You are on page 1of 9

Lembaran Kerja P4 - Dr Elmi Zulkarnain Osman

Bahagian 1

SOALAN 1 - 5 (5 markah)

Arahan: Pilih perkataan imbuhan yang sesuai bagi mengisi ruang kosong di
bawah.

1. Rusydi mempunyai ____________ yang kemas (neat) dan cantik.

(1) ditulis (2) penulis


(3) tulisan (4) tertulis

2. Ubay merupakan ____________ peraduan (competition) melukis di


sekolahnya.

(1) dimenang (2) termenang


(3) pemenang (winner) (4) dimenangi

3. Halimatussadiah akan ____________ dengan rakannya pada pukul 3 petang.

(1) berjumpa (2) terjumpa


(3) menjumpakan (4) perjumpaan

4. Nazihah membeli ____________ baharu yang mahal untuk kawannya, Ardila.

(1) disapu (2) menyapu


(3) sapuan (4) penyapu (broom)

5. Ibu Harith akan _____________ yang Harith tidur awal (early) setiap malam
dan bangun awal setiap pagi.

(1) dipastikan (2) kepastian


(3) memastikan (ensure) (4) pemastian

1
Lembaran Kerja P4 - Dr Elmi Zulkarnain Osman

SOALAN 6 - 10 (5 markah)
Kefahaman Objektif

Arahan: Baca teks kefahaman di bawah dan pilih jawapan yang sesuai. Lorekkan
nombor jawapan kamu di kertas OAS.

Semut adalah sejenis (a type of) serangga (insect). Semut sangat rajin

dan sentiasa (always) tolong-menolong antara (between) satu sama lain. Mereka

hidup (live) dalam satu kumpulan (group) yang besar.

Semut berjalan beramai-ramai secara berbaris (single file formation) atau

berekor-ekor. Kadang-kadang (Sometimes), salah seekor semut akan keluar dari

barisan (line). Semut ini akan mencari tempat yang ada

makanan. Apabila terjumpa makanan, semut tadi akan memberitahu (inform)

kawan-kawannya. Selepas itu, makanan tadi akan diusung (lifting or carrying

something on the shoulder) pulang ke dalam lubang (hole) atau sarang mereka.

Antara jenis semut yang boleh ditemui ialah semut api, semut merah dan

semut liar (hitam).

6. Apakah perangai (character) semut yang boleh dicontohi?

(1) Jalan beramai-ramai (2) Malas


(3) Tolong-menolong (4) Pemalu

2
Lembaran Kerja P4 - Dr Elmi Zulkarnain Osman

7. Bagaimanakah cara semut berjalan?

(1) Berjalan dalam bulatan


(2) Berjalan seekor demi seekor
(3) Berjalan dalam kumpulan kecil
(4) Beramai-ramai secara berbaris

8. Mengapakah ada semut yang keluar dari barisan?

(1) Untuk pulang ke sarang


(2) Untuk mencari makanan
(3) Untuk mencari pasangan
(4) Untuk memberitahu kedatangan musuh

9. Ke manakah semut mengusung makanan mereka?

(1) Dalam pasir


(2) Dalam tanah
(3) Dalam semak-samun
(4) Dalam lubang atau sarang mereka

10. Apakah sifat positif yang ditunjukkan oleh semut?

(1) Malas
(2) Rajin
(3) Pemalu
(4) Sombong

3
Lembaran Kerja P4 - Dr Elmi Zulkarnain Osman

Bahagian 2

SOALAN 11 - 20 (10 markah)

Arahan: Lengkapkan cerita pendek di bawah ini dengan perkataan yang paling
sesuai.

meminta di menjangka (expect) berlaku mempermainkan

minum menyelamatkan berkejar (run) jeritan haiwan

Di dalam sebuah hutan, tinggal seekor pelanduk (deer) dengan kawan-

kawannya Sang Kancil (mouse deer), Sang Kera (monkey) dan Sang Kerbau

(buffalo). Sang Pelanduk seekor (11)_______________ yang nakal. Dia suka

(12)_______________ kawan-kawannya.

Pada suatu hari, terdengar (heard) (13)_______________ Sang

Pelanduk. “Tolong! Tolong! Aku digigit buaya,” jerit Sang Pelanduk. Kawan-

kawan Sang Pelanduk (14)_______________ untuk membantunya. Setibanya

(15)_______________ tempat itu, kelihatan Sang Pelanduk ketawa terbahak-

bahak (laughing out loud). Tiada apa-apa yang (16)_______________.

Selang beberapa hari, sedang Sang Pelanduk asyik

(17)_______________ air di sungai, tiba-tiba kakinya disambar (got caught)

4
Lembaran Kerja P4 - Dr Elmi Zulkarnain Osman

Sang Buaya. Sang Pelanduk menjerit (18)_______________ pertolongan.

Kawan-kawannya tidak mengendahkan (ignore) Sang Pelanduk kerana mereka

(19)_______________ Sang Pelanduk mempermainkan mereka.

Akhirnya, tiada siapa yang (20)_______________ nyawa (life) Sang

Pelanduk.

SOALAN 21 - 25 (5 markah)

Arahan: Pilih penjodoh bilangan yang sesuai bagi mengisi ruang kosong di
bawah.

jambak (bouquet) kuntum (bud) tangkai (stalk) utas


(thread/rope) baris (line/row)

21. Joshua menghadiahkan Atiqah se___________ rantai emas yang berharga.

22. Ada se___________ rumah kedai (shop houses) yang siap dibina di
hadapan sekolah kami.

23. Nadya mematahkan se___________ rambutan daripada pokok di kebun Pak


Amirul.

24. Ayah Fazira membeli se____________ bunga yang berwarna-warni untuk

5
Lembaran Kerja P4 - Dr Elmi Zulkarnain Osman

diberikan kepada ibu Fazira.

25. Insyirah kelihatan bertambah anggun (pretty) setelah menyelitkkan


se___________ bunga mawar merah di telinganya.

SOALAN 26 - 30 (5 markah)

Arahan: Pilih kata hubung yang sesuai bagi mengisi ruang kosong di
bawah.

supaya sehingga semoga kerana dan

26. Rabiatul terus menulis ______________ dakwat (ink) penanya habis.

27. Afiqah sentiasa berdoa ______________ adiknya cepat sembuh daripada


demam.

28. Sharmila ketawa terbahak-bahak ______________ filem yang ditontonnya


sangat lucu.

29. Cikgu Norashida menasihati pelajar-pelajarnya ______________ belajar


bersungguh-sungguh.

30. Nabil membeli sebatang pensel, sebatang pena ______________ sebatang


pembaris untuk dibawa ke sekolah esok.

SOALAN 31 - 37 (15 markah)

Arahan: Baca petikan cerita di bawah ini dengan teliti. Kemudian jawab soalan-
soalan berikut.

Zulfadli seorang budak yang nakal. Dia selalu dimarahi (scolded) oleh
neneknya kerana selalu menyepahkan (make a mess) barang-barang
permainan. Neneknya sudah puas menasihatinya (advise him) tetapi tidak
diendahkan (ignored). Zulfadli tinggal dengan neneknya selepas kedua-dua

6
Lembaran Kerja P4 - Dr Elmi Zulkarnain Osman

orang tuanya (his parents) meninggal dunia (passed away) akibat kemalangan
(accident) jalan raya.

Pada suatu hari, neneknya baru pulang dari pasaraya. Neneknya telah
membelikan (bought for) Zulfadli satu permainan baharu. Zulfadli terus
mendapatkan (got) permainan itu dan bermain dengan permainan itu. Dia berasa
sungguh seronok kerana mendapat permainan baharu. Selepas beberapa
(several) minit, Zulfadli ingin ke dapur untuk mengambil air kerana tekaknya rasa
dahaga. Dia meninggalkan (left) sahaja permainannya itu berselerakan (messy)
di lantai.

Nenek amat marah (angry) terhadap Zulfadli lalu mengambil (took)


sebatang rotan (cane) untuk memukul (hit) Zulfadli. Zulfadli mengejek (teased)
neneknya lalu terus berlari (immediately ran). Tiba-tiba, Zulfadli terjatuh kerana
terpijak (stepped accidentally) lantai rumahnya yang basah (wet). Zulfadli
mengerang (groaned) kesakitan. Neneknya datang dan membantu Zulfadli.
Zulfadli menangis kerana tangannya bengkak (swollen). Nenek Zulfadli
kemudian membawanya ke klinik berdekatan (nearby). Apabila sampai di klinik,
doktor telah mengesahkan (confirmed) bahawa tangannya telah patah. Setelah
menerima rawatan (received treatment), mereka pun pulang.

Sudah beberapa hari Zulfadli tidak dapat bermain dengan permainan-


permainannya. Dia akhirnya insaf (realised his mistakes).

Soalan:

31. Mengapakah Zulfadli sering dimarahi neneknya? (2 markah)

_____________________________________________________________

_____________________________________________________________.

7
Lembaran Kerja P4 - Dr Elmi Zulkarnain Osman

32. Mengapakah ibu bapa Zulfadli tidak menjaganya? (2 markah)

_____________________________________________________________

_____________________________________________________________.

33. Bagaimana tangan Zulfadli boleh patah? (2 markah)

_____________________________________________________________

_____________________________________________________________.

34. Adakah nenek Zulfadli seorang yang bertanggungjawab?


Mengapa? (3 markah)

_____________________________________________________________

_____________________________________________________________

_____________________________________________________________.

35. Berikan perkataan seerti/seiras bagi perkataan yang berikut.

(1) dahaga _______________________ (1 markah)

(2) sampai _______________________ (1 markah)

36. Berikan perkataan yang berlawanan maksud bagi perkataan yang


berikut.

(1) nakal _______________________ (1 markah)

(2) pulang _______________________ (1 markah)

27. Satu perkataan dalam petikan yang bermaksud mempersendakan atau

8
Lembaran Kerja P4 - Dr Elmi Zulkarnain Osman

mentertawakan orang dengan tingkah laku ialah

__________________________. (2 markah)

*selesai*

Sila semak jawapan kamu.

You might also like