You are on page 1of 3

Soalan Tugasan : 23 mac 2020 (Isnin)

Anda sebagai seorang guru sekolah rendah telah diminta untuk


melaksanakan satu pentaksiran autentik bagi mata
pelajaran pengkhususan anda. Anda perlu membuat keputusan
bahawa jenis pentaksiran autentik yang paling sesuai
digunakan untuk pelajaran pengkhususan anda. Bincangkan
sejauh mana jenis pentaksiran autentik yang dipilih itu sesuai
digunakan untuk kelas anda.
( Jawab dalam bentuk point form dalam satu slide power point)

AHMAD HUSAINI BIN MOHD TAIJUDDIN (G4.3)


Sebagai seorang guru, saya telah diminta untuk melaksanakan pentaksiran autentik bagi
mata pelajaran Bahasa Melayu. Pentaksiran Autentik yang paling sesuai digunakan ialah
Pentaksiran Prestasi:

• Pentaksiran Autentik merupakan penilaian yang dilakukan terhadap murid yang melaksanakan
aktivitii atau tugasan yang merujuk kehidupan sebenar dan dapat mempamerkan aplikasi
pengetahuan dan kemahiran yang bermakna.

• Oleh itu, saya telah memilih Pentaksiran Prestasi bagi mata pelajaran Bahasa Melayu ini.

• Pentaksiran Autentik yang dipilih ialah jenis Pentaksiran Prestasi. Pentaksiran ini merupakan
aktiviti atau tugasan yang dapat menilai apa-apa yang murid boleh buat berdasarkan
pengetahuan dan kemahiran yang telah mereka pelajari dalam keadaan dunia sebenar.

• Sebagai contoh dalam mata pelajaran bahasa Melayu, guru dapat mengukur kemahiran
bertutur murid. Oleh itu, guru perlulah mewujudkan tugasan dalam situasi sebenar bahasa
tersebut seperti perbincangan berkumpulan agar murid boleh mempamerkan kemahiran bertutur
semasa membuat perbincangan kumpulan tersebut.
• Antara kelebihan pentaksiran prestasi dalam mata pelajaran bahasa Melayu ini ialah:
1. Guru dapat mengukur secara langsung pengetahuan dan kemahiran murid.
2. Guru dapat mentaksir pembelajaran secara konstruktif.
3. Diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran
4. Murid berpeluang mempamerkan keupayaan dalam pelbagai kaedah.

• Seterusnya guru dapat mempelbagaikan aktiviti dan tugasan seperti projek, persembahan,
pemerhatian, produk, praktikal atau amali, tugasan bertulis, buku skrap dan juga
portfolio.
• Antara bentuk tugasan yang boleh dilaksanakan adalah seperti menyelesaikan masalah yang
realistik. Contohnya, bagaimana mencegah penyalahgunaan dadah dan sebagainya. Kedua,
Kemahiran lisan dan psikomotor tanpa produk. Contohnya, bertutur bahasa pelbagai bahasa
asing seperti bahasa perancis (lisan) dan membaiki barang-barang seperti enjin (psikomotor).
Ketiga, kemahiran penulisan dan psikomotor melalui produk yang dihasilkan. Contohnya,
Menulis laporan, menulis cerita pendek, membina rak buku(Psikomotor)

You might also like