You are on page 1of 3

CATATAN LOG UB-BSMM (MPU3062)/2019 IPGKBL

CATATAN LOG PERJUMPAAN

HARI :______Rabu_________ TARIKH:______12.06.2019________

NAMA AKTIVITI : __Perjumpaan


pertama______________________________________
CATAT

Hari ini merupakan perjumpaan yang pertama dalam semester 3


AN

tersebut. Pada pagi ini, semua pelajar telah dikehendaki berkumpul di foyer
pentadbiran pada tepat jam 0715 pagi. Selepas berkumpul, kami
menyanyikan lagu kebangsaan “Negaraku” dan lagu “Ibu Pertiwiku” bersama-
sama di bawah bimbingan seorang guru. Selepas itu, setiap unit beruniform
akan melantik seorang ketua daripada unit-beruniform BSMM, TKRS serta
Pengakap. Seterusnya, setiap unit beruniform akan mengikut ketua masing-
masing ke tempat yang ditentukan. Pada hari ini, cikgu telah menjelaskan
RMK yang berkaitan dengan subjek ini kepada kami.
Kemudian, kami pun dikehendaki terbahagi kepada beberapa kumpulan
agar memudahkan kami menyiapkan tutorial yang diberikan. Setiap kumpulan
adalah terdiri daripada 4 orang sahaja. Pada masa yang sama, guru juga
telah menjelaskan bahawa tanggungjawab kami sebagai seorang ahli BSMM
serta contoh pemakaian yang betul iaitu setiap kali perjumpaan perlulah
memakai t-shirt BSMM, seluar slack dan kasut kuliah yang berwarna hitam.
Selain itu, kami juga diberitahu bahawa setiap pelajar perlu menyediakan satu
catatan log dan catatan log tersebut adalah akan disemak oleh pensyarah-
pensyarah pada bila-bila masa. Sebelum bersurai, kami telah mengenali
antara satu sama lain.
CATATAN LOG UB-BSMM (MPU3062)/2019 IPGKBL

REFLEKSI KENDIRI
Selepas perjumpaan tersebut, saya berasa sangat bersyukur kerana
dapat menjadi seorang ahli BSMM. Hal ini berlaku kerana saya berasa BSMM
merupakan satu unit beruniform yang agak unik dan bermakna. Seperti yang
kita ketahui bahawa BSMM adalah perlu sentiasa mengamalkan semangat
sedia membantu orang yang sakit dan menderita. Hal ini telah memberi
kesedaran yang besar kepada diri sendiri untuk menjadi seorang ahli BSMM
yang bertanggungjawab. Selain itu, saya juga sedar bahawa pemahaman
sendiri terhadap persatuan BSMM ini masih perlu ditingkatkan. Hal ini penting
kerana dengan adanya pengetahuan dan pemahaman yang mendalam
tentang BSMM tersebut, barulah dapat membantu saya menghadapi cabaran
yang akan datang dalam kehidupan saya.
CATATAN LOG UB-BSMM (MPU3062)/2019 IPGKBL

GAMBAR AKTIVITI

Disediakan oleh : Chai Pei Xuan


Tanda Tangan :

Tarikh & masa :12.06.2019


11:00 pagi

You might also like