You are on page 1of 17

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, seinfiniti kesyukuran diinfakkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah


dan kurniaNya dapat saya menyiapkan tugasan kerja kursus Murid dan Pembelajaran ini
dengan jayanya. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) kerana telah memberi peluang kepada saya untuk
meneruskan pengajian di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu.

Saya juga ingin mengambil peluang keemasan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada pensyarah kursus yang memberikan bantuan dan
penerangan yang berkesan kepada saya sepanjang pelaksanaan tugasan kerja kursus ini
iaitu Puan Sharizan binti Abd. Hamid. Segala maklumat yang diberikan beliau sangat
bermanfaat dan banyak membantu saya dalam memahami arahan tugasan. Dengan
pemahaman yang tinggi dalam proses pelaksanaan tugasan kerja kursus ini, saya dapat
menjayakan tugasan kerja kursus ini dengan sempurna.

Selain itu, tidak dilupakan juga ucapan terima kasih buat keluarga saya terutamanya
ibu bapa saya yang banyak membantu saya dalam pelbagai aspek ketika proses pelaksanaan
kerja kursus ini dilakukan. Ibu bapa saya sentiasa memberikan sokongan padu kepada saya
semasa pelaksanaan tugasan membuatkan semangat saya untuk menyiapkan tugasan kerja
kursus ini menjadi lebih tinggi.

Seterusnya, saya juga ingin mengucapkan penghargaan kepada rakan-rakan sekelas


saya kerana telah memberikan bantuan kepada saya dalam mencari sumber rujukan serta
tidak lokek berkongsi ilmu tentang tugasan tersebut. Satu penghargaan juga dikhaskan buat
pihak Pusat Sumber Dato' Lokman Musa, IPG KBM yang telah membantu saya dalam proses
mencari maklumat dan bahan rujukan tentang tugasan kerja kursus ini.

Semoga segala jasa baik kalian semua akan dibalas Allah SWT dengan rahmat
keberkatan umur, rezeki dan kesihatan yang berterusan sepanjang hayat.

Sekian.

1
1.0 PENULISAN LAPORAN PBS

Pada 6 hingga 10 Mac 2016, saya telah menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)
di Sekolah Kebangsaan Seri Chempaka. Sekolah ini terletak di Kota Bharu, Kelantan dan
dikategorikan sebagai sekolah pinggir bandar. Purata murid dalam kelas ialah 28-34 murid
untuk setiap kelas. Saya telah membuat satu rakaman video berdurasi 30 minit untuk satu
sesi pengajaran dan pembelajaran bagi menganalisis aspek-aspek perbezaan individu dalam
kalangan murid-murid tahun 3 di sekolah tersebut. Aspek-aspek perbezaan individu yang
telah saya analisis terdiri daripada aspek fizikal, kognitif, sosioemosi, latar belakang murid dan
murid berkeperluan khas.

1.1 ANALISIS TENTANG ASPEK-ASPEK PERBEZAAN INDIVIDU

FIZIKAL

Aspek fizikal yang saya perhatikan untuk individu dalam kelas ini ialah dari segi ras, jantina,
dan bentuk badan. Terdapat 9 orang murid lelaki dan 22 orang murid perempuan dalam kelas
ini yang menjadikan jumlah murid kelas ini seramai 31 orang. Selain itu, kesemua murid dalam
kelas ini terdiri daripada kaum Melayu. Seterusnya, aspek bentuk badan murid telah diambil
daripada berat badan dan ketinggian murid semasa ujian SEGAK. Semua murid mempunyai
berat badan dan ketinggian yang normal dan ideal untuk murid tahun 3 seperti jadual yang
berikut :

BIL NAMA MURID JANTINA BANGSA TINGGI BERAT


(cm) (kg)
1 CHE IKHWAN HILMI L M 127 26
2 MOHAMAD AIMAN DANIAL L M 129 27
3 MUHAMMAD AAQIL IMAN L M 126 26
4 MUHAMMAD ADLI ISKANDAR L M 127 26
5 MUHAMMAD AFIQ HAKIM L M 127 27
6 MUHAMMAD HAFIZ IKHWAN L M 129 28
7 MUHAMMAD SYAHMI L M 129 28
8 MUHAMMAD SYAKIR IQBAL L M 128 27
9 NADZIFF ABDUL RAHMAN L M 128 26
10 ALYA QISTINA P M 130 29
11 MIA SAFIYA P M 133 28
12 NUR ADRIANA SOFIYA P M 131 29

2
13 NUR AIRIEYN ERIESHA P M 132 29
14 NUR AISYAH FAQIHAH P M 130 28
15 NUR ALEYA SAFINA P M 132 27
16 NUR ALIAA P M 133 27
17 NUR ALIYA AUNI P M 133 26
18 NUR ANIS MARDHIAH P M 132 25
19 NUR ASMAH KHALIESAH P M 131 27
20 NUR HASANAH P M 132 27
21 NUR IQLIMA ILYANA P M 132 28
22 NUR NATASYA P M 131 28
23 NUR SYAFIQAH ARIESYA P M 130 29
24 NUR UMAIRAH IRDINA P M 133 30
25 BAHIRAH P M 130 27
26 RANIA ARISYA P M 131 28
27 SITI HAJAR P M 133 26
28 SITI NUR ZAHIRAH P M 132 27
NASRIYAH
29 TENGKU SARAH SOFEA P M 133 28
30 WAN NUR AFIQAH P M 132 27
31 ZULAIKHA P M 134 29

P – Perempuan
L - Lelaki
M – Melayu

Aspek perbezaan individu dari segi fizikal seperti murid perempuan lebih tinggi dan
berat daripada pelajar lelaki tidak menjadi masalah kepada murid-murid dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, mereka juga dapat menggunakan anggota badan
mereka seperti kemahiran motor tangan dengan baik semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran tersebut.

3
KOGNITIF

Perbezaan kognitif murid dapat dilihat melalui pengetahuan sedia ada pada murid, kebolehan
akal, keupayaan belajar, kadar kebolehan bertindak dan kebolehan bahasa. Memandangkan
saya telah merakam subjek bahasa Inggeris, saya telah menilai kemahiran mereka berbahasa
dalam bahasa Inggeris. Dalam video tersebut, murid-murid kebanyakannya boleh menjawab
soalan kuiz yang ditanya oleh guru semasa permulaan kelas. Mereka juga dapat menjawab
soalan daripada lembaran kerja yang diberikan oleh guru dengan baik. Hal ini membuktikan
keupayaan belajar dan berfikir murid-murid di kelas ini adalah baik dan memberangsangkan.
Berikut ialah jadual markah bagi mata pelajaran bahasa Inggeris yang diperolehi murid-murid
tahun 3 ini dalam Peperiksaan Awal Tahun 2016.

BIL NAMA MURID MARKAH


1 CHE IKHWAN HILMI 71
2 MOHAMAD AIMAN DANIAL 74
3 MUHAMMAD AAQIL IMAN 70
4 MUHAMMAD ADLI ISKANDAR 72
5 MUHAMMAD AFIQ HAKIM 68
6 MUHAMMAD HAFIZ IKHWAN 77
7 MUHAMMAD SYAHMI 81
8 MUHAMMAD SYAKIR IQBAL 85
9 NADZIFF ABDUL RAHMAN 82
10 ALYA QISTINA 74
11 MIA SAFIYA 73
12 NUR ADRIANA SOFIYA 77
13 NUR AIRIEYN ERIESHA 77
14 NUR AISYAH FAQIHAH 76
15 NUR ALEYA SAFINA 78
16 NUR ALIAA 70
17 NUR ALIYA AUNI 72
18 NUR ANIS MARDHIAH 75
19 NUR ASMAH KHALIESAH 81
20 NUR HASANAH 88
21 NUR IQLIMA ILYANA 87
22 NUR NATASYA 88

4
23 NUR SYAFIQAH ARIESYA 75
24 NUR UMAIRAH IRDINA 73
25 BAHIRAH 88
26 RANIA ARISYA 84
27 SITI HAJAR 73
28 SITI NUR ZAHIRAH NASRIYAH 84
29 TENGKU SARAH SOFEA 77
30 WAN NUR AFIQAH 78
31 ZULAIKHA 80

SOSIO EMOSI

Aspek-aspek sosioemosi yang telah saya perhatikan ialah kebolehan murid-murid mengawal
emosi mereka sama ada gembira, marah, kecewa dan lain-lain serta ciri-ciri semula jadi murid
seperti pemalu, pendiam, impulsif, aktif dan sebagainya. Dalam video tersebut, murid-murid
kelas ini jelas menunjukkan sikap aktif di dalam kelas. Hal ini dapat dibuktikan dengan
pergaulan mereka sesama sendiri serta cara mereka berkomunikasi semasa aktiviti di dalam
kelas. Walaupun terdapat beberapa murid yang pemalu, mereka masih dapat berkomunikasi
dengan murid-murid lain dengan baik. Selain itu, murid-murid juga dapat memberikan
tumpuan kepada pengajaran guru. Kawalan emosi bagi setiap murid juga seimbang. Sosio
emosi murid juga dapat dinilai melalui kehadirannya ke sekolah. Hal ini demikian kerana
sosioemosi pelajar yang baik memungkinkan mereka berminat untuk ke sekolah dan bergaul
dengan rakan sebaya yang lain. Berikut merupakan kehadiran murid tahun 3 kelas tersebut
dalam tempoh seminggu sepanjang saya menjalani PBS.

BIL HARI KEHADIRAN


1 Ahad 33/33
2 Isnin 31/33
3 Selasa 33/33
4 Rabu 33/33
5 Khamis 32/33

LATAR BELAKANG MURID

5
Untuk aspek ini, saya telah menilai latar belakang murid dengan mengkaji jumlah pendapatan
keluarga serta bilangan tanggungan ibu bapa murid-murid tersebut. Berikut merupakan jadual
tentang individu dan pendapatan keluarga masing-masing.

BIL NAMA MURID PENDAPATAN TANGGUNGAN IBU


KELUARGA (RM) BAPA
1 CHE IKHWAN HILMI 700 3
2 MOHAMAD AIMAN DANIAL 1170.00 5
3 MUHAMMAD AAQIL IMAN 2800.00 2
4 MUHAMMAD ADLI ISKANDAR 4300.00 5
5 MUHAMMAD AFIQ HAKIM 3000.00 8
6 MUHAMMAD HAFIZ IKHWAN 1000.00 4
7 MUHAMMAD SYAHMI 900.00 10
8 MUHAMMAD SYAKIR IQBAL 6500.00 3
9 NADZIFF ABDUL RAHMAN 8700.00 6
10 ALYA QISTINA 6000.00 3
11 MIA SAFIYA 1500.00 3
12 NUR ADRIANA SOFIYA 1100.00 5
13 NUR AIRIEYN ERIESHA 1000.00 4
14 NUR AISYAH FAQIHAH 8500.00 4
15 NUR ALEYA SAFINA 4900.00 3
16 NUR ALIAA 550.00 4
17 NUR ALIYA AUNI 950.00 4
18 NUR ANIS MARDHIAH 800.00 4
19 NUR ASMAH KHALIESAH 1000.00 6
20 NUR HASANAH 500.00 2
21 NUR IQLIMA ILYANA 8000.00 9
22 NUR NATASYA 1200.00 6
23 NUR SYAFIQAH ARIESYA 950.00 5
24 NUR UMAIRAH IRDINA 700.00 6
25 BAHIRAH 900.00 6
26 RANIA ARISYA 10805.18 7
27 SITI HAJAR 1850.00 6
28 SITI NUR ZAHIRAH NASRIYAH 700.00 7
29 TENGKU SARAH SOFEA 1200.00 3
30 WAN NUR AFIQAH 1000.00 7

6
31 ZULAIKHA 800.00 4

Di sini jelas terbukti bahawa murid –murid tahun 3 ini terdiri daripada pelbagai latar
belakang. Pendapatan keluarga serta tanggungan ibu bapa sangat penting kerana perkara
tersebut merupakan antara faktor-faktor yang menyumbang kepada proses perkembangan
murid-murid. Kebanyakan keluarga murid-murid kelas ini mempunyai latar belakang hidup
yang sederhana kerana petempatan mereka yang berada di luar bandar serta bekerja sendiri.

MURID BERKEPERLUAN KHAS

Berdasarkan pemerhatian saya serta sesi kolaborasi saya dengan guru kelas tahun 3 ini, saya
dapati kelas ini tidak mempunyai murid berkeperluan khas. Walaubagaimanapun, terdapat
dua orang pelajar yang boleh dikategorikan sebagai ‘slow-learner’ kerana memerlukan
banyak bimbingan guru serta masa yang lebih banyak daripada murid-murid lain semasa
proses pengajaran dan pembelajaran.

7
1.2 KEPENTINGAN PERBEZAAN INDIVIDU DAN IMPLIKASI TERHADAP
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM BILIK DARJAH

Setiap individu yang dilahirkan di dunia ini adalah berbeza antara satu sama lain. Perbezaan
individu boleh diertikan sebagai ketidaksamaan dalam aspek perkembangan secara fizikal,
mental, emosi dan sosial dalam kalangan individu (Mok Soon Sang, 2008). Mok Soon Sang
(2008) juga berpendapat bahawa setiap individu adalah unik dan mempunyai ciri-cirinya yang
tersendiri, walaupun teori-teori perkembangan individu disarankan mengikut prinsip-prinsip
tertentu.

Selain itu, perlakuan setiap individu juga boleh difahami melalui penghayatan terhadap
personalitinya. Personaliti milik seseorang individu menjadikannya berbeza dengan individu
yang lain yang memudahkan kita memahami ragam perlakuan manusia (Noriati A.Rashid,
et.al, 2009). Oleh itu, guru-guru mestilah cakna dan memahami aspek-aspek perbezaan
individu dalam kalangan murid-murid supaya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan
dengan lancar. Sebagai contoh, guru-guru mestilah mengambil perhatian terhadap aspek
perbezaan individu seperti latar belakang keluarga, tahap sosioekonomi, budaya dan lain-lain
lagi kerana hal ini akan mempengaruhi gaya pembelajaran mereka.

Di samping itu, dalam konteks kelas yang saya analisis semasa PBS, terdapat
pelbagai aspek-aspek perbezaan individu dalam kalangan murid-murid tersebut. Contohnya,
dari segi perkembangan kognitif, terdapat beberapa pelajar yang lemah dalam mata pelajaran
tertentu, tetapi mempunyai bakat dan kemahiran dalam bidang lain seperti sukan dan hiburan.
Kewujudan perbezaan individu tersebut akan membawa kesan kepada pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan. Oleh itu, guru yang merancang pendekatan pengajaran dan
pembelajaran telah mengambil kira aspek perbezaan individu tersebut serta menyediakan
bahan bantu mengajar dan tugasan yang sesuai dengan kebolehan murid-murid.

Antara implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran ialah


perbezaan fizikal, perbezaan kognitif, perbezaan sosial, perbezaan emosi, perbezaan gaya
pemikiran, kesediaan belajar dan lain-lain lagi. Implikasi pertama iaitu perbezaan fizikal
bermaksud guru-guru perlulah memberikan tugasan atau menjalankan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran mengikut kesesuaian fizikal murid. Hal ini demikian kerana murid-murid
mempunyai kebolehan yang berbeza dalam menjalankan aktiviti yang melibatkan psikomotor.
Guru perlulah menilai kemampuan murid sebelum memberikan sesuatu tugasan. Murid
sekolah rendah yang mempunyai koordinasi yang baik antara otot mata dengan otot-otot di
bahagian lengan akan dapat menulis dengan baik dan kemas jika dibandingkan dengan murid
yang menghadapi masalah dalam penyelarasan otot-otot tersebut. Oleh itu, guru mestilah
memahami keadaan murid dan memberi masa serta latihan yang mencukupi supaya murid-

8
murid dapat melatih kemahiran psikomotor mereka dengan baik. Guru-guru juga mestilah
menerapkan perasaan hormat-menghormati dalam kalangan murid-murid serta mendidik
mereka untuk menerima kepelbagaian bentuk fizikal orang lain dengan baik. Justeru, tidak
akan ada perasaan rendah diri ataupun malu dalam kalangan murid-murid yang mempunyai
kecacatan fizikal atau masalah ketinggian.

Selain itu, implikasi untuk aspek perbezaan individu juga ialah perbezaan kognitif.
Setiap individu mempunyai aras kognitif yang berlainan seperti mempunyai keupayaan
berfikir, menaakul, menganalisis serta mengingat yang berbeza daripada individu lain.
Sebagai contohnya, walaupun murid-murid mendapat rangsangan yang sama, mereka
mungkin memproses rangsangan yang diterima dengan cara yang berlainan. Seperti yang
terdapat dalam video, murid-murid perempuan mempunyai kemahiran menulis dan memori
yang lebih tinggi daripada lelaki serta bertindak lebih cepat semasa menjalankan sesuatu
aktiviti. Hal ini demikian kerana kesediaan belajar dan pencapaian murid adalah bergantung
kepada sikap dan minat serta aras kognitif individu terhadap sesuatu. Murid yang berminat
dengan sesuatu subjek serta mempunyai aras perkembangan kognitif yang lebih tinggi akan
memberi tumpuan dan mencuba untuk mencapai prestasi cemerlang dalam subjek tersebut.
Justeru, hal ini telah terhasil daripada perbezaan individu. Oleh itu, guru memainkan peranan
yang penting dalam menilai pencapaian murid. Murid yang mempunyai aras kognitif yang
tinggi perlulah diberikan aktiviti pengayaan manakala murid yang lemah atau lambat perlulah
diberikan aktiviti pemulihan seperti menggunakan kaedah didik hibur. Murid yang lemah
perlulah diberi bimbingan dan motivasi yang lebih daripada guru agar mereka tidak
ketinggalan dalam pembelajaran serta menjadi lebih berkeyakinan untuk terus belajar. Guru
juga perlulah menggunakan pelbagai bahan dan peralatan mengajar supaya murid-murid
akan menjadi lebih berminat untuk belajar. Penyampaian guru juga mestilah jelas serta
sepadan dengan tahap kognitif murid supaya murid dapat memahami pelajaran dengan
dengan lebih mudah.

Seterusnya, implikasi ketiga daripada aspek perbezaan individu pula ialah perbezaan
dari segi emosi. Guru perlulah memerhatikan tahap kecergasan dan kestabilan emosi murid
sebelum meneruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid yang mempunyai
latar belakang keluarga yang bahagia serta mendapat asuhan ibu bapa yang baik akan
mendapat kestabilan emosi. Oleh itu, murid-murid ini akan dapat menumpukan perhatian
terhadap pengajaran guru di dalam kelas. Namun begitu, sekiranya terdapat murid yang
berasal daripada keluarga yang retak, murid tersebut berkemungkinan besar akan mengalami
masalah emosi kerana mereka kekurangan kasih sayang dan perhatian. Murid yang
mengalami masalah emosi tidak akan dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap
pengajaran guru. Oleh itu, guru-guru perlulah menangani murid yang sebegini dengan

9
memberikan perhatian serta kasih sayang supaya murid tersebut dapat mematuhi arahan
guru seterusnya mengatasi masalah emosi mereka. Guru-guru juga perlulah sentiasa
menggalakkan mereka untuk melibatkan diri dalam aktiviti di dalam kelas serta bergaul
dengan rakan-rakan yang lain. Perancangan kaedah dan strategi secara berkumpulan
perlulah digunakan oleh guru agar murid-murid dapat bercampur dan bergaul secara sihat
antara satu sama lain.

Implikasi seterusnya hasil daripada perbezaan individu juga ialah dari segi sosial.
Perbezaan antara individu juga mengakibatkan berlakunya perbezaan dari segi sosial.
Terdapat murid-murid yang mempunyai personaliti introvert dan ekstrovert dalam kelas
berdasarkan video yang telah dirakam. Murid-murid yang ekstrovert selalunya aktif
mengambil bahagian dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, mereka akan
mendapat konsep-konsep pelajaran yang lebih jelas seterusnya mendapat pencapaian yang
lebih baik berbanding murid introvert. Murid-murid yang bersifat introvert biasanya menarik
diri daripada terlibat dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Hal ini
demikian kerana mereka berasa malu dan takut untuk bertanya mahupun menjawab soalan-
soalan daripada guru. Murid-murid sebegini akan ketinggalan dalam pencapaian
persekolahan. Oleh itu, guru memainkan peranan yang penting dalam memberikan perhatian
kepada murid-murid introvert. Guru perlulah memberikan motivasi dan bimbingan untuk
meningkatkan keyakinan murid tersebut. Guru juga perlulah mengadakan aktiviti interaksi dan
komunikasi yang melibatkan semua murid di dalam kelas. Pendekatan dan strategi guru
semasa proses pengajaran dan pembelajaran perlulah disusun dengan kemas supaya sesuai
dengan tahap sosial semua murid.

Tegasnya, setiap murid adalah unik dan mempunyai pelbagai kebolehan. Perbezaan
individu yang wujud dalam kelas akan membawa banyak implikasi kepada proses pengajaran
dan pembelajaran. Guru mestilah sentiasa memainkan peranan sendiri untuk mengambil
berat serta memahami konsep perbezaan individu. Guru perlulah merancang aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dengan mengikut kesesuaian potensi setiap individu seperti
kerja kumpulan, pengukuhan, pengayaan dan lain-lain. Pendekatan dan strategi yang sesuai
perlulah digunakan oleh guru supaya perbezaan individu tersebut tidak akan mengganggu
proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

2.0 PENULISAN AKADEMIK

10
2.1 ANALISIS TENTANG IMPLIKASI TEORI YANG DIPILIH TERHADAP
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

Setelah meneliti rakaman video yang diambil semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
tahun 3 di Sekolah Kebangsaan Seri Chempaka, saya akan memilih Teori Pembelajaran
Humanisme Carl Rogers untuk diaplikasikan oleh guru di sekolah tersebut dalam membantu
proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Teori pembelajaran Humanisme melihat manusia sebagai makhluk yang istimewa dan
mempunyai keupayaan yang tidak sama dengan haiwan. Humanisme percaya bahawa
manusia bertindak atas dasar keperluan, motivasi, minat dan nilai. Humanisme juga percaya
bahawa manusia harus dilihat sebagai satu entiti. Kajian tentang seseorang individu perlulah
dibuat secara menyeluruh (Noriati A. Rashid et. al, 2009). Individu akan bertumbuh secara
semula jadi sekiranya persekitaran yang mereka hidup adalah sesuai. Oleh itu, guru harus
mengikut keperluan pelajar serta membantu mereka mempelajari ilmu pengetahuan yang
mereka suka dan dianggap bermakna (Mok Soon Sang, 2008).

Secara umumnya, pendekatan humanisme melihat murid sebagai insan yang


berpotensi, bermotivasi dan berkeupayaan untuk belajar dan berkembang. Dalam pendekatan
humanisme, faktor-faktor penting dalam menghadapi pembelajaran terdiri daripada situasi
pembelajaran serta hubungan dan penerimaan guru dan rakan-rakan terhadap individu
tersebut. Teori humanisme juga lebih menitikberatkan sisi perkembangan keperibadian
manusia. Proses pembelajaran juga bertujuan untuk menerapkan nilai kemanusiaan dalam
diri seseorang seperti mencapai aktualisasi, pemahaman diri serta realisasi diri secara
optimal.

Teori pembelajaran humanisme Carl Rogers ini telah dipelopori oleh Carl Rogers iaitu
seorang pengasas teori kaunseling terapi berpusatkan klien yang dilahirkan di Oak Park,
Illinois, Amerika Syarikat. Carl Rogers merupakan seorang ahli psikologi humanistik yang
menekankan perlunya sikap saling menghargai dan tanpa prasangka dalam membantu
individu mengatasi masalah-masalah kehidupannya. Carl Rogers sangat mementingkan
perkembangan manusia yang positif dan melihat semua manusia sebagai entiti-entiti yang
baik dan mulia. Carl Rogers juga menyatakan bahawa peranan guru adalah penting dalam
proses pembelajaran seperti memperhatikan prinsip pendidikan dan pembelajaran.

11
Selain itu, teori pembelajaran ini juga terkenal dengan pendapatnya tentang prinsip-
prinsip belajar seperti yang humanistik, yang meliputi hasrat untuk belajar, pembelajaran
bermakna, belajar tanpa ancaman, belajar atas inisiatif sendiri dan belajar untuk perubahan.
Teori ini berpendapat bahawa manusia mempunyai naluri untuk belajar. Hal ini jelas terbukti
apabila seseorang kanak-kanak mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi ketika diberi peluang
untuk mengeksplorasi persekitarannya.

Terdapat banyak prinsip yang digunakan dalam pendekatan Teori Pembelajaran Carl
Rogers. Antaranya ialah mengutamakan pendidikan berpusatkan pelajar dan prinsip
pembelajaran berasaskan kebebasan. Dengan berasaskan teori pembelajaran Carl Rogers,
murid-murid akan diberi kesempatan dan kebebasan untuk memenuhi perasaan ingin tahunya
serta dapat mencari apa yang penting dan bererti tentang dunia di persekitarannya. Selain itu,
prinsip teori ini juga ialah pembelajaran merupakan sesuatu jenis naluri ingin tahu. Setiap
individu akan mempunyai naluri untuk menimba ilmu pengetahuan. Oleh itu, berasaskan teori
ini, murid-murid perlulah dibiarkan bebas untuk mencari ilmu atau pengalaman yang
dikehendakinya sendiri. Pembelajaran juga hanya boleh berlaku sekiranya bahan pelajaran
adalah bermakna serta sepadan dengan objektif pelajaran murid tersebut.

Murid juga akan mendapat pembelajaran yang berkesan sekiranya mendapat


pendidikan di bawah situasi yang selesa serta apabila murid tersebut mengambil inisiatif
sendiri untuk melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti pembelajaran. Seterusnya,
berasaskan teori pembelajaran Carl Rogers, terdapat juga satu prinsip yang membolehkan
guru untuk menjadi pembimbing murid. Hal ini demikian kerana supaya murid dapat menilai
hasil pembelajarannya demi mempertingkatkan pemikiran reflektif dan kemahiran kreatif diri
murid tersebut. Prinsip yang terakhir dalam teori pembelajaran Carl Rogers pula ialah aktiviti
pengajaran dan pembelajaran hendaklah dikaitkan dengan situasi hidup sebenar. Hal ini
adalah penting untuk memupuk kemahiran hidup pelajar.

Dalam bidang pendidikan, Rogers juga terkenal dengan teori pembelajaran


pengalaman (experiential learning). Menurut teori ini, semua manusia mempunyai daya dan
keinginan yang tinggi untuk belajar. Jika seseorang itu gagal belajar, puncanya ialah suasana
pembelajaran yang kurang sesuai dan bukan disebabkan oleh ketidakupayaan pelajar
berkenaan (Noriati A. Rashid et. al, 2009).

Teori pembelajaran Humanisme ini mempunyai kelebihan dan kelemahannya sendiri.


Antara kelebihannya ialah sesuai dalam menerapkan pembelajaran yang bersifat
pembentukan keperibadian, hati nurani, perubahan sikap dan analisis terhadap fenomena
sosial. Selain itu, murid juga akan berasa lebih mudah belajar perkara yang ingin dipelajari
mereka serta mempunyai inisiatif sendiri untuk belajar. Sebarang perubahan pada gaya

12
pemikiran mereka, sikap dan perlakuan adalah atas kemahuan sendiri. Murid juga mampu
dipupuk untuk menjadi manusia yang bebas serta tidak terikat kepada kepada pendapat orang
lain. Walaubagaimanapun, teori ini juga mempunyai kelemahan. Antaranya ialah murid yang
tidak tahu potensi dirinya akan ketinggalan dalam proses pembelajaran kerana mereka tidak
mampu membuat keputusan sendiri. Selain itu, murid yang malas dan tidak aktif juga tidak
akan mendapat tahap pencapaian yang dikehendaki seperti mengembangkan kreativiti dan
pemikiran bercapah. Justeru, murid ini mengalami kerugian kerana tidak menggunakan
potensi diri.

Terdapat beberapa implikasi daripada teori pembelajaran humanisme Carl Rogers


terhadap pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Yang pertama ialah dapat
membentuk suasana bilik darjah yang kondusif agar murid-murid berasa seronok dan selamat
untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
tersebut. Selain itu, guru juga dapat memupuk nilai penghargaan kendiri dalam kalangan
murid-murid serta dapat memberi motivasi dan peneguhan sesuai kepada murid-murid agar
mereka sentiasa mempunyai semangat untuk melakukan yang terbaik dalam setiap aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.

Implikasi seterusnya pula ialah guru perlulah merancang aktiviti pengajaran mengikut
kebolehan dan minat murid supaya dapat meningkatkan keyakinan diri mereka. Hal ini juga
bertujuan untuk meningkatkan peluang memenuhi keperluan penyuburan mereka iaitu
kesempurnaan kendiri, memperoleh ilmu pengetahuan dan menikmati serta menghasilkan
karya ciptaan estetik dan bermutu tinggi. Nilai motivasi diri murid juga perlu dipupuk melalui
bimbingan supaya murid dapat memahami diri, menerima diri dan melibatkan diri secara aktif
dalam aktiviti sosial serta mampu menentukan aktualisasi kendiri iaitu arah hidup dan masa
depan mengikut perkembangan potensinya yang tertinggi.

Pendekatan teori humanisme mementingkan perkembangan potensi individu. Oleh itu,


implikasi teori ini terhadap pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah ialah guru
merancang strategi dan kaedah pengajaran dengan berorientasikan kepada strategi
berpusatkan murid, kaedah individu, inkuiri-penemuan, kerja praktik serta aktiviti pengayaan
dan pemulihan. Guru mempunyai peranan yang sangat sesuai sebagai fasilitator dan
pendorong agar murid dapat bermotivasi untuk menggunakan cara pembelajaran sendiri
untuk mencapai hierarki kesempurnaan kendiri.

13
Selain itu, sebagai fasilitator, guru juga hendaklah membantu murid mengambil
bahagian dalam kerja kumpulan terutamanya dalam pembelajaran koperatif. Hal ini adalah
bertujuan untuk membina hubungan sosial dan kemahiran emosi serta mengimbangkan
komponen intelek dan emosi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru juga perlulah
bertindak sebagai pembimbing dalam perbincangan kumpulan tersebut. Seterusnya, guru
juga hendaklah menjadi role model dan contoh kepada murid untuk memupuk sikap,
kepercayaan dan tabiat yang baik dalam diri murid. Hal ini demikian kerana murid akan
mencuba untuk meniru orang-orang yang berada dalam persekitarannya semasa dalam
proses pembelajaran.

Guru juga hendaklah mempunyai sifat penyayang untuk memenuhi keperluan kasih
sayang yang diperlukan oleh murid. Sebagai contoh, guru membina hubungan yang mesra
dengan murid-murid dengan berkongsi perasaan, idea dan fikiran. Guru juga perlulah
menerima setiap murid tanpa syarat serta memahami perbezaan individu. Hal ini secara tidak
langsung akan melahirkan insan yang mempunyai minda terbuka serta menjadi seorang yang
mampu menerima kelebihan dan kelemahan dirinya dengan baik.

Seterusnya, guru juga perlulah memberikan pujian dan gerak balas yang sesuai
kepada perasaan pelajar. Hal ini adalah sangat perlu supaya murid akan menjadi lebih
bermotivasi untuk mencapai ilmu pengetahuan dan potensi diri. Dengan adanya pujian dan
peneguhan yang baik daripada guru, murid akan menjadi lebih yakin untuk melakukan
sesuatu perkara. Guru juga hendaklah merancang pengajaran dengan mengambil kira minat,
kecenderungan, kesediaan belajar dan perbezaan individu. Hal ini demikian kerana murid-
murid mempunyai tahap perkembangan diri yang berbeza antara satu sama lain. Guru
hendaklah menentukan bahan pengajaran mengikut tahap murid malahan membuat aktiviti
pengayaan untuk murid cemerlang dan aktiviti pemulihan bagi murid yang lemah. Hal ini
bertujuan untuk membina konsep kendiri yang positif serta memotivasikan murid dalam
menimba ilmu pengetahuan.

Akhir sekali, implikasi teori humanisme terhadap pengajaran dan pembelajaran dalam
bilik darjah ialah guru perlulah memastikan keperluan asas murid telah dipenuhi. Keperluan
asas yang mencukupi akan menyumbang kepada berlakunya pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan dalam bilik darjah. Guru juga hendaklah sentiasa memerhatikan respon murid
semasa aktiviti dalam bilik darjah agar dapat membaca tindakan dan emosi murid.

14
RUJUKAN

Mohd. Sharani Ahmad (2006). Psikologi Kanak-kanak . Kuala Lumpur. PTS Profesional
Publishing Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang (2008). Psikologi Pendidikan untuk Pengajaran & Pembelajaran. Selangor :
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2009). Siri Pendidikan
Guru : Murid dan Alam Belajar. Kuala Lumpur : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Wong Kiet Wah et. al. (2013). Perkembangan Kanak-kanak . Selangor Darul Ehsan : Oxford
Fajar Sdn. Bhd.

http://insaniah-gurudpli2012.blogspot.my/2012/08/perbezaan-individu.html

http://pembelajaranmotor.blogspot.my/2013/02/kavithrra-wasudaven-perbezaan-
individu.html

http://pendidik-istimewa.blogspot.my/2013/02/teori-pembelajaran-humanisme.html

15
LAMPIRAN

Maklumat Murid Dalam Buku Rekod

Murid menjawab soalan di hadapan kelas mengikut giliran.

16
Contoh bahan pengajaran yang diperbuat daripada bahan kitar semula

Persekitaran bilik darjah yang selesa dan kondusif

17

You might also like