You are on page 1of 12

1.

0 Pengenalan

Berdasarkan sebuah artikel dalam akhbar Sinar Harian yang bertajuk ‘Dasar Kebudayaan
Kebangsaan Masih Releven’, Dr Muhaimin Sulam iaitu Naib Pengerusi Amanah Perak telah
memberi kenyataan bahawa dasar tersebut haruslah difahami latar belakang sejarah dan
proses pembinaannya meskipun lebih empat dekad berlalu dan banyak perubahan telah
berlaku. Melalui kenyataan tersebut, difahami bahawa Dasar Kebudayaan Kebangsaan masih
lagi memainkan peranan dalam mempertingkatkan kualiti kehidupan masyarakat pelbagai
kaum.

Malaysia telah berusaha untuk mewujudkan budaya kebangsaan dalam proses


pembangunan negara. Persoalan yang sentiasa diutarakan pada tahun-tahun yang sebelum ini
dalam proses pembangunan negara adalah bagaimana ia dapat mewujudkan budaya nasional
yang dapat melampaui budaya etnik yang terpisah tanpa menjejaskan kepelbagaian
budayanya. Masalah ini telah menjadi lebih serius setelah berlaku peristiwa rusuhan kaum pada
Mei 1969 yang dilihat sebagai tanda masyarakat yang dibahagikan secara pelbagai etnik tidak
mempunyai ‘jiwa’ kebangsaan.

Bagi mengatasi masalah ini, pada tahun 1971, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
telah mengadakan satu kongres terhadap kebudayaan kebangsaan dan anggaran sebanyak
1000 orang wakil yang dijemput hadir ke mesyuarat tersebut merupakan ahli-ahli Intelektual
serta politik yang berbangsa Melayu. Hanya empat daripada 52 kertas yang telah disampaikan
di kongres itu adalah daripada orang bukan Melayu. Bagi memudahkan ‘pembangunan jiwa’
dalam konteks Malaysia, mesyuarat tersebut telah menubuhkan Dasar Kebudayaan
Kebangsaan (DKK) dengan tiga prinsip seperti berikut:

(1) Berteraskan Kebudayaan Rakyat Asal Rantau


(2) Unsur-unsur Kebudayaan Lain yang Sesuai dan Wajar Diterima
(3) Islam menjadi unsur pembentukan Kebudayaan Kebangsaan

Dasar ini yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein telah
ditubuhkan sebagai garis panduan dalam membentuk, mewujudkan dan mengekalkan identiti
negara yang melahirkan beberapa proses seperti interaksi, pengenalan, penyerapan dan
penerimaan pelbagai unsur yang sesuai kepada kebudayaan asas iaitu budaya Melayu. Dasar
Kebudayaan Kebangsaan perlu diadakan sebagai pegangan asas bagi masyarakat Malaysia
untuk hidup dengan aman dan damai.
2.0 Amalan Prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan

2.1 Berteraskan kepada Kebudayaan Rakyat Asal Rantau ini

Berkenaan dengan prinsip pertama ini, titik perdebatan adalah pada konsep ‘budaya asal
rantau’. Meskipun dasar ini tidak menyatakan unsur-unsur budaya rakyat pribumi yang menjadi
dasar budaya kebangsaan, prinsip ini jelas difahami apabila wujudnya prinsip ketiga dan
kemudian kenyataan rasmi mengeluarkan bahawa ‘budaya asal rantau’ merujuk pada budaya
Melayubeberapa pertubuhan kebudayaan bukan Melayu memohon penjelasan tentang sama
ada konsep ini termasuk pakaian Melayu, makanan, seni dan organisasi sosial. Namun,
persoalan seperti ini diperjelaskan dalam bentuk arahan daripada birokrasi orang Melayu.
Sebagai contoh, mengikut buku The Shaping of Malaysia (1999), Ketua Pengarah Pendidikan
pada tahun 1984 telah mengeluarkan pekeliling berikut yang memperincikan peraturan asas
untuk mengadakan hari kebudayaan seperti berikut:

...When school children perform dances, they should perform traditional dances
such as inang, zapin and joget. They may also include other dances such as kuda
kepang. Foreign dances may only be included if they are suitable and confirm to
the principles of the National Cultural Policy. Ballet dances are allowed. Schools
are encouraged to gettheir pupils to sing traditional and patriotic songs. Any song
banned by the Government should not be included in any programme. Pupils
must be encouraged to perform on traditional musical instruments such as the
gamelan and the kompang. Pupils should also be given every incentive to take
up traditional hobbies such as gasing, congkak and wau. Pupils should also be
encoraged to participate in useful activities such as handicraft, photography, art
and craft. The vast wealth of traditional theatre should be tapped. These include
makyong, bangsawan and boria. All costumes worn by pupils for any function
should reflect the national culture....

Berdasarkan kenyataan di atas, ternyatanya kabanyakan kertas kerja yang disampaikan


di Kongres Kebudayaan Kebangsaan pada tahun 1971 adalah mengenai seni, kraf
tangan, muzik, tarian dan kesusasteraan Melayu. Sejak tahun 1970-an, beberapa
organisasi yang ditaja oleh kerajaan telah ditubuhkan untuk mempromosikan dan
mengurus pembangunan budaya rakyat serantau ini kepada industri budaya Melayu yang
terlibat dalam pemasaran tentang apa yang ditakrifkan sebagai budaya Melayu, biasanya
dalam bentuk kraftangan, tarian, filem serta muzik untuk penghayatan orang bukan
Melayu dan juga penubuhan muzium budaya seperti Mini Malaysia di Melaka.

Selain itu, rantau ini merupakan pusat pengembangan dan warisan Kebudayaan Melayu
sejak zaman berzaman dan ditandai pula oleh keagungan tamadun Melayu yang berpusat
di Melaka yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan
antarabangsa iaitu linguafranca yang berada di bawah pemerintahan kerajaan Sriwijaya
sejak abad ke-7 Masihi. Menurut Awang Sariyan (2000), kebitaraan bahasa Melayu dapat
dirumuskan dengan kenyataan bahawa bahasa Melayu telah mencapai taraf bahasa
antarabangsa yang digunakan oleh semua rakyat di rantau ini terutama dengan
kedudukannya sebagai bahasa diplomatik.

Kebudayaan serantau ini amat sinonim dengan bidang bahasa yang berasaskan keluarga
bahasa Melayu iaitu Austronesia, kedudukan geografi, pengalaman sejarah, kekayaan
alam, kesenian dan nilai-nilai keperibadiannya. Budaya Melayu pada hari ini merupakan
cara hidup serta lambang identiti kepada masyarakat yang menuturkan satu rumpun
bahasa yang sama. Hal ini dikukuhkan dengan kenyataan sebuah artikel daripada akhbar
Malaysia Kini iaitu, Bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa kebangsaan dan digunakan
dalam pertuturan serta tulisan kerana difahami oleh pelbagai kaum di negara ini. Oleh itu,
kebudayaan rakyat asal rantau ini iaitu Kebudayaan Melayu telah dijadikan teras kepada
Kebudayaan Kebangsaan dan jelasnya, prinsip pertama ini dalam Dasar Kebudayaan
Kebangsaan diamalkan oleh orang Malaysia.
2.2 Unsur-unsur Kebudayaan lain yang sesuai dan wajar diterima

Kebudayaan sebagai sesuatu elemen yang berubah melalui proses penyerapan serta
penyesuaian secara berterusan. Prinsip kedua ini bertepatan dengan situasi penduduk
berbilang kaum yang mewarisi pelbagai budaya. Dengan itu unsur-unsur budaya Cina,
India, Islam, Barat dan lain-lain yang sesuai serta wajar diberi penimbangan dan
penerimaan dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan. Unsur-unsur kebudayaan
lain yang telah diterima oleh masyarakat Melayu telah dibahagikan kepada beberapa
aspek seperti aspek makanan, pakaian, kesenian serta seni bina seperti berikut:

Aspek Tahun 1970-an sehingga 2020-an Contoh

Makanan Makanan Melayu serantau merupakan masakan halal


Melayu yang sangat unik. Walaubagaimanapun, ia telah
diasimilasikan kepada pengaruh lain seperti Arab,
Indonesia, Thailand, Portugis, Cina dan India. Dalam
Journal of Ethnic Foods, menyatakan bahawa makanan
Melayu mengandungi lima ciri iaitu:
i. Kaya dengan herba dan rempah ratus Gambar 1: Ayam
Pongteh
ii. Santan adalah ramuan utama
iii. Rasa pedas
iv. Daging dibakar dengan kuah tebal
v. Ikan dan makanan laut biasanya dibersihkan
dengan serbuk kunyit
Selepas prinsip kedua diperkenalkan, masyarakat
Melayu mula untuk menerima unsur budaya lain dalam Gambar 2:
Acar Ikan
makanan seperti berikut:
i. Orang Jawa yang dimigrasikan dari Indonesia
telah mempengaruhi makanan Melayu yang
mempunyai rasa manis dan masam iaitu sweet
and sour
ii. Masakan Baba Nyonya yang dipengaruhi
masakan Melayu campuran budaya Melayu dan
Cina seperti acar ikan, laksa Nyonya serta ayam
Pongteh.
iii. Masakan Cheti yang dipengaruhi masakan
Melayu campuran budaya Melayu dan India Gambar 3: Laksa
Nyonya
yang banyak berunsurkan kari dengan
menggunakan rempah ratus yang
digunakan oleh orang India.
iv. Makanan Char Keuw Teow oleh Melayu
yang dipengaruhi oleh masakan orang Cina
yang menggunakan kicap soya, sos tiram
serta bebola ikan.
Pada abad ke 21 ini, orang Melayu telah Gambar 4: Char Keow
mengembangkan cara memasak mereka yang lebih Teow

berunsurkan Barat seperti burger, roti sosej yang


mempunyai intipati ayam atau daging serta makanan
budaya Korea iaitu Sushi. Walaupun budaya lain dalam
aspek makanan diterima oleh masyarakat Melayu, apa
yang tidak wajar dengan amalan mereka tidak diterima
seperti makanan yang mengandungi khinzir dan juga
minuman arak. Jelasnya bahawa orang Melayu
menerima unsur kebudayaan lain mengikut
perkembangan negara tetapi dengan syarat tidak
melanggar amalan norma masyarakat di rantau ini
sehingga sekarang.
Pakaian Proses evolusi pakaian tradisional Melayu turut
berlaku dari tahun 90-an. Pereka pakaian Melayu
mulai menyerapkan ciri-ciri budaya lain yang
dianggap sesuai dengan pakaian tradisional
Melayu. Sebelum menerima pengaruh Islam orang
Melayu terutamanya perempuan memakai kain
kemban sahaja. Mereka mula memakai baju Gambar 5: Baju kurung
tradisional dan moden
kurung yang menutup seluruh tubuh selepas
kedatangan Islam. Baju kurung mengalami
perubahan dan dikembangkan ke pemakaian baju
kurung moden yang mempunyai jahitan kekek dan
pesak pada bahagian sisi baju namun, pakaian ini
masih berlengan panjang dan dipakai dengan
sarung. Selain itu, baju kurung cekak musang juga
merupakan inspirasi daripada potongan leher
pakaian orang Cina iaitu cheoangsam dan samfu.
Bagi lelaki pula, baju dipadankan dengan seluar
potong Melayu serta kain samping dagang luar.
Pemakaian seluar pula diperkenalkan oleh Arab, Gambar 6: Pemakaian
tudung labuh dan turban
serta India Muslim sebagaimana orang Melayu
mula memakai dua jenis potongan seluar iaitu
‘gunting Melayu’ dan juga ‘gunting Cina’.
Pada era 1970-an, wanita Melayu mengadaptasi
turban sebagai fesyen daripada pemakaian tudung
yang labuh. Kemunculan pelakon terkenal iaitu
Barbra Streisand yang memakai turban dan jaket
bulu ketika tayangan filem perdana, The Way We
Were membangkitkan lagi fesyen gaya turban era
Gambar 7: Pemakaian
itu dalam kalangan wanita Melayu. baju Melayu Cekak
Selain itu, baju Melayu juga mengalami perubahan Musang yang
dipengaruhi oleh unsur
yang mempunyai unsur budaya India dan Islam pakaian orang Cina
iaitu potongan jubah dan kurta. Pereka fesyen
seperti Rizalman pada 90-an hingga 20-an terkenal
dengan penghasilan baju Melayu yang mempunyai
unsur budaya lain.
Jelasnya, budaya Melayu daripada aspek pakaian
mula menerima unsur budaya lain tetapi dengan
syarat tidak melanggar 5 etika pemakaian orang
Melayu iaitu: Gambar 8: Pemakaian
i. Pantang membuka aurat kurta Melayu yang
dipengaruhi oleh unsur
ii. Pantang terlalu nipis dan jarang pakaian orang India
iii. Pantang terlalu ketat
iv. Pantang mengada-ngada
v. Larangan memandai-mandai
Kesenian Unsur-unsur muzik dan tarian hampir tidak dapat
muzik dan dipisahkan dalam budaya Malaysia. Kesenian
tarian muzik dan tarian orang Melayu telah berkembang
daripada kerperluan yang lebih asas ke dalam
bentuk yang lebih kompleks. Salah satu jenis
muzik adalah ghazal yang dilakukan pada majlis
perkahwinan di bahagian selatan rantau ini yang
Gambar 9: Tarian Mak
mempunyai teori berbeza iaitu ghazal dibawa Yong
kepada masyarakat Melayu oleh peniaga India dan
dibangunkan oleh bangsawan yang merupakan
teori pertama dan ghazal dikembangkan pada
abad ke-20 selepas kedatangan Islam merupakan
teori kedua. Selain itu, Opera Bangsawan yang
diperkenalkan pada abad ke 19, penyanyi seperti
P.Ramlee telah mencipta muzik Melayu baru yang
menggabungkan muzik rakyat Melayu dengan
Gambar 10: Tarian Kuda
unsur-unsur lain. Rima asli, inang, nasri, joget dan Kepang
zapin telah dimainkan bersama irama rumba,
mambo, cha cha yang merangkumi melodi Arab
dan India.
Sebelum 1970, pengaruh kumpulan pop British
iaitu muzik baru diserap dalam kesenian Melayu
yang digelar sebagai pop yey yey- yang dikenali
sebagai kumpulan gitar rancak yang menggunakan
dua gitar listrik, bass dan gendang. Gambar 11: Tarian Zapin

Pada era 90-an, selepas P.Ramlee dan Saloma,


Fredo telah mewujudkan kumpulan baru iaitu
Flintstones yang mencatatkan lagu ‘Nasib si Gadis’
yang menggabungkan elemen Melayu dengan
irama rock n roll. Apabila negara mengalami
perubahan, pengaruh daripada negara Barat amat
kuat namun, pada tahun 2006, Majlis Fatwa
Kebangsaan mengharamkan muzik black metal
yang menggunakan lirik ghaib menyebabkan
pendengar memberontak agama. Hal ini
menjelaskan bahawa unsur budaya lain yang tidak
sepatutnya diterima, tidak diamalkan di negara
Malaysia kerana orang Melayu sangat terikat pada
agama mereka yang mempercayai kuasa Tuhan.
Maka, unsur kebudayaan lain dari aspek muzik
yang sesuai dapat diterima oleh masyarakat di
Gambar 13: Tarian Joget
rantau ini mengikut pembangunan negara dan
bangsa.
Tarian budaya Melayu juga dipengaruhi oleh
unsur-unsur budaya lain yang diikuti sehingga
sekarang seperti berikut:
i. Tarian Mak Yong dari Patani, Thailand
ii. Tarian kuda kepang oleh pendatang Jawa
yang mengadakan cerita-cerita perang suci Gambar 14: Gong tawak
pengaruh gaya gong
Islam dengan menggunakan gendang,
Cina
gong serta angklung.
iii. Tarian Zapin yang dipengaruhi oleh
kebudayaan Islam
iv. Tarian Joget yang diperkenalkan oleh orang
Portugis dalam tarian tradisional yang
menari dengan tempo yang pantas. Gambar 15: Alat muzikal
Alat muzik daripada kebudayaan pengaruh lain rebab pengaruh Arab
dapat dilihat dalam muzik Melayu tradisional dan
digunakan sehingga ke abad ke-20 seperti rebab
dan gendang daripada pengaruh Arab, gong tawak
gaya gong Cina, serta harmonium daripada gaya
seni budaya India. Jelasnya, seni muzik dan tarian
budaya Melayu diadaptasikan melalui pengaruh
luar seperti Islam, Jawa, Barat, Cina, India dan
Arab.

Seni bina Pada era 90-an terdapat banyak masjid dan struktur
awam yang lain yang dibina dengan pengaruh daripada
arkitek British. Salah satunya ialah pembinaan gaya
Anglo-Indian yang diperkenalkan oleh negara Barat
disebabkan oleh pengaruh orang Gujerat semasa
penyebaran Islam di rantau ini. Selepas kemerdekaan,
terdapat satu langkah untuk membentuk gaya indentiti
Gambar 16: Masjid
seni bina bangunan sebagaimana banyaknya daripada Jamek yang mempunyai
pengaruh Islam. Pada tahun 1980, Kementerian Budaya, gaya Anglo-Indian

Belia dan sukan melaksanakan satu seminar yang


bertajuk Towards the National Identity in Architecture
daripada 20 Januari sehingga 23 Januari di Kuala
Lumpur yang menekankan bahawa seni bina Malaysia
sepatutnya mempunyai identiti yang akan diketahui oleh Gambar 17: Masjid
Cyberjaya
rakyatnya dan mesti berdasarkan kepada nilai budaya
Melayu.
Dari tahun 80-an hingga 20-an, tempoh ini telah
membawa pengaruh seni bina Islam yang telah
menggunakan elemen-elemen dari tipologi masjid yang
lebih awal. Masjid-masjid yang dibina pada era ini adalah
berunsurkan seni kaligrafi, motif dan corak geometri. Gambar 18: Masjid Cina
Apabila budaya dikembangkan mengikut pengembangan Melaka
negara, maka orang Melayu telah membina sebuah
masjid moden iaitu Masjid Cyberjaya yang mempunyai 7
prinsip pengaruh seni bina Islam. Seni bina Melayu yang
mempengaruhi unsur budaya Cina telah dibina pada
abad ke 18. Selepas prinsip kedua ini diperkenalkan,
orang Melayu masih menerima unsur-unsur budaya lain
dan menunaikan solat di masjid-masjid tersebut
sehingga sekarang seperti Masjid Cina Melaka.

2.3 Islam menjadi Unsur Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan


Unsur kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur yang penting dalam proses
pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang berakhlak dan berpribadi mulia.
Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan Malaysia adalah
berdasarkan rasional kedudukannya sebagai agama rasmi negara yang termaktub dalam
Perlembagaan Malaysia di bawah perkara 3 sebagaimana setelah kenyataan ini telah
ditetapkan, maka pihak kerajaan mendapat kebebasan dan keistimewaan untuk
menubuhkan, menyelenggara, membantu penubuhan institusi Islam, melaksanakan
ajaran Islam serta mengeluarkan perbelanjaan yang diperlukan untuk tujuan berikut.
Walaupun Islam adalah agama persekutuan tetapi kebebasan beragama dijamin dalam
perlebagaan tersebut. Maka, orang Cina dan India yang berada di Malaysia menerima
kenyataan ini tanpa menganggu kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi
walaupun negara telah dibangunkan secara pesat.

Perkara paling utama dalam menunjukkan identiti negara Islam Malaysia adalah
Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut “Islam adalah agama bagi
Persekutuan;” atau dalam teks asalnya “Islam is the religion of the federation”. Di dalam
aspek Islam, peraturan hidup ini dinamakan sebagai syariah yang meliputi peraturan
hidup individu, masyarakat dan negara. Secara etimologi, syariah bermaksud pandangan
dan jalan yang lurus. Dr. Isacco Ensepato secara objektif menegaskan bahawa syariah
Islam dalam banyak hal telah melebihi perundangan negara-negara Eropah yang juga
merupakan perundangan yang paling lengkap di dunia. Jelasnya bahawa keistimewaan
syariah Islam menunjukkan syariah Islam sangat relevan untuk dijadikan panduan hidup
semua manusia dan sesuai diamalkan pada sepanjang masa serta di mana-mana
tempat. Di Malaysia, konsep ini berkait rapat dengan prinsip ketiga yang menjadi unsur
utama dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan.

Tambahan pula, setelah prinsip ketiga diberi perhatian, Y.A.B. Dato’ Sri Dr.
Mahathir Mohamad telah menubuhkan sebuah dasar iaitu Dasar Bersih, Cekap dan
Amanah yang menjadi amalan kepada semua di negara ini pada tahun 1982. Bersih
berkonsepkan mempunyai moral yang tinggi, tatatertib dan berdidiplin, tidak
menyeleweng dan tidak rasuh manakala Cekap pula berkonsepkan berani dan cekap
membuat keputusan. Sifat-sifat ini adalah asas yang penting dalam mewujudkan
masyarakat Malaysia yang bertamadun dan bermoral bersesuaian dengan Islam sebagai
agama rasmi.
3.0 Perkaitan antara Prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan dengan konsep dan
ciri-ciri budaya

Budaya merupakan ciri dan pengetahuan sesebuah kumpulan tertentu yang merangkumi
aspek bahasa, agama, makanan, aktiviti sosial, muzik dan seni. Menurut Center for
Advance Research on Language Acquisition budaya didefiniskan sebagai corak tingkah
laku dan interaksi yang dikongsi bersama, pembinaan dan pemahaman kognitif yang
dipelajari melalui sosialisasi. Jadinya, budaya dilihat sebagai pertumbuhan identiti
kumpulan yang dipupuk oleh pola sosial yang unik kepada sesuatu kumpulan manusia.
Ahli antropologi Cristina De Rossi di Barnet and Southgate College telah memberi
kenyataan bahawa budaya meliputi agama, makanan, apa yang kita pakai, bahasa kita,
perkahwinan, muzik, kepercayaan kita, cara kita duduk di meja, cara kita menyambut
pelawat, cara kita berhadapan dengan orang tersayang serta sejuta aspek lagi. Perkataan
‘budaya’ berasal daripada istilah Perancis yang seterusnya berasal daripada bahasa Latin
iaitu ‘colore’ yang bermaksud cenderung pada bumi dan tumbuh atau penanaman dan
pemeliharaan. De Rossi berkata lagi bahawa budaya berkongsi etimologi dengan
beberapa kata lain yang berkaitan dengan pemupukan pertumbuhan secara aktif.

Terdapat empat ciri budaya iaitu dipelajari, dikongsi, sejagat dan diwarisi. Apabila
mengupas ciri dipelajari, budaya tidak lahir secara langsung tetapi perlu dipelajari dan
melibatkan banyak unsur seperti asimilasi, amalgamasi, adaptasi, akomodasi serta
segregasi. Seterusnya, ciri dikongsi merujuk pada setiap perlakuan atau budaya itu
diamal dan dodokong oleh sekumpulan manusia sebagaimana tanpa perkongsian, ia
hanya menjadi perlakuan individu dan bukannya perlakuan masyarakat. Ciri sejagat pula,
kebudayaan itu wujud dalam semua kelompok manusia namun, kebudayaan itu berbeza
antara masyarakat kerana pengaruh alam, pengaruh luar dan tahap penyesuaian
anggota. Akhirnya, ciri diwarisi merujuk pada budaya yang diwarisi dari satu generasi ke
satu generasi berikutnya seperti budaya yang diamalkan pada hari ini adalah lanjutan
daripada budaya terdahulu.

Merujuk pada konsep serta ciri-ciri yang dinyatakan di atas, prinsip Dasar
Kebudayaan Kebangsaan amat berkait rapat dengan konsep dan ciri budaya. Sebagai
contoh, budaya itu boleh dipelajari. Aspek ini dapat dilihat dalam prinsip kedua itu, unsur
kebudayaan lain yang sesuai dan wajar diterima. Orang Melayu di Malaysia sentiasa
mempelajari adat dan budaya kaum lain seperti orang Cina dan India bagi mengekalkan
integriti nasional. Pengaruh budaya lain dapat diserapkan dalam budaya masyarakat di
rantau ini untuk membangunkan diri mereka dari aspek sosiobudaya. Selain itu, ciri
diwarisi juga dapat dilihat dalam perubahan unsur budaya selari dengan pembangunan
negara. Masyarakat Malaysia sentiasa bersedia untuk mengalami perubahan dari segi
budaya.

4.0 Kesimpulan

Ciri-ciri pembinaan negara terdiri daripada komuniti pluralisme tetapi boleh membentuk
perpaduan yang kukuh, berkongsi ideologi politik dan percaya pada sistem pentadbiran
negara, perlembagaan serta undang-undang negara. Faktor-faktor yang menyumbang
kepada pembentukan pembinaan negara yang berjaya adalah demokrasi, nasionalisme,
patriotisme dan integrasi (Aizat, 2011). Menurut Suhana (2002) pelaksanaan projek
pembinaan negara pastinya memainkan peranan penting dalam menyatukan budaya
etnik yang berbeza. Prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan serta beberapa lagi dasar
yang berkaitan dengan kebudayaan dapat menghasilkan individu akan mempunyai
perasaan kesamaan atau kesamarataan bangsa negara dan bukannya berpisah mengikut
etnik.

You might also like