You are on page 1of 4

Tugasan 3 : Ulasan kritis

Tajuk soalan : Hubung kaitkan secara kritis mengenai Pindaan Perlembagaan

1971, dengan isu semasa negara bagi memastikan Malaysia

menjadi sebuah negara yang aman dan sejahtera.

Perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua susunan


peraturan dan undang-undang dasar yang dianggap penting bagi pemerintahan dan
pentadbiran sesebuah negara (Thack Ker Phong, 2005). Perlembagaan berperanan
menentukan bidang kuasa pemerintahan, bentuk sesebuah kerajaan dan hak-hak rakyat.
Setiap perlembagaan bertulis mengalami perubahan atau boleh dipinda dari semasa ke
semasa. Pindaan perlembagaan dibuat kerana sikap, fahaman dan kehendak rakyat telah
berubah. Kadangkala keputusan mahkamah juga menyebabkan perlembagaan dipinda.

Peristiwa yang membawa kepada pindaan perlembagaan 1971 ialah tragedi


berdarah 13 Mei 1969. ianya berkaitan dengan soal kebebasan hak asasi serta kesetiaan
kepada Raja dan Perlembagaan. Kebebasan asasi untuk bercakap, berhimpun dan
menubuhkan persatuan sewengang-wenangnya tanpa kawalan mencetuskan perkara yang
tidak diingini (Hasnah Hussin & Mardiana Nordin, 2007). Di kalangan orang bukan Melayu
misalnya, telah dengan lantangnya mempersoalkan kedudukan raja-raja, hak keistimewaan
orang Melayu dan bahasa Kebangsaan. Akibat daripada tercetusnya peristiwa berdarah 13
Mei 1969 itu, Pindaan Perlembagaan 1971 dilakukakan untuk meminda Perlembagaan
Malaysia mengenai kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan. Hal ini adalah
memastikan rakyat Malaysia harus menyedari akan keperluan dan kepentingan hak
kebebasan bersuara terutama dalam menyuarakan pendapat sama ada sokongan atau
bangkangan terhadap hal-hal negara. Contohnya, isi-isu bersuara dalam pelbagai bentuk
sama ada melalui tulisan, percakapan dan rakaman video akan diperhatikan dan diambil
tindakan oleh kerajaan (Abdul Rahman Abdul Aziz, 2010). Hak ini dibatasi sehingga masa
kini untuk menjamin keselamatan negara dan ketenteraman awam. Perkara lain yang
dilarang bagi perbincangan umum ialah perkara-perkara yang dianggap sensitif, seperti soal
kewarganegaraan, kedudukan orang Melayu dan Bumiputera, Bahasa Kebangsaan, dan
kedaulatan Raja-Raja Melayu.

Pada tahun 1971, pindaan perlembagaan dilakukan selepas berlaku peristiwa


berdarah 13 Mei 1969, yang membawa kesan kepada pembentukan parti-parti politik yang
masih berfungsi pada masa kini (Mej Zulkifli Dato’ Hj Tahir, 2008). Selepas pindaan
perlembagaan 1971, kebanyakan parti-parti politik mula menyedari peri pentingnya bersatu
dalam satu barisan yang menggabungkan pelbagai kaum. Justeru wujudlah Barisan
Nasional yang lahir atas kesedaran untuk mengatasi masalah perpaduan kaum akibat
peristiwa 13 Mei 1969. Ia dianggotai oleh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO),
Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Kongres India Malaysia (MIC) dan Persatuan Cina Malaysia
(MCA) serta enam lagi parti politik. Tujuan pembentukan Barisan Nasional ialah untuk
mengurangkan perpecahan politik dan sesuai dengan pindaan Perlembagaan 1971 (Hairany
Naffis, 2004). Rombakan politik ini telah berjaya menampakkan hasil yang cukup
memberangsangkan kerana semua pihak semakin mula memahami kepentingan perpaduan
kaum sehingga pada masa kini.

Pindaan Perlembagaan 1971 juga membawa kepada pembentukan Majlis Muhibbah.


Majlis Muhibbah Negara ditubuhkan ekoran dari Peristiwa 13 Mei. Majlis Muhibbah dibentuk
bertujuan untuk menggalakkan perkembangan muhibah dalam kalangan pelbagai kaum dan
berusaha ke arah memulihkan kembali kepercayaan dan keyakinan di kalangan pelbagai
kaum di Malaysia yang telah musnah akibat peristiwa hitam 13 Mei 1969 (Najmil Faiz Mohd
Aris, 2019). Antara tugas-tugas majlis ialah mengembalikan keamanan, menegakkan
semula kepatuhan kepada undang-undang negara. Ini bertujuan memupuk suasana
harmoni dan mempercayai dalam kalangan kaum atau etnik supaya pentadbiran negara
berjalan licin dan sempurna. Selain itu, Majlis ini turut mengkaji masalah-masalah sosial
dan kebajikan awam dan bekerjasama dengan pihak-pihak berkuasa atau Jabatan-jabatan
kerajaan yang berkenaan untuk menghapuskan kesulitan dan salah faham antara pelbagai
kaum (Shamsul Amri Baharuddin, 2007). Keadaan ini akan mengurangkan isu-isu sensitif
seperti masalah perkauman dan membawa kepada keamanan negara.

Pindaan Perlembagaan 1971 juga berkait rapat dalam mengatasi isu bahasa
kebangsaan. Usaha pengembangan bahasa kebangsaan dalam bidang pendidikan
berhadapan dengan persaingan yang hebat daripada bahasa Inggeris. Ini kerana walaupun
sudah mendapat kemerdekaan tetapi sistem sekolah menengah dan universiti di negara ini
masih meletakkan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sama taraf kedudukannya (Nazri
Muslim, Zaharah Hassan & Abdul Latif Samian, 2011). Hal ini sudah tentu menambahkan
kekuatan kedudukan bahasa Inggeris dalam pelbagai lapangan ilmuan seterusnya
menyukarkan lagi perkembangan bahasa kebangsaan. Selepas Pindaan Perlembagaan
1971, berlaku penukaran bahasa pengantar darjah satu sekolah aliran Inggeris ke bahasa
Melayu. Sementara itu, di peringkat institusi pengajian tinggi yang melibatkan universiti dan
kolej pula, penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar turut diberikan perhatian.
Bahasa Melayu yang berfungsi sebagai bahasa perpaduan boleh mengambil bahagian di
dalam isu menyatupadukan rakyat kerana bahasa Melayu itu digunakan sebagai bahasa
kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa pengantar di pelbagai bidang (Shamsul Amri
Baharuddin, 2007). Pindaan Perlembagaan 1971 yang berkait rapat dengan isu bahasa
kebangsaan membuktikan bahawa negara berjaya mengimbangkan kewujudan integrasi
nasional yang menjamin keamanan dan kesejahteraan negara.

Kesimpulannya, memandangkan kepada perkembangan yang berlaku pada masa


kini, adalah jelas bahawa perlembagaan akan terus berkembang mengikut keperluan masa
dan kehendak zaman. Perlembagaan tidak statik kerana itu akan menyebabkan tidak
relevan dengan kehidupan bernegara di tanah air kita. Perubahan dan pindaan yang
dilakukan dalam perlembagaan itu adalah didasarkan kepada beberapa perubahan yang
berlaku di negara kita. Pindaan perlembagaan ini memberikan hak yang sama rata kepada
semua pihak untuk menjalankan kehidupan yang aman, damai dan tenteram di negara.
Rujukan

Abdul Rahman Abdul Aziz. (2010). Political Managements and Policies in Malaysia:
Rukun Negara Dalam Memperkukuhkan Pertahanan Negara. Sintok :
Jurnal Universiti Utara Malaysia

Hasnah Hussin & Mardiana Nordin. (2007). Pengajian Malaysia.Selangor: Oxford


Fajar Sdn. Bhd.

Hairany Naffis. (2004). Pendapat Umum dalam Pembentukan Dasar dan Perkembangan
Politik di Malaysia Satu Renungan. Dicapai pada 22 Mac 2020 daripada
http://www.ukm.my/jkom/journal/pdf_files/1989/5(2).pdf

Mej Zulkifli Dato’ Hj Tahir. (2008). 13 Mei Sejarah Hitam yang Perlu Diulangkaji dan
Diiktibari. Dicapai pada 22 April 2020 daripada
http://yazidothman.com/content/view/87/12/

Najmil Faiz Mohd Aris. (2019). Hak Melayu, Bumiputera tergugat kalau ICERD
ditandatangani. Berita Harian Online. Dimuat turun pada Mac 22, 2020, daripada
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/11/493150/hak-melayu-
bumiputera-tergugat-kalau-icerd-ditandatangani.

Nazri Muslim, Zaharah Hassan & Abdul Latif Samian. (2011). Bahasa Melayu dalam
Perlembagaan Persekutuan: Kedudukan dan Peranannya dalam Konteks
Komunikasi Perpaduan. International Journal of The Malay World and
Civilisation, 29(1), 103-120.

Shamsul Amri Baharuddin. (2007). Modul Hubungan Etnik. Shah Alam: Pusat Penerbitan
Universiti (UPENA).

Thack Ker Phong. (2005). Ketuanan Politik Melayu : Pandangan Kaum Cina. Kuala
Lumpur:Penerbit Universiti Malaya.

You might also like