You are on page 1of 1

1) Mengapa aliran arus bertentangan dengan aliran elektron?

Atom mengandungi neukleus yang mana di dalamnya terdapat Proton yang mempunyai cas
positif, Proton-proton ini pula dikelilingi oleh Elektron yang bercas negatif. Atom-atom yang
neutral mengandungi sama banyak Proton dan Elektron. Elektron-elektron yang mengelilingi
atom dan juga jarak elektron daripada Nukleus adalah bergantung kepada jenis-jenis
atomnya, jika jarak kedudukanya jauh, maka kuasa tarikan yang sedikit dikenakan, oleh
kerana kedudukannya yang sangat jauh daripada Nukleus, dengan mudah nukleus boleh
tercampak keluar daripada atomnya untuk pergi ke atom-atom yang lain. Elektron-elektron
ini di panggil Elektron bebas ( Free Electrons ). Jika sekiranya Elektron-elektrons bebas ini
digerakkan kepada satu hala sahaja, maka kita akan dapati apa yang dipanggil aliran arus
elektrik.

Adakah arus elektrik adalah aliran elektron?

Elektrik ialah hasil dari aliran elektron. Aliran elektron ialah aliran elektrik atau dikatakan juga
arus elektrik. Ia mengalir dari negatif ke positif.

2) Adakah arus elektrik disebabkan oleh aliran elektrik?

Arus elektrik di dalam pengalir logam terdiri daripada pergerakan elektron-elektron daripada
titik keupayaan rendah ke titik keupayaan tinggi. Arus elektrik mengalir daripada titik
keupayaan tinggi ke titik keupayaan rendah. Arus mengalir melalui litar elektrik. Cas elektrik
wujud dalam bentuk cas positif dan cas negatif.

3) Baca penggunaan hokum ohm dalam litar.

Hukum ohm mengatakan bahawa arus yang mengalir di dalam sesuatu litar
adalah berkadar terus dengan voltan dan berkadar songsang dengan
rintangan.

V=IR

You might also like