You are on page 1of 2

LOH JIA YING

PENDIDIKAN PEMULIHAN 2

TUGASAN (2/4/2020)
Peraturan Tatakelakuan dan Tatatertib Penjawat Awam adalah satu bentuk kawalan ke
atas semua penjawat awam untuk menjamin keberkesanan sesuatu organisasi. Penjawat
awam dimestikan mematuhi Peraturan Tatakelakuan dan Tatatertib Penjawat Awam.
Jelaskan tindakan yang boleh dilaksanakan oleh pihak pentadbir sekolah bagi
mengelakkan guru daripada terlibat dengan sebarang pelanggaran Peraturan
Tatakelakuan dan Tatatertib Penjawat Awam.

Kebelakangan ini banyak diperkatakan mengenai isu integriti terutamanya dalam


kalangan pegawai awam termasuklah isu penyalahgunaan kuasa, pecah amanah, rasuah, dan
penyelewengan. Isu-isu ini telah mendatangkan imej buruk kepada penjawat-penjawat awam
yang lain. Peraturan Tatakelakuan dan Tatatertib Penjawat Awam adalah satu bentuk kawalan
ke atas semua penjawat awam untuk menjamin keberkesanan sesuatu organisasi. Sebagai
seorang pihak pentadbir sekolah, strategi-strategi untuk mengelakkan guru daripada terlibat
dengan sebarang pelanggaran Peraturan Tatakelakuan dan Tatatertib Penjawat Awam adalah
seperti berikut.

Antaranya ialah pihak pentadbir sekolah mesti memainkan peranan sebagai ketua
dengan menjadi teladan kepada guru-guru. Ketua mendukung tanggungjawab yang berat untuk
mengurus kakitangan dan ahli-ahli. Jadi, sebagai seorang ketua, pihak pentadbir sekolah patut
mengamalkan integriti iaitu menyelaraskan antara tindakan dengan prinsip moral, etika dan
undang-undang serta memastikan keselarasan kepentingan diri dengan kepentingan umum.
Sebagai contoh, guru besar menjaga etika sebagai seorang guru dengan menjaga batasan
dengan murid-murid.

Seterusnya, pihak pentadbir sekolah juga boleh mengadakan ceramah tentang


Peraturan Tatakelakuan dan Tatatertib Penjawat Awam di sekolah. Tujuannya adalah untuk
memberi kesedaran dan peringatan kepada para guru supaya mematuhi kod etika perguruan
supaya tidak melanggar undang-undang. Peraturan tatatertib perlu dipegang oleh setiap
penjawat awam supaya mereka dapat melaksanakan tugas dengan cekap, beramanah dan
bertanggungjawab dan meletakkan kepentingan awam lebih utama daripada kepentingan
mereka sendiri. Contohnynya, guru besar boleh mengadakan ceramah Peraturan Tatakelakuan
dan Tatatertib Penjawat Awam semasa cuti persekolahan.

Tambahan pula, pihak pentadbir sekolah juga perlu mengambil peluang untuk
memfaedahkan perkhidmatan kaunseling dalam sekolah. Guru besar patut mengalakkan para
LOH JIA YING
PENDIDIKAN PEMULIHAN 2

guru yang mengalami masalah terutamanya dalam pengurusan emosi untuk berjumpa dengan
kaunselor sekolah supaya masalah dapat diselesaikan. Kaunselor akan mengadakan sesi
kaunseling yang dapat mengesan punca masalah dan membantu pelanggan untuk mengatasi
masalah tersebut. Pihak pentadbir sekolah juga perlu menyokong kaunselor dari segi
kemudahan dan infrastruktur supaya sesi kaunseling dapat dijalankan dengan lancar dan
jayanya.

Kesimpulannya, pihak pentadbir sekolah berperanan penting dalam menjamin


keberkesanan organisasinya. Guru besar bertanggungjawab untuk membimbing, menyedar dan
menyelia guru-guru di bawahnya ketika melaksanakan tugas mereka untuk memastikan segala
program dan kegiatan yang dijalankan itu sesuai, selaras dan secocok dengan falsafah dan
matlamat pendidikan tersebut. Selain itu, guru besar juga memainkan peranan yang positif dan
serius untuk menjamin staf profesionalnya bukan sahaja setakat memahami bahkan juga
bertindak untuk mencapai matlamat pendidikan yang ditetapkan.

You might also like