You are on page 1of 13

BAB 4 KOMPOSISI KIMIA DALAM

SEL

4.4 Lipid
 Lipid ialah sebatian organik yang kaya dengan
tenaga
 Terdiri daripada karbon , hidrogen dan oksigen

 Nisbah atom hidrogen kepada atom oksigen


dalam satu molekul lipid adalah jauh lebih tinggi
daripada nisbah 2:1 dalam karbohidrat.
 Ini bermakna , peratus oksigen dalam lipid
adalah lebih rendah berbanding peratus oksigen
dalam karbohidrat.
 Sebilangan lipid juga mengandungi unsur-unsur
fosforus dan nitrogen.
 Secara umumnya , lipid tidak larut dalam air
tetapi larut dalam lipid yang lain dan pelarut
organik seperti alkohol dan eter.
JENIS – JENIS LIPID
1) Lemak dan Minyak
 Lemak dan minyak ialah trigliserida.

 Trigliserida ialah satu ester yang


terbentuk melalui kondensasi satu
molekul gliserol dan tiga molekul asid
lemak.
 Trigliserida boleh diuraikan kepada
asid lemak dan gliserol melalui tindak
balas hidrolisis.
2) Lilin
 Terdapat pada kutikel yang menutupi
epidermis daun , buah dan biji
sesetengah tumbuhan.
 Lilin menghalang kemasukan dan
penyejatan air kerana bersifat kalis
air.
 Sebum yang dirembes oleh kelenjar
minyak juga mengandungi lilin yang
menjadikan kulit kita lembut.
3) Fosfolipid
 Komponen utama dalam pembentukan
membran plasma.

4) Steroid
 Sebatian organik yang kompleks.
 Contoh : Kolestrol dan hormon
seperti testosteron , estrogen dan
progesteron.
LEMAK DAN MINYAK
 Setiap molekul lemak atau minyak
terdiri daripada satu molekul gliserol
yang berpadu dengan tiga molekul
asid lemak.
 Setiap asid lemak terdiri daripada
satu rantai hidrokarbon panjang
yang mengandungi bilangan atom
karbon yang berlainan untuk asid
lemak yang berlainan.
1. LEMAK TEPU
 Mengandungi asid lemak yang tidak
mempunyai ikatan ganda dua antara
atom-atom karbon.
 Lemak tepu tidak boleh membentuk
ikatan kimia dengan atom hidrogen
tambah.
 Ini disebabkan semua ikatan antara
atom karbon adalah tepu , iaitu
mempunyai bilangan atom hidrogen
maksimum.
 Lemak tepu seperti mentega bersifat
pepejal pada suhu bilik.
Struktur asid lemak tepu
2. LEMAK TAK TEPU
 Mengandungi asid lemak tak tepu yang
mempunyai sekurang-kurangnya satu ikatan
ganda dua antara atom-atom karbon.
 Ini bermakna atom karbon dalam rantai
hidrokarbon tidak terikat kepada bilangan
atom hidrogen yang maksimum.
 Lemak tak tepu dengan satu ikatan ganda
dua dikenali sebagai lemak mono tak tepu.
 Lemak tak tepu dengan dua atau lebih
ikatan ganda dua disebut lemak poli tak
tepu.
 Lemak tak tepu seperti minyak jagung
bersifat cecair pada suhu bilik.
Struktur asid lemak tak tepu
SEKIAN TERIMA
KASIH…..

You might also like