You are on page 1of 3

PROTEIN

MENJELASKAN TENTANG PROTEIN

1. Protein terdiri daripada unsur _karbon______, ____hidrogen_____, __oksigen______, sulfur,


___nitrogen_______ dan fosforus.
2. Protein adalah molekul-molekul yang besar dan kompleks.
3. Monomer (unit asas) bagi protein adalah __asid amino________.
4. Molekul-molekul asid amino bergabung untuk membentuk ____protein_______ melalui proses yang
dipanggil ___kondensasi_________.
5. Asid-asid amino digabung bersama-sama oleh ikatan __peptida_______ untuk membentuk
__dipeptida______ pendek dan __polipeptida________ yang lebih panjang,
6. Dua molekul _asid amino_________ digabung oleh satu ikatan peptida untuk membentuk
__dipeptida______. Satu molekul ___air______ dihasilkan.

Asid amino + asid amino  dipeptida + air

7. Polipeptida dibentuk semasa banyak molekul asid amino _bergabung________ bersama-sama untuk
membentuk rantai panjang asid amino. Rantai polipeptida diubah suai untuk membentuk protein.
8. Polipeptida diputuskan melalui satu siri tindak balas __hidrolisis______ untuk menjadi dipeptida dan
akhirnya menjadi asid amino.
9. Terdapat 20 jenis asid amino yang berbeza di dalam protein sel hidup.
10. Asid amino dikelaskan kepada dua jenis:

Asid amino penting Asid amino tak penting


 Tidak boleh disintesis oleh sel-sel badan  Boleh disintesis oleh badan
 Diperoleh daripada makanan  Tidak perlu diperoleh daripada makanan

11. Makanan yang mengandungi semua asid amino penting dalam kuantiti yang mencukupi dipanggil
protein kelas pertama seperti susu, daging dan telur.
12. Makanan yang kurang beberapa asid amino asas dipanggil protein kelas kedua, contohnya tumbuh-
tumbuhan seperti bijirin jagung.
13. Struktur protein boleh dikelaskan kepada __empat____ tahap:

(a) Struktur pertama


Asid amino disusun dalam urutan untuk membentuk rantai polipeptida yang _lurus____ dan panjang.

(b) Struktur kedua


Polipeptida yang _berlingkar________ untuk membentuk heliks atau kepingan berlipat.

(c) Struktur ketiga


Heliks atau kepingan berlipat dilipat dengan pelbagai cara untuk membentuk protein globular (berbentuk
3D) seperti enzim, hormon, protein plasma dan antibodi______.
(d) Struktur keempat
Dua atau lebih rantai polipeptida tertier yang berlipat bergabung untuk membentuk protein besar yang
kompleks. Contoh ialah ___hemoglobin______ yang terdiri daripada empat rantai polipeptida.

You might also like