemegang kad batal di permulaan. Kumpulan ketiga memegang kad
batal di hujung garisan satu lagi. Tugas setiap kumpulan bersilih ganti berdasarkan arahan
pelajar yang mengelola. Secara keseluruhan ujian bleep dilaksanakan dengan baik dan
lancar namun terdapat sedikit kekurangan di mana kami tidak dapat mendengar bunyi bleep
akibat hujan lebat di luar . Namun pengelola telah mengambil insiatif lain iaitu dengan
memberikan isyarat tangan untuk menunjukkan tahaplevel. Ujian bleep diakhiri dengan
aktiviti regangan dan menyejukkan badan.

Setelah tamat kesemua pengelolaan dan ujian amali kami telah diarahkan berkumpul oleh
pensyarah kami Puan Norashikin untuk mendengar komen dan cadangan daripada beliau.
Antaranya ialah beliau mendapati terdapat segelintir kumpulan lain yang hanya sekadar
membaca prosedur yang ditampal di dinding. Ini akan menyebabkan individu yang dikelola
kurang menguasai prosedur ujian yang dilakukan. Selain itu beliau juga ada mengatakan
bahawa kebanyakan labelling yang dilakukan tidak begitu menarik perhatian kemungkinan
disebabkan kesuntukan masa dan juga wang. Beliau memberikan kami cadangan untuk
melakukannya dengan lebih baik lagi pada masa akan datang memandangkan kami akan
mengelola ujian amali pelajar kami sendiri apabila menjadi guru.

Apa yang saya dapati bahawa pengelolaan mampu memupuk nilai kerjasama dalam
kalangan pelajar di samping membina keyakinan diri apabila mengelola sesuatu ujian
kerana saya perlu mempunyai suara yang lantang dan penerangan yang jelas. Ujian segak
pula amat penting kerana ia dapat menilai sejauh mana tahap kecergasan seseorang
individu dan sebagai seorang guru,saya perlulah berada dalam keadaan sihat dan cergas
kerana ia akan menjadi contoh kepada anak murid saya kelak.

You might also like