You are on page 1of 2

Pengenalan: Proses pembelajaran melalui bermain menggabungkan matlamat pembelajaran,

objektif dan hasil yang diperoleh daripada aktiviti bermain yang bermakna.
TAHUN 1

 Aktiviti : Mengeja nama buah-buahan.


 Objektif Pembelajaran : Murid dapat mengeja sekurang-kurangnya 5 nama buah-
buahan dengan betul.
 Cara bermain : Kumpulan
 Bahan : Buah-buahan sebenar (pisang, jambu, mangga, tembikai,
belimbing, rambutan, betik, durian, langsat dan
manggis.

Cara Pelaksanaan:

1. Guru menyediakan 10 jenis buah-buahan sebenar kepada murid.


2. Buah-buahan tersebut dimasukkan ke dalam sebuah kotak misteri yang berwarna hitam.
3. Guru memperkenalkan kotak misteri tersebut kepada murid.
4. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan dan akan bersaing untuk menjadi pemenang.
5. Guru akan meminta murid menghantar wakil kumpulan dan memilih buah-buahan yang
terdapat di dalam kotak misteri tersebut (tanpa melihat isi kandungan kotak tersebut).
6. Kemudian, setiap murid akan diminta mengeja dan mengisyaratkan nama buah yang
telah dipilih itu dengan bimbingan guru.
7. Murid yang dapat mengeja dan mengisyaratkan dengan betul akan memperoleh bintang
(token) untuk ditampal pada papan putih mengikut kumpulan.
8. Setelah selesai, murid lain akan melakukan perkara yang sama iaitu memilih salah satu
buah-buahan yang terdapat dalam kotak, kemudian akan mengeja dan mengisyaratkan
dengan betul. Murid yang berjaya akan memperoleh bintang (token) dan ditampal pada
papan putih.
9. Guru akan menentukan pemenang pertandingan ini dengan memilih kumpulan yang
memperolehi bintang(token) terbanyak.
10. Sebelum kelas berakhir, murid secara beramai-ramai akan mengeja dan
mengisyaratkan nama buah-buahan tersebut sebagai refleksi akhir pengajaran.
Kesemua murid akan diberi peluang untuk merasai buah-buahan tersebut setelah kelas
berakhir.
*Rasional memberikan buah-buahan sebenar adalah untuk menyediakan pengalaman
sebenar kepada murid untuk lebih mengenali dan mengingat bentuk, rasa dan jenis
buah-buahan tersebut.

*Pembelajaran aktif berlaku kerana melibatkan semua murid untuk memilih buah-buahan
yang terdapat dalam kotak misteri tersebut.

You might also like