You are on page 1of 3

Semestinya perubahan ini melibatkan banyak pihak terutamanya pentadbir dan guru.

Guru-guru perlu menghadiri kursus-kursus yang berkaitan dengan PBS supaya mendapat

pendedahan semula tentang Pentaksiran Berasaskan sekolah serta mempunyai kesediaan dan

kemahiran dalam melaksanakan PBS. Bagi guru yang terasa terbeban dengan tugas

“tambahan” akan diberi penerangan dalam perlaksanaan PBS dan Pelaporan Automasi telah

dibekalkan kepada guru-guru. Sehubungan dengan itu tiada ujian bulanan dan ujian selaras.

Perubahan juga berlaku dari segi pelaporan pencapaian murid. Sebelum perlaksanaan PBS,

guru perlu merekodkan markah ujian bulanan dan menulis laporan secara manual. Selepas

pelaksaan PBS dalam KSSR, pentaksiran formatif dilaksanakan. Guru perlu klick pencapaian

murid dalam sistem dan jana laporan sahaja. Melalui usaha yang telah dilakukan, jelas

menunjukkan perlaksanaan PBS berkait rapat dengan model Lewin yang mempunyai ciri-ciri

berubah dalam peringkat kedua iaitu mendiagnosa masalah dan mengeksplorasi alternative

penyelesaian.

PBS juga memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan

pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah. Ini akan dapat meningkatkan

integriti dan kredibiliti profesion perguruan kerana guru merupakan orang yang paling sesuai

untuk mentaksir murid masing-masing kerana mereka:


- boleh memantau perkembangan murid secara berterusan

- boleh memberi maklum balas yang membina untuk penambahbaikan pembelajaran murid

- lebih memahami konteks yang sesuai dengan persekitaran dan perkembangan murid

- mentaksir dan memberi maklum balas berpandukan standard prestasi.

Untuk memastikan kesahihan pentaksiran guru, penjaminan kualiti juga dilaksanakan

dalam sekolah. Penjaminan kualiti terbahagi kepada pemantauan, penyelarasan, pementoran dan

pengesanan. Dalam proses pemantauan, pemantau memastikan pelaksanaan pentaksiran mengikut

prosedur. Penyelaras pula akan memastikan keseragaman pemberian skor berdasarkan standard

prestasi. Pementor pula brperanan membantu memudahcara dan membimbing guru dalam pelaksanaan

pentaksiran manakala pengesan pula memastikan kekuatan dan keberkesanan instrument pentaksiran.

PBS terbahagi kepada dua komponen iaitu dari sedi akademik dan bukan akademik.

Komponen akademik terbahagi kepada pentaksiran sekolah dan pentaksiran pusat, manakala

komponen bukan akademik dibahagi kepada pentaksiran Psikometrik dan PAJSK. Pentaksiran

Rujukan Standard diperkenalkan, iaitu menggunakan Standard Prestasi untuk melihat kemajuan dan

pertumbuhan (growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid. Ia merupakan proses

mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai
apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap

pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum. Pentaksiran Rujukan Standard tidak

membandingkan pencapaian seseorang murid dengan murid lain tetapi melapor prestasi murid dalam

pembelajaran dengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan (growth) murid dalam

pembelajaran merujuk kepada pernyataan standard. Melalui PBS yang dijalankan, pentaksir sekolah

iaitu guru bolehlah meninkatkan pencapaiam murid, memperbaiki kelemahan dan masalah murid

dalam pembelajaran. Sejurus itu, meningkatkan keyakinan kepada murid untuk belajar dan

mengubahsuai strategi pengajaran.

You might also like