You are on page 1of 2

KELUARGA IMPIAN SAYA

“Rumahku, syurgaku”. Slogan ini menunjukkan betapa pentingnya keluargadalam


kehidupan kita. Saya percaya bahawa semua orang mengimpikan sebuahkeluarga yang
bercirikan syurga, iaitu merangkumi kenikmatan, kebahagiaan, dankeseronokan. Begitu juga
halnya dengan saya. Dalam keluarga yang bahagia,semua anggota hidup dalam keadaan yang
harmoni dan mesra. Seluruh keluargadiselubungi kasih sayang. Nilai murni seperti hormat-
menghormati dan bantu-membantu dipraktikkan oleh setiap anggota keluarga. Biarpun kadang-
kadangberlaku perselisihan faham tentang sesuatu perkara, namun dalam masa yangsingkat
sahaja perselisihan itu akan berakhir, seperti kata pepatah “air dicencangtidak akan putus”.

Keluarga impian saya mestilah keluarga yang diterajui oleh ibu bapa yang
tidakmengabaikan tanggungjawab mereka, iaitu bukan sahaja perlu membesarkan,mengasuh,
dan menyayangi anak-anak seperti menatang minyak yang penuh, malahperlu menitikberatkan
penyemaian nilai-nilai murni ke dalam sanubari anak-anakagar mereka menjadi insan yang
bersahsiah mulia. Usaha ini mestilah bermula sejakanak masih kecil kerana “melentur buluh
biarlah dari rebungnya”. Ibu bapa mestilahlebih mementingkan anak-anak daripada urusan
kerjanya. Mereka hendaklah sediamendengar masalah anak-anak dan membantu mereka
menyelesaikan masalahtersebut. Selain itu, ibu bapa mestilah mempunyai budi pekerti yang
baik agardapat diteladani anak-anak kerana “bagaimana acuan begitulah kuihnya”.

Di samping itu, keluarga impian saya ialah keluarga yang tidak memberikantekanan
kepada anak-anak. Ibu bapa boleh menggalakkan dan memberikan motivasikepada anak-anak
untuk mencapai prestasi yang baik dalam pelajaran tetapi janganlah memberikan tekanan yang
terlalu kuat kepada mereka. Perbuatanmembandingkan prestasi anak kawan yang cemerlang
dengan anak sendiri tidakpatut dilakukan. Hal ini dikatakan demikian kerana bukan semua
orang mempunyaiotak yang sama cerdas. Tekanan yang kuat daripada ibu bapa akan
menyebabkananak-anak berasa rumah mereka bukan rumah yang bahagia sebaliknya rumah
yangmenyeksa mereka

.Seterusnya, dalam keluarga impian saya, ibu bapa tidak patut mengamalkandasar pilih
kasih terhadap anak tertentu. Semua anak mesti diberi layanan yangsama. Pilih kasih
merupakan satu elemen yang mencetuskan perasaan cemburu-mencemburi dalam kalangan
anak. Kasih sayang dan keprihatinan ibu bapa terhadapanak mestilah sama rata agar
kebahagiaan keluarga tidak tergugat. Tambahan pula,dalam keluarga bahagia, semua anak
mesti mentaati ibu bapa dan membalas jasaibu bapa, janganlah bersikap seperti kacang
lupakan kulit. Susah senang dan sukaduka hidup mesti diharungi bersama, bak kata pepatah
“berat sama dipikul, ringansama dijinjing”. Semua anggota keluarga mesti menjauhi kegiatan
yang tidak sihatagar nama baik keluarga tidak tercemar kerana seekor kerbau membawa
lumpur,semuanya terpalit.
Akhir sekali, keluarga impian saya mestilah mempunyai sumber kewangan yangkukuh.
Jika kedudukan kewangan keluarga saya kukuh, kehidupan sekeluarga akanmenjadi senang dan
selesa. Anak-anak akan berpeluang melanjutkan pelajaran kemenara gading tanpa bantuan
kerajaan. Lebih penting lagi, jika kedudukankewangan keluarga saya kukuh, saya dapat
mendermakan wang kepada badankebajikan seperti rumah orang tua dan rumah anak yatim.

You might also like