You are on page 1of 11

“Ibu bapa maut, anak cedera kemalangan”

“4 maut kemalangan treler, kereta”


“Pelajar perubatan Malaysia maut kemalangan di Sulawesi Selatan”

Tajuk-tajuk tersebut adalah tajuk yang sering dapat dilihat di dada akhbar. Isu
kemalangan jalan raya ini telah menjadi isu hangat dimana menjadi pedebatan di parlimen
mahupun isu buah mulut di kedai kopi. Hal ini menunjukkan betapa seriusnya isu kemalangan ini
terutamanya di Malaysia. Kita tidak harus menunding jari kepada pihak lain dalam hal ini. Setiap
orang harus memainkan peranan masing-masing untuk mengatasi masalah yang kian serius ini.
Menurut kamus dewan edisi kedua kemalangan bermaksud apa-apa bencana yang berlaku
dengan tidak disangka-sangka. Menurut colling dalam bukunya industrial safety management
and technology, 1990 menyatakan bahawa kemalangan merupakan peristiwa yang tidak di
rancang atau dikawal, yang disebabkan oleh beberapa faktor. Kemalangan dikatakan akan
mengganggu proses kerja, mungkin menyebabkan kecederaan, kesakitan mahupun kematian.

Setelah membuat penyelidikan tentang kemalangan jalan raya, Institut Penyelidikan


Keselamatan Jalan Raya Malaysia (“MIROS”), mendapati bahawa jumlah kemalangan jalan raya
di Malaysia menunjukkan peningkatan ketara setiap tahun, iaitu dari 250,429 kes pada tahun
2000 kepada 414,421 kes pada tahun 2010. Ini menunjukkan peningkatan yang ketara dimana
peningkatannya adalah 65.5% hanya dalam 10 tahun 2000 - 2010. Jadual 1.0 menunjukkan
statistik kemalangan jalan raya bagi tempoh 10 tahun.

Jumlah
Jumlah Kenderaan Jumlah Mangsa
Tahun Penduduk Berdaftar Kemalangan Kemalangan Kematian

1995 20,096,700 6,802,375 162,491 52,152 5,712

1996 21,169,000 7,686,684 189,109 53,475 6,304

1997 21,665,600 8,550,469 215,632 56,574 6,302

1998 22,179,500 9,141,357 211,037 55,704 5,740

1999 22,711,900 9,929,951 223,166 52,937 5,794

1
2000 23,263,600 10,598,804 250,429 50,200 6,035

2001 23,795,300 11,302,545 265,175 50,473 5,849

2002 24,526,500 12,068,144 279,711 49,552 5,891

2003 25,048,300 12,819,248 298,653 52,741 6,286

2004 25,580,000 13,828,889 326,815 54,091 6,228

2005 26,130,000 15,026,660 328,264 47,012 6,200

2006 26,640,000 15,790,732 341,252 35,425 6,287

2007 27,170,000 16,813,943 363,319 33,999 6,282

2008 27,730,000 17,971,901 373,071 32,274 6,527

2009 28,310,000 19,016,782 397,330 31,417 6,745

2010 28,910,000 20,188,565 414,421 28,269 6,872

Sumber: Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia

Jadual 1.0 : Statistik Kemalangan

Menurut kajian pada 24 Februari 2014 Institut Penyelidikan Pengangkutan, Universiti


Michigan Amerika Syarikat, didapati Malaysia berada dalam kedudukan yang ke -17 teratas
dalam kadar kematian jalan raya di dunia. Walaupun pelbagai langkah pencegahan telah
dilaksanakan bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya tetapi usaha-usaha ini menjadi
sia-sia apabila kadar kemalangan jalan raya meningkat setiap tahun. “Kelajuan itu membunuh”
merupakan slogan yang sentiasa diingatkan kepada pemandu terutamanya pada musim

2
perayaan. Tetapi slogan ini tidak diendahkan oleh ramai orang sehingga menyebabkan
kemalangan. Menurut Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS),
dikatakan motosikal dan kereta mencatatkan sekitar 60% dan 20% kematian di jalan raya.
Tambahan pula, golongan muda iaitu 16 hingga 25 merupakan golongan yang paling banyak
terlibat dalam kemalangan jalan raya yang meragut nyawa.

Terdapat pelbagai kesan daripada kemalangan jalan raya yang sering berlaku ini. Apabila
kereta sedang dipandu dengan laju dan tiba-tiba kereta tersebut langgar kenderaan lain maka
berlaku pertembungan. Kadangkala akan berlaku kebakaran hasil tindak balas kimia dan haba
dalam kereta tersebut. Sekiranya mangsa dalam kereta kena kebakaran dan badannya melecur,
pertamanya perlu keluarkan mangsa dari kenderaan tersebut. Seterusnya, harus membawa
mangsa jauh dari tempat itu kerana kenderaan tersebut boleh meletup bila-bila masa.  Tempat
yang melecur ataupun yang bakar harus disejukkan. Orang yang membantu mangsa seharusnya
memakai sarung tangan. Air sejuk perlu dialirkan di atas kawasan terbakar sekurang-kurangnya
15 minit atau sehingga kesakitan di tempat tersebut kurang. Gambar 1.1 menunjukkan rawatan
bagi melecur sewaktu kemalangan. Pastikan mangsa duduk dalam keadaan yang selesa.
Kawasan yang melecur harus ditinggikan. Boleh meminta bantuan kecemasan bagi
mendapatkan rawatan selanjutnya supaya tidak menjadi jangkitan. Perkara penting yang harus
diambil kira ialah, tempat yang melecur. Sekiranya mangsa memakai barang kemas atau
mempunyai kain pada tempat terbakar itu sewaktu menyejukkan, segera buang atau potong
benda-benda tersebut. Sekiranya ada benda yang melekat pada kulit maka biarkannya kerana
akan menyebabkan kulit keluar sama sekali apabila kita keluarkan benda yang melekat pada
kulit.

Gambar 1.1 Rawatan Melecur

Apabila sudah selesai dengan proses tersebut, kawasan terbakar atau melecur harus
ditutup sebaik-baiknya dengan pembalut plastik atau beg plastik yang bersih. Sekiranya pada
masa itu tidak dapat plastik, kain pembalut steril juga boleh digunakan untuk menutupi kawasan
yang bakar. Sewaktu di kemalangan di jalan raya, sudah tentu kita tidak dapat kain semua. Oleh
itu, kita boleh menggunakan sarung atau apa-apa kain selagi kain itu tidak berbulu. Kain yang

3
berbulu akan menyebabkan bulu tersebut melekat pada tempat kebakaran itu dan hasilnya
jangkitan akan berlaku. Pastikan kaki mangsa mengatasi aras jantungnya dan sokong dengan
objek yang di sekitarnya. Ini membantu mengurangkan kejutan. Setelah memberi pertolongan
cemas boleh membantu mangsa untuk berada dalam keadaan yang stabil dimana boleh melihat
tahap kesedaran mangsa, pernafasan mangsa dan nadi mangsa. Boleh temankan mangsa
sehingga ambulan sampai dan beritahu paramedik tentang pertolongan cemas yang dibuat dan
keadaan mangsa supaya mereka senang untuk memberi rawatan selanjutnya.

Salah satu kecederaan yang sering berlaku sewaktu kemalangan jalan raya ialah
kecederaan patah tulang. Dalam buku manual pertolongan cemas dikatakan bahawa patah
tulang boleh diklasifikasikan sebagai dua iaitu patah terbuka dan patah tertutup. Biasanya patah
tertutup ini sukar dikenal pasti. Hal ini kerana tulang terletak di dalam kulit dan hanya boleh
dikenal pasti melalui beberapa tanda. Antaranya, mangsa akan mempunyai rasa sakit pada
bahagian yang cedera serta tempat cedera akan bengkak dan lebam. Seterusnya, jenis patah
terbuka. Patah terbuka ini mudah dikenal pasti dimana tulang dapat dilihat dengan jelas pada
permukaan kulit bersama dengan darah. Mangsa akan mengalami sakit di tempat patah.

Apabila tulang ini patah, mangsa akan menderita banyak kerana strukstur-strukstur yang
melekat pada bahagian tulang juga akan mengalami masalah yang serius. Walaupun kita tidak
dapat membetulkan tulang mangsa yang patah tetapi kita boleh membantu mangsa untuk
kurangkan penderitaan sebelum dibawa ke hospital dari tempat kemalangan jalan raya tersebut.
Bagi membantu mangsa yang patah tulang iaitu sewaktu pemberian pertolongan cemas,
seseorang harus mengambil tahu beberapa faktor. Sekiranya keadaan mangsa serius, harus
menelefon pihak hospital. Pertamanya, harus menilai situasi kecemasan mangsa tersebut.
Sewaktu membuat penilaian seseorang itu harus buat dengan pantas di tempat kejadian
kemalangan. Sewaktu membuat penilaian sekeliling, bahaya terhadap mangsa dan diri sendiri
harus dikenalpasti sebelum membantu mangsa.

Seterusnya, kita harus pastikan kawasan kecemasan tersebut bebas daripada sebarang
bahaya. Sekiranya, terdapat hazard di tempat tersebut maka mangsa harus dipindahkan ke
tempat yang lebih selamat. Pastikan diri sendiri dan mangsa tidak terdedah kepada mana-mana
kemungkinan bahaya di tempat kemalangan. Setelah menilai semua kecederaan mangsa dan
dapat kepastian dari mangsa tentang tulang yang patah maka boleh memberi pertolongan cemas
yang sepatutnya. Apabila mangsa mempunyai rasa sakit pada bahagian tulang dan mangsa juga
mendengar bunyi atau terasa tulang patah, mangsa tidak berupaya untuk menggerakkan
anggota yang tercedera dan mangsa berasa kebas atau hilang denyutan nadi pada anggota
yang tercedera boleh dikatakan mangsa patah tulang.

4
Seharusnya mangsa diberi pertolongan cemas di tempat kejadian kecuali tempat tersebut
berbahaya. Sekiranya didapati mangsa pengsan, seharusnya periksa pernafasan dan nadinya.
CPR diberi kepada mangsa sekiranya nadi dan pernafasan tiada. Seterusnya, harus ampu
bahagian yang patah dengan menggunakan tuap atau anduh mengikut keadaan dan tempat
yang patah. Berhati-hati sewaktu membantu mangsa dimana jangan gerakkan tulang yang patah.
Dapatkan bantuan bagi menolong mangsa dengan menyokong tempat yang patah. Boleh
menggunakan ranting kayu dan surat khabar sebagai alat penyokong tempat yang patah.

Gambar 1.2 Pembalut Segi Tiga

Gambar 1.3 : Berita kemalangan

Gambar 1.2 menunjukkan pembalut segi tiga. Ini amat penting sewaktu tulang patah
untuk membuat anduh. Sekiranya tangan mangsa patah sewaktu kemalangan, boleh
menggunakan pembalut segi tiga ini untuk membuat anduh kecil. Gambar 1.3 menunjukkan
gambar tentang berita patah tangan akibat kemalangan jalan raya. Dalam kes ini kita boleh

5
memberi mangsa pertolongan cemas dengan menggunakan anduh kecil. Gambar 1.4
menunjukkan cara untuk mengikat anduh kecil menggunakan pembalut segi tiga. Menurut Dr.
Mohdzir Mohd Yasin dalam bukunya persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, beliau menyatakan
bahawa kita tidak akan dapat pembalut ini sewaktu membuat pertolongan cemas bagi mangsa
kemalangan jalan raya yang patah tangan itu. Oleh itu, kita boleh menjadikan apa-apa yang
berada di sekeliling untuk dijadikan sebagai anduh. Tamsilnya, apabila tulang tangan patah boleh
menyelitkan sahaja tangan mangsa ke dalam baju berbutang sehingga mangsa dapat rawatan
selanjutnya di hospital. Tambahan pula, tali pinggang mahupun tali leher juga boleh digunakan
sebagai penganti anduh. Apa yang penting pada masa itu ialah bagi menetapkan kedudukan
tulang supaya tidak bergerak bagi mangsa. Ini adalah cara pertolongan cemas bagi patah
tertutup. Rajah 1.5 menunjukkan cara hendak buat anduh bagi tulang tangan yang patah bagi
mangsa kemalangan jalan raya.

Gambar 1.4: Cara Mengikat Anduh Kecil

Bagi mangsa yang mengalami patah terbuka, sudah tentu tulang akan mencucuk keluar
dari kulit mangsa. Oleh itu pentingnya, bagi menjaga tempat patah tulang tersebut supaya tidak
menjadi lebih serius. Gambar 1.5 menunjukkan cara membuat balutan cincin. Balutan cincin
harus dikenakan pada tempat tersebut. Hal ini kerana apabila kita cuba mengalihkan tulang yang
keluar, maka kita boleh menyebabkan tulang patah itu untuk mengalih tempat. Hal ini juga akan
menyebabkan kesakitan yang amat kepada mangsa dimana tiada pegawai perubatan untuk
menolong. Oleh itu, sebagai pertolongan cemas kita hanya perlu memastikan tempat patah
tulang itu balut dengan balutan cincin. Rajah 1.0 menunjukkan balutan cincin. Balutan ini akan
diletakkan di tempat tulang yang patah dan terkeluar dari kulit. Balutan ini akan memastikan
tulang yang terkeluar itu berada dalam posisi yang sama sehingga sampai ke hospital. Dalam
buku guide to first aid and medical terms dinyatakan bahawa sekiranya terdapat apa-apa benda
yang tercucuk pada bahagian badan, kita tidak harus cabutnya. Sekiranya kita cabut benda itu,
mungkin akan menyebabkan pendarahan yang banyak. Oleh itu, kita harus biarkan benda asing
begitu sahaja. Kita harus menggunakan balutan cincin untuk membina suatu asas bagi tempat

6
kecederaan tersebut. Dengan ini objek itu tidak akan bergerak dan mangsa boleh dibawa ke
hospital untuk rawatan lanjut.

Gambar 1.5: Balutan Cincin

Apabila kemalangan jalan raya berlaku perkara utama yang dapat dilihat ialah
kecederaan yang menyebabkan pendarahan. Kita seharusnya memastikan banyak darah yang
tidak mengalir keluar dari badan mangsa. Hal ini kerana apabila terlalu banyak darah mengalir
keluar dari badan mangsa kemungkinan besar nyawa mangsa dalam bahaya walaupun cedera
yang biasa. Oleh itu, kita harus memberi pertolongan cemas kepada mangsa. Dalam buku
panduan kecemasan dikatakan cara utama untuk menghentikan pengaliran darah adalah dengan
mengenakan tekanan langsung. Ini merupakan salah satu cara yang paling berkesan untuk
menghentikan pendarahan pada tubuh mangsa. Apa yang perlu dibuat ialah kita harus letakkan
telapak tangan atau jari jemari di bahagian yang luka dan berdarah pada masa itu dan tekan
langsung. Setelah beberapa minit, pendarahan akan berhenti. Tetapi kita tidak boleh
menggunakan cara ini jika terdapat benda asing dalam luka mangsa atau disyaki tulang mangsa
patah. Perkara penting yang harus diambil kira dalam cara pertolongan cemas ini ialah, kuman
boleh memasuki luka tersebut. Bagi mencegah kuman, harus letakkan kain atas tempat luka
tersebut sebelum membuat tekanan yang sepatutnya. Gambar 1.6 menunjukkan cara tekanan
untuk menghentikan darah. Apabila pengaliran darah berhenti, boleh ikat guna sapu tangan atau
tali leher di tempat kemalangan tersebut. Setelah itu boleh bawa ke hospital.

7
Gambar 1.6 : Tekanan untuk Hentikan Darah

Biasanya kita dapat lihat mangsa tidak sedarkan diri apabila terlibat dalam kemalangan.
Hj.Zubir Ismail dan DR. Abd Razak Mohd Said dalam bukunya Pertolongan Cemas (1986)
menyatakan bahawa seseorang yang tidak sedarkan diri itu tidak dapat berfikir, bercakap atau
bergerak. Beliau juga menyatakan bahawa tugas pertama kita ialah memastikan mangsa
bernafas dan terus bernafas. Apabila didapati mangsa tidar sedar, kita seharusnya menjalankan
DRABC yang terdapat dalam rajah 1.7.

D DANGER

R RESPONSE
A AIRWAY

B BREATHING

C CIRCULATION

Rajah 1.7 Asas Pertolongan Cemas

D adalah danger dimana kita harus pastikan tiada bahaya sekitar mangsa. Sekiranya
terdapat bahaya sekitar mangsa maka kita seharusnya mengalihkan mangsa ke tempat yang
lebih selamat. Seterusnya, R ialah response, iaitu menentukan kesederan mangsa dengan
panggilan kuat seperti “hello” “hello” serta gerakkan bahu sekali. Jika masih tiada respons boleh

8
beralih ke langkah seterusnya iaitu A yang bermaksud airway. Seterusnya, harus membuka
saluran udara pernafasan dan memeriksa sama ada mangsa bernafas serta ada apa-apa dalam
mulut. Sekiranya ada apa-apa dalam mulut mangsa dan tanpa diketahui diberi bantuan
pernafasan maka boleh membawa mudarat kepada mangsa. Harus memastikan tiada apa-apa
sekat dalam mulutnya. Setelah periksa, apabila didapati tiada nadi dan pernafasan, boleh suruh
orang sekitar untuk menelefon ambulans dan boleh mula lakukan bantuan pernafasan iaitu B
yang menunjukkan breathing dan seterusnya periksa nadi sekali lagi. Sekiranya masih tiada nadi
dan tanda-tanda pernafasan maka harus lakukan C iaitu circulation dimana tekanan dada CPR
dilakukan terhadap mangsa dalam kiraan 15 tekanan 2 hembusan. CPR ini dilakukan sehingga
mangsa sedar dan ada tanda-tanda pernafasan ataupun sehingga ambulans sampai. Sekiranya
ada tanda-tanda pernafasan maka mangsa diletakkan dalam keadaan pemulihan.

Seterusnya, sewaktu kemalangan jalan raya kecederaan sendi adalah antara kecederaan
yang ramai mangsa mengalami. Kecederaan sendi berlaku  apabila terdapat regangan yang
berlebihan pada ligamen sendi pergelangan. Kecederaan ini berlaku apabila sendi pergelangan
terpusing secara mengejut sewaktu kemalangan. Apabila mangsa mempunyai kecederaan sendi,
mangsa akan berasa sakit, bengkak dan lebam pada tempat yang tercedera itu. Apabila kita
mengetahui dan pasti bahawa itu merupakan kecederaan sendi kita boleh menggunakan R.I.C.E.

Rest Ice Compression Elevation


R I C E

Rajah 1.8 : Maksud Rice

Rajah 1.8 menunjukkan maksud bagi rawatan R.I.C.E. Apabila kita mengetahui mangsa
cedera kita seharusnya biarkan mangsa merehatkan (rest) bahagian cedera tersebut. Apa yang
harus diberi perhatian ialah bahagian yang cedera sepatutnya ditempatkan di paras yang lebih
tinggi daripada jantung. Kedudukan seperti ini akan mengurangkan pendarahan dalaman
mangsa. Selepas itu harus menggunakan ais (ice) pada bahagian mangsa cedera. Keadaan

9
yang sejuk akan mengecutkan kapilari darah dan juga akan membantu dalam memberhentikan
pendarahan. Rawatan ais ini harus diteruskan setiap 15-20 minit sehingga dibawa ke hospital.
Setelah itu bahagian yang cedera harus dibalut (compression) dengan pembalut yang sejuk jika
ada. Bagi kecemasan boleh gunakan pek ais juga bagi tempat cedera itu. Jika masih ada tanda
kebiruan, itu bermaksud pembalut diikat dengan ketat. Oleh itu, harus buka pembalut dan diikat
semula supaya menjadi lebih longgar dan tidak menyusahkan mangsa. Seharusnya meninggikan
bahagian yang cedera melebihi paras jantung. Ini adalah untuk mengurangkan pengaliran darah
ke bahagian yang cedera. Ini juga akan membantu untuk pembekuan darah.

JENIS KEMALANGAN
2011 2012 2013 2014 2015
DAN JENIS KECEDERAAN

KEMALANGAN MAUT 6,349 6,381 6,308 6,187 6,193


KEMALANGAN PARAH 4,875 4,694 3,567 3,477 3,210
KEMALANGAN RINGAN 9,438 9,398 6,523 7,099 5,733
KEMALANGAN ROSAK
428,378 441,950 460,806 459,433 474,470
SAHAJA
JUMLAH KEMALANGAN 449,040 462,423 477,204 476,196 489,606
KEMATIAN 6,877 6,917 6,915 6,674 6,706
CEDERA PARAH 6,328 5,868 4,597 4,432 4,120
CEDERA RINGAN 12,365 11,654 8,388 8,598 7,432

Jadual 1.9 : Jenis Kemalangan dan Jenis Kecederaan

Jadual 1.9 menunjukkan jenis kemalangan dan jenis kecederaan yang berlaku di
Malaysia dari tahun 2011 sampai 2015. Di sini kita boleh lihat tahun yang mempunyai angka
yang banyak bagi kemalangan jalan raya ialah tahun 2005. Tiap-tiap tahun jumlah kemalangan
meningkat secara drastik. Setiap pihak harus memainkan peranan masing-masing bagi
mengurangkan kes kemalangan jalan raya ini. Kita seharusnya sayangi nyawa kita sewaktu
menggunakan jalan raya. Persis kata mutiara sesal dulu pendapatan sesal kemudian tidak
berguna. Kita juga tidak dapat menafikan kepentingan mengetahui pertolongan cemas dalam
kehidupan. Dalam satu berita yang bertajuk pentingnya ilmu untuk kecemasan menyatakan
bahawa sewaktu ketiadaan pakar dan kemudahan perubatan, pertolongan cemas dapat

10
menentukan antara hidup dan mati mangsa. Apabila kita mempunyai ilmu tentang pertolongan
cemas maka kita dapat menolong mangsa yang memerlukan bantuan kita. Tuntasnya, kita
seharusnya berhati-hati di jalan raya dan harus ambil inisiatif untuk belajar tentang ilmu
pertolongan cemas kerana malang tidak berbau. Kita juga harus ingat dengan peribahasa yang
dapat memberi ajaran positif iaitu mencegah lebih baik daripada mengubati.

11

You might also like