You are on page 1of 11

1.

0 ‒ Pengenalan

Taburan normal sering dilupakan dalam kajian penyelidikan dan tidak dibincangkan
secara mendalam. Namun, sebenarnya ia amat penting yang akan menentukan jenis
analisis data yang kita pilih.

Rajah 1 ‒ Graf Taburan Normal

1
2.0 ‒ Masalah Harian yang Melibatkan Taburan Normal

2.1 ‒ Kebarangkalian Memilih Pemain Bola Sepak yang Berumur di


Antara 26 Tahun dan 30 Tahun

Pasukan Harimau Malaya merupakan sebuah pasukan bola sepak yang


diwakili oleh para pemain yang terdiri daripada pelbagai bangsa, agama dan latar
belakang. Dalam pemilihan semula pemain yang bakal mewakili negara bagi
menghadapi Piala AFF yang akan dianjurkan tidak lama lagi, pengurus, Datuk Ong
Kim Swee telah mengambil keputusan untuk menyenaraikan 31 orang pemain dari
pelbagai negeri di Malaysia yang berumur dalam lingkungan 20 hingga 30an ke
dalam skuad kebangsaan. Hal ini demikian bagi mengelakkan wujudnya jurang
sosial yang mampu membataskan pergaulan mereka dan memastikan pemain-
pemain berada dalam prestasi yang terbaik. Berdasarkan pemilihan yang dibuat,
didapati bahawa umur para pemain adalah di antara 24 hingga 35 tahun. Berikut
merupakan senarai lengkap nama pemain yang terpilih bagi mewakili skuad
kebangsaan bagi menghadapi kejohanan tersebut.

Gambar 1 ‒ Pemain-Pemain Harimau Malaya

2
BI NAMA PASUKAN UMUR
L
1 YONG KUONG YONG PULAU PINANG 27
2 KHAIRUL FAHMI CHE MAT KELANTAN 27
3 MUSLIM AHMAD PDRM 27
4 AFIF AMIRUDDIN PDRM 32
5 RONNY HARUN SARAWAK 32
6 JOSEPH KALANG TIE SARAWAK 29
7 ZUBIR AZMI TERENGGANU 24
8 NORSHAHRUL IDLAN TALAHA TERANGGANU 30
9 NASIR BASHARUDDIN PERAK 26
10 ZAMIR SELAMAT PERAK 27
11 AZMI MUSLIM SELANGOR 29
12 AHMAD HAZWAN BAKRI SELANGOR 25
13 AFIQ AZMI SELANGOR 27
14 CHRISTIE JAYASEELAN FELDA UNITED 30
15 INDRA PUTRA MAHAYUDDIN FELDA UNITED 35
16 AHMAD SYAMIM YAHYA FELDA UNITED 26
17 KHAIRUL AZHAN KHALID PAHANG 26
18 R. GOPINATHAN PAHANG 26
19 AZAMMUDDIN AKIL PAHANG 31
20 FARIZAL MARLIAS JOHOR DARUL TA’ZIM 30
21 IZHAM TARMIZI ROSLAN JOHOR DARUL TA’ZIM 25
22 FADHLI SYAS JOHOR DARUL TA’ZIM 25
23 JUNIOR ELDSTAL JOHOR DARUL TA’ZIM 24
24 S. KUNANLAN JOHOR DARUL TA’ZIM 29
25 MAHALLI JASULI JOHOR DARUL TA’ZIM 27
26 SAFIQ RAHIM JOHOR DARUL TA’ZIM 29
27 S. CHANTURU JOHOR DARUL TA’ZIM 28
28 AMRI YAHYAH JOHOR DARUL TA’ZIM 35
29 SAFEE SALI JOHOR DARUL TA’ZIM 32
30 AIDIL ZAFUAN ABD RADZAK JOHOR DARUL TA’ZIM 29
31 NAZRIN NAWI JOHOR DARUL TA’ZIM 28

Jadual 1 ‒ Senarai Pemain Harimau Malaya

Berdasarkan senarai nama pemain Harimau Malaya yang dinyatakan, kita dapat
simpulkan bahawa majoriti pemain adalah berusia 20an. Namun demikian, pemain
yang umurnya sudah mencecah 30an turut dipilih disebabkan pengalaman dan
sumbangan yang telah diberikan kepada pasukan kebangsaan selama ini.
Seterusnya, kita boleh menukarkan senarai nama serta umur yang dinyatakan
kepada jadual kekerapan. Jadual kekerapan ini amat penting untuk menentukan min
dan sisihan piawai bagi data terkumpul, contohnya, umur para pemain yang dipilih
berkenaan. Jadual ini dapat dibentuk dan dikategorikan oleh dua aspek penting iaitu

3
umur pemain dan kekerapan bilangan pemain yang berumur seperti yang
dinyatakan. Berikut merupakan jadual kekerapan bagi umur para pemain yang
dibentuk secara melintang.

UMUR 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35
KEKERAPAN 2 3 4 6 2 5 3 1 3 0 0 2
Jadual 2 ‒ Jadual Kekerapan Umur Pemain

Sebuah lagi jadual kekerapan boleh dibentuk berserta dengan jumlah bagi
kekerapan bilangan pemain dan jumlah hasil darab kekerapan bilangan pemain
dengan umur yang dinyatakan. Hal ini demikian bagi mengelakkan kita daripada
melakukan kesilapan-kesilapan kecil dalam melakukan jalan kerja yang mampu
menjejaskan jawapan kita bagi sesuatu soalan yang melibatkan data yang diberikan.
Jadual ini juga bertujuan memudahkan kita membuat rujukan dalam menjawab
soalan yang berkaitan dan membuat semakan setelah mendapatkan jawapan.
Dalam jadual ini, kita boleh simbolkan umur pemain yang dinyatakan sebagai x dan
kekerapan bilangan pemain sebagai f. Jumlah bagi f dan fx boleh dinyatakan pada
bahagian bawah jadual tersebut.

Jumlah f, ∑f = 2+3+4+6+2+5+3+1+3+0+0+2
= 31

Jumlah fx, ∑fx = 48+75+104+162+56+145+90+31+96+0+0+70


= 877

x f fx fx²
24 2 48 1152
25 3 75 1875
26 4 104 2704
27 6 162 4374
28 2 56 1568
29 5 145 4205
30 3 90 2700
31 1 31 961
32 3 96 3072
33 0 0 0
34 0 0 0

4
35 2 70 2450
∑f=31 ∑fx=877 ∑fx²=25061
Jadual 3 ‒ Jadual Kekerapan Umur Pemain

Dalam penyelesaian masalah yang melibatkan taburan normal, amat penting untuk
kita mengenal pasti min dan sisihan piawai bagi sesuatu set data. Hal ini demikian
kerana min dan sisihan piawai akan digunakan bagi menghitung kebarangkalian atau
nilai yang diinginkan berdasarkan graf taburan Normal. Graf taburan Normal ini juga
perlu dilakarkan kerana ia akan menjadi rujukan dan memudahkan kita untuk
mencari nilai atau kebarangkalian bagi sesuatu masalah agar kita tidak keliru dengan
soalan dan jalan kerja yang dilakukan. Bagi masalah yang melibatkan umur pemain-
pemain Harimau Malaya, min dan sisihan piawai bagi umur mereka dapat ditentukan
dengan memasukkan nilai-nilai ke dalam formula sukatan kecenderungan memusat.

Min Sisihan Piawai

∑ fx fx ²
µ=
∑f
σ=

∑f
−µ ²

877 25061
=
31 =
√ 31
−(28.290)²

= 28.290 tahun = 2.845 tahun

5
µ = 28.290
ơ = 2.845

28.290 tahun

Rajah 2 ‒ Graf Taburan Normal Umur Pemain

Berdasarkan graf taburan Normal di atas, kita dapat mengetahui bahawa umur
pemain pasukan Harimau Malaya bertaburan secara normal dengan mempunyai min
umur, µ = 28.290 tahun dan sisihan piawai, σ = 2.485 tahun. Oleh yang demikian,
disebabkan umur pemain bertaburan secara normal, kita dapat mencari
kebarangkalian x yang terletak dalam sesebuah himpunan dengan menghitung luas
di bawah lengkungan normal untuk himpunan tersebut. Walaupun min dan sisihan
piawai bagi sesebuah graf taburan Normal berlainan daripada min dan sisihan piawai
bagi graf taburan Normal piawai (µ=0, σ=1), namun luas di bawah lengkungan
normal bagi sesebuah himpunan pada kedua-dua graf tetap sama kerana bentuk
graf yang simetri dan berbentuk seperti loceng.

6
µ=28.290 µ=0
σ=2.845 σ=1

P=(x<31.136) P=(z<1)

µ=28.290 31.135 µ=0 1

Rajah 3 ‒ Graf Taburan Normal Rajah 4 ‒ Graf Taburan Normal Piawai

P(x < 31.135) = P(z < 1) = Luas kawasan bawah lengkung yang berlorek

7
Daripada 31 orang pemain yang disenaraikan bagi mewakili skuad Harimau
Malaya, hanya 11 orang pemain sahaja yang akan dipilih sebagai kesebelasan
utama bagi menghadapi sesuatu perlawanan. Seperti mana yang kita tahu, pemain
yang berumur di antara 26 tahun dan 30 tahun mempunyai kelebihan dari aspek
kecergasan fizikal dan mental berbanding mereka yang berusia terlalu muda dan
yang telah lanjut usia. Justeru, kebarangkalian bahawa Datuk Ong Kim Swee untuk
memilih pemain yang berusia di antara 26 tahun dan 30 tahun dapat ditentukan
dengan melukis graf taburan normal dan melorekkan kawasan di bawah lengkungan
graf antara titik 26 dan 30 yang mewakili umur pemain.

µ=28.290
σ=2.845
P=(26≤x≤30)

26 28.290 30

Rajah 5 ‒ Graf Taburan Normal Umur Pemain

Berdasarkan graf taburan normal yang dilukis, maklumat yang kita peroleh ialah min
umur, µ = 28.290 tahun dan sisihan piawai, σ = 2.845 tahun. Untuk menentukan luas
kawasan berlorek di bawah lengkung graf, nilai min dan sisihan piawai ini diperlukan
bagi menukar skor x kepada skor z dengan menggunakan formula bagi pemboleh
ubah rawak selanjar. Seperti mana yang kita dapat lihat, bentuk graf taburan Normal
bagi umur pemain Harimau Malaya adalah sama dengan graf taburan Normal piawai.
Dengan ini, kita dapat menentukan kebarangkalian pemain berumur di antara 26
tahun dan 30 tahun yang akan dipilih untuk kesebelasan utama pasukan.

8
( x ₁−μ
P(x₁ ≤ X ≤ x₂) = P
σ
≤Z≤
x ₂−μ
σ )

= P(z₁ ≤ Z ≤ z₂)

P(26 ≤ X ≤ 30) = P ( 26−28.290


2.845
≤Z ≤
30−28.290
2.845 )

= P(-0.805 ≤ Z ≤ 0.601)

Setelah memperoleh nilai bagi skor z, kita boleh menentukan luas kawasan di bawah
lengkung pada graf dengan merujuk kepada Jadual Sifir Taburan Normal Piawai.
Untuk mencari luas sebelah kanan bagi skor z, kita boleh terus dapatkan nilainya
berdasarkan jadual sifir tersebut. Namun, sekiranya kawasan berlorek berada pada
sebelah kiri bagi skor z, kita perlu tolak nilai yang didapati daripada jadual sifir
tersebut daripada 1. Hal ini demikian kerana Jadual Sifir Taburan Normal Piawai
hanya menyatakan luas bagi sebelah kanan skor z. Oleh itu, untuk mendapatkan
keluasan sebelah kiri skor z, kita perlu tolak luas bahagian kanan skor z daripada 1
kerana hasil tambah kebarangkalian bagi sesuatu peristiwa bersamaan dengan 1.

9
P(-0.805 ≤ Z ≤ 0.601) = 1 - 0.274 – 0.2105

= 0.516

Berdasarkan jalan kira yang dilakukan, kita dapat mengetahui bahawa luas atau
kebarangkalian seseorang pemain yang berumur di antara 26 tahun dan 30 tahun
akan dipilih oleh Datuk Ong Kim Swee sebagai kesebelasan utama pasukan
Harimau Malaya adalah 0.516.

10
3.0 ‒ Rumusan

Kesimpulannya, konsep taburan kebarangkalian normal sering kali


diaplikasikan untuk membuat sesuatu keputusan dalam kehidupan seharian.
Misalnya, kebarangkalian memilih pemain bola sepak yang berumur di antara 26
tahun dan 30 tahun untuk kesebelasan utama. Setelah mengaplikasikan konsep ini,
kita mendapati bahawa kebarangkalian untuk memilih pemain berkenaan adalah
0.516. Rumus-rumus dan kaedah jalan pengiraan dalam topik ini perlulah digunakan
dengan betul bagi mengelakkan kekeliruan dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
Oleh itu, ilmu taburan kebarangkalian normal ini perlulah diajar dan dipelajari sebaik
mungkin kerana manfaatnya yang sangat bernilai bagi masyarakat terutamanya
masyarakat di Malaysia untuk menjalani kehidupan seharian.

11

You might also like