You are on page 1of 1

Tugasan 1 : Pengurusan Grafik

Menurut Haliza Hamzah (2014), pengurusan bilik darjah boleh ditafsirkan sebagai cara yang
digunakan untuk mengurus aktiviti, pengajaran, susunan fizikal dan keadaan psikososial di
dalam bilik darjah bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang mesra, iaitu
mengurangkan masalah tingkah laku. Guru perlu sedar bahawa kelas yang diajar
mempunyai pelbagai tingkah laku yang berbeza dan sesetengah tingkah laku ini mungkin
sukar diterima dan boleh menimbulkan pelbagai masalah disiplin. Dalam pada itu, terdapat
beberapa isu berkaitan tingkah laku bermasalah yang sering berlaku. Isu yang pertama ialah
isu ponteng kelas adalah salah satu isu yang kerap berlaku di sekolah. Berdasarkan data
eRekod Kaunseling Sekolah-Sekolah Negeri Johor (Januari - Jun 2019), jumlah kes ponteng
adalah sebanyak 3992 kes. Kes ponteng yang telah diselesaikan setakat ini adalah
sebanyak 298 kes manakala selebihnya iaitu 3,694 kes lagi, masih dalam proses bimbingan
dan kaunseling. Selain itu, 54 pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ibrahim
Fikri, SMK Bukit Tunggal, SMK Kompleks Seberang Takir dan Kolej Vokasional Wakaf
Tembesu itu ditangkap ketika melepak di kedai makan dalam operasi. Masalah ketiga ialah
sikap malas dalam kalangan pelajar. Pelajar tidak membuat kerja rumah dan tidak bawa
buku ke sekolah akibat sikap malas. Di Sekolah SJK(T) Saraswathy, terdapat 24 kelas.
Kelas yang dikaji ialah kelas tahun 4 Elango tentang masalah ini. Dalam buku anekdot
kelas tahun 4 Elango, kebanyakan masalah yang dicatat oleh guru ialah pelajar tidak bawa
buku, pelajar tidak menyiap kerja rumah dan sebagainya akibat sikap malas dalam kalangan
pelajar.

You might also like