You are on page 1of 3

Kurt Lewin mengembangkan teori ini kepada tiga tahap dalam model.

Antaranya ialah

peringkat pertama yang menyatakan perubahan organisasi yang meliputi bagaimana mengambil

inisiatif perubahan. Peringkat kedua iaitu mengelola dan peringkat ketiga ialah menstabilkan

proses perubahan. Robbins telah mengembangkan teori Lewin dengan membahagikannya kepada

tiga tahap, iaitu mencairkan, ubah dan membeku. Model Perubahan Lewin sesuai diaplikasikan

dalam menghubungkaitkan dengan perubahan Sistem Penilaian dalam pendidikan pada masa

kini.

Sistem Penilaian KBSR sehingga tahun 2010 boleh dikatakan berada dalam keadaan

beku. Penilaian ataupun pentaksiran sedia ada adalah lebih memberi fokus kepada pencapaian

akademik murid di akhir pembelajaran yang menumpu kepada peperiksaan. Pentaksiran yang

dijalanakan terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian kurikulum dan kokurikulum. Bahagian

kurikulum termasuklah penilaian PLBS bagi Mata Pelajaran Bahasa Malaysia, SBOA bagi Mata

Pelajaran Bahasa Inggeris, kerja rumah, projek ,kuiz dan lain-lain. Manakala pentaksiran

kokurikulum beleh terbahagi kepada

pentadbir dan guru. Guru-guru perlu menghadiri kursus-kursus yang berkaitan dengan

PBS supaya mendapat pendedahan semula tentang Pentaksiran Berasaskan sekolah serta

mempunyai kesediaan dan kemahiran dalam melaksanakan PBS. Bagi guru yang terasa

terbeban dengan tugas “tambahan” akan diberi penerangan dalam perlaksanaan PBS dan

Pelaporan Automasi telah dibekalkan kepada guru-guru. Sehubungan dengan itu tiada ujian

bulanan dan ujian selaras. Perubahan juga berlaku dari segi pelaporan pencapaian murid.

Sebelum perlaksanaan PBS, guru perlu merekodkan markah ujian bulanan dan menulis laporan

secara manual. Selepas pelaksaan PBS dalam KSSR, pentaksiran formatif dilaksanakan. Guru
perlu klick pencapaian murid dalam sistem dan jana laporan sahaja. Melalui usaha yang telah

dilakukan, jelas menunjukkan perlaksanaan PBS berkait rapat dengan model Lewin yang

mempunyai ciri-ciri berubah dalam peringkat kedua iaitu mendiagnosa masalah dan

mengeksplorasi alternative penyelesaian.

PBS juga memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan

pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah. Ini akan dapat meningkatkan

integriti dan kredibiliti profesion perguruan kerana guru merupakan orang yang paling sesuai

untuk mentaksir murid masing-masing kerana mereka:

- boleh memantau perkembangan murid secara berterusan

- boleh memberi maklum balas yang membina untuk penambahbaikan pembelajaran murid

- lebih memahami konteks yang sesuai dengan persekitaran dan perkembangan murid

- mentaksir dan memberi maklum balas berpandukan standard prestasi.

Untuk memastikan kesahihan pentaksiran guru, penjaminan kualiti juga dilaksanakan

dalam sekolah. Penjaminan kualiti terbahagi kepada pemantauan, penyelarasan, pementoran dan

pengesanan. Dalam proses pemantauan, pemantau memastikan pelaksanaan pentaksiran mengikut

prosedur. Penyelaras pula akan memastikan keseragaman pemberian skor berdasarkan standard

prestasi. Pementor pula brperanan membantu memudahcara dan membimbing guru dalam pelaksanaan

pentaksiran manakala pengesan pula memastikan kekuatan dan keberkesanan instrument pentaksiran.

You might also like