You are on page 1of 2

PERANAN IBU BAPA DALAM

MEMBERIKAN SOKONGAN DAN


DORNGAN KEPADA ANAK-ANAK
DEMI MEMASTIKAN
KECEMERLANGAN AKADEMIK
ANAK-ANAK
Keluarga boleh ditakrifkan sebagai kaum kerabat atau sanak saudara yang saling mengasihi,
mencintai dan bersifat belas kasihan terhadap saudaranya yang lain. Tambahan pula,
keluarga merupakan aset terpenting dalam kehidupan setiap insan. Seseorang yang tidak
mempunyai keluarga, iaitu hidup sebatang kara, tidak mempunyai tempat bergantung untuk
menumpang kasih serta hidup bagaikan layang-layang terputus tali. Pada tahun 2003,
Malaysia pernah digemparkan dengan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) Nur Amalina yang amat membanggakan. Hal ini kerana beliau berjaya mendapat
17A1 sekali gus menjadikan beliau pelajar cemerlang SPM 2003. Kejayaan ini adalah
kerana Nur Amalina mempunyai sebuah keluarga yang penyayang dan sanggup memberikan
sepenuh sokongan dan dorongan dalam bidang akademik beliau. Jelaslah bahawa faktor
kejayaan anak-anak dalam bidang akademik banyak bergantung kepada dorongan dan
sokongan daripada keluarga. Terdapat pelbagai jenis sokongan dan dorongan yang boleh
diberikan oleh keluarga untuk memastikan kecemerlangan anak-anak kerana keluarga
bahagia pemangkin kecemerlangan anak-anak.
Antara peranan daripada keluarga ialah kepimpinan melalui teladan. Anak-anak akan
lebih terdorong untuk mengikut jejak langkah kejayaan ibu bapa mereka kerana ibu bapa
lebih mengenali dan rapat dengan anak-anak . Ibu bapa yang berjaya akan menjadi idola dan
inspirasi untuk kecemerlangan anak-anak. Tambahan pula, kejayaan ibu bapa akan
menyebabkan anak-anak cuba mememotivasikan diri mereka sekali gus merubah kehidupan
mereka agar berjaya atau lebih berjaya daripada ibu bapa mereka. Dalam era globalisasi ini,
kebanyakan ibu bapa yang berjaya mempunyai anak-anak yang berpotensi untuk berjaya
seperti mereka. Buktinya, kajian statistik oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat mendapati
hampir 50 peratus rakyat Malaysia terlibat dengan gejala negatif lazimnya mempunyai
konflik keluarga. Oleh itu, benarlah bahawa kepimpinan melalui teladan merupakan
dorongan yang boleh diberikan oleh keluarga untuk kecemerlangan anak-anak.
Malah, pada realitinya, ibu bapa sanggup memerah keringat, membanting tulang
dan bekerja keras dengan tulang empat kerat mereka agar memperoleh pendapatan yang
lumayan dan mewah. Hal ini kerana ibu bapa mahu memberikan kemudahan dan keselesaan
yang secukupnya kepada anak-anak bagai menatang minyak yang penuh. Semua ibu
bapa menginginkan kejayaan daripada anak-anak supaya anak-anak mempunyai masa
depan yang cerah. Mereka tidak mahu anak-anak mereka hidup susah.Sebagai contoh, ibu
bapa yang tidak berkemampuan terpaksa kais pagi makan pagi, kais petang makan
petang semata-mata untuk membiayai persekolahan anak-anak mereka. Dalam era
modenisasi ini, pendidikan semakin memerlukan kos yang tinggi. Hal ini menyebabkan ibu
bapa terpaksa bekerja dengan lebih kuat dan lebih masa untuk menampung kos pendidikan
anak-anak mereka. Buktinya, mantan Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga pernah
menyatakan bahawa wang ringgit bukanlah pengganti kasih sayang malah semua ibu
bapa sanggup mengorbankan apa-apa sahaja untuk kebahagiaan cahaya mata mereka.
Kenyataan ini membuktikan bahawa ibu bapa rela berkorban demi anak-anak mereka sekali
pun terpaksa bergadai nyawa. Sudah terang lagi bersuluh bahawa pengorbanan ibu bapa
menjadi dorongan untuk anak-anak cemerlang dalam bidang pelajaran.
Dorongan lain yang boleh diberikan oleh keluarga adalah dengan memberikan anak-
anak didikan agama yang sempurna. Hal ini kerana anak-anak yang mempunyai didikan
agama yang sempurna akan terang hati dan lebih mudah untuk menerima pelajaran. Mereka
akan mempunyai prinsip hidup yang teguh, sekali gus menyebabkan mereka tidak mudah
terpengaruh oleh gejala negatif yang semakin berleluasa seperti kudis dalam masyarakat
marcapada ini. Kejayaan Nadia Amira yang cemerlang dalam SPM 2006 menunjukkan
bahawa pelajar yang mempunyai didikan agama yang sempurna mampu meraih
kejayaan. Albert Einstein pernah mengatakan bahawa agama tanpa ilmu adalah buta,
manakala ilmu tanpa agama adalah lumpuh. Oleh itu, jelaslah bahawa didikan agama yang
sempurna merupakan salah satu dorongan yang boleh diberikan oleh keluarga demi
kecemerlangan anak-anak dalam bidang akademik.
Sebagai intiha, dorongan daripada keluarga merupakan faktor terpenting kejayaan anak-
anak. Rentetan itu, ibu bapa serta ahli keluarga yang lain wajarlah bersatu padu bagai aur
dengan tebing dan sama-sama berusaha seperti hati gajah sama dilapah, hati
kuman sama dicecah untuk merealisasikan impian murni mereka. Dorongan keluarga
dapat melahirkan anak-anak yang cemerlang, gemilang dan terbilang seperti yang
dilaungkan mantan Perdana Menteri kita yang lebih dikenali sebagai "Pak Lah". Marilah kita
buktikan kepada dunia bahawa pemikiran rakyat Malaysia tercinta ini tidak lagi dibelenggu
atau tidak lagi umpama katak di bawah tempurung, malah telah bertamadun dalam
menuju era globalisasi untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara
lain untuk negara maju yang lain di seluruh sarwajagat ini.

You might also like