You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN SEAFIELD 3

Minit Mesyuarat Unit Disiplin dan Pengawas Bil. 1 Tahun 2016

Tarikh : 30 Dsember 2015


Masa : 8.00-10.30 pagi
Tempat : Bilik Wawasan
Pengerusi : Pn.Fadhilatun Jam’ie bt Darus

Kehadiran :
1 FADHILATUN JAM’IE BT DARUS Pengerusi / Ketua Unit
2 MUHAINI BINTI CHE MOHAMED Naib Pengerusi/Ketua Pengawas
3 WAN SHAHILLA NURAQILLA BINTI WAN ADNAN Setiausaha
4 AZMER HISYAM BIN AZMAN AJK
5 CHIN SIEW LAN AJK
6 NORAZLAN BIN ZAINUDDIN AJK
7 NORHASINAH BINTI ISMAIL AJK
8 TAMIL CHIVIL A/P SHANMUGAN AJK

Hadir Bersama :
1. TEE SEOK TIN Penasihat/ Guru Besar
.

Tidak Hadir
1. NORFAZURA BINTI ABDULLAH MESYUARAT 3K
2. MARIA BT MAMAT MESYUARAT B&K
3. MOHD NAJIB BIN SULAIMAN MESYUARAT 3K
4. MUSMARTO BIN MUSTAPA BERSEBAB

Urus Setia Mesyuarat :


1. WAN SHAHILLA NURAQILLA BINTI WAN ADNAN Setiausaha 1
.

1. PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengucapkan selamat datang dan mengalu-alukan kehadiran semua ahli mesyuarat.

Tindakan : Makluman

2. PERUTUSAN PENASIHAT
2.1 Penasihat memaklumkan bahawa Mesyuarat Unit Disiplin dan Pengawas akan diadakan sebanyak
tiga kali setahun. Namun, jika ada isu-isu penting, taklimat akan diadakan.
2.2 Penasihat meminta AJK supaya memberikan bimbingan kepada pengawas agar perubahan yang
mantap dari segi disiplin dapat dipertingkatkan.
Tindakan : Makluman

3. PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS

Cik Wan Shahilla Nuraqilla binti Wan Adnan selaku setiausaha membentangkan minit mesyuarat Bil. 3
yang lepas. Puan Chin Siew Lan mencadangkan Minit Mesyuarat Unit Disiplin Bil. 3 Tahun 2015 bertarikh
7 Ogos 2015 disahkan dan disokong oleh Cik Wan Shahilla Nuraqilla binti Wan Adnan dengan pindaan:
Perkara : Kehadiran
Cik Wan Shahilla Nuraqilla binti Wan Adnan hadir namun tiada catatan dibuat.
Tindakan : Makluman

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan


03 01 MAC 2013 00

1
4. PERKARA BERBANGKIT DARI MINIT MESYUARAT YANG LEPAS:
Tiada perkara berbangkit.

5. TAJUK PERBINCANGAN SEMASA

5.1 Pelantikan Jawatankuasa Unit Disiplin dan Pengawas 2016

Penasihat
Tee Seok Tin
Guru Besar

Pengerusi
Fadhilatun Jam’ie bt Darus
Ketua Disiplin
Naib Pengerusi
Muhaini bt Che Mohamed
Ketua Pengawas

Setiausaha
Wan Shahilla Nuraqilla binti Wan Adnan

Kaunselor Pengawas Buku Peraturan Sekolah


Maria bt Mamat Fadhilatun Jam’ie bt Darus
Azmer Hisyam bin Azman Muhaini bt Che Mohamed

Lantikan Pengawas Perjumpaan Pengawas


Muhaini bt Che Mohamed Muhaini bt Che Mohamed
Chin Siew Lan Tamil Chivil a/p Shanmugan

Papan Notis/ Kenyataan Buku Rekod Kesalahan Murid


Wan Shahilla Nuraqilla binti Wan Adnan Fadhilatun Jam’ie bt Darus
Semua AJK Norazlan bin Zainudin

Buku Rekod Kelewatan Murid Pengendalian Spotcheck


Mohd Najib bin Sulaiman Musmarto bin Mustapa
Maria bt Mamat Nor Fazura bt Abdullah

Kursus Kepimpinan Pengawas Watikah Pelantikan Pengawas


Norazlan bin Zainudin Norhasinah bt Ismail
Semua AJK Muhaini bt Che Mohamed

Majlis Anugerah Pengawas Laporan Tahunan Unit


Norhasinah bt Ismail Wan Shahilla Nuraqilla binti Wan Adnan
Semua AJK Fadhilatun Jam’ie bt Darus

Borang Perjumpaan Mentor Buku Catatan Pengawas


Tamil Chivil a/p Shanmugan Musmarto bt Mustapa

Minggu Disiplin Pelan Strategik


Fadhilatun Jam’ie bt Darus Fadhilatun Jam’ie bt Darus
Semua AJK Muhaini bt Che Mohamed
No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan
03 01 MAC 2013 00
Wan Shahilla Nuraqilla binti WanAdnan
2
5.2 SPSK (Tatacara Pengurusan Mesyuarat)

Pengerusi memaklumkan tentang perkara berikut :


5.2.11 Tatacara pengurusan minit mesyuarat
Draf minit mesyuarat perlu disiapkan dalam masa 3 hari dan mendapat kelulusan daripada
Pengerusi.
Minit mesyuarat yang telah diluluskan diedarkan kepada semua AJK dalam tempoh 7 hari
bersama SPSK PK07-3 (maklum balas)
Dalam tempoh 14 hari SPSK PK07 perlu dikumpul semula oleh Setiausaha. Minit
Mesyuarat bersama SPSK PK07-1, PK07-2 dan PK07-3 perlu dihantar kepada KPT untuk
daftar masuk sebagai dokumen rasmi.
Pengerusi akan membuat semakan dan pengesahan sebelum dihantar untuk diminitkan
dalam fail induk di pejabat.
Tindakan : Setiausaha

5.2.1 Dalam setiap unit HEM perlu melantik 2 orang setiausaha dan penyediaan minit mesyuarat
perlu dilakukan secara bergilir-gilir antara Setiausaha dan Penolong Setiausaha.
Tindakan : Makluman

.
AKTIVITI UNIT DISIPLIN DAN PENGAWAS 2016
5.3 5.3.1 Pengerusi memaklumkan bahawa Mesyuarat Unit Disiplin dan Pengawas perlu diadakan
sebanyak tiga kali setahun. Pengerusi mengingatkan AJK supaya membawa buku catatan
setiap kali bermesyuarat.
Tindakan: Semua AJK

5.3.2 Pengerusi akan memaklumkan kepada guru kelas untuk mengenalpasti murid-murid yang
belum membeli buku peraturan supaya tindakan dapat diambil. Selain itu, AJK diminta untuk
mengingatkan murid-murid supaya mematuhi peraturan.
Tindakan : Fadhilatun Jam’ie dan Muhaini

5.3.3 Mesyuarat bersetuju untuk mengadakan Perjumpaan Pengawas sebanyak empat kali
setahun, iaitu pada bulan Januari, April, Jun dan Ogos. AJK diminta untuk mengingatkan
pengawas untuk membawa buku nota untuk membuat catatan.
Tindakan: Muhaini dan Tamil Chivil

5.3.4 Pengerusi memaklumkan bahawa Lantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas kantin untuk
tahun 2017 akan diadakan pada akhir tahun 2016. AJK yang terlibat perlu mengadakan sesi
temuduga.
Tindakan: Muhaini dan Chin Siew Lan

5.3.5 Pengerusi meminta Kaunselor Pengawas untuk mengenalpasti pengawas yang tidak
menjalankan tugas untuk diberikan sesi kaunseling. Selain itu, jika terdapat aduan daripada
murid-murid lain mengenai pengawas, kaunselor pengawas harus membuat siasatan dan
menyemak buku catatan pengawas sebagai rujukan.
Tindakan: Maria dan Azmer Hisyam

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan


03 01 MAC 2013 00

3
5.3.6 Pengerusi meminta setiausaha untuk mengemaskini Papan Notis/ Kenyataan sebelum sesi
persekolahan dimulakan.
Tindakan : Wan Shahilla Nuraqilla

5.3.7 Pengerusi mengingatkan supaya guru-guru mencatat kesalahan yang dilakukan oleh murid-
murid dalam Buku Rekod Kesalahan Murid. Pengerusi juga meminta Encik Norazlan bin
Zainudin membuat semakan dan memastikan Fail Disiplin setiap kelas dikemaskini.
Tindakan : Norazlan

5.3.8 Penasihat memaklumkan bahawa belia telah meminta Cik Elianis bt Elias untuk menyediakan
Buku Log Kedatangan Murid dan membuat tindakan susulan. Jika murid kerap tidak hadir,
Cik Elianis bt Elias akan memaklumkan kepada Encik Mohd Najib bin Sulaiman dan Puan
Maria bt Mamat.
Tindakan : Mohd Najib dan Maria

5.3.9 Pengerusi memaklumkan bahawa pengendalian spotcheck akan diadakan sebanyak dua kali
setahun iaitu pada bulan Mac dan Jun bagi murid-murid Tahun 3 hinggan Tahun 5. Selain itu,
pengerusi meminta setiausaha untuk memberitahu AJK yang terlibat untuk memaklumkan
kepada guru-gru kelas untuk memeriksa beg murid-murid pada bulan Ramadhan berikutan
terdapat kes murid membawa dan meletupkan mercun di sekolah.
Penasihat meminta spotcheck diadakan dengan lebih kerap pada selepas UPSR bagi murid-
murid Tahun 6 iaitu pada bulan September, Oktober dan November.
Tindakan : Setiausaha, Musmarto dan Norfazura

5.3.10 Pengerusi meminta Puan Tamil Chivil a/p Shanmugam untuk menyediakan Borang
Perjumpaan Pengawas dan Mentor. Borang yang telah dilengkapkan hendaklah dimasukkan
ke dalam fail. Pengerusi berharap Perjumpaan Pengawa dan Mentor dapat dijalankan
seminggu satu kali.
Tindakan : Tamil Chivil dan Semua AJK

5.3.11 Pengerusi memaklumkan bahawa Kursus Kepimpinan Pengawas akan diadakan pada hari
Sabtu bersamaan dengan 7 Mei 2015. Oleh yang demikian, pengerusi meminta Encik
Norazlan bin Zainudin untuk berbincang hal-hal berkaitan dengan Unit PSS, PRS, Pengawas
Surau dan Pengawas Kantin. Pengerusi turut mengingatkan bahawa kertas kerja Kursus
Kepimpinan Pengawas hendaklah disiapkan dua minggu sebelum tarikh pelaksanaan.
Tindakan : Norazlan

5.3.12 Pengerusi memaklumkan bahawa Watikah Pelantikan Pengawas Sesi 2016 akan diadakan
pada 1 Februari 2016. Justeru itu, pengerusi meminta Puan Norhasinah bt Ismail untuk
menyiapkan Kertas Kerja.
Tindakan : Norhasinah dan Muhaini

5.3.13 Pengerusi memaklumkan Majlis Anugerah Pengawas 2016 akan diadakan pada bulan
November. Pengerusi berharap semua AJK dapat memainkan peranan yang baik agar majlis
dapat berjalan dengan lancar.
Tindakan : Norhasinah dan Semua AJK

5.3.14 Pengerusi memaklumkan bahawa pengendalian perhimpunan akan dilaksanakan mengikut


kumpulan. AJK yang terlibat boleh mendapatkan buku ikrar daripada Puan Muhaini bt Che
Mohamed.
Penasihat meminta AJK yang terlibat supaya mengingatkan kumpulan pengawas yang
bertugas untuk menurunkan bendera sebelum pulang. Selain itu, semua AJK diminta untuk
melatih murid-murid untuk membaca ikrar dengan baik. Guru yang bertugas diminta berdiri di
sebelah mengawas yang bertugas untuk memberikan bimbingan.
Tindakan : Semua AJK

5.3.15 Pengerusi memaklumkan bahawa Laporan Tahunan Unit Disiplin dan Pengawas akan dibuat
pada bulan November.
Tindakan : Semua AJK

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan


03 01 MAC 2013 00

4
5.3.16 Pengerusi meminta setiausaha untuk memberitahu Encik Musmarto bin Mustapa untuk
mengenalpasti pengawas-pengawas Tahun 3 dan Tahun 4 yang masih belum mempunyai
Buku Catatan Pengawas dan membuat tindakan susulan. Pengerusi mengingatkan AJK
supaya meminta pengawas-pengawas menulis nama mentor masing-masing pada Buku
Catatan Pengawas dan membawa buku catatan tersebut setiap kali perjumpaan diadakan.
Tindakan : Setiausaha dan Musmarto

5.3.17 Pengerusi memaklumkan bahawa Minggu Disiplin akan diadakan pada 1 Februari hingga 5
Februari 2016 yang bertemakan pengurusan masa.
Tindakan : Makluman

5.3.18 Pengerusi meminta AJK yang terlibat untuk mengemaskini Jadual 3 dalan Fail Pelan
Strategik. Selain itu, pengerusi turut memaklumkan bahawa aktiviti Unit Disiplin dan
Pengawas yang dikekalkan ialah kehadiran murid dalam setahun, Minggu Disiplin dan Kursus
Kepimpinan.
Tindakan : Pengerusi, Naib Pengerusi dan Setiausaha

HAL-HAL LAIN
6.

5.1 Pengerusi memaklumkan tatacara pemakaian ketika kelas Pendidikan Jasmani ialah kemeja-T
jingga dan berseluar hitam. Bagi murid perempuan, mereka hendaklah memakai tudung yang
berwarna hitam dari material poliester. Murid-murid tidak dibenarkan untuk memakai tudung
bawal.

Tindakan : Makluman

5.2 Pengerusi mengingatkan AJK supaya menguatkuasakan penggunaan Pas Keluar Kelas dan
mengingatkan guru-guru yang lain.
Tindakan : Semua AJK

5.3 Penasihat menasuihati AJK supaya menangan masalah dengan berhemah dan tidak membuat
dendaan yang berbentuk fizikal. Murid-murid yang membuat kesalahan perlu diberikan kaunseling
dan laporan kaunseling yang dibuat perlu dimasukkan ke dalam fail disiplin. Selain itu, penasihat
berharap agar tahap disiplin murid-murid SK Seafield 3 akan lebih mantap bagi sesi 2016.
Guru-guru yang menghadiri mesyuarat atau taklimat perlu mencetak bahan-bahan yang diberikan
oleh PPD dan menyiapkan minit curai untuk dimasukkan ke dalam fail induk.

Tindakan: Makluman

7. UCAPAN PENANGGUHAN

7.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK yang hadir dalam Mesyuarat Unit
Disiplin dan Pengawas Bil.1/2016 dan juga atas kerjasama padu yang diberikan oleh semua AJK
sepanjang melaksanakan program-program bagi tahun 2015. Pengerusi berharap agar semua pihak
dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan lebih berkesan pada tahun hadapan.

7.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.15 pagi.

6.3 Mesyuarat akan datang akan ditetapkan kelak.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan


03 01 MAC 2013 00

5
…………………................................. …………………….............................
(WAN SHAHILLA NURAQILLA BINTI WAN ADNAN) (FADHILATUN JAM’IE BT DARUS)
Setiausaha Unit Disiplin dan Pengawas Pengerusi Unit Disiplin dan Pengawas
Tarikh disediakan : 30 Disember 2015

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan


03 01 MAC 2013 00

You might also like