You are on page 1of 2

Isu semasa

Pendidikan merupakan salah satu faktor utama dalam mencapai Misi Nasional dan
guru memainkan peranan penting bagi memastikan kejayaan ini. Negara Malaysia memberi
penekanan berat terhadap pendidikan kerana percaya bahawa pendidikan memainkan
peranan penting dalam memperoleh status sebagai sebuah negara yang membangun. Ini
juga merupakan misi pendidikan untuk membentuk sistem pendidikan bermutu dan bertaraf
dunia demi merealisasikan potensi individu sepenuhnya dan mencapai asprirasi negara
Malysia. Justeru, salah satu cabaran utama yang di dihadapi negara kita adalah untuk
meningkatkan kualiti pendidikan supaya matlamat dan visi dapat di capai. Dalam proses ini,
laluan ke arah mencapai matlamat ini sudah pasti menemukan banyak isu dan cabaran-
cabaran pendidikan.

Pendemokrasian pendidikan

Mengikut Dewey (1996), pendemokrasian pendidikan merujuk kepada penyediaan


peluang yang terbuka untuk setiap orang bagi memperoleh kejayaan dalam pendidikan dan
menjadikan pendidikan sebagai agen bagi meningkatkan kejayaan dan kualaiti hidup
mereka. Dengan kata lain, pendemokrasian pendidikan yang dimaksudkan ialah pendidikan
untuk semua.

Maka, pendidikan untuk semua yang dimaksudkan bukanlah sekadar meliputi


peluang yang sama untuk mendapatkan pendidikan semata-mata tetapi pendemokrasian
pendidikan yang dihasratkan perlu memberikan peluang kepada semua individu untuk
mendapat pendidikan yang berkualiti. Konsep pendemokrasian pendidikan berkaitan dengan
keupayaan dan kemampuan sistem pendidikan Malaysia dalam menyediakan peluang untuk
semua lapaisan rakyat menikmati pendidikan yang begitu luas dan bermutu menjelang
tahun 2020

Salah satu cabaran untuk merealisasikan dasar pendemokrasian pendidikan adalah


memastikan sistem pendidikan yang berkualiti kepada semua pelajar tanpa mengira latar
belakang, status sosioekonomi, lokasi dan etnik selain ekuiti. Penekanan kepada aspek
ekuiti dan kualiti serta kecekapan dan keberkesanan pengurusan institusi pendidikan kini
akan menjadi kriteria utama kepada kejayaan pendemokrasian pendidikan keseluruhannya..

Dalam konsep pendemokrasian pendidikan di Malaysia, dasar-dasar penting telah di


bentuk. Antaranya adalah dasar untuk melaksanakan pendidikan wajib peringkat asas,
dasar untuk pelaksanaan sekolah venekular (Sekolah Tamil dan Cina), pendidikan selama
13 tahun, sekolah teknikal, sekolah asrama penuh, sekolah pendidikan khas, sekolah
swasta dan sekolah Agama Islam. Di samping itu, negara juga mewujudkan peluang
Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) peringkat tinggi dan tidak ketinggalan mewujudkan sekolah-
sekolah kurang murid di kawasan terpencil untuk penduduk yang tinggal di pedalaman.
Perlaksanaan semua bentuk pendidikan adalah menjurus ke arah konsep pendidikan untuk
semua.

Dalam melaksanakannya, banyak cabaran yang perlu di atasi. Antara cabarannya


adalah merangkumi kemudahan-kemudahan asas sekolah dari segi bilangan bilik darjah,
buku teks, pusat sumber dan sebagainya. Daripada segi sumber tenaga, bilangan guru
siswazah dan bukan siswazah perlu di ambil kira dan kini negara kita dalam proses
pensiswazahan guru sekolah rendah agar dapat meningkatkan kualiti pendidikan.

Menurut Ibrahim Saad (1986), dengan pendemokrasian pendidikan, guru harus


memupuk ekuiti gender dengan menggunakan pengetahuan sedia ada tentang perbezaan
gender untuk mewujudkan suasana yang seimbang untuk kedua-dua jantina. Guru
seharusnya bersikap adil terhadap semua pelajar daripada segi penggunaan bahan
pengajaran di dalam bilik darjah. Untuk mengimbangkan penglibatan gender di dalam bilik
darjah ,guru boleh menggunakan cara berkumpulan yang terdiri daripada pelajar lelaki atau
perempuan sahaja manakala aktiviti lain melibatkan pelajar perempuan dan lelaki. Guru
perlu memantau diri supaya berhati-hati semasa melayan pelajar agar tidak ada sikap pilih
kasih secara sengaja atau tidak sengaja terhadap jantina tertentu.

Kesimpulannya,negara yang terdiri daripada rakyat pelbagai budaya memerlukan


penstrukturan dan perancangan rapi terhadap sistem pendidikan supaya aspek seperti
kualiti guru, bahan kurikulum, kaedah pengajaran, persediaan pelajar, kemudahan asas dan
penglibatan masyarakat diambil kira sebagai penyumbang kepada peningkatan kualiti
pendidikan.

You might also like