You are on page 1of 2

angkah-langkah untuk Menggalakkan

Orang Ramai Menggunakan


Pengangkutan Awam
“Zaman beralih, musim bertukar”, selepas tamat penjajahan asing selama 446 tahun
yang telah lama menghantui rakyat, Malaysia telah menjejakkan kaki ke satu ambang yang
rancak sekali. Untuk menyesuaikan diri dalam mata dunia dan memenuhi kehendak rakyat,
Malaysia telah mengalami pelbagai anjakan paradigma, kerajaan telah berusaha
menyediakan prasarana yang mencukupi untuk memastikan sistem pengangkutan awam
berjalan lancar. Rangkaian pengangkutan awam di negara kita boleh dikategorikan sebagai
pengangkutan bas, teksi, Sistem Transit Tren Ringan (LRT), Keretapi Tanah Melayu (KTM)
dan monorel. Jikalau bukan kita yang sebagai warganegara Malaysia menyokong
pengangkutan awam, siapakah lagi menyokong? Lantaran itu, langkah-langkah yang
proaktif dan drastik hendaklah diimplementasi untuk menggalakkan rakyat menggunakan
pengangkutan awam.

Menurut satu kajian yang dibuat dalam kalangan rakyat, banyak rakyat mengatakan bahawa
kepelbagaian sistem tiket untuk menggunakan rangkaian perkhidmatan awam yang
berlainan telah mengurangkan minat mereka untuk bergerak dari tempat asal ke tempat
destinasi dengan penukaran rangkaian perkhidmatan awam. Oleh itu, kerajaan haruslah
melaksanakan sistem tiket bersepadu yang dapat menggalakkan orang ramai untuk
menggunakan pengangkutan awam. Kerajaan haruslah menubuhkan sebuah Lembaga
Pengangkutan Awam (PTA) untuk menguruskan pengangkutan di negara kita. Pertubuhan
tersebut dapat mempercepat proses perlaksanaan sistem tiket bersepadu yang masih dalam
peringkat kajian. Selain itu, kerajaan juga harus mengambil contoh negara barat seperti
Melbourne, di negara Melborune penumpang hanya perlu membeli satu tiket untuk menaiki
kereta api dan bas. Seperti kata peribahasa serampang dua mata, pendekataan ini bukan
sahaja dapat menjimatkan wang tetapi juga dapat memudahkan rakyat untuk mengatur
pejalanan laluan. Jikalau sistem tiket bersepadu direalisasikan, jumlah penumpang pastilah
dapat mencapai sasaran yang telah diramalkan oleh pengendali.

Langkah seterusnya yang dapat menarik perhatian rakyat untuk menaiki pengangkutan
awam adalah dengan meningkatkan kuantiti dan kualiti pengangkutan awam.
Bilangan kereta api atau bas awam haruslah dipertingkatkan bagi memenuhi kehendak
rakyat. Selain itu, KTM negara kita haruslah mencontohi perkhidmatan kereta api di Jepun
yang menggunakan kuasa elektrik seprti shinkansen (bullet train). Dengan menggunakan
lokomotif kuasa elektrik, kekerapan KTM di negara kita pasti dapat meningkatkan.
Kekerapan pengangkutan awam adalah salah satu unsur untuk menarik perhatian
penumpang terutamanya mereka yang memandu kereta atau menunggang motosikal.
Dengan kekerapan pengangkutan yang tinggi, penumpang tidak akan membazirkan masa
untuk menunggu komuter. Hal ini dapat mengurangkan masa perjalanan keseluruhan.
Dalam era globalisasi yang mengutamakan kepantasan, kekurangan dalam kekerapan
pengangkutan awam akan merumitkan kehidupan masyarakat dan menyebabkan mereka
kurang keyakinan terhadap pengakutan awam. Lantaran itu, cara ini haruslah dilaksanakan
untuk mendapat balik keyakinan rakyat terhadap pengangkutan awam.

Langkah memasang televisyen dalam bas awam yang dijalankan oleh kerajaan


mendapat banyak komen yang baik dan diberi pujian kerana langkah ini dapat
menghiburkan rakyat dalam perjalanan mereka. Para penumpang berpeluang untuk
menonton siaran televisyen ketika berada dalam perjalanan mereka. Prakasa ini haruslah
diperluaskan dalam pengangkutan awam seperti Komuter dan LRT untuk menarik lebih
banyak penumpang untuk menaiki pengangkutan awam. Selain menghiburkan para
penumpang ketika dalam perjalanan, siaran televisyen juga mampu menyemarakkan
semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat dengan menyiarkan rancangan cinta akan
negara, rancangan mengimbas kembali detik-detik sejarah negara dan sebagainya. Selain
rancangan sebegini, program lain seperti berita, laporan cuaca, perkembangan sukan,
maklumat kewangan juga harus disiarkan supaya rakyat dapat mendapat informasi yang
terbaharu dan meningkatkan pengetahuan dalam perjalanan mereka. Hal ini pasti dapat
meningkatkan bilangan penumpang pengangkutan awam kerana langkah ini telah
memenuhi tabiat rakyat Malaysia yang ingin mendapatkan perkhidmatan yang berkualiti
tinggi dengan banyaran yang minimum. Manisfestasinya, langkah memasang televisyen
memang dapat menarik perhatian para penumpang.

Seperti peribahasa Melayu yang berbunyi “melentur buluh biarlah dari


rebungnya”, pendidikan sejak kecil juga merupakan salah satu langkah untuk
menggalakkan rakyat tempatan menaiki pengangkutan awam. Sekolah dicadangkan supaya
memberi pelajaran tentang kebaikan-kebaikan menggunakan perkhidmatan awam dan
keselamatan menggunakan pengangkutan awam supaya dapat menanam konsep yang
mendalam kepada fikiran pelajar supaya menaiki perkhidmatan awam lebih baik daripada
menggunakan kenderaan sendiri. Usaha ini bukan sahaja diberi kepada pelajar yang kecil,
tetapi juga harus diberi kepada mereka yang dewasa untuk mengubah imej buruk yang
mendalam di dalam hati mereka. Melalui pendidikan, kita dapat menghasilkan golongan
yang bergantung pada perkhidmatan kereta api sebagai pengangkutan utama mereka.Hal ini
dapat meningkatkan bilangan penumpang yang menaiki pengangkutan awam. Walaupun
mereka memiliki kenderaan sendiri, tetapi mereka tetap akan menggunakan perkhidmatan
awam seperti kereta api sebagai pengangkutan utama mereka jika konsep kebaikan
pengangkutan awam ditanam mendalam kepada mereka.

Sebenarnya, pengangkutan awam banyak membawa kemaslahatan seperti mengurangkan


jarak perjalanan, menghematkan masa, mempercepat operasi penghantaran barangan ke
sesuatu destinasi dan sebagainya kepada kita. Akhir kata, pemodenan sistem perhubungan
darat merupakan inovasi yang penting ke arah mewujudkan mobilisasi sumber tenaga
manuasia pada tahap yang paling optimum. Lantaran itu, kita harus menyokong usaha-
usaha yang diambil oleh kerajaan dalam meningkatkan penumpang menaiki pengangkutan
awam.

You might also like