You are on page 1of 7

TUGASAN 3 : Penulisan Ilmiah

i. Menghasilkan satu penulisan ilmiah yan panjangnya 1500 patah perkataan berdasarkan
soalan di bawah:

“Kontrak Sosial yang disepakati di kalangan tokoh-tokoh pemimpin politik pelbagai kaum di
awal penubuhan Persekutuan Tanah Melayu telah menjadi intipati penting kepada
pengubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu1948 “ . Bincangkan.

PENGENALAN

Konsep Kontrak Sosial

Kontrak didefinisikan sebagai perjanjian formal melalui syarat-syarat tertentu


antara dua pihak atau lebih. Ia juga bermaksud dokumen yang mengandungi
syarat-syarat perjanjian atau cabang undang-undang yang berkaitan dengan
kontrak. Sosial pula boleh ditakrifkan sebagai segala yang berkaitan dengan
masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan. Jadi, kontrak sosial apabila
digabungkan dapat ditakrifkan sebagai satu bentuk perjanjian atau permuafakatan
yang ditulis dan ditetapkan oleh undang-undang yang melibatkan semua
masyarakat di sesebuah negara. Menurut portal iklik, kontrak sosial adalah
persetujuan yang dicapai sebelum merdeka di kalangan para pemimpin Melayu,
Cina dan India dan parti-parti yang mereka wakili, UMNO, MCA dan MIC.
Bagaimanapun, kontrak sosial harus dianggap sebagai satu persetujuan di
kalangan masyarakat berbilang kaum, bukan hanya pemimpin atau kumpulan elit
tertentu. Permuafakatan itu mendapat sokongan rakyat. Dalam kontrak sosial
terkandungnya unsur tradisi yang menjadi prasyarat kepada permuafakatan dan
persefahaman yang dapat diterima oleh orang Melayu dan bukan Melayu. Unsur
tradisi tersebut ialah Bahasa Kebangsaan, Agama Persekutuan, Pemerintahan
Beraja dan Kedudukan lstimewa Orang Melayu dan Bumiputera Sarawak dan
Sabah.

Empat Unsur Tradisi

Suruhanjaya Reid telah menerima 131 memorandum secara bertulis yang


mewakili pelbagai pihak termasuklah daripada Parti Perikatan dan raja-raja Melayu.
Memorandum Parti Perikatan ini berbentuk ‘pakatan murni’ yang dihasilkan dan
mewakili tiga kaum terbesar di Tanah Melayu.

1
Pakatan murni tersebut terkandungnya perkara penting iaitu mengekalkan empat
unsur tradisi dalam perlembagaan iaitu Bahasa melayu, agama islam, institusi
beraja dan kedudukan istimewa orang Melayu serta hak untuk menjadi
warganegara bagi kaum bukan Melayu mengikut prinsip jus soli. Dalam konteks
pembentukan Perlembagaan Persekutuan, unsur tradisi amat penting bagi
pembentukan negara bangsa berdasarkan identiti teras bangsa peribumi di negara
Malaysia yang bertujuan memupuk persefahaman dan perpaduan rakyat Malaysia

1) Bahasa Kebangsaan

Dalam Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan bahawa perkara


152 bahasa Melayu dijadikan sebagai Bahasa Kebangsaan. Namun begitu, akta
tersebut juga turut melindungi bahasa selain daripada Bahasa Melayu dan tiada
sekatan untuk menggunakan bahasa kaum masing-masing. Setelah itu berlaku
pula proses pemindaan yang menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
yang tunggal dan nama bahasa Melayu ditukar kepada bahasa Malaysia yang
diguna pakai sehingga sekarang. Istilah bahasa Malaysia timbul selepas peristiwa
13 Mei 1969 untuk menggalakkan orang bukan Melayu menggunakan bahasa
kebangsaan ( Nazri Muslim, Zaharah Hassan & Abdul Latif Samian, 2011). Bahasa
kebangsaan merupakan alat perpaduan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum
tanpa menggugat bahasa ibunda yang lain. Kejayaan negara dalam mencapai
kemerdekaan pada tahun 1957 telah memberi harapan baru kepada Bahasa
melayu. Hal ini kerana, sejak kedatangan penjajah barat, Bahasa melayu semakin
terhakis sedikit demi sedikit. Orang barat telah memonopoli pemikiran masyarakat
di Tanah Melayu melalui penggunaan bahasa mereka iaitu Bahasa inggeris. Hal ini
telah memberi kesan kepada perhubungan serta komunikasi sama ada rasmi atau
sebaliknya.

Rasional pemilihan Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan adalah


kerana Bahasa Melayu lebih mudah dipelajari dan difahami. Ini kerana Bahasa
Melayu bersifat lebih tekal dari segi istilah dan sebutan. Di samping itu, Bahasa
Melayu juga telah menjadi lingua franca di Nusantara sejak berabad lamanya yang
digunakan oleh pedagang-pedagang yang datang berdagang di Tanah Melayu.
Selain itu, rasional juga adalah disebabkan Bahasa melayu dapat menyatupadukan
rakyat yang terdiri daripada pelbagai etnik. Pemimpin pada ketika itu menyedari
bahawa perlu diwujudkan bahasa kebangsaan sebagai medium komunikasi atau
bahasa pertuturan umum dan bahasa rasmi negara bagi menyatupadukan rakyat.

2
Bahasa adalah alat penghubung antara masyarakat yang berbilang budaya dan
etnik. Hal ini kerana kepelbagaian bahasa yang tidak difahami secara meluas
antara satu sama lain boleh menimbulkan salah faham yang akhirnya menjurus
kepada ketegangan dan konflik. Justeru, bagi mengelak daripada berlakunya
perkara yang tidak diingini, perlembagaan negara telah selaraskan hanya satu
penggunaan Bahasa sahaja. Namun begitu, ia tidak menghalang dan tidak
menjejaskan penggunaan bahasa ibunda kaum lain malah dijamin oleh
Perlembagaan Persekutuan. Selain itu, Bahasa Melayu juga menjadi satu lambang
penyatuan dan jati diri semua kaum di negara ini selaras dengan prinsip “Bahasa
Jiwa Bangsa”.

Selain itu, Bahasa Melayu juga telah menimbulkan persefahaman dalam


komunikasi. Dipetik daripada kajian, Nazri Muslim, Zaharah Hassan & Abdul Latif
Samian (2011), sejarah mencatatkan bahawa sebelum Perang Dunia Kedua,
Bahasa Melayu digunakan secara meluas bagi tujuan rasmi seperti mesyuarat,
surat-menyurat, perundangan dan kehakiman di Negeri-Negeri Melayu Tidak
Bersekutu, Jabatan Polis, dan sebagainya bagi memudahkan urusan pentadbiran
kerana kakitangannya terdiri daripada pelbagai kaum. Kenyataan ini diperkuatkan
lagi bahawa hakikatnya Bahasa Melayu diterima sebagai bahasa rasmi apabila
Johor menerima Penasihat Inggeris pada tahun 1914. Sebagai contoh, dalam surat
bertarikh 11 Mei 1914, Sultan Ibrahim iaitu Sultan Johor telah menulis surat kepada
Sir Arthur Young, Gabenor Singapura dalam Bahasa melayu. Dalam konteks
masyarakat majmuk, kelihatan sukar untuk setiap etnik berkompromi dalam hal
budaya dan agama kerana ia amat sensitif. Maka, hanya bahasa yang boleh
dikompromi untuk dikongsi bersama iaitu Bahasa Melayu sebagai alat penyatuan
etnik di Malaysia.

2) Agama Persekutuan

Agama Islam telah diiktiraf sebagai agama persekutuan dan diterangkan


dalam perkara 153. Walaupun agama Islam adalah agama persekutuan tetapi
kebebasan untuk beragama masih dibenarkan dan dijamin di dalam perlembagaan.
Islam telah diterima dan diamalkan sebagai agama persekutuan sejak zaman
Kesultanan Melayu Melaka lagi sehinggalah zaman penjajahan Inggeris (Nazri
Muslim & Ahmad Hidayat Buang). Perkara 3(1) juga menjelaskan kedudukan Raja-
Raja sebagai ketua agama di negeri-negeri melainkan negeri yang tidak
mempunyai raja.

3
Manakala bagi sesuatu perkara yang meliputi seluruh persekutuan yang berkaitan
dengan Islam, maka Yang di Pertuan Agong akan mewakili Raja-Raja setelah
dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja.

Rasional pemilihan agama Islam sebagai agama rasmi adalah kerana Islam
telah bertapak di Tanah Melayu sejak 500 yang tahun lalu dan merupakan agama
anutan bangsa Melayu yang dipelihara sehingga sekarang. Dalam Perkara 1-4
menyebut bahawa Agama Islam merupakan agama rasmi persekutuan manakala
agama lain bebas diamalkan di setiap bahagian. Bermakna, Malaysia masih
memberi hak kebebasan beragama kepada kaum lain dan ini tidak menjadi
penghalang untuk menjadikan islam sebagai agama rasmi. Di samping itu, umum
mengetahui bahawa penduduk Malaysia majoritinya daripada kaum melayu yang
memang sah beragama Islam. Setiap agama juga diberi kebebasan untuk
menguruskan hal ehwal agama masing-masing tanpa ada sebarang sekatan selagi
ia tidak bertentangan dengan undang-undang yang terkandung dalam
perlembagaan. Semasa penjajahan British, kedudukan agama Islam juga langsung
tidak tergugat dan mereka juga telah menyerahkan urusan agama Islam kepada
Raja-raja melayu.

Agama Islam dalam perlembagaan adalah satu isu yang penting kerana isu
ini berkait rapat dengan kepercayaan dan pegangan majoriti penduduk Malaysia.
Orang Melayu merasakan bahawa agama tidak dapat dipisahkan daripada
kehidupan seharian mereka. Dalam konteks Malaysia, perkara ini boleh memberi
kesan kepada ketenteraman awam khususnya yang melibatkan ketegangan antara
kaum seperti dalam kes Natrah pada tahun 1950 (Nor Suliana Zulkifli, 2015 ). Ini
diakui oleh Syed Muhammad Naqiub al-Attas (1972) yang mengatakan Islam
mempunyai kedudukan yang sangat penting dalam sejarah dan kebudayaan
Melayu.

3) Pemerintahan Beraja

Pemerintahan pada era Kesultanan Melaka, Raja merupakan pemegang


kuasa mutlak dalam hal berkaitan pemerintahan yang harus ditaati oleh rakyat.
Pemerintahan Beraja merupakan unsur-unsur tradisi yang terkandung dalam
perkara 181 ( Baterah Alias, Huzaimah lsmail & Najahudin Lateh, 2010). Menurut
perkara 181 ini menyatakan tentang kedaulatan, hak kedaulatan, kuasa dan bidang
kuasa Raja-raja dan hak kedaulatan institusi beraja terus dikekalkan di bawah
konsep Raja Berpelembagaan. Raja ialah pelindung kepada rakyat yang bernaung

4
di bawahnya. Raja Berpelembagaan ini akan bertindak mengikut lunas-lunas
perlembagaan. Dalam sistem pemerintahan Beraja ini pula Raja tidak boleh
berkuasa secara langsung dan peranan Raja hanya menjalankan tugas secara
simbolik sahaja.

Pemerintahan beraja adalah rasional masih dikekalkan di Malaysia pada


hari ini. Hujah ini disokong bila kita melihat kepada Sistem Raja Berpelembagaan,
Raja hanya memerintah di negeri masing-masing. Raja pada masa sekarang tidak
berkuasa mutlak tetapi mereka berkuasa melunaskan konsep Raja
Berpelembagaan. Hal ini kerana Raja Melayu merupakan simbol perpaduan dan
keharmonian negara. Sistem beraja di Malaysia menjadi naungan dan simbol
taatsetia rakyat jelata. Tanpa raja, rakyat dan pemimpin menjadi sama. Raja-raja
Melayu menggambarkan ciri-ciri asal Negara Malaysia. Ia melambangkan
kesinambungan sejarah dan menjadi sebahagian daripada identiti negara. Sebagai
sebuah negara Malaysia perlu mempunyai satu identiti yang berbeza dan unik.
Inilah yang mendasari bentuk dan menyediakan isu kepada upacara rasmi negara
dan seterusnya memupuk perpaduan dikalangan semua kaum di Malaysia

4) Kedudukan Istimewa Kaum Melayu dan Penduduk Bumiputra Sabah serta


Sarawak

Kontrak sosial yang terakhir ialah berkaitan dengan kedudukan istimewa


kaum melayu. Umum mengetahui sejak dari dahulu lagi, orang melayu diberi
keistemewaan dalam beberapa perkara. Hal ini keranan status orang melayu yang
merupakan penduduk asal yang patut diberi hak keistimewaan. Dalam perkara 153,
Yang di-Pertuan Agong merupakan orang yang bertanggungjawab dalam
memelihara kedudukan orang melayu dan Bumiputra Sabah dan Sarawak. Soal
diskriminasi dan persaingan antara kaum tidak timbul pada ketika itu. Hak
keistimewaan ini meliputi jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan,
perniagaan dan kemudahan khas lain yang diberikan.

Dalam buku Hubungan Etnik (2017) yang dijadikan teks wajib bagi pelajar IPTA
turut menjelaskan perkara yang sama turut meletakkan Bumiputera di Sabah dan
Sarawak (termasuk bukan Melayu) termasuk dalam golongan yang menerima
keistimewaan sepertimana yang diperoleh orang Melayu di Semenanjung.
Kedudukan kaum Melayu juga turut diseimbangkan dengan kaum-kaum lain dari
aspek seperti hak kewarganegaraan, layanan sama rata, dan hak memiliki harta
secara pribadi.

5
Semua peruntukan terhadap unsur tradisi yang terkandung dalam perlembagaan
telah mewujudkan sikap tolak ansur antara kaum tanpa mengira latar belakang dan
dapat hidup aman damai walaupun berbilang bangsa, agama dan budaya, (Nazri
Muslim, Jamsari Alias, Wan Zulkifli, Wan Hassan, Azizi Umar, & Nasruddin Yunos,
2013).

Menurut Prof Madya Dr Nazri Muslim dalam akhbar berita harian, adalah
rasional merizabkan untuk orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak
dalam perkhidmatan Persekutuan kerana pada zaman penjajah dan awal
kemerdekaan, tidak ramai orang Melayu bekerja dengan kerajaan sebagai
pegawai. British telah membawa masuk pekerja dalam sektor getah dan biji timah
dengan jumlah yang ramai. Orang melayu semakin terancam kerana jumlah
pendatang semakin ramai. Rata-rata orang Melayu yang terdiri daripada pesawah,
penoreh dan nelayan berada dalam kemiskinan, iaitu 64.8 peratus berbanding
bukan Melayu iaitu 26 peratus pada 1970. Kesan daripada peninggalan penjajah
ini, menyebabkan terhasilnya Perkara 153 yang memperuntukkan bahawa orang
Melayu mendapat keistimewaan dalam bidang ekonomi agar jurang perbezaan
ekonomi dapat dihapuskan agar bangsa itu tidak terasa terpinggir dalam arus
pembangunan negara.

Selain itu, dalam bidang pendidikan hak istimewa orang melayu perlu untuk
mengelak daripada berlakunya lagi jurang golongan profesional dalam kalangan
etnik. Menurut prof tersebut, sebelum tahun 1970 jelas menunjukkan orang Melayu
jauh ketinggalan dalam kemasukan pelajar ke Universiti Malaya (UM). Orang
Melayu juga tertinggal dalam fakulti berteraskan sains berbanding bukan Melayu.
Jadi, wajarlah hak keistimewaan dari segi pendidikan diberi kepada orang melayu.
Rasionalnya juga orang Melayu mendapat kedudukan istimewa kerana ini adalah
satu persetujuan antara orang Melayu dan bukan Melayu di mana orang bukan
Melayu mendapat kewarganegaraan secara jus soli dan orang Melayu mendapat
kedudukan istimewa, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan Islam
sebagai agama persekutuan serta berdasarkan statistik, ternyata orang Melayu
masih jauh ketinggalan dalam perkhidmatan awam, ekonomi dan pendidikan (Nazri
Muslim et. Al, 2013).

Kesimpulannya, setiap rakyat Malaysia haruslah memahami apa itu kontrak


sosial serta isi kandungan kontrak sosial. Kita juga haruslah tahu dan memahami

6
tentang sejarah Malaysia serta mengambil iktibar daripadanya agar perpaduan
antara kaum akan terus erat.

You might also like