You are on page 1of 3

Teori pembelajaran behaviorisme berfokus kepada tingkah laku dan persekitaran, teori pembelajaran sosial

berfokus kepada tingkah laku dan pemikiran, sementara teori pembelajaran kognitif berfokus kepada
pemikiran. Menurut ahli-ahli psikologi behavioral, pembelajaran adalah perubahan tingkah laku yang
berlaku dalam diri seseorang individu yang disebabkan oleh pengalaman.

Proses pembelajaran ini dilalui oleh setiap insan sejak dia dilahirkan, sehingga sukar bagi kita untuk
membeza dan memisahkan antara pembelajaran dengan tumbesaran, kerana kedua-duanya adalah saling
berkaitan. Behaviorisme menumpukan perhatian ke atas aspek tingkah laku manusia yang boleh
diperhatikan dan boleh diukur.

Ahli-ahli psikologi behavioris berpendapat sesuatu benda yang wujud adalah benda yang kita boleh
diperhatikan. Kita tidak dapat melihat pemikiran, tetapi kita dapat membuat pemerhatian terhadap
perlakuan manusia. Dari tingkah laku ini kita dapat membuat kesimpulan tentang apa yang sedang
difikirkan. Antara tokoh-tokoh behaviorisme yang terkemuka ialahahli-ahli pelaziman klasik Pavlov dan
serta ahli-ahli pelaziman operan dan Skinner.

Teori Pelaziman Klasik Pavlov

Menurut Pavlov, setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas bermaksud apa-apa sahaja
tingkah laku yang timbul akibat sesuatu rangsangan. Rangsangan pula ialah apa-apa sahaja bentuk tenaga
yang menimbulkan gerak balas. Contohnya, kebanyakan guru apabila mendengar loceng, akan keluar dari
bilik guru atau kelas untuk mengawasi pelajar. Tingkah laku ini terbawa-bawa hingga ke rumah, iaitu
apabila guru mendengar bunyi loceng di rumah, beliau akan keluar dari bilik dan memerhati ahli-ahli
keluarganya. Daripada contoh ini, bunyi loceng tersebut adalah rangsangan, manakala tindakan guru
tersebut adalah gerak balas.

Hasil daripada kajiannya, Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan antara
rangsangan dengan gerak balas. Pembelajaran yang berlaku melalui perkaitan tersebut dinamakan
pelaziman dan pembelajaran yang berlaku akibat rangsangan ini dikenali sebagai pelaziman klasik. Melalui
eksperimen Pavlov terhadap seekor anjing, 3 peringkat pelaziman telah dihasilkan iaitu:

(a) sebelum pelaziman,


(b) semasa pelaziman
(c) selepas pelaziman
Beberapa konsep penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dihasilkan melalui prinsip pelaziman
klasik yang dikemukan oleh Pavlov. Konsep tersebut ialah (a) generalisasi, (b)diskriminasi dan (c)
penghapusan.

(a) Generalisasi

Generalisasi bermaksud rangsangan yang sama akan menghasilkan tindak balas yang sama. Contohnya,
Ali menjadi risau setiap kali ujian kimia akan diadakan. Ali juga menjadi risau setiap kali ujian biologi
akan diadakan, kerana kedua mata pelajaran tersebut mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Jadi
kerisauan dalam satu mata pelajaran (kimia) telah digeneralisasikan kepada satu mata pelajaran (biologi).

(b) Diskriminasi

Dikriminasi berlaku apabila individu bertindak balas terhadap sesuatu rangsangan yang tertentu sahaja dan
tidak pada rangsangan yang lain. Dalam kajian terhadap anjing, didapati anjing tersebut hanya bertindak
balas apabila mendengar bunyi loceng sahaja, tetapi tidak pada bunyi selain daripada loceng. Dalam kes
Ali, Ali tidak akan menjadi risau jika mengambil ujian bahasa Inggeris atau ujian sejarah, kerana kedua-
dua mata pelajaran tersebut amat berbeza dari mata pelajaran sains.

(c) Penghapusan

Penghapusan berlaku apabila rangsangan terlazim yang tidak disertai dengan rangsangan tidak terlazim.
Dalam kajian Pavlov, bunyi loceng tidak disertakanrangsangan tak terlazim (daging). Dalam hal ini, lama-
kelamaan bunyi loceng tadi tidak akan merangsang anjing tersebut untuk mengeluarkan air liur. Tindak
balas akhir akan terhapus dan prinsip ini dikenali sebagai penghapusan. Jadual 6.2 menunjukkan rumusan
dapatan kajian Pavlov.

Teori Pelaziman Operan Skinner

B.F. Skinner bersependapat dengan Pavlov, tetapi menyatakan bahawa perlakuan harus diperhatikan dalam
jangka masa yang panjang dan membentuk perlakuan yang kompleks daripada perlakuan yang mudah.
Skinner banyak menjalankan kajian dengan menggunakan binatang seperti tikus dan burung merpati.

Beliau telah menghasilkan “Skinner Box” di mana tingkah laku binatang dalam kotak tersebut boleh
dikawal dan gerakbalasnya boleh diperhatikan dan direkod/diukur. Kajian ini membawa beliau kepada
penggunaan teori pelaziman operan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Menurut Skinner (1953), dalam teori pelaziman operan gerak balas boleh diperkuatkan (diulangi) atau
dihapuskan (tidak diulangi), jika diberikan peneguhan sebaik sahaja gerak balas itu ditunjukkan.
Peneguhan ialah perkara yang dilakukan untuk mengalakkan sesuatu perlakuan itu diulangi.

Menurut Rachlin (1991), peneguhan diberikan, pertamanya untuk memuaskan kehendak individu;
keduanya, untuk mengurangkan tekanan dan merangsang otak. Skinner membahagikan peneguhan kepada
dua jenis, iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif. Berasaskan pelaziman operan, Skinner (1951)
memperkembangkan teknik ‘pembentukan’ (shaping) bagi melatih haiwan menguasai tingkah laku
komplek yang juga relevan kepada tingkah laku manusia. Teknik pembentukan terlibat dengan
meneguhkan organisme setiap kali ia bertindak ke arah yang diingini sehingga ia menguasai atau belajar
gerak balas berkenaan dan tidak lagi meneguhkan gerak balas itu lagi. Prosedur pembentukan boleh
digunakan untuk mengawal tingkahlaku orang.

Contoh: Seorang pelajar yang sentiasa berjenaka dan menjadi pelawak dalam kelas. Perakuan rakan sebaya
(peer approval) memperkukuhkan kelakuan pelajar berkenaan. Apabila pelajar-pelajar lain ketawa tentang
apa yang disebut atau melakukan, dia digalakkan untuk terus berjenaka dalam kelas. Pelajar berkenaan
mungkin tidak akan menjadi pelawak jika tiada siapa dalam kelas ketawa apabila dia berjenaka.

Contoh: Apabila seorang memberi ceramah, reaksi pendengar dapat mempengaruhi bagaimana penyampai
bertindak. Segolongan pelajar mengangguk kepala mereka dan ini telah menyebabkan pensyarah mereka
bergerak dengan lebih cepat dalam kelas.

Bibliography
(n.d.). Retrieved from Pedagogi Pendidikan :
https://pomizipedagogy.wordpress.com/teori/behaviourisme/pelaziman-klasik/

(2019 , December Monday ). Retrieved from Pedagogi dalam Pendidikan :


https://pomizipedagogy.wordpress.com/teori/behaviourisme/pelaziman-operan/

Rachlin, H. (1997). Introduction to Modern Behavioursim . In Introduction to Modern Behaviourism .

You might also like